Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kembali kelas mengaji Al Quran setelah 5 bulan #kitajagakita. π€²π»❤️
Geng mengaji Al Quran ni pun tak ramai Dalam 10 orang aje. Masih lagi dibawah 20 orang mengikut SOP KKM.
Selalu Puan rumah mengaji adalah Hajjah Masni Azhari. Baik kak masni niπ sewaktu saya dah bersara, akak ni wasap saya jom yati join mengaji rumah akak. Memang suka sangatlah Kan ππ€© itulah hasrat pertama pun nak baiki bacaan Al Quran saya.
Kekadang bila kak masni ada hal, puan rumah pada Hajjah Rose Kakrose. Rupanya geng blog Pangkin Nenek, bila Nom Hary menyapa dgn panggilan Kak Yon.π Macam pernah kudengar panggilan ini ππ€.
Ustazah Kami kawan baik kak masni, mula2 saya nak baca Dari Qiaraati 1 tapi kak Idah (tak bagi panggil ustazah π€) kata baca dari Qiaraati 2 yati , Kan dah kenal huruf π , betulkan bacaan tajwid Dan makhraj huruf Tu je.
Alhamdulillah syukur dah naik Al Quran sekarang ni. Satu kata2 Kak Idah ni yg terpasak dalam hati saya, " Yang bagi pandai Allah SWT, kak Idah hanya mengajar sahaja"
Ye doa pada Allah SWT beri kefahaman Dan belajar sungguh2 serta sabar dalam menuntut ilmu ini.
Ya Allah kurniakanlah kepada aku memahami kalamMu ini letaklah ianya sentiasa dihatiku. Aamiin π€²π»❤️
Bila dah usai mengaji tu, adalah minum petang, memasing bawa sedikit juadah utk dinikmati bersama. ππ₯ͺπ΅☕