Jumaat, 30 Oktober 2015

SEE YOUR MEMORIES ON THIS DAY NOTIFY FB # Rindu Dgn Mak..

Notify FB .. 5 tahun lalu.. pergi Cameroon Highland bersama mak.. aduh rindu betul dgn momentum itu.. masa tu mak badan semangat sangat.. ingat lagi mak masak rendang ayam.. nasi impit.. mee hoon goreng.. kami kesana 2 hari 1 malam ajer.. mak kata tak puas jalan2 kat CH ni.. nanti kita pergi lagi nak.. impian yg tak kesampaian :(
Semoga mak damai dan tenang disana..
Allahummafirlaha warhamha waafihi wafuanha.. amin..









TADABBUR KALAMULLAH :: Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman..

Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yg barakah.. semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya..
Perkongsian dari wasap group.. semoga bermanfaat..


~Tadabbur Kalamullah 23 Zulhijjah 1436H~

فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِنْ قَوْلِهَا...

"Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu..."[Surah an-Naml 19]

#Tertawa yg tidak berlebihan adalah ubat bg kesedihan. Pengaruhnya sgt kuat utk membuat jiwa gembira dan hati bahagia.

#Berkata Abu Darda' r.a:

"Sesungguhnya aku akan ketawa utk membahagiakan hatiku. Dan Baginda Rasul saw sendiri sekali sekala ketawa hingga nampak gerahamnya. Demikianlah ketawanya org yg berakal dan mengerti ttg penyakit jiwa serta rawatannya.

#Ketawa merupakan kemuncak kegembiraan dan keriangan, namun jgnlah berlebih2an. Kata pepatah:

"Janganlah engkau byk ketawa sbb byk ketawa itu mematikan hati"

#Maka senyumlah/ketawalah sbgmana Nabi Sulaiman ketawa ketika mendengar kata2 semut.

#Org yg murah senyuman dan selalu nampak riang merupakan petanda kelapangan dada, kemuliaan sifat, kemurahan hati, kewibawaan perangai dan kecerdikan fikiran.

#Satu dari NIKMAT Allah yg diberikan kpd penghuni SYURGA ialah ketawa. Firman Allah swt:

فَالْيَوْمَ الَّذِينَ آمَنُوا مِنَ الْكُفَّارِ يَضْحَكُونَ

"Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu"[Surah al-Mutaffifin 34]

♡Senyum itu sedekah.. Tersenyumlah kerana itu satu kenikmatan!!♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Khamis, 29 Oktober 2015

YA ALLAH.. SESUNGGUHNYA HAMBAMU INI REDHA DGN UJIAN INI

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah hendaknya...

Saya masih lagi di hospital.. tengah menunggu utk dibuat CT Scan pula.

Pada hari kedua dihospital, saya telah membuat ultrasound.. keputusannya saya tiada batu dihempedu, mau pun buah pinggang. Syukur Alhamdulillah..

Hari ke tiga doktor mencadangkan utk dibuat endoscopy, jadi saya pun setuju dan pada pukul 1pm saya membuatnya. Hasil dari endoscopy tu doktor kata saya hanya gastrik yg minor yg mana dinding perut saya hanya merah sahaja dan tiada ulser pun..

Jadi hari ini hari keempat saya pula diminta utk membuat CT Scan.. semoga keputusannya yg baik-baik sahaja.


Rabu, 28 Oktober 2015

WW :: PENYAKIT DAN DOA


Assalamualaikum kekawan..
Perkongsian dari FB, semoga bermanfaat.






Selasa, 27 Oktober 2015

Akhirnya saya bermalam disini - DEMC Hospital


Assalamualaikum kekawan ..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya.

Catatan dipagi hari.. didalam hospital.. terpaksa saya menyerah diri disini, setelah lebih 2 minggu saya mengalami sakit perut cirit-birit, pening kepala dan badan berasa letih.. tekak terasa pahit apabila menelan makanan..
Doktor pula suspek kalau demam kepialu yg skrg sedang merebak wabak itu. Maka ujian darah diambil.. saya terpaksa menunggu 5 hari utk keputusan itu, pada petang ahad saya dapat panggilan dari klinik yg keputusan telah keluar. Hari isnin saya pergi ke klinik mengambil keputusan darah dan didapati saya tiada demam kepialu.. doktor kata tunggu keputusan najis pula.. 
Namun begitu saya masih lagi sakit perut dan cirit birit.. doktor mencadangkan saya dirujuk ke hospital pula. Maka semalam saya pun admit di DEMC hospital. 
Saya disuruh berpuasa dari malam tadi dan skrng saya sedang menunggu utk dibawa ke bilik ultrasound. Saya tanya pada nurse yg mengambil darah saya pagi tadi, pukul brpa nak buat ultrasound.. nurse tu kata dalam pukul 8.00 pagi.
Semoga saya tidak ada mengalami sakit yang serious.

Isnin, 26 Oktober 2015

SAYA DAH CUBA ... ASAM PEDAS TULANG BY NOXXA

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..

Saya masak Asam Pedas Tulang pada hari sabtu yg lalu. Ini tulang daging korban yg masih tersimpan kat dalam freeze tu. Jadi nak explore Noxxa ni.. saya mulakan dengan memasak asam pedas tulang. 

Mula-mula saya nak menggunakan ni.. kira kelakarlah.. saya asyik telefon jer adik yg jual Noxxa ni.. macam mana nak guna.. pada hal dah tengok CD macam mana nak masak.. tapi tahap keyakinan tu rendah bebenar.. takut jer nak mencuba.. sampai en suami saya pun tolong membantu..

Akhirnya siap juga Asam Pedas Tulang saya ni.. ye lah 30 minit dah siap masakkan.. selalunya saya kena empok kan daging tu hampir 3 jam.. mahu habis saya punya gas.. Alhamdulillah sekarang dah senang kerja saya. Kena ada rajin dengan tak rajin jer kan kekawan.. ^__^

Jom intai resepi Asam Pedas Tulang ni guna Noxxa hehehe :D

RESEPI ASAM PEDAS TULANG

Bahannya :-
  • 1 kilo daging tetel campur tulang
  • 5 biji bawang merah kecil*
  • 1 biji bawang besar *
  • 5 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 2 batang serai*(kisar bahan yg bertanda*)
  • 1 mangkuk cili kering kisar(ikut kepedasan anda)
  • 1 sudu kecil asam jawa adabi + 1 cawan air
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 
  • Garam secukup rasa.
Caranya :-
  1. Masuk minyak kedalam inner pot , kemudian tekan mode Stirfry, lepas tu tekan butang on, tumislah bahan yg dikisar sehingga naik bau wangi selama 5 minit. Lepas tu tekan butang off.
  2. Kemudian masukan daging dan tulang, gaul sebati, kemudian masukan semua bahan-bahan tadi,garam dan tuang air  sehingga menutup tulang daging tadi.Lepas tu tutup periuk sehingga ketat, kemudian tekan butang High Pressure sehingga 30minit, tekan butang on. 
  3. Apabila telah masak release kan wap dan tekan butang of, buka tudung periuk.
  4. Kacau bahan sebentar dan rasa garamnya, jika tak cukup masin , tekan stir fry, on, dan tambah garam. Jika semua telah sesedap rasa. Boleh di offkan.
  5. Siap untuk dihidang.

Ahad, 25 Oktober 2015

JOM KITA TANAM TAUGEH SENDIRI..


Assalamualaikum kekawan..
Selamat berhari minggu.. apa nak buat hari ini ye.
Apakata kita cuba tanam taugeh sendiri..
Semenjak joint Kebun Bandar ni.. mulalah semangat nak menanam tu.. tapi tulah kerajinan belum ada..
Jadi kita simpan dulu kat sini .. bila rajin kita buat ye.. :D












Sabtu, 24 Oktober 2015

ROTI BAKAR PLANTA BERGULA

Assalamualaikum kekawan..
Buat apa petang sabtu ni.. Jom kita cuba Roti Kering Planta Bergula ini.. nampak sangat sedapkan..
Terima kasih yg berkongsi resepi ni FB..
Apalagi hasil sekodeng di FB lah.. :D




Jumaat, 23 Oktober 2015

NOXXA KITA DAH SAMPAI... BOLEH CUBA PIZZA KAKNOOR TU ~__^

Salam Petang Jumaat kekawan..

Nak tunjuk sikit yg Noxxa kita dah sampai..
Harap2 datanglah mood rajin memasakan.. 
Punyalah exicited beli inner pot tu sampai dua..
konon satu untuk masak lauk pauk..
Satu lagi untuk buat kuih muih...
Kipidap..
Dongibab... Yati ~__^

Pastu biasalah saya pergi sekodeng FB..
Elok pulak Blogger Bicara Kak Noor kongsi cara-cara nak masak Pizza guna Noxxa ni..
Saya save dulu kat blog ni..
Minta izin ye Kak Noor..
Bila ceq dah buat pizza ni..
Ceq tempek kat blog ni nooo... ^__^







SELAMAT HARI ASYURA .. KEKAWAN

 Assalamualaikum kekawan..

Salam Jumaat yg barakah ... semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya.


Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

  Sejarah Asyura

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:

Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Adam a.s. dicipta.
Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pendalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
Sayyidina Hussein bin Ali r.a. telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di padang Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid dari Bani Umaiyah membunuh Saiyyidina Hussein r.a. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyyidina Hussein r.a.

Khamis, 22 Oktober 2015

PUDING ROTI PELANGI

Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yg ceria ^__^
Ini kes baru balik sekodeng FB.. jumpa pulak puding roti pelangi..
Boleh juga buat petang minggu ni utk kudapan petang..
Kita save dulu kat sini ye :D


RESEPI PUDING ROTI

Bahan-Bahannya:
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
3 biji telur
5 keping roti
20 gm agar-agar tali
1 liter air
2 sudu makan gula

Cara Membuatnya:
1- Blend susu cair,susu pekat,telur dan roti.
2- Masak agar2 dan gula hingga larut kemudian tapis.
3- Masukkan bahan2 yg diblend tadi kedlm agar2 dan masak lagi sehingga mendidih dan sedikit pekat.
4- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian masukkan warna yg berlainan.
5- Tuangkan selapis2 dalam acuan,tvnggu sehingga lapisan tadi agak keras barulah dimasukkan lapisan seterusnya.
6- Sejukkan sebelum dihidangkan.

WABAK DEMAM KEPIALU.. berhati-hati ye kekawan.




KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

PENINGKATAN KES DEMAM KEPIALU DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR


Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan sejak minggu pertama bulan Ogos 2015, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) telah menerima notifikasi sebanyak tujuh (7) kes demam kepialu. Mereka merupakan buruh binaan yang tinggal di Cheras dan bekerja berdekatan pusat bandar. Seramai 2 daripada 10 kontak yang diperiksa juga didapati positif ujian dan mereka telah diberikan rawatan.

Semenjak itu, beberapa kes lagi telah dinotifikasikan dari beberapa buah hospital kerajaan dan swasta di Kuala Lumpur. Sehingga 18 Oktober 2015, jumlah kes terkumpul adalah sebanyak 32 kes. Daerah Titiwangsa mencatat bilangan kes tertinggi iaitu 16 kes, diikuti Kepong (8), Lembah Pantai (4) dan Cheras (4). Namun begitu tiada kematian dilaporkan.

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) sedang menjalankan penyiasatan epidemiologi di lapangan bagi mengetahui punca jangkitan yang menyebabkan kejadian demam kepialu berlaku. Hasil siasatan di lapangan masih belum dapat merumuskan punca jangkitan serta jenis makanan yang dimakan kerana tiada persamaan di antara kes-kes tersebut.

Bilik gerakan telah dibuka bagi menyelaras aktiviti penyiasatan dan kawalan. Sejumlah 37 orang kontak terdiri dari ahli keluarga, rakan sekerja dan pengendali makanan telah disaring dan 24 buah premis makanan diperiksa. Sejumlah 79 sampel najis dan 4 sampel bekalan air minum diambil bagi mengesan kehadiran bakteria ini. Setakat ini belum ada sampel yang dilaporkan positif Salmonella typhii. Pemeriksaan juga dijalankan di kilang-kilang pembekal ais. Di samping itu, aktiviti pemantauan dan kawalan melibatkan sistem pembekalan air telah dijalankan bagi memastikan kualiti bekalan air di WPKL bagi memastikan kualiti bekalan air di WPKL baik.
Tifoid atau demam kepialu adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhii yang mencemari makanan atau minuman. Seseorang yang dijangkiti akan mengalami gejala di antara satu (1) hingga 3 minggu selepas mengambil makanan atau minuman tercemar. Gejala utama adalah keletihan, demam, sakit perut, sembelit dan sakit kepala. Pesakit juga boleh mengalami cirit-birit dan muntah. Jika tidak dirawat, gejala tersebut boleh berterusan sehingga beberapa minggu dan menyebabkan komplikasi seperti perdarahan dan kebocoran saluran penghadaman, keradangan otak, psikosis dan sebagainya. Mereka juga boleh menjadi pembawa bakteria ini tanpa menunjukkan sebarang gejala. Pembawa boleh menyebarkan bakteria melalui pengendalian makanan atau minuman.



Demam kepialu masih berlaku di beberapa kawasan di Malaysia yang mempunyai liputan bekalan air minum terawat dan penggunaan tandas sanitari yang rendah serta kebersihan persekitaran dan personal yang terabai. Jangkitan juga disumbang oleh pengendalian makanan yang tidak mengikut tatacara yang selamat dan sihat. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan negeri yang sentiasa mencatat kejadian penyakit demam kepialu yang rendah setiap tahun. Kejadian demam kepialu bukanlah keadaan luar biasa di WPKL, dengan bilangan kes semenjak 5 tahun yang lalu adalah di antara tujuh (7) hingga 35 kes setahun.


Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memberikan perhatian tinggi terhadap tahap kebersihan makanan dan minuman yang diambil bagi mengelakkan jangkitan. Pilih kedai atau gerai makan yang bersih, termasuk juga pekerja-pekerja khususnya pengendali makanan yang bersih. Makanan yang panas dan baru dimasak perlu dijadikan pilihan utama. Kebersihan diri (personal hygiene) juga perlu diutamakan khususnya membasuh tangan sebelum makan, selepas makan dan selepas ke tandas. Dapatkan rawatan awal jika mengalami sebarang gejala demam kepialu bagi mengelakkan komplikasi.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga sedang berusaha keras menjalankan langkah-langkah pencegahan dan kawalan bagi mencegah penularan jangkitan penyakit ini. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sekian dan terima kasih.


DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
19 Oktober 2015

CEKODOK PISANG VANILA

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..


Buat cekodok pisang vanila ni pada pagi sabtu yg lalu sebelum Nabil pergi memanah.. resepi cekodok pisang vanila ni kawan yg bagi tahu.. kalau buat cekodok pisang letak esen vanila sedap, wangi jer bau vanila tu.. jadi saya pun mencubalah.. memang ternyata sedap rupanya.. Nabil bertambah2 makannya..  Pekena pulak dengan air milo kegemarannya tu..

Setelah 6 bulan Nabil tidak pergi latihan memanah.. baru lah hari ni nak training semula.. sepanjang arwah mak sakit , giliran saya menjaganya sabtu dan ahad.. bila saya nak balik kuang , nabil pun sibuk nak ikut sama, jadi tak nak lah dia pergi latihan memanah.. dia hendak saya yg menghantarnya memanah dan menunggu dia habis memanah.. mana lah saya dapat nak menunggunya, sebab saya perlu balik ke Kuang dengan segera..
Jadi sabtu tu pergilah dia memanah dengan semangatnya sambil membawa bekalan cekodok pisang dia tu. ~__^

Jom intai resepi cekodok pisang vanila saya yg mudah ini :)




RESEPI CEKODOK PISANG VANILA
Bahannya :-
  • 8 biji pisang emas
  • 1 sudu teh Yis Mauripan
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 sudu besar gula perang @ gula putih kasar
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • Minyak utk menggoreng
Caranya :-
  1. Kupas pisang dan lecek bersama gula , garam dan yis mauripan hingga hancur. Kemudian masukan esen vanila.
  2. Lepas itu masukan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
  3. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemputkan adunan tadi kedalam minyak panas. Ikut kebesaran kuali anda, saya buat dalam 10 biji sebab dia kembang.
  4. Goreng sehingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok . Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biarkan minyak terserap.
  5. Hidangkan bersama kopi 0 atau Teh 0..



Rabu, 21 Oktober 2015

Selamat berpuasa hari Ashura kekawan..

Selamat berpuasa, 1437 H...

🌱1⃣ khamis 9 muharram (22 okt)
;; puasa tasua'

🌱2⃣ jumaat,  10 muharram (23 okt)
;; puasa 'asyura

 🌱3⃣ sabtu, 11 muharram (24 okt)
;; puasa sehari setelah 'asyura

🌱4⃣isnin 13 muharram (26 okt)
;; puasa ayyam al-bidh (3 hari tengah bulan)

🌱5⃣selasa, 14 muharram (27 okt)
;; puasa ayyam al-bidh (3 hari tengah bulan)

🌱6⃣rabu, 15 muharram (28 okt)
;; puasa ayyam al-bidh (3 hari tengah bulan)


Ingatkan semua teman....

Siapa tahu ada yang berpuasa karena kita yang ingatkan...

Asap Jerebu Semakin Kuning... benar ke...

Imej oleh NASA mendapati asap kuning (teramat merbahaya) boleh dilihat dari angkasa.
IPU Palangsuka adalah tertinggi dlm sejarah dunia yg hampir 3k..

Asap kuning dijangka sampai ke Semenanjung lewat Maghrib ini dan Borneo sekitar tengah malam nanti..


WW :: KENALI DARAH ANDA ... Boleh darah dari ......


Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..


Kenali jenis darah.. siapa boleh menerima dan menderma kepada anda...


Selasa, 20 Oktober 2015

INILAH YG TERJADI PADA TUBUH ANDA JIKA MINUM LEMON SETIAP PAGI.. ^__^

Assalamualaikum kekawan... Salam petang yg ceria :)

Inilah yang Terjadi Pada Tubuh Anda Jika Anda Minum Air Lemon Setiap Pagi.
Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu
Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system.
Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati
Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.
Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini?
Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi
Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:
1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.
8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.
9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.
12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.
Lain-Lain Keistimewaan Lemon:
Menghilangkan acne
Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar
Caranya:
Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa
Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam)
Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doctor sebelum memulakan rawatan ye.
Menghilangkan rasa takut dan cemas
Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress.
Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?
Caranya:
Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.
Tiada lagi ulser mulut (saya panggil mata ikan, HEHE)
Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni
Caranya:
Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa
Bye-bye demam
Selain dari rawatan demam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa.
Caranya:
Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan.
Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!
Selesema dan Sakit Tekak
Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak
Caranya:
Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam
Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.
Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan
Merawat kutil dan ketuat (corn and calluses)
Caranya:
Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas.
Biarkan semalaman.
Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan.
Sapu dengan cotton ball atau Q-tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.
Merawat Eczema
Lemon Wrap mungkin dapat membantu anda yang terkena jangkitan kulit
Caranya:
Tambahkan 8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu besar (15ml) madu. Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan lagi healing power of lemon tadi
Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3 kali sehari
Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.
Merawat Keletihan
Sekiranya kita letih sangat-sangat, especially kepada world traveller.
Caranya:
Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment
Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza
Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air
Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam
Hypertension
Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.
Caranya:
Tambahkan 3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya
Reneh atas api selama 5 minit
Tapiskan dan sejukkan
Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari
Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol, InsyaAllah
Melegakan sengatan serangga berbisa
Caranya:
Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia.
Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu
Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi
Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik
Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil
Menidurkan Insomnia
Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur.
Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan
Menyelamatkan perut
Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam.
Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut
Selamat tinggal Varicose Vein!
Caranya:
Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart
Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap-tekap je badan tu dengan tuala.
Menghilangkan kesakitan
Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari
Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil
Menghilangkan nafas berbau!
Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.
Caranya:
Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam
Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan.
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

GULAI PUCUK UBI DENGAN IKAN MASIN

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..


Bila baik dari demam ni.. pekena gulai pucuk ubi dengan ikan masin.. perghhh boleh bertambah nasi dalam pinggan kan kekawan.. itulah yg terjadi saya suami isteri makan tengahari ahad yg lalu.. anak2 pun suka pulak gulai ikan masin ni.. pada hal saya ada masak lauk lain utk mereka tu.. hendak juga makan apa yg mama dan abah sedap makan tu kan ~__^

Alhamdulillah pucuk ubi yg diambil dari kampung en suami tu elok lagi.. ialah saya bungkus dengan suratkhabar elok2.. pastu simpan dalam petiais belah simpan sayur tu.. jadi tahan lah 2 minggu pucuk ubi tu dalam petiais.

Jomlah kita tengok resepi yg paling mudah untuk masak gulai pucuk ubi dengan ikan masin ni..

RESEPI GULAI PUCUK UBI DENGAN IKAN MASIN

Bahannya :-
  • 1 ikat pucuk ubi (direbus dahulu)
  • 1 ekor Ikan masin duri sederhana besar.(dipotong2 kecil dan rendam sekejap)
  • 2 mangkuk santan cair
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 15 biji cili padi*
  • 1 biji cili merah*
  • 3 biji bawang merah kecil*
  • 3 cm kunyit hidup* (*dikisar atau ditumbuk)
  • 1 btg serai dititik.
  • 1 helai daun kunyit
  • garam secukup rasa.
Caranya :-
  1. Masukan santan cair bersama bahan kisar , serai dan ikan masin.
  2. Bila sudah mendidih masukan pucuk ubi yg telah direbus tadi.
  3. Lepas tu masukan santan pekat, asam keping dan daun kunyit. (sentiasa dikacau supaya tak pecah santan)
  4. Rasa masinnya, jika tidak cukup masin bolehlah ditambah sedikit garam.
  5. Siap untuk dihidang.
Senangkan.. Selamat mencuba ^__^




Isnin, 19 Oktober 2015

BAHAGIAN TUBUH YG BOLEH MERAWAT PELBAGAI KESAKITAN..

Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yg ceria..
Perkongsian dari wasap group.. semoga bermanfaat..

Tahukah Anda,
 bahwa ada suatu tempat di tubuh manusia, di mana jika anda menempelkan ais batu pada titik tersebut selama beberapa saat, dapat memberi kesan positif terhadap kesihatan
anda?

Dapat mengatasi masalah sakit kepala berat seperti migrain dengan sangat cepat,
ketika badan anda lelah maka tubuh anda tiba-tiba akan terasa ringan dan terisi energi.

Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai membuatkan anda kelihatan   lebih muda.

Tempat tersebut adalah titik tekanan dimana leher dan kepala terhubung.

Dalam ilmu Akupunktur Cina titik tersebut dikenal dengan nama Feng Fu, yang ertinya “rumah angin”.

Menurut pengobatan tradisional Cina, metode titik Feng Fu tidak untuk mengobati penyakit.

Bahkan, ia membawa tubuh kembali pada keseimbangan fisiologis ,
memberikan stimulasi emosional yang positif dan meremajakan seluruh tubuh.

Inilah keajaiban yang akan terjadi jika anda menempelkan ais batu pada Titik Feng Fu.

Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa lelah atau kepala pening.

Beberapa penderita migrain  telah merasakan manfaatnya dan terbukti bahwa melakukan terapi menggunakan metode ini ternyata jauh lebih cepat dan efektif mengatasi migrain dibandingkan dengan mengambil  ubat-ubatan.

Melakukan terapi dengan metode ini juga dapat membuat mood anda meningkat dan membangkitkan perasaan nyaman, kerana cara ini bekerja menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah.

Satu-satunya hal yang perlu anda lakukan  hanyalah menempatkan ais  pada titik Feng Fu dan tahanlah disana selama 10 hingga 20 menit.

Pada awalnya mungkin anda akan merasa dingin selama 30-40 saat,
tapi perlahan-lahan titik tersebut akan mulai menghangat.

Berikut ini adalah khasiat dan manfaat meletakkan ais pada titik Feng Fu.

Meletakkan  ais pada titik Fung Fu berkhasiat untuk:

1. Mengatasi sakit kepala dan migrain

2. Meringankan sakit gigi .

3. Menciptakan kesan relaksasi

4. Membangkitkan energi dan mengurangkan kelelahan

5. Meningkatkan kualiti  tidur anda

6. Memperbaiki sistem pernapasan dan sistem kardiovaskular Anda

7. Mengatasi Asma

8. Mencegah  air hidung meleleh

9. Mengatasi gangguan neurologis dan perubahan degeneratif pada tulang belakang

10. Memperbaiki sistem pencernaan

11. Menyembuhkan infeksi saluran pencernaan dan infeksi menular seksual
.
12. Mengatasi gangguan pada saluran pencernaan, obesiti dan malnutrisi

13. Mengatasi gangguan kelenjar tiroid

14. Membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi

15. Menghilangkan selulit

16. Mengatasi gangguan menstruasi, impotensi, frigiditas, endokrin, infertilitas

17. Mengatasi gangguan psiko-emosional, stres, kelelahan kronis, depresi, insomnia

Itulah tadi beberapa khasiat dan manfaat mengejutkan dari menempelkan ais  pada titik Feng Fu.

Luar biasa sekali bukan?