Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..
Projek murah buat aiskrim kelapa vanila coklat ala-ala Sang Kaya serendah RM8.00 ajer hahhaha :D
Sedapkan Coconat Icecream Sang Kaya tu kan.. satu bekas RM10.00 selalu beli dua bekas ajer.. Nabil kongsi dengan saya dan Kak Nabilah kongsi dengan Kak Najeeha..
Buat projek ni 2 minggu yg lalu sebelum kesihatan saya mula merundum tu.. masa pergi pasar malam jumaat di seksyen 6 tu ada lah penjual buat coconut shake tu.. selalu juga budak si Nabil ni beli.. selalu beli satu jer.. hari tu beli 3.. hairan budak bertiga tu.. kenapa mama beli sampai 3 tu.. mama ada projek nak buat kata saya.. tapi biarlah rahsia hahhahha..
Sampai rumah saya pun mula lah projek.. saya blend yg vanila ni dan tambah 1/2 cawan gula sebab nak buat aiskrim kena lah manis kan kekawan..
Yang satu lagi saya blend dengan coklat nutella.. ambil 4 sudu besar dan 1/2 cawan gula.. blend sampai mesra..
Kemudian saya masuk dalam mangkuk tupperware dan simpan dalam petisejuk beku selama semalaman.
Esok sabtu saya buat pula kelapa sangai tu.. dah kata nak buat aiskrim kelapa ala-ala sangka kaya.. ambil satu cawan kelapa parut.. kemudian sangai sehingga kekuningan..
Kemudian keluarkan aiskrim yang dibekukan semalaman tu.. tadaaaaa.. elok ajer membeku aiskrim tu kan.. semakin tak sabarlah nabil nak memakannya..
Oleh kerana saya tak ada senduk aiskrim tu.. kita kaup lah guna sudu hahhaha :D
Janji dapat makan kan .. apa ada kisah senduk aiskrim tu..
Kemudian tabur kelapa parut yg di sangai tu.. coklat urai yg warna warni tu tak ada stok pulak kat rumah.. jadi lah regunya tu :D
Jom intai resepi ais krim kelapa yg mudah dan murah jiddan ni ye kekawan..
RESEPI AISKRIM KELAPA VANILA COKLAT
Bahannya :-
- 2 cawan besar coconut shake vanila
- 1 cawan gula
- 4 sudu besar coklat nutella
- 1 cawan kelapa parut.
Caranya :-
1. Blend coconut shake vanila dengan 1/2 cawan gula sehingga halus, kemudian tuang dalam bekas tupperware.
2. Kemudian blend pula coconut shake vanila dengan coklat vanila dan 1/2 cawan gula sehingga halus, lepas tu tuang dalam bekas tupperware.
3. Simpan kedua bekas dalam petiais beku semalaman.
4. Kemudian sangai kelapa parut sehingga kekuningan, dan simpan dalam bekas tupperware yg kedap supaya sentiasa rangup.
5. Kemudian ambil aiskrim yg telah beku , kaup kan kedalam mangkuk perisa vanila dan coklat , lepas tu tabur kelapa parut yg disangai tu, kalau anak coklat urai warna warni boleh tabur sekali.
6. Siap untuk dinikmati :)
Si Nabil ni lah yg dok berulang alik kepeti ais menikmati Aiskrim Kelapa ni..
"Sedaplah mama, pandai mama buat aiskrim ni" kata Nabil..
Hahaha mama ko kalau nak murah senang ajer kan..
Kak Nabilah dan Najeeha pun untuk mengulang aiskrim tu.. selalunya yg coklat tu lah yang habis dulu..
Jom lah mencuba kekawan :D
Rajin yatie buat sendiri..puas anak2 makan kan yati
BalasPadammmg kreatip .... tak pernah terpk
BalasPadamKalau tak payah tabur kelapa parut itu pun dah sedap Yati
BalasPadamPuaslah Nabil makan sebab kakak-kakak mana ada kat rumah:)
sedap kalau buat sendiri, puas hati kan
BalasPadamsdpnya kak..
BalasPadamRajin betul yatie buat icecream...
BalasPadamPuashati kan yatie anak2 suka makan .
Rajin betul yatie buat icecream...
BalasPadamPuashati kan yatie anak2 suka makan .
belum pernah rasa...terliur dahhh ni...kena tunggu baik demam baru boleh try huk huk
BalasPadamSEDAPNYA TERINGIN NK CUBA
BalasPadamBest kan, buat sendiri kat rumah. Jimat lagi sedap.
BalasPadamsedapnyer...
BalasPadamnampak sedap la sis..nom nom
BalasPadamBuat sendiri, puas makan... :)
BalasPadamnampak sedap. tapi lagi baik buat sendiri.nak makan bape mangkuk pun takde hal..
BalasPadambestlah kak...seronok anak-anak
BalasPadamBila hang cakap pasal aiskrim kelapa ni, mak pun ada aiskrim kelapa jugak hokey haha....
BalasPadamHari tu beli aiskrim potong perasa kelapa ni Ti. Kira sedaplah bagi orang yg terlampau rajin mcm mak ni haha ...
Ni inovasi namanya.
BalasPadamkreatif la, yang penting anak2 suka.
wahhh rajin nyerrr!
BalasPadamwow! tahniah. rajin.
BalasPadamaida setakat beli jer la hi hi hi...
lom pernah buat eskrem,meskipun resepi da bertahun simpan :)
lom sampai seru.