Hari konvokesyen Nabil pada hari Sabtu 9hb November 2013 yg lalu, baru sekarang saya dapat buat entrinya kerana selepas konvo Nabil terus demam (ceritanya disini doakan-nabil-cepat-sembuh-ye-kekawan., alhamdulillah-nabil-dah-sihat.html)
Jom kita layan gambar sambil bercerita... :)
Alhamdulillah Nabil dapat periksa no 3, tapi hadiah tropi hanya dapat periksa no 1
Nabil dapatlah hadiah saguhati Beg sekolah Dzuliman yang cantik tu... |
Bergambar bersama mak atihnya dan adik sepupunya Zaara Khadijah.. saya kalau jalan KL ni selalu fail tu sebab minta adik ipar saya ni hantarkan kesana...
Payah betul nak bergambar dengan Nabil terpaksa peluk dia ni... kalau tidak lari jer pergi ke kawan-kawan dia untuk bermain...
Yang ni pula tengah menunggu giliran untuk membuat persembahan diatas pentas tu...
Nabil memegang watak sebagai anak... ceritanya ialah "Menghormati Jiran Tertangga" mengisahkan mak nabil memasak makan tengahari yg bau hingga terbau oleh jiran sebelah, atas menghormati jiran mak nabil menyuruh nabil menghantar makanan ke jiran sebelah sebagai mengikuti sunnah nabi yg menyuruh lebihkan masakan kamu agar jiran tetangga dapat merasa. Saya ada merakam nabil belakon ni tapi tak boleh nak upload pulak disini...
Apa yg nabil menungkan tu, mesti tengah mengingat dialog skrip tu... seminggu dia menghafal skrip tu dengan dibantu oleh kakak Nabilah...
Yang ni pula beratur untuk menerima scroll pengijazahan mereka.... hehehe
Inilah gambar dan sijil yg ada dalam scroll Nabil tu ^___^
Mama doakan semoga nabil menjadi anak yg soleh, cemerlang di dunia dan akhirat. Amiin :)
Alhamdulillah..NAbil dpt no 3 ye kak...mudaha2n terus cemerlang....
BalasPadamseronok bila tgk anak2 ni buat persembahan...comell2 je smua...:)
musim anak-anak konvo skng ni kan...
BalasPadamseronok tengok gambar konvo anak-anak ni...
BalasPadamcomel-comel belaka....tahniah nabil...
tahniah Nabil..
BalasPadamMeriah konvo anak2...
Tahniah buat Nabil dan kawan2.. ;)
BalasPadamkonvo pertama dalam hidup mereka...pasti teruja..
BalasPadam