Assalamualaikum kekakawan..
Semoga kita semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
InsyaAllah kejiranan saya akan buat gader2 potluck lagi.. jadi sibuk mencari resepi yg mudah utk saya bawa pd potluck tu.. pastu lalu pulak resepi talam ni kat wall FB.. apa lagi save dulu kat sini..
Esok cari bahan2 nya hehehe..
Tunggu ye... potluck saya Talam Cendul...😆😊
RESEPI TALAM CENDOL
Bahan2ya....
Bahagian bawah
4 cawan santan pekat
2 cawan tepung beras
1 sudu tepung jagung
3/4 cawan gula pasir
Cendol
Bahagian atas
3 cawan santan pekat
1 1/2 cawan tepung beras
1 cwn air gula ( 1 cawan gula merah dimasak dgn 1/2 cwn gula pasir
3 biji telur
1 camca kecil garam
Cara membuatnya....
1. Masukkan dlm periuk santan, gula, tepung beras dan tepung jagung. Masak seketika sampai likat dlm 20 minit api perlahan.
2. Ambil loyang 6 cm × 6 cm lapik plastik. Tuang adunan yang masak ke dalam loyang. Ratakan dan letak cendol lihat pada gambar yang saya tunjukkan.
3. Kukus seketika bahagian bawah dalam 20 minit. Kemudian toreh2kan dgn pisau utk tuang bahagian atas pula.
4. Bahagian atas tu semua saya blender. Tuangkan adunan atas ke dalam loyang.
5. Kukus hingga masak. Mcm adunan pulut sekaya yang atas tu. Kukus api perlahan agak2 40 - 45 minit / hingga masak . Buka penutup sekali sekala utk lap wap air.
6. Bila sudah masak terus buka penutup dan biarkan sejuk baru boleh dihiris.
Dah siap hiris boleh la dihidangkan.
Selamat Mencuba ya. 😉
Sumber : Facebook
SEDAP TU RUPA PUN CANTIK
BalasPadamSemoga menjadi potlucknya....
BalasPadamJgn lupa share dlm group.
BalasPadamsdapnya..:)
BalasPadammemang nampak sedap
BalasPadamBilanya potluck tu, CH? Untung betullah kalau gader-gader dengan tukang masak/rajin memasak macam CH ni. Kalau saya dengar potluck, terus terfikir nak beli apa. Kehkehkeh!
BalasPadamWahhhh potluck sempena apa pulak ni Ti?
BalasPadamHa ...dah menalam cendol nanti jangan lupa lanting setalam dua kat jiran Aweks hihi
Warna warni talam ni.mesti sedappp
BalasPadam