Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik jua ..
Asam pedas memang kegemaran kami sekeluarga.. pastu dipelbagaikan pula dengan aroma yg menusuk deria bau.. lagi melonjak-lonjak perut utk minta diisi, saya masak ni masa berbuka puasa hari khamis lepas kekawan.. baru sekarang nak buat entri.. dah selamat jadi baja organik hahaha ..
Dapat limau purut ni pun dari rumah mak dan suka sangat dengan baunya tu.. pastu ditambah pula dengan keharuman daun limau purut tu.. lagi bertambah sedap rasa nya..
Jom kita intai resepi yg mudah ini kekawan..
RESEPI ASAM PEDAS AROMA LIMAU PURUT
Bahannya :-
- 1 ekor ikan siakap size sederhana
- 1 biji limau purut
- 1 btg serai dititik
- 4-5 tangkai daun kesum
- 2 tangkai bunga kantan
- 400 ml air
- 5 helai daun limau purut
- 60 ml minyak masak
- garam secukup rasa
Bahan kisar
- 15 tangkai cili kering
- 1 cm belacan, dibakar
- 1/2 sudu teh jintan manis } disangai dan ditumbuk
- 1/2 sudu teh jintan putih } disangai dan ditumbuk
- 5 biji lada hitam - ditumbuk
- 5 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
Caranya :-
- Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
- Kemudian masukan ikan dan gaul kan mesra, kemudian masukan air 400ml yg diperah kedalamnya satu biji limau purut.
- Kemudian masukan daun keseum dan bunga kantan. Masak hingga mendidih.
- Bubuh garam dan daun limau purut. Apabila semua bahan telah masak, boleh ditutup apinya.
- Siap utk dihidang
sedap tu. lama dah tak buat asam pedas ni...
BalasPadamsedapnya
BalasPadamsedapnya.... suka juga asam pedas tapi husband eija kurang sikit sb tu jarang buat hehe
BalasPadamsedapnya yatie..tengahari ni mau cari asam pedas untuk lunch
BalasPadamKakak dah selalu buat Yati
BalasPadamMaklumlah rumah kakak kalau asam pedas boleh katakan kerap benar masak. Macam-macam versi kakak olah..
Saya pun suka asam pedas ni, CH. Saya suka bau bunga kesum tu. Kalau dapat asam pedas ikan merah ke, ikan jenahak ke, ikan parang ke...aduhai... sedapnya!
BalasPadamSinggah pagi..
BalasPadamkalau mai blog akk...
mesti tgk resepi² yg boleh di amek...
boleh di jadikan masakan ptg hari :)
tak penah try guna daun limau purut ni..boleh try la
BalasPadamassalamualaikum,
BalasPadamerrrr sebenarnya mmg kena letak ek limau purut?
Kegemaran knor juga....
BalasPadamterliur sudah....
eerrmmm... nampak sedapnye asam pedas ni... meleleh air liur nengok.. :)
BalasPadamnasib baik 2 hari lps dh makan...kalau x, harus terliur nie..hehehehe
BalasPadamAnak2 kak zai suka makan asam pedas daging tetel.
BalasPadamUnik ni, ada limau purut..terliur saya...hihihi
BalasPadamitu ari ada la mengidam nak makan asam pedas. pergi la saya ke kedai yang biasa dah makan, sekali tak kena dengan selera. sebelum nie memang sedap makan kat situ. mungkin tukang masak baru kah?
BalasPadamDulu masa tak pandai nak seludup bunga kantan ke sini.. memang tiap kali masak asam pedas memang cuma guna daun limau purut dan serai saja.
BalasPadamTapi walau apa bahan yang diguna.. asam pedas memang WIN.
Sedap nampak.. mau tambah 3 pinggan nasi ni...
BalasPadamAsam pedas sedapnye...dah lama tak makan.Mlm ni nak masak dah terliur nih...
BalasPadamJemput ke blog says
https://www.mamavitashoppe.wordpress.com