Isnin, 13 Jun 2016

JUS BUAH MARKISA... penyejuk tekak buka puasa 😆😊 ^__^

Salam petang yg ceria kekawan :)


Beli buah markisa ni masa pergi reatret kat Cameron Highland tempohari.. tengok punya lama terperap dalam peti sejuk..
Alhamdulillah buahnya masih elok.. jadi boleh lah diteruskan projek buat jus buah markisa ni.. Kat sini mahal kan buah markisa ni.. saya pernah beli di Tesco.. 4 biji macam tu RM5.00.. masa tu nak buat pavlova.. kat cameron highland ni sebungkus besar baru RM10.00 dalam dia ada 25 biji kot.. share dengan kawan.. dapat lah 12 biji seorang.. baru RM5.00..
Nampak keuntungan disitu hahaha.. 

Buat air jus ni pada hari sabtu yg lalu.. saya serahkan pada nabilah membuatnya, setelah menggoogle resepinya.. jumpa resepi citrasawan yg paling mudah .. jadi bagi jer pada Nabilah..
Kak wan saya ambil resepi tempek kat sini ye.. halalkan ye. :)
Oleh kerana buah markisa kami ada 12 buah, jadi kami gandakan sukatan resepi tu..

JUS MARKISA/PASSION FRUITS JUICE

Bahannya :-
- 3 biji buah markisa
- 1/2 cawan air gula
- 1 1/2 cawan air masak
- Ais secukupnya

Caranya :-
1. Belah dua buah markisa dan korek keluar isinya.
2. Kisar bersama air masak, kemudian tapis, dan tekan-tekan buah tersebut sehingga air jusnya habis di perah.
3. Kacau kan bersama air gula. 
4. Untuk menghidang masukkan jus markisa ke dalam gelas, ambil sedikit isinya dan masukan ais secukupnya. (Isi buah markisa saya tu tak timbul pulak tenggelam tu yg tak nampak hihihihi)
*** Jus ini aga masam, tambah gula ikut keperluan

15 ulasan:

  1. Cantik warnanya ...kuning segar...pasti masuk ketekak pun segar jugak kan masa berbuka..

    BalasPadam
  2. Beli lauk apa hari ni? Hihi....
    Tak pernah belilah weyh.....Buah markisa ni mmg kena buat jus aje ke CH? Boleh makan mcm tu aje tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Mak kata boleh makan begitu saja. Rasanya masam

      Padam
  3. pernah gak buat jusnya CH, jiran ana ada tanam dulu bergayut buahnya.Tapi anak-anak kurang minat mungkin sebab bijian tu kut kan :)

    BalasPadam
  4. Beli lauk apa hari ni? Hihi....
    Tak pernah belilah weyh.....Buah markisa ni mmg kena buat jus aje ke CH? Boleh makan mcm tu aje tak?

    BalasPadam
  5. sedapbuah nie..ingat masa zaman kecik2 duduk bawak pokok ni main pondok2..sebab pokonya menjalar..

    BalasPadam
  6. Susah jugak nk jumpa buah markisa yg fresh kan tpi klaau yg ready made mmg pernah jugak jumpa kt supermarket

    BalasPadam
  7. Jus markisa, kalau dpt yg fresh mmg sedap sgt lah rasanya...
    Pandai nabilah, dh boleh tlg mamanya di dapur

    BalasPadam
  8. bijinya boleh dikisar sekali?

    boleh cuba nanti masa berbuka...

    aRz baru ke sini...done follow blog

    BalasPadam
  9. Hai alahai... bulan puasa ni nampak apa pun sedap, CH...

    BalasPadam
  10. Ambil sebiji buah markisa, belah/potong jadi dua, ambil asam boi yang dicubit cubit isi nya dan taborkan keatas isi buah markisa kemudian ambil sudu dan gaulkannya.
    Aroma nya yg menyengat akan membuat teruja utk segera makan.

    BalasPadam
  11. Sedap juga just Markisa.nak lagi sedap tambahan dengan ketul ais.memang terbaikla

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)