Selasa, 16 Februari 2016

:: HOMEMADE AISKRIM CEMPEDAK :: emmm dapnyaaa menjilat ye Nabil..

Salam petang yg ceria kekawan :)

Petang balik dari sekolah terus menerpa ke petiais bila tahu saya ada membuat aiskrim cempedak.. sebenarnya kejadian ni dah lama berlaku.. lama dah gambar ni duduk dalam draft kan.. tak dibuat entri.. ia bermula saya borong cempedak madu dari kawan saya itu hari kan entrinya disini puas-dapat-makan-cempedak-goreng


Cempedak ni bila dah lama sikit tak sedap digoreng, sedap di buat cekodok seperti entri ini cekodok cempedak dan juga dibuat aiskrimkan.. jadi selebihnya saya pun buat lah aiskrim cempedak..


Resepinya saya ambil dari my resepi tu.. tak ada letak telur dan mudah.. tu yg teruja nak mencubanya..

Homemade Aiskrim Cempedak

Bahannya :
- 2 1/2 cawan coffemate (saya ganti susu tepung)
- 2 1/2 cawan susu segar
- 1cawan isi cempedak 
- 1/2 cawan gula (kalau nak manis boleh tambah)
-sedikit pewarna kuning (optional)

Caranya :-
1. Kisar susu segar bersama isi cempedak hingga halus.
2.Tuangkan bahan kisar kedalam mangkuk mixer dan campurkan kesemua bahan-bahan yg lain dan putar hingga sebati.
3. Tuangkan dalam bekas mangkuk bertutup, saya guna mangkuk aiskrim tu, dan simpan dalam petiais beku selama 4 jam atau beku..

Step kedua
Apabila dah beku tuang semula kedalam mangkuk mixer dan putar semula sehingga sebati.. saya ada simpan sedikit isi cempedak yg dipotong dadu. Nanti bila makan terasa lah isi cempedak tu kan. Saya masukkan kedalam aiskrim yg diputar tadi. Guna senduk ajer untuk gaul isi cempedak tu. Kemudian masukan kedalam bekas aiskrim. Saya gunakan juga bekas aiskrim bertangkai macam diatas dan mangkuk aiskrim, yang dalam bekas mangkuk aiskrim tu boleh buat aiskrim potong macam nabil makan diatas.
Lepas tu simpan balik didalam petiais beku selama semalaman.. baru sedap membeku..


Emmm memang sedap mejilat aiskrim ni .. gebu dan halus.. pastu terasa pulak isi cempedak ... lagi lah bertambah-tambah dengan cuaca yg panas ni kan kekawan :)
Jom kita cuba..


21 ulasan:

  1. sedapnya kak...saya pulak baru buat eskem oreo homemade...lepas buat tu, kena buat dua bekas lagi...anak2 request...huhu...

    nnt nak try eskem ni pulak..tapi cempedak susah lak nak dpt..kalo ganti ngan buah durian pun ok kan kak...

    BalasPadam
  2. Amboi Nabil,kecur makcik tengok aiskrim yang mama buat tu..
    Kawan kakak satu ketika dulu pernah buat aiskrim cempedak ni tapi aiskrim malaysia je ,kdg dia ganti nangka tapi kakak tak pernah pulak merasa .Boleh lah kakak save resepi ni dulu.

    BalasPadam
  3. wah rajinya yatie buat eskrim nampak mcm rumit jugak tu, kaknoor bila baca entry org buat eskrim nk buat tpi kejab je angan2 selalu jd mat jenin je, mungkin tkde budak kecik mcm nabil kot jd lmbt nk buat, Iman pun belum pandai mkn eskrim lgi

    BalasPadam
  4. sedapppppppnya...
    saya sukaaaaaa....

    BalasPadam
  5. nyam nyam nyam pekatnya kak..macam puri dah tengok..
    kompem sedap nih..

    BalasPadam
  6. Apa saja makanan yang berkaitan cempedak semua kak zai suka. Tengahari terik sedapnya makan ice cream.

    BalasPadam
  7. sedapnya..lemak berkrim disukai ramai..

    BalasPadam
  8. Untung Nabil dpt mak rajin berinovasi cenggini tau. Sudah di goreng, diaiskrimkan pulak.... Mmg tak lapolah kalau namanya anak tu.

    BalasPadam
  9. Untung Nabil dpt mak rajin berinovasi cenggini tau. Sudah di goreng, diaiskrimkan pulak.... Mmg tak lapolah kalau namanya anak tu.

    BalasPadam
  10. wah ais krim cempedak.. mesti harum 1 peti ais bau cempedak tu kan

    BalasPadam
  11. wow eskrim hipster ni...xpnh rasa lg eskrim cempedak..huhu :)

    BalasPadam
  12. Makchaq suka makan cempedak goreng....
    tak sangka pulak boleh buat aiskrim cempedak.. mesti wangi bau dia kan..
    Tapi kalau beli 2 3 biji tak dan nak buat aiskrim dah habis.



    BalasPadam
  13. Sedapnya...blh dibayangkan
    Mcm nur ni byk ambik resepi homemade aiskerim...nk buat tah bila agaknya heee

    BalasPadam
  14. sedap tu,.. untung kalau rajin ke dapur,.. macam2 resepi dapat dicuba untuk kepuasan keluarga...

    BalasPadam
  15. wow, dah boleh rasa kesedapannya, nampak pekat sangat kan CH.. okay kalau jumpa cempedak nanti nak cubalah, terima kasih kongsi idea :)

    BalasPadam
  16. Sedapnye...saya penah makan aiskrim cempedak tapi yg beli punye la...kalau buat sendiri lagi berganda sedapnye

    BalasPadam
  17. erkkk sedapnyaaaaa. nak try ganti dengan buah lain lah.

    BalasPadam
  18. Hai, ni saki-baki cempedak madu yang berbekas tulah ya! Kempunan saya CH cempedak madunya dah habis. Tapi takpalah, mana tau akan datang ada rezekinya.

    Mata saya ni terpaku pada bekas aiskrim tu. Comel pulak pemegangnya begitu!

    BalasPadam
  19. Pàkai ovallete pun OK ni lagi cepat gebu aiskrimnya..tq atas resepinya..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)