Assalamualaikum kekawan..
Alhamdulillah.. semoga sihat dan ceria :)
Ini percubaan kali kedua kakak Nabilah (pertamanya disini iftar-ke-2-spaghetti-meatball-by-chef.Nabilah) kira dah pro lah masak kali ni, tengok hasil hiasannya tu.. sedap pun sedap.. ni nak menghabiskan bebola daging yg saya masak bakso itu hari (mee-bakso-daging-mudah-dan-segera)
Setiap anak itu ada kelebihannya yg perlu kita terokai.. saya sedang berusaha utk menerokai kelebihannya dan cuba membantu akan kelemahannya seperti yg saya cerita disini ( ada-habuk-di-mata-saya-aku-tak-bodoh.)
Ini dinner kami pada hari khamis lepas tak salahnya.. tekak omputih ni Nabilah dengan Nabil jer.. bertambah2 dia dua orang tambah.. Najeeha dan abah kurang sikit.. boleh dua beranak ni cicah biskut pulak lepas tu dengan air milo.. sabar jer lah.. saya ok jer.. macam hainomokje tak gitew mama zir ehe :)
Jom intai resepi kakak Nabilah yang mudah ini :)
RESIPI SPAGHETTI MEATBALL
Bahannya :-
- 1/2 peket spaghetti
- 3 keping burger ayam (dicincang)
- 7 biji bebola daging
- 4 sudu besar tomato paste
- 1 tin cendawan butang di kerat 4
- 1 labu bawang besar di potong bulat
- 3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
- 1/2 batang lobak merah di sagat
- 1/2 gelas air
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
- 6 biji tomato ceri/ 3 biji tomato biasa
- 1 biji cili merah dipotong serong
- garam
- minyak
Caranya :-
- Panaskan minyak, gorengkan bebola daging hingga masak, angkat, ketepikan.
- Kemudian tumis bawang putih hingga kekuningan dan wangi, lepas tu masukan tomato paste, masak hingga naik minyak, kemudian masukan burger ayam yg dicincang tadi.
- Selepas tu masukan air dan lobak merah, bawang besar, cili potong, lada hitam,cendawan,garam kacau sebati.
- Akhir sekali masuk bebola daging yg digoreng tadi , rasa garamnya.
- Boleh diangkat dan dihidangkan.
- Bagi nak rebus spaghetti tu.. didihkan air kemudian letak 1 sudu besar minyak masak dan 1 sudu kecil garam. rebus sehingga masak.
bg A+ 3bintang buat nabilah. presentation 1st class
BalasPadambest spageti ni. terliur la pulak.
BalasPadamsambil BW sambil mengisi
pandai dak nabilah masak ya.....boleh makcik cuba resepi spaghetti ni nanti...
BalasPadambegitulah yatie setiap anak ada kelebihan masing2..
ummmmmm sedapnya........ pandai dia masak.........
BalasPadamadoihai kakak sedapnya...semalam balik kakak saya buatkan pulok....
BalasPadamsalam kak.. wahhh! respek kat kakak nabilah.. terer tu masak spaggeti... auntie pun tak terer lagi..hehe..
BalasPadamboleh buat resepi nabilah ni...:)
wahh..boleh tahan.. berapa umur nabilah tu kak..?
BalasPadamNampak sedap. Baguslah tu at least Nabilah ada kebolehan memasak. Boleh explore lagi. Mana tahu Nabilah boleh jadi chef satu hari nanti.
BalasPadamNampak mcam mudah bagi orang bujang nak buat hahahah :D
BalasPadamthanks kongsi huhuhuuu... - http://timetravelafif.blogspot.com/2014/06/royal-belum-part4-chalet-sg-tiang.html
rajin nabilah tlng mama kat dapur kan...takpe2 pasni leh masak macam2 lagi
BalasPadamspegeti memang simple..makan pon sodap..suka...
BalasPadamohhh kakak pandai nyerrr :) suka aunty baca tau!
BalasPadambagusnya chef nabilah...leh wat calon menantu ni...hheee
BalasPadamspageti peveret anak2 zee ni kak..kalo buat sekejapan jer licin..hari2 pon dorang tak kisah tapi ibunya ni takleh tak pekena nasi..
BalasPadampaling malas pon sos tu wat kosong jerk..buh banyak2 camni tak dimakan pon padahal yang ni la sedap..
kakak nabilah meh datang sini tolong masakkan boleh?
AKu mkn 2 ari lepas T..balik keje..siSulung tu dah masak spegeti ni...membalun lah aku...letak parutan cheese sikit atas tu T...sedappp...
BalasPadamboleh jadi hidangan berbuka puasa nanti ni ...
BalasPadampandainye dia masak sendiri.
BalasPadamuntung lah mamanye. hehehe.
benda paling mudah kan kak
BalasPadamcepat masak cepat di makan hihi
Macam ini tak lama lagi mama boleh goyang kakilah nabilla.
BalasPadamApa lagi cuti sekolah ni banyak masa kan:)
falsya baru je masak spegeti last few days..hehe
BalasPadamPandai anak dara yatie memsk yer...
BalasPadamNampak sedap...klu makan garenti sedap ni..dah pandai masak nabila ya...
BalasPadamSedapnyeee...sy teringin nk msk kt rumah tp suami xmkn...
BalasPadamSenanglah mama...lepas ni boleh jer suruh kakak Nabila masak hehe...mama melingkau depan tv hehe....
BalasPadamBoleh diharap dah yeh CH....
Betul tu CH....yg penting tekak mereka tu....tekak kita sama je.....Selalu OK jer hehe