Selasa, 12 Januari 2016

CENDAWAN GORENG TEPUNG DAN RANGUP by chef Nabilah..

Salam petang yg ceria kekawan..

Pada hari ahad tu saya kan pergi seminar Najeeha di entri ini . Jadi Kakak Nabilah saya suruh pergi pasar pergi beli barang dapur. Malam tu saya dah senaraikan apa yg dia perlu beli. Tengok siap hantar gambar selfie pergi pasar dgn abah tu..


Balik pasar dia telefon saya, "Mama tadi kat pasar kakak ada beli cendawan, mama kasi resepi cendawan goreng tepung tu" pinta kakak..
Saya pun kata "pandai ke kakak nak buat"
"InshaAllah boleh" jawapnya..
Saya pun bagi cakap mulut jer dengannya, boleh dia cekap menangkap. Bila pukul 12.20 tghri tu dia hantar wasap kat saya, dah siap, siap dgn mayonis dan cheese yg sedap tu.. Tambahan decoration yg mengancam tu.. Najeeha tengok pun meleleh.. siap suruh tinggalkan lagi utk dia. Nampak sangat minat dia dalam bidang masakan ni kan.. tu lah dia kata nak ambil kulinary mama, bila kakak dah habis buat hafazan..

Siap hantar kat Mari Sembang group keluarga en suami lagi.. suruh teka siapa yg masak.. semua tumb-up kat dia pandai memasak.. lagi pun saya dah pesan kalau nak hidupkan api dapur gas tu suruh abah tau.. tapi kakak ni indipenden .. masak telur.. masak nasi.. goreng sayur dia dah boleh buat.. Alhamdulillah ringan kerja saya sikit.. hari tu dia yg masak sebab saya 1 hari di seminar jeeha tu..

Hasil yg siap digoreng .. yg pertama pun dia wasap gambar kat saya..

RESEPI CENDAWAN GORENG TEPUNG RANGUP

Bahannya :-
  • 250gm cendawan tiram (dicuci bersihkan dan keringkan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 sudu besar mentega (dicairkan) (nabilah cairkan dlm microwave jer)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • sedikit lada sula
  • Minyak masak utk menggoreng.
Caranya :-


  1. Kisar/Blend semua bahan kecuali cendawan hingga sebati.
  2. Siat-siat cendawan jika besar sgt (Nabilah dia lap cendawan tu dengan tisu bagi kering)
  3. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam. Pastikan minyak betul-betul panas.
  4. Bahan kisar tadi masukan dalam mangkuk yg mudah utk dicelup cendawan tu. Celupkan cendawan ke dalam adunan tadi dan gorenglah hingga garing keemasan. Kemudian toskan.
  5. Hidangkan panas-panas bersama sos mayonis dan cheese..

Siap di deco.. tu yg buat orang terliur tengoknya..
Memang sedap mama.. krap krup Nabil makan.. cerita Nabil, pandai kak nabilah masak.. ceritanya.. tapi saya tak jumpa Nabilah pun sebab dia dah balik madrasah petang tu.. Nabil jumpa dia pun lepas dia balik Masjid Negeri solat maghrib di sana dengan abah..


15 ulasan:

  1. bagusnya nabilah.... mmg nampak menyelerakan n ranggup tuh kak...

    bila dia minat nk msk tuh, bnda yg rumit jd senang je....

    BalasPadam
  2. Bagus sungguh anak CH ni. Untunglah ada anak pandai masak, menurun bakat emaknya ni, CH. Saya ni nampak gaya memang jadi tukang masak sampai tualah. Nak tunggu menantu masuk rumah, lama lagi tu. Hahaha!

    P.S. Terima kasih ya nombor telefon tu. Nanti saya cuba WA.

    BalasPadam
  3. Wah menarik tu siap dengan deko2 lagi,terliur acik tengok cendawan goreng kak nabilah ni

    BalasPadam
  4. bagus cara akak didik anak akak....kat dapur pandai...tak kekok ...mcm ni le bagus gak....buku pun amik kisah, kerja rumah pun amik kisah....terbaik la kak...menu pun calang2 tu...menjadi hah cendawan crsipy cheesy die....mau tak bangga...kalo lieya pun bangga anak dah pandai handle kerja2 dapur....

    BalasPadam
  5. Kalau dah mama pandai masak mestilah anak pun ikut
    Budak perempuan sikit-sebanyak memang suka ke dapur Yati
    Apa lagi kalau kita tak ada dirumah.

    Pandai pulak tu dia mendeko hidangan:)

    BalasPadam
  6. amboiii pandainya kakak nabilah!! saya yg tengok ni pun terliur kak...
    untung akak ada anak pompuan...doakan saya dapat anak pompuan satu hari nnt...

    BalasPadam
  7. Dah bolih harap dah anak dara ni...ringan sikit kerja mama yer...

    BalasPadam
  8. Pandai dah anak dara masak...aunty pon terliur menegok cendawan garing2 tu...tak lama nanti mama dia bole jadi mem

    BalasPadam
  9. Nabila ni mmg minat masak orangnya....bagus CH....senang kerja hang. Boleh diharap!

    Budak budak kat rumah ni kurang minat ke dapur. Adoiiii. Masak tu bolehlah jugak, tp benda yg dia suka makan...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)