Rabu, 31 Ogos 2016

WW:: SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 59 TAHUN









P/s berbagai ragam dan cara orang ramai menyambut kemerdekaan... boleh buat kita tersenyum sendiri...

Merdeka kan hati dan jiwa kita dari terus dijajah.. demi agama,bangsa & negera

Selasa, 30 Ogos 2016

Bagaimana MUMMYDEARIE Terlebih PROTECTIVE.. Takut Kes Macam Ni....

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Sewaktu saya menerima wasap ini dari grup kawan .. bergetar jiwa raga saya.. luluh hati.. bagaimana perasaan ibubapanya..
Tu lah kekadang ni anak bergurau tak kena tempat.. akhirnya maut menemui kawan.. pas tu teringat pulak entry si Mumydearie Siapa yang lebih protective.. 


KES KEMATIAN JATUH BANGUNAN MELIBATKAN PELAJAR  DI SEKOLAH MENENGAH PRESINT 9 (2) PUTRAJAYA
-----------------

Pada jam 29 Ogos 16, jam lebih kurang  0940, satu  kemalangan jatuh bangunan  dari  tingkat  3, melibatkan  seorang pelajar lelaki telah berlaku di SMK Presint 9 (2), Presint 9.

Butir-butir mangsa-mangsa

Nama : Azim hakimi bin Abu shuja

 No kp : 010718040589

Tingkatan : 3 Elit, SMK Presint 9 (2)

 Alamat rumah : Lep  6/4 Seri Kembangan, SELANGOR;

Punca kejadian
-------

Difahamkan punca kejadian pelajar terbabit cuba untuk mengambil beg kawannya  yang telah di buang keluar oleh kawan lain. Tujuan tindakan  beliau adalah untuk membantu pelajar tersebut mengambil beg yang telah dibuang. Namun ketika pelajar tersebut melompat keluar, beliau telah gagal mengawal diri untuk  bertahan dan  seterusnya jatuh ke bawah.

Situasi terkini

Pada jam 1100 hrs pihak polis telah membawa mangsa ke hospital PUTRAJAYA untuk tindakkan selanjutnya.

Untuk makluman awal tuan2/puan2/Cik2.
Masa saya melihat gambar-gambar ini.. jatuh juga air mata saya.. terkenang anak-anak disekolah.. moga Allah lindungi mereka dari kemudaratan yg tidak disangka-sangka ini..

Kawan saya post lagi di grup tu.. mahu tak jatuh tersungkur ibunya bila dapat berita anak jatuh.. kalau saya mahu pengsan dibuatnya huhuhu :(

Ini lah gambar arwah bersama ibunya.. ibunyaPenolong Pengarah BKK KPM..
Semoga roh AzimHakimi dicucuri rahmat Ilahi di tempatkan bersama para syuhadah dan solehin..

"Allahummagh firlahu warhamhu wa'afihi wa'fu anhu"
"Ya Allah, Ampunilah dia, berilah rahmat , sejahtera dan maafkanlah dia"
Ya Allah, gantikan lah syurga sebagai tempat tinggalnya yg baru..
Aamiin ya Rabbalalamin..

Isnin, 29 Ogos 2016

KELONGSONG GANDUM SERAWA DURIAN... emmmm dapnya.. 😆😊 ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya :)

Gara-gara tergoda dengan entri Hainomokje tu lah saya pun membuat kelongsong gandum untuk diregukan dgn serawa durian ni.. hari khamis tu hari en. Suami gi kerja ke Ipoh.. singgah lagi kat Tapah beli durian lagi.. dah tahu semua dlm rumah ni penggemar raja buah ni.. di beli lagi satu karung.. tapi saya makan agak-agak juga.. takut weyyyy.. ke hospital nanti hahaha :D 😆😄

Ehhh.. jom balik ke pangkal jalan.. kisah si kelonsong gandum ni... sebenarnya lempeng je kekawan.. tapi bila dah digulung tukar namanya hahaha.. begitulah menurut cerita si hainom okje ..😆
Resepi saya mudah aje.. lebih kurang lempeng pekak kata kak rose blogger My Kuali tu..
Jom intai resepi..

RESEPI KELONGSONG GANDUM
Bahannya :-
- 2 cawan tepung gandum
- 3 cawan air suam (ikut agak ya cair tepung tu)
- 1/2 sudu kecil garam halus.

Caranya:-
1. Masukkan tepung kedalam bekas mangkuk. Kemudian masukkan garam halus. Selapas tu tuang air suam sedikit2 kedalam tepung. Kacau sehingga sebati dan tidak berketul2.
2. Kemudian sapu kan sedikit minyak kedalam pan non stick tu.
3. Lepas tu ambil sesenduk adunan tepung tadi. Tuang ditengah2 pan tu.. kemudian nipiskan menjadi bulat.
4. Apabila dibawahnya telah masak, terbalikan perlahan. Apabila kedua belah telah masak. Angkat.
5. Kemudian gulung dan letakan didalam pinggan.
6. Buat sehingga adunan habis.
7. Siap dihidang bersama sambal tumis bilis, sambal tumis sardin atau serawa durian.

Saya buat serawa durian tu dulu.. jadi bila masak je satu kelongsong gandum.. Nabil dah ambil.. tak sabar nak mencicah dgn serawa durian tu.. pastu dia tanya kenapa gulung pulak mama.. bukan ke mama kata nak buat lempeng 😆😆😄😄..  :)
ini nama baru pulak bila dah buat gulung nama nya kelongsong gandum.. :D.
Untuk resepi serawa durian tu.. kekawan boleh intai disini.. Resepi Serawa Durian

Ahad, 28 Ogos 2016

RESEPI DORAYAKI LAZAT..step by step..😊😄emmm dapnya..

Assalamualaikum kekawan..
Selamat bercuti dihujung minggu..
Dah lama saya mencari resepi Dorayaki ni.. mesti teringat cerita daraemon kan.. 😆😁 :)
Sekali tu jumpa lak kat FB cara step by step.. ahhh senang bangat ini kan..












Jumaat, 26 Ogos 2016

5 KEHEBATAN KESAN BACA AL QURAN PADA MANUSIA

Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yg barokah.. semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya :)






Sumber : Facebook

p/s Peringatan buat diri saya, banyak kita tahu tapi untuk mengamalkan secara istiqamah itu lah ujiannya, terpanggil buat diri saya ni, semasa ramadan setiap habis waktu solat dan terluang terus aje membaca alquran sehingga boleh khatam dalam masa 25 hari, kini saya hanya mampu membaca sewaktu lepas solat subuh dan maghrib itu dalam 2 muka surat ajer.. malunya saya kepada Allah melihat diri ini yg tidak istiqamah.. Semoga Allah terus memberi petunjuk dan bimbingan Nya sebagai seorang hamba Allah yg fakir ini.. 

Teringat ceramah ustazah Isfadhiah Dasuki,..

Ada orang Kaya Jiwa Kaya Harta itulah dia sahabat Nabi dan Khalifah Usman bin Affan sehingga kini akaun nya ada untuk diinfak kepada Fakir Miskin..

Ada orang Kaya Jiwa Miskin Harta itulah dia sahabat Nabi dan Khalifah Ali bin Abi Thalib , kaya iman pada agama Allah dan sentiasa berbuat kebaikan..

Ada orang Miskin Jiwa Kaya Harta..
Ini lah orang yg tidak membelanjakan hartanya kepada jalan Allah dah yg sedih miskin jiwa terhadap agamanya..

Ada orang Miskin Jiwa Miskin Harta..
Inilah orang yg tersangat rugi.. rugi dunia dan rugi akhirat..
Wallahualam..

Khamis, 25 Ogos 2016

RESEPI WAJIK KASIRAT.. emmm dapnyaaaa ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Semasa saya melayari FB keluar pulak resepi wajik kasirat ni.. aduhai.. teringat pulak arwah mak, suka sungguh wajik kasirat ni.. saya pun suka wajik kasirat ni.. tengok resepi punya la mudah.. terus save kat sini dulu..resepi dari keluaran Mingguan Wanita.. terima kasih pada yg kongsi resepi ini..

Nak cuba buatlah masa hari raya haji ni.. yum yum yum.. tengok gambar pun dah terliur saya ni.. :D





WAJIK SIRAT
Bahan-bahan:
500 gm beras pulut - goreng tanpa minyak @ sangai, sejukkan & kisar halus
600 ml santan
500 gm gula merah

Cara-cara menyediakannya:
1. Masakkan santan sehingga pecah minyak, masukkan gula. Kacau perlahan-lahan dan biarkan sehingga gula hancur.
2. Biarkan sehingga pekat, kemudian masukkan pulut dan biarkan sehingga adunan kental.

Sumber : Facebook

Rabu, 24 Ogos 2016

TIPS IBUBAPA DAN PELAJAR..Juga Warkah Guru Kepada Ibubapa 😆😊 ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Sumber : Google


*WARKAH GURU KEPADA IBU BAPA*

Ibu bapa yang dikasihi sekalian,

Anak-anak akan menduduki peperiksaan tak lama lagi. Saya tahu tuan puan bersemangat untuk memastikan anak masing-masing dapat menjawab dengan baik.

Namun, sentiasa ingat, ada di antara anak-anak itu, adalah seorang artis; yang tak perlu memahami matematik.

Ada juga yang berjiwa usahawan, yang tidak peduli pun tentang Sejarah, atau pun Kesusasteraan Inggeris.

Ada juga berkemungkinan ahli muzik, yang mana markah subjek Kimia, tidaklah berharga.

Ada ahli sukan, iaitu mereka yang kemantapan fizikalnya jauh lebih penting berbanding subjek Fizik.

Jika anak anda mendapat markah tertinggi, baguslah. Namun jika tidak, tolonglah jangan rampas keyakinan dan maruah diri mereka.

Katakan pada mereka, tak mengapa, itu hanyalah peperiksaan. Mereka ditakdirkan untuk perkara yang lebih besar dalam hidup

Katakan juga pada mereka, berapa pun yang mereka dapat, anda tetap sayangkan mereka, dan tidak menilai mereka.

Jelaskan juga kepada mereka, redha dengan apa sahaja ketentuan ALLAH SWT. ALLAH maha mengetahui apa yang terbaik untuk mereka.

Terangkan juga kepada mereka, apa saja pekerjaan yang mereka lakukan samada doktor, pensyarah, peguam, peniaga, jurutera, pekerja kilang, mahupun tukang cuci  atau tukang sapu atau apa saja semuanya ada nilai kejayaan bila mana mereka meletakkan ALLAH dan RASUL dalam hati mereka.

Sila berbuat begini dan setelah itu, lihat sendiri bagaimana anak anda menguasai dunia. Satu peperiksaan atau markah 90% tidak akan dapat merampas impian mahupun bakat mereka.

Jangan sangka hanya doktor dan jurutera sahaja yang bahagia di dunia ini.

Yang benar,
Guru

Utk para ibubapa.. sgt bermakna buat kami semua ibubapa yg sentiasa mengharapkan kejayaan yg cermerlang pd ank2.. moga ALLAH sentiasa permudahkan urusan ank2 kita utk mengadapi peperiksaan.. Aamiin Ya Rabbal A'lamin..
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻

Sumber : WhatsApp.

p/s saya sedang BZ sungguh ni , 2 hari saya berkursus dan hari ini baru masuk ofis, entri pun yg CnP saja.. maaf saya masih tidak dapat BW ke blog kekawan.. InshaAllah saya terjah ye :D..
Nom pandai ko teka ye .. kita bz Nom :D

Selasa, 23 Ogos 2016

JOM JALAN KAKI 😆😅 ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik juga hendaknya..




*PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN DENGAN BERJALAN KAKI:*
➖➖➖➖➖➖➖➖
*1.JALAN KAKI mencegah Serangan Jantung* Jalan kaki dengan cepat bolih mengalirkan darah ke dalam jantung.
Dengan sering jalan kaki, kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spons penyerap kolesterol jahat (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki kaki.

*2.JALAN KAKI mencegah Stroke*
Sebuah penelitian dilakukan pada 70 ribu karyawan yang dalam bekerja tercatat melakukan kegiatan berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya resiko serangan stroke menurun hingga dua pertiga.

*3.JALAN KAKI Membakar Lemak*
Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktivitas berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

*4.JALAN KAKI Melangsingkan Badan*
Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada diperut anda akan terkikis.
Lakukan jalan kaki rutin selama satu jam.

*5.JALAN KAKI mencegah Cancer*
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih tertib. Jalan kaki juga bolih menurunkan risiko terkena cancer payudara.

*6.JALAN KAKI Mencegah Osteoporosis*
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan vitamin D dan kalsium. Tubuh badan juga bergerak dan merlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

*7.JALAN KAKI Mencegah Kencing Manis*
Dengan rutin jalan kaki, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk. Anda hanya perlu berjalan kaki rutin untuk terus menjaga kesuburan badan dan terhindar dari diabetes.

*8.JALAN KAKI mencegah Depresi*
Berjalan kaki dengan cepat bolih mengurangkan depresi dan juga manfaat.

Berjalan kaki ke Masjid akan Mendapat Dua kebaikan.
Orang yang melakukan akan mendapatkan dua kebaikan :
1 - ditinggikan derajatnya,
2 - akan dihapuskan dosa-dosa.

Dari Abu Hurairoh, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ تَطَهَّرَ فِى بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِىَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً
Barangsiapa bersuci di rumahnya lalu dia berjalan menuju salah satu dari rumah Allah swt (iaitu masjid) untuk menunaikan kewajipan yang telah Allah swt wajibkan, maka salah satu langkah kakinya akan menghapuskan dosa dan langkah kaki lainnya akan meninggikan darjatnya.
(HR. Muslim no. 1553)

*Subhanallah... manfaat berjalan kaki*

Sumber : WhatsApp

Isnin, 22 Ogos 2016

JOM SENAMAN LIDAH 😆😊😙 ~__^ Sungguh Menakjubkan ..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya :)


Gambar Google



*Senaman Lidah*

Apa itu Alzeimer?
(Cerita Dari Teman - Melor Kipli)

Aku dah berusia ,di usia seperti aku ini,
pasti banyak menanggung sakit/penyakit,
tapi yang paling merisaukan aku adalah terkena penyakit Alzeimer (kehilangan daya ingatan)
Bukan saja tidak boleh menguruskan diri, tetapi menyusahkan anak2 dan sanak keluarga.
Suatu hari, anakku pulang kerumah, memberitahu aku bahwa kwn dia seorang doktor,
mengajarkan satu cara gerakan *SENAMAN LIDAH*, bukan sekadar boleh mencegah Alzeimer,
tetapi juga boleh menurunkan:

o Berat badan
o hypertensi
o penyumbatan pembuluh barah otak
o asthma
o rabun jauh
o telinga berdengung
o infeksi tengorok
o infeksi bahu
o insomia (susah tidur)
o dan lain2

Gerakannya sangat mudah.
*Setiap pagi selepas membasuh muka..*

*JULURKAN LIDAH dan MENARIK KEMBALI sebanyak 10X*

*Seterusnya JULURKAN Lidah lalu digerakan ke kanan dan kiri sebanyak 10X*

Sejak itu aku melakukan senaman lidah ini setiap hari berterusan utk melihat hasilnya.
Hasil dari Rawatan gerakan *Senaman Lidah* ini telah menghasilkan :

o Otak menjadi lebih pintar dan cergas
o rabun jauh semakin kurang
o kepala tidak pening lagi
o masalah penghadaman semakin baik
o Mudah penat dan lain2 penyakit yang selama ini yg ku hidapi semakin berkurangan
o badan menjadi lebih cergas

catatan redaksi :

*Senaman Lidah* mencegah penyakit Alzeimer ada asasnya.

Dari kajian Ilmu Kedoktoran, saraf lidah ini ada hubung kait dengan Otak Besar.
Apabila badan kita menjadi tua dan lemah, tanda2 yg muncul terlebih dahulu adalah lidah menjadi kaku dan kadang2 lidah suka tergigit sendiri.

Oleh itu amalkanlah menggerakkan lidah dengan Senaman Lidah ini akan menstimulasikan
(memberi kejutan positive) Otak Besar kita, mencegah Otak kita mengecil, dan mencapai tujuan utk menyihatkan tubuh kita.

Semoga semua teman2 istiqomah dengan amalan yg mudah utk kita melakukannya setiap hari.

*Senaman Lidah*  ketepatan hasilnya 95% - 100%

Alangkah bahagianya kita dapat berkongsi dgn ramai kenalan kita.

"Mungkin Ada Yg Memerlukannya"

SEMOGA BERMANFAAT
(Sumber dari biro Sukarelawan Hospital Ampang)


Sebab itulah bagi ahli Aura Metafizik kita disarankn dan digalakkan memperbanyakkn membaca AlQuran dgn mahraj dan tajwid yg betul kerana lidah kita akn bergerak dan meghidupkn saraf2 halus yg berhubung dgn otak besar.
Muga bermanfaat bagi semua.

InSyaaAllah
Wallahu A’lam

Sumber : WhatsApp

Ahad, 21 Ogos 2016

KESESUAIAN PERUBATAN PADA TUBUH BADAN

*KESESUAIAN PERUBATAN*

*((( MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI )))*

--------------------------------------------

 * KOLESTEROL * (mmol / L)
         ------------------
Kolesterol --- <5.2
HDL ---> 1.03
LDL --- <4.1
Trigliserida - <1.70
-------------------
           
        * Platelet COUNT *
       ----------------------
150-410 (10 ^ 9 / L)
--------------------

        *Tekanan darah*          ----------
120/80 - Normal
130/85 --Normal (Kawalan)
140/90 - High
150/95 - V.High
----------------------------

         * LOW BP *
        ---------
120/80 - Normal
110/75 - Normal (Kawalan)
100/70 - Rendah
90 // 65 - V.Low
----------------------------

              * GULA *
             ---------
Glukosa (F) - 4,1-5,9
(12 jam Puasa)
Glukosa (PP) - <11.1
(2 jam selepas makan)
Glukosa (R) - <11.1
(Selepas 2 jam)
----------------------------
   
             * Haemoglobin *
            -------------------
Male - 13 --- 17
Perempuan - 12 --- 15
----------------------------

           * PULSE *
          --------
72 seminit (standard)
60 --- 80 mlm (Normal)
40-180 mlm (tidak normal)
----------------------------

          * SUHU *
          -----------------
37.0 Cel (Normal)
37.5 Cel atas (Demam)

Sila membantu Saudara-mara, rakan-rakan dengan berkongsi maklumat ini ....

* Serangan Jantung Dan Minum Air Panas: *

Ini adalah satu artikel yang sangat baik. Tidak dengan hanya meminum air panas selepas makan, tetapi tentang terjadinya Heart Attack itu.                Minuman *teh panas Cina atau Jepun* serta makanan mereka dengan air tidak sejuk ( suam/panas ) ada lah *sangat baik* untuk kesihatan . Mungkin inilah masanya anda perlu mengubah tabiat cara anda  minum semasa makan. Bagi mereka yang suka minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna kepada anda. Amalan atau cara begini adalah *sangat berbahaya* untuk anda jika anda maseh mengamalkan meminum *air dingin/ais* semasa makan. Kerana, air sejuk akan *membekukan makanan berminyak* yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Apabila ini terjadi 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Kemudian ia akan memenuhi usus. Tidak lama kemudian ianya akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Oleh itu cara yang terbaik untuk menghindarkan gejala ini adalah dinasihatkan anda *meminum sup panas atau air suam selepas makan.*

*Kentang goreng dan burger*
adalah musuh terbesar kesihatan jantung kita. Anda memberikan lebih kuasa kepada syaitan ini. Elakkan makanan ini demi kebaikan Jantung anda & Kesihatan.

Minum segelas *air suam* sewaktu hendak tidur untuk mengelakkan pembekuan darah pada waktu malam ( sewaktu tidur ) dengan cara itu juga dapat mengelakkan dari serangan jantung atau strok.

PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang membaca mesej ini menghantar kepada 10 orang, setidak-tidaknya kami akan dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa. ...

*Jadi, sila menjadi teman sejati dan menghantar artikel ini kepada orang yang anda hargai.*

Sabtu, 20 Ogos 2016

SELOKA KIAN TUA 😆😍😋

*SELOKA KIAN TUA*

Rasa seperti baru bersanding,
Rupanya berjalan paut di dinding;
Dulu tubuh badan kurus ceding,
Sekarang gendut tiada tanding.

Masa berjalan begitu cepat,
Nyamuk kenyang pun tangkap tak dapat;
Diam tak diam cucu dah empat,
Makanlah yang lembik seperti lepat.

Bercakap tersasul perkara biasa,
Tak ingat Isnin atau Selasa;
Gigi pun kurang makan tak rasa,
Berulang ke hospital untuk periksa.

Duduk di rumah tinggal berdua,
Saling memandang sebab dah tua;
Anak-anak bekerja jarang bersua,
Rumah pun sunyi seperti gua.

Berjalan susah urat dah tegang,
Tangan kebas susah nak pegang;
Terkasar gerak tangkap di pinggang,
Terkejut kucing jatuh tonggang-langgang.

Apa nak buat dah hukum alam,
Bagaikan muda baru semalam;
Pandangan mata pun asyik kelam,
Buatlah ibadah siang dan malam.
Sumber :whatapps

Jumaat, 19 Ogos 2016

APABILA USIA MENGHAMPIRI USIA 50 TAHUN ... Saya Lah Tu ~___^

Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yg barakah, semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..




💥PESANAN PROF DR HARLINA.... ANAK BEKAS KADI SG. BESAR.


PADA YG MASUK USIA 50, 50++,


Nasihat untuk KITA yang dah umur 50 tahun lebih ni.....

PERTAMA:
MASA MENGUMPUL HARTA SUDAH HABIS. FOKUS SEKARANG UNTUK GEMBIRAKAN ORANG

Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja.

KEDUA:
JANGAN TINGGALKAN APA-APA UNTUK ANAK-ANAK. MEREKA PERLU USAHA DAN CARI SENDIRI

Rancang macam mana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini. Kalau mampu pergilah melancong.

Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.

KETIGA:
BUAT KERJA JANGAN BERTANGGUH

Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.

KEEMPAT:
DIDIKLAH ANAK CUCU DENGAN AGAMA

Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi "full time baby sitter". Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapapun termasuk cucu sendiri.

Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.

KELIMA:
KALAU SAKIT BERSABARLAH

Terimalah sakit dan lain-lain kelemahan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada.

KEENAM:
DUNIA NI BUKAN TEMPAT KAMU DAPAT APA YANG KAMU HENDAK

Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.

KETUJUH:
BERSAMALAH DENGAN MEREKA YANG IKHLAS MENYAYANGI ANDA

Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-cucu dan sahabat-sahabat anda. Merekalah yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya.

KELAPAN:
BERLAPANG DADALAH

Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.

KESEMBILAN:
SEGERALAH MEMBINA AKHIRAT ANDA. IA PASTI BERLAKU

Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik.

Jadi bersedialah! Bukan untuk mati tetapi untuk bertemu Yang Maha Esa Allah Swt.

KESEPULUH:
BAYANGKANLAH KEGEMBIRAAN HIDUP DI SYURGA YANG KEKAL.
IA SANGAT HAMPIR

Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dialah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.

Petikan:
PROFESSOR DR. HARLINA SHIRAJ.

Sumber: WhatsApps

p/s saya lah tu.. beberapa tahun lagi umur dah masuk 50 tahun.. terasa getar juga didalam jiwa.. apakah yg akan saya bawa ke akhirat kelak.. Ya Allah, tunjuki lah aku jalan keredhaan Mu, kuatkan lah iman ku, berilah keampunan kepadaku, berilah taufik dan hidayah Mu kepada ku. Aamiin...

Khamis, 18 Ogos 2016

RESEPI SUP KAMBING POWER 😆😉 ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..


Tulang kambing ni sebenarnya .. lebihan masa kambing panggang di perjumpaan jiran tetangga masa raya tu hari.. hahhaha tengok lama bertapa dalam frezee saya kat frozen tu.. masa tu kita orang balik last.. dok mengemas tempat majlis tu.. adik yg dok panggang kambing tu kata.. ambil kak tulang kambing ni sedap buat sup..
Jadi saya baru masak hari minggu yang lalu.. maka jadi lah sup tulang kambing yg power.. sedap jidan ni hihihi..

Resepi saya cukup mudah kekawan.. ditambah pula menggunakan periuk noxxa tu.. lagi lah bertambah cepat saya memasaknya..
Jom intai resepi saya yg mudah ini..

RESEPI SUP TULANG KAMBING POWER

Bahannya :-
- 1 kilo tulang selangka kambing (banyak isi bahagian ni kan)
- Rempah herba 4 sekawan. bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih
- 2 inci halia*
- 3 ulas bawang putih*
- 4 biji bawang merah *ditumbuk 
- 1 bungkus sup bunjut tulang
- 2 biji tomato
- 1 batang serai di titik
- daun sup
- hirisan limau nipis

Caranya :-
1. Tumis bahan yg ditumbuk didalam periuk noxxa dengan menekan butang stir fry ( tak perlu guna minyak sebab lemak di tulang kambing tu akan keluar)
2. Lepas tu masukkan tulang kambing, air secukupnya, sup bunjut dan garam. Kemudian tekan butang HP (High pressure) selama 25 minit. Tunggu selepas bunyi bip.. release kan wap.
3. Kemudian tekan kepada butang stir fry lagi utk masukan serai, serbuk lada hitam dan daun sup serta tomato.
4. Apabila dah elok masak dan lembut daging tutup semula dengan menekan butang on/off tu..
5. Siap utk dihidang

Banyak dah berjasa periuk noxxa ni kepada saya.. serta mempercepatkan masa saya memasak.. dulu2 kalau masak tulang mahu sampai 4 jam.. ni dalam 25 minit dah siap dihidangkan :D

Penggemar sup ni kan Nabil dan en suami.. apa lagi tengahari tu kemain dua beranak membalunnya hahhaha.. menu sampingan pun ada masa tu.. tomyam ayam utk najeeha dan buncis goreng telur pecah .. 
Bertambah sedap sup ni sebab dagingnya ada rasa perapan kambing panggang tu kan.. emmm sekali hadap jer kami sekeluarga hahhaha..