Sabtu, 21 Januari 2017

KUIH LAPIS PANDAN COKLAT..

Salam petang yg ceria kekawan..
Melayari facebook jumpa pulak resepi kuih lapis pandan coklat ni.. boleh cuba juga ni.. apa pun save disini dulu..


Kuih Lapis pandan

Bahan-bahan:
Bahan A
2 cwn tepung beras
1 cwn tepung gandum
2 sd mkn tepung jagung
1 sd tea garam
2 cwn santan pekat

Bahan B
1 1/4 gula pasir
1 cwn santan pekat
2 cwn santan cair
2 helai daun pandan disimpuld

Bahan C
3 sd tea serbuk koko/ emulco
4 sd mkn air suam utk bancuh koko
Pewarna hijau + perisa pandan

Cara-cara:
1/ masak Bahan B hingga gula larut- biarkan suam
2/ satukan Bahan A dan gaul rata
3/ tuangkan Bahan B dlm adunan Bahan A, gaul sebati dan kemudian di tapiskan.
4/ bahagikan adunan yg tlh ditapis kpd dua bghn
- 1) hijau + pandan
- 2) serbuk koko/ emulco
5/ panaskan pengukus dan sapukan loyang dgn minyak dan kemudian di lapik pula dgn kertas minyak @ plastic.
6/ setelah air mendidih, panaskan loyang dlm periuk pengukus selama 3 minit.
7/ keluarkan loyang tersebut dan tuangkan lapisan pertama koko@ pandan mana2 la.kukus selama 6-7 minit. Kemudian lapisan kedua dan seterusnya hingga lapisan terakhir.
8/ kukus lapisan akhir lebih kurang dlm 20 minit lg atau hingga kuih masak.
9/ kuih dibiarkan sejuk dahulu barulah di potong. Potong guna pisau plastic spy nmpk licin.

Ok slmt mencuba.

5 ulasan:

  1. Kuih kegemaran masa kecik2 dulu.
    Kalau nak makan bukak selapis selapis.

    BalasPadam
  2. Dulu pernah jugaklah buat kuih lapis ni. Tp malangnya semakin tua semakin malas haha ....

    Cantik warnanya Ti...coklat ngan hijo

    BalasPadam
  3. baru aida sedar, jarang da nampak kuih lapis pink putih.
    tu legend tu. aida suka giler.
    selapis selapis aida makan.

    BalasPadam
  4. Cantiknya kombinasi warna hijau coklat..minta izin resepi ye..insyaallah nanti nak cuba

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)