JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 28 Ogos 2020

Jom Mengaji Al Quran PKPP

 Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kembali kelas mengaji Al Quran setelah 5 bulan #kitajagakita.  πŸ€²πŸ»❤️

Geng mengaji Al Quran ni pun tak ramai Dalam 10 orang aje. Masih lagi dibawah 20 orang mengikut SOP KKM. 

Selalu Puan rumah mengaji adalah Hajjah Masni Azhari. Baik kak masni ni😍 sewaktu saya dah bersara, akak ni wasap saya jom yati join mengaji rumah akak. Memang suka sangatlah Kan 😍🀩 itulah hasrat pertama pun nak baiki bacaan Al Quran saya. 


Kekadang bila kak masni ada hal, puan rumah pada Hajjah Rose Kakrose. Rupanya geng blog Pangkin Nenek, bila Nom Hary menyapa dgn panggilan Kak Yon.😘 Macam pernah kudengar panggilan ini 😁🀭.

Ustazah Kami kawan baik kak masni, mula2 saya nak baca Dari Qiaraati 1 tapi kak Idah (tak bagi panggil ustazah 🀭) kata baca dari Qiaraati 2 yati , Kan dah kenal huruf 😁 , betulkan bacaan tajwid Dan makhraj huruf Tu je.



Alhamdulillah syukur dah naik Al Quran sekarang ni. Satu kata2 Kak Idah ni yg terpasak dalam hati saya, " Yang bagi pandai Allah SWT, kak Idah hanya mengajar sahaja"

Ye doa pada Allah SWT beri kefahaman Dan belajar sungguh2 serta sabar dalam menuntut ilmu ini.

Ya Allah kurniakanlah kepada aku memahami kalamMu ini letaklah ianya sentiasa dihatiku. Aamiin 🀲🏻❤️


Bila dah usai mengaji tu, adalah minum petang, memasing bawa sedikit juadah utk dinikmati bersama. 🍜πŸ₯ͺ🍡☕

Isnin, 17 Ogos 2020

Sebelum Habis Zulhijjah 🀭😁 Hari Raya Aidiladha PKPP pula πŸ˜πŸ•‹


Assallamualaikum kekawan semua 😍😘
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘😍

Sebelum habis Zulhijjah katanya 🀭



Alhamdulillah syukur, dapat juga meraikan Hari Raya Aidiladha di kampung bersama-sama Abah (FIL) dan adik beradik ipar duai dikampung. Baru terasa Hari Raya 😁🀩😍

Solat sunat Aidiladha dirumah di imamkan oleh en suami sebagai abang yg sulong. Di masjid hanya boleh dua orang wakil satu rumah. Jadi ipar lelaki yg ambil gambar ni yg solat sunat Aidiladha di masjid. Dia dah balik kami baru solat dirumah🀭😁

Bacaan khutubah raya oleh biras saya , ambil teks dari JAKIM. PENGORBANAN KITA. Kemain tekun jemaah muslimat mendengarnya 😊 sebab Tu nak kena abadikan dlm blog ni. Raya Haji PKPP πŸ€—πŸ˜



Gambar berdua kena adalah.. baru berseri blog ni πŸ˜‚posing berdiri je gambar raya.. kelainan sungguh Kan .. Normal baru 🀭


Kami balik kampung Chohong sebelum jumaat sebab En suami nak solat jumaat Di masjid . Kat kampung siapa dulu dia dpt jemaah solat jumaat. Jika cukup ruang, ajk masjid tutup pagar. Aduhai dah susah nak bersolat kan. Ada Hikmah nya yg Kita tidak tahu. Allah SWT tengah mendidik Kita dgn kasih sayang Nya. ❤️

Bergambar diluar rumah kerana Ada langit yg sungguh cantik. Subahanallah 😍



Kita pandang belakang balik kg hihihi.. Kami balik pagi khamis selepas subuh. Smpi kg pukul 8.30am. sebelum Tu singgah beli sayur maman , nak buat rendang ayam kampung dgn maman πŸ˜‹ yg tidak dpt mkn masa Raya Aidilfitri 🀭 beli smpi 3kilo maman, ayam kampung 5 ekor. Betul2 balas dendam en suami 😁 

Sampai kampung abah dah rebus ketupat. Pukul 6pagi abah dah rebus, katanya.. sungguh ceria bila tengok Kami sampai. Kami anak beranak tukar uniform utk memasak 😍. Kan dah janji dgn abah nak masak ramai2 bila Raya Haji. Sakan menyiang maman Dan membersihkan ayam. 

Minta maaflah gambar juadah Raya tak sempat ambil .. dahh semua tekun makan. Tahun ni tak buat lemang. Beli aje tiga batang. 

Hari sabtu sebelum zohor dah bergerak balik ke Shah Alam, sebab Hari Ahad nak hantar kakak Nabilah Dan Nabil ke asrama Tahfiz semula. Ini lah kisah Raya Haji Kami.  πŸ•‹

Aduhai semakin lemau saya nak menulis blog .. bila lah nak rajin 🀭😁 

Tambahan susah pulak dgn format baru ni.. dulu senang aje. 

Maaf ye lama tak bertandang ke blog kekawan. Nanti tunggu rajin juga ni 🀭