Rabu, 28 September 2016

KEJAYAAN MENUKAR KEHIDUPAN...Muhasabah Diri Saya Juga ..😦

🌷*KISAH BENAR*🌷

Sejak dua tiga hari ni..saya sering ditanya dan mungkin juga dipujuk oleh seorang sahabat fb utk berkongsi rahsia kejayaan menukar kehidupan. ( Dia teman sejak kecil dan dia juga  menyaksikan bagaimana susahnya hidup saya dulu di kampung ).
.
Saya katakan padanya...saya tidaklah berjaya manapun tapi dia tetap memujuk. " Apa salah kongsi rahsia pun. Mana tahu boleh tolong kawan lain pulak," katanya.
.
Ok..saya setuju tp  saya katakan padanya.."saya tak berkongsi rahsia tapi mahu berkongsi cerita. Kau mesti baca citer aku sampai habis,".
.
Untuk sahabat saya itu...sila baca kisah ini.
.
Arwah mak saya meninggal dunia pada 2004 akibat kanser. Sejak disahkan menghidap kanser paru2 pd 2001..kesihatannya mula turun naik. Sepanjang tempoh itu..arwah menjalani rawatan kemoterapi selain kami berusaha secara alternatif. Dan alhamdulillah..walaupun doktor jangka hayat arwah cuma setahun..tp arwah mak saya survived hingga 3 tahun.
.
Sepanjang arwah sakit..selain abah dan adik2 yg menjaganya..saya dan suami juga akan mengambil alih tugas itu sekiranya arwah buat kemoterapi di HKL atau HUKM. Penat menjaga org sakit ni tp suami saya akan marah kalo saya merungut. " Itu emak awak tau. Bukan kawan2 awak. Jangan sesekali mengeluh depan mak" katanya.
.
Suatu hari..semasa di kampung..arwah mak saya terbuang air besar di atas katil manakala najisnya juga jatuh bersepah. Tahu apa suami saya lakukan? Dia mengelap najis itu tanpa rasa jijik dan menyuruh saya membersihkan arwah mak di bilik air. Sewaktu memandikannya..arwah mak berulang kali minta maaf tapi saya katakan.." buat apa nak minta maaf. Mak bukan buat salah pun. Sekadar terbuang najis..benda kecil je".
.
Ketika itulah juga..saya lihat arwah mak saya menangis dan dia berdoa dengan kata2 yg tak mungkin kami lupakan sampai bila2.
.
" Ya Allah..ini adalah anak2 aku yg berbakti kepada aku sepanjang aku sakit. Ini adalah anak2 aku yg tidak pernah berkeluh kesah. Ini anak2 aku yg sanggup mengotorkan tangan untuk najisku. Saksikanlah...aku berikan keredhaan aku sebagai seorang ibu dan Kau limpahkanlah seluas2 rezeki dan kekayaan pada mereka hasil bakti mereka padaku". Saya dan suami terus terkedu.
.
Tiga minggu selepas itu arwah mak saya meninggal dunia dengan kata2 akhirnya yg disampaikan pd abah bahawa dia sudah mengampunkan semua dosa anak2, menghalalkan segala pengorbanan serta air susunya. Anak2 tidak berhutang satu dosa pun padanya.
.
Utk sahabat yg bertanya itu...inilah kisah bagaimana kehidupan saya bertukar. Bukan kerana saya kawen dengan anak orang kaya kerana suami saya bukan anak yg suka menumpang pd kesenangan ibu ayah. Tapi kami merasai segala nikmat rezeki itu berkat doa dan keredhaan seorang ibu.
.
Saya selalu nasihatkan pada sesiapa...jgn berkira langsung dengan ibu bapa. Bukan mahu membangga diri tapi sejak saya kahwin...saya langsung tidak ambil pusing berapa yg suami saya peruntukkan utk ibunya. Berilah berapa saja dan saya tak pernah buka mulut.

Pernah satu ketika...suami  beritahu dia mahu memberi semua duit hasil penjualan ayam pd ibunya sebagai hadiah. Mmg rasa sedikit terkilan tp suami saya beritahu...redhalah.Nnt akan ada rezeki lebih luas utk kami.

Sebenarnya...utk memperoleh pahala..tidak perlu kita mengangkat senjata di medan perang sebaliknya jika masih ada ibu bapa kandung atau mentua...berbaktilah pada mereka. Walaupun mereka cerewet...atau seperti kebudak budakkan yg mungkin boleh membuatkan kita rasa kecil atau panas hati... berlapang dada lah. Pengorbanan ibu bapa membesarkan kita  lebih besar berbanding rasa hasutan hati itu.
.
Saya dan suami percaya rezeki itu datang dari Allah tapi kami juga percaya doa dan keredhaan ibu bapa  jugalah  yg akan membuka lorong2 rezeki itu. Kerana doa ibu bapa tiada hijab dengan Allah. Gembirakan mereka dan ins sha Allah mereka akan mendoakan yg terbaik utk kita.

Perkongsian: Ruhaiza Rusmin

Sumber : WhatsApp

4 ulasan:

  1. Hebat perkongsian...hargailah ibubapa selagi hidup...

    BalasPadam
  2. Allajuakbar... perkongsian yang bakal membuka mata ramai sahabat disana...terima kasih.

    BalasPadam
  3. Sedih baca kisah ni Tie. Terjatuh air mataku huhu.....Terasa diri ini, mampukah aku menjadi anak seperti itu?....
    Memang betul Tie, setiap yg kita laburkan utk ibu bapa kita mahu pun mertua pasti akan mendapat ganjarannya dpd Allah. Cuma tulah mampu dengan tak mampu je nak melawan godaan syaitan.

    Bukan mudah nak menjaga orang tua apatah lagi sakit macam tu.... Akan jadi mudah kalau memasing tau tanggungjawb mereka ....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)