Selasa, 14 Jun 2016

HEBAT UJIAN BUAT MU SAHABAT...

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua untuk menjalani ibadah puasa ini..

Azizah yg duduk tengah tu.. Sebelah kiranya Mazlina.. juga kawan sekampung juga
berjanji dengan utk melawat Azizah.. Mazlina ni lagi lama tak jumpa hampir 30 tahun..
bila berjumpa, berpeluk-pelukan.. melepas rindu pada sahabat yg sama sekolah dari darjah 1 kan :)
Dapat berita kawan sekolah sakit.. Azizah Abd Rasad.. kawan sepermainan sewaktu kecil .. satu kampung.. jiran sebelah rumah mak, semestinya kawan mak dengan mak dia kan (sebelum dia pindah ketempat lain membuat rumah) satu sekolah, dapat tahu bila Maryam call dia, sebab dah lama dia tidak menyapa didalam group ladies sekolah tu.. rupanya dia sakit.. baru dapat tahu dia menghidap kanser payu dara tahap 2, Allahu.. bila Yam bagi tahu dalam grup semua terperanjat.. 
Masa pergi menziarahi nya pada ahad lalu, berbual panjang lah kami.. sekarang dia tengah buat kimo, baru 2 kali katanya.. ada lagi 4 kali.. semangatnya sungguh kuat.. bila dia kata "Aku terima dan redha dengan ketentuan ini" dengan senyumnya..
Allahu.. tabah kau wahai sahabat..
Semoga Allah memberi kesembuhan yg segera pada mu wahai sahabat ku..


Hatijah, Wahidah dan Aishah yg pergi ke rumah Azizah untuk menyampaikan sumbangan kepada Azizah..
Minggu sebelum tu bila dapat tahu, kami kekawan pun buat collection sumbangan kepada kawan2 yang sakit, Mazliza, Rosli , Sharin dan Nizam, mereka tak berkesempatan untuk diziarahi, hanya menghulur sumbangan yg dibank in dalam akaun Maryam yg dilantik utk mengutip sumbangan tu bagi pihak ladies. 

Pada pagi tu dapat juga berita yg adik ipar Azizah meninggal, rumahnya didepan rumah Azizah, adiknya bernama Mardhiah, juga rapat dengan, sebelum pergi kerumah Azizah saya singgah dulu rumah Mardhiah menziarahi nya. Sungguh tabah ibu muda ini, anak yg sulung baru berumur 12 tahun dan kecik 3 tahun, semua anaknya 6 orang..
Masa saya menziarahi tu.. ada Ally Iskandar dengan team TV3, rupanya anaknya Ali memasuki Program Projek Dai, baru malam sabtu tu disiarkan Program Projek Daie tu, bila mendengar cerita Ally tu, dia sungguh terkejut sebab baru jer berbual dengan arwah abang Salleh ini mengenai episod seterusnya utk projek Daie.. pastu dapat telefon dari Mardhiah pukul 2pagi yg abang Saleh telah pergi.. hanya demam sebelum tu, dan sakit perut, pada malam tu sakit dan kuat, hubungi ambulan, sewaktu ambulan sampai, beliau telah meninggal dunia, dan pegawai perubatan mengesahkannya..
Inailillah..

Ini masa siaran slot pertama projek dai yg disiarkan.. Ali ini pula penghidap i-cell lymphoma stage 3, inshaAllah semakin pulih.. 
Semoga Allah memberi ketabahan kepada keluarga ini untuk meneruskan kehidupan. Aamiin.

17 ulasan:

  1. Akak turut simpati dgn kwn yatie...Akak dah rasa bagaimana rasa penyakit kanser.mudah2an kawan atie tabah dan cepat sembuh.
    Pasal Ali tu akak pun tengok kat tv3 tempohari....budak Ali ni memang sakit juga kan.Besar sungguh dugaan keluarga mereka kan.Al Fatihah untuk arwah,semoga arwah ditempat kan dikalangan orang beriman.

    BalasPadam
  2. Allahu. Moga sel sel kanser dalam tubuh belai masih boleh dihapuskan. Adik kawan Nani darjah tiga dah ada kanser. Hari hari buat kemo alhamdulillah sel sel tu dah mati.

    BalasPadam
  3. Masya'Allah.. dugaan demi dugaan.
    - semoga mereka semua kuat, tabah dan redha dengan ujian Allah ini lebih-lebih lagi di bulan yg mulia ini.

    BalasPadam
  4. MasyaAllah besarnya dugaan pada sahabat yatie... mudah-mudahan sahabat yatie sembuh...aaminn

    Alfatihah kepada adik Ali.... surga menanti mu...

    BalasPadam
  5. Allahu... moga di berikan kekuatan dan kesembuhan bt mereka ye kak...
    lagi2 doa di bulan ramadhan nih mudah termakbulkn...

    teringat mil pun penah kene kanser payudara n dia redha n nekad utk buang payudaranya... dlm usia hampir 60an bt kimoterapi mmg nmpak sgt seksanya... lagi2 sepanjang dia berulang alik kerteh-kl utk bt kimo dia akan ddk di rumah kami

    BalasPadam
  6. Semoga semuanya sihat kembali..diberikan kesihatan yang baik...Amin..

    BalasPadam
  7. Begitulah ujian Allah berikan sebenarnya juga utk membuka mata kita semua Yati. Ada tanggungjawab yg perlu kita galas bila ada saudara kita yg sedang dlm ujian kesusahan begini.

    BalasPadam
  8. Besar sungguh ujian sahabat kak yati tu...moga dipermudahkan segalanya buat dirinya...

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum,

    Saya baca post Kak Yatie dgn penuh perasaan.. Rasa sedih dgn keadaan kesihatan kawan akak & dlm masa yg sama merasa besar sggh ujian yg diberikan tanda Allah sayang mereka..

    Semoga sentiasa di bawah lindunganNya..

    BalasPadam
  10. AllahuAkbar. Ujian hidup. Semoga kawan yati tabah menghadapi dugaan ino

    BalasPadam
  11. Innalillahhiwainnailaihirojiun...

    Sesungguhnya segala sesuatu itu milik Allah, dan kepadaNYa juga akan kembali.

    BalasPadam
  12. Alfatihah!

    Ya Allah! Terharu membaca kisah kawan CH ni. Itu ujian baginya dan betapa dia masih lagi boleh tersenyum redha menerima ujian dari Allah. Kita yang membaca pun separuh mati geleng kepala rasa tak sanggup mendengar cerita begini.

    BalasPadam
  13. INNALILLAH.. macam2 dugaaan yang diterima.. mudah2an kita sentiasa dilindungi ALLAH.

    BalasPadam
  14. Wkmsalam.
    Semoga tabah menghadapi ujianNya.

    BalasPadam
  15. In shaa Allah...
    smoga sahabat ni dpt survive..
    in shaa Allah..in shaa Allah....
    lya pon sdg sedaya upaya survive sbb kanser..doakan utk lya jugak ye

    BalasPadam
  16. Semoga Allah menyembuhkan penyakit penyakit yg menimpa kawan kawan kita kan CH. Memang hebat dugaan yg Allah berikan buat mereka.
    MOga sedikit sebanyak sumbangan yg diberikan dapat menggembirakan mereka.

    Mudahnya Allah nak memanggil menemuinya.... Inalillahi wa inailaihi rojiun...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)