Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 2 Jun 2014

MEE BAKSO DAGING MUDAH DAN SEGERA .. emmmm dapnya :)


Assalamualaikum kekawan.. petang yg ceria :)

Saya buat mee bakso daging ni semalam petang .. kiranya merangkap dinner kami lah ahad tu.. dah 2 hari asik makan nasi kenduri jer.. pastu tengahari tu pergi kenduri doa selamat.. jadi malam kita makan mee pulak :)

"Jemput makan " kata Nabil.. dah sup ni memang kegemaran dia kan, apalagi, bertambahlah makannya.. entah kenapa Najeeha yg jarang bergambar ni pun nak enterprem ehe :)

Sebab apa saya kata buat bakso mudah.. kerana saya beli yg ready made bebola daging dipasar tani hari minggu tu.. jadi tak perlulah saya menyediakan bebola daging tu kan.. memang mudah dan segeralah hendak dimakan.. kak nabilah yg nak sangat bebola daging ni .. katanya nak masak spageti.. Rangka ayam tu pun utk jadi bahan utk buat sup jugak tu.. dorang ni suka sangat meratah tulang2 dari isinya..

Jom intai resepi Mee Bakso Daging saya yg mudah ni kekawan...
Tak sampai 1 jam dah tersedia untuk dimakan :)

RESEPI MEE BAKSO DAGING

Bahannya :-
  • 1 bungkus mee kuning (saya ambil jenama Siti sebab dia tak ada bahan pengawet)(dicelur)
  • 1 peket bebola daging
  • sedikit rangka ayam (saya beli rangka ayam masa tu)
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 suduh teh lada sula biji*
  • 3 biji lada hitam* (*dikisar)
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga cengkih
  • 100 gram taugeh(dicelur)
  • 1/2 batang lobak dipotong panjang (disagat)
  • sedikit kobis yg dipotong halus
  • sedikit hirisan daun bawang dan sup
  • Garam secukup rasa
  • Sambal kicap saya blend 20biji cili api, 2 sudu kicap dan 1/2 cawan air.. lepas tu masakan (seperti gambar)
Caranya :-
  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wang bersama bunga lawang,pelaga dan cengkih hingga kekuningan dan wangi.
  2. Masukan air, (ikut kuah nak banyak mana .. kalau ramai anak kena banyak kuah kata Chef Wan kan ehe) . kemudian masukan rangka ayam dan bebola daging, biarkan mendidih, rasa garamnya.
  3. Siap untuk dimakan.. ehe mudahkan...

24 ulasan:

  1. berselera tgk dieorang mkn..hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah peminat sup Anizz mmg berseleralah dorang makan ;)

      Padam
  2. Salam, wah sedap mee bakso, enjoy tengok Nabil makan, thanks for info mee siti tak de pengawet, boleh cari nanti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi bila makan tu taklah rasa asid boric tu babYpose..

      Padam
  3. tak pernah lagi buat sendiri bakso. kalau nak makan, beli je setakat ni. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lagi mudah ye Ros.. beli je siap ehe ;)

      Padam
  4. Wah! makan lagi...bakso pulak tu memang kegemaran bunda yang sup2 ni...

    Harini banyak blog bunda bw ..dihidangkan dengan macam2 makanan....

    Sedap2...kenyang mata...

    BalasPadam
  5. Baru saya teringat dalam peti sejuk memang ada bebola daging ni. Kalau tak tahu nak masak apa, bolehlah mencuba resepi mi bakso ni hari ni.

    BalasPadam
  6. mmm..nampak sedap!

    bebola daging saya suka brand Ramly, sedap rasa dagingnya. Biasa saya buat sup je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada ye brand Ramly Ujie.. nanti nak cari lah.. yg ni pun melayu yg buat..

      Padam
  7. salam yati...bila baca2 resepi macam senang pulak nak buat bakso ni ye..
    nampak berselera jer anak2 yati makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam KB .. Jom lah cuba .. senang jer tu ;)

      Padam
  8. boleh cuba try buat ni..
    selalu makan bakso dekat dgn klinik saya ni..kurang sedap rasanya..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba try test buat DZ.. sonang jer tu.. DZ buat sendiri pun boleh.. tak payah suruh isteri buat ehe ;)

      Padam
  9. sedapnya..terliur tengok..sura tak pernah buat bakso..tahu makan jer..hee..nanti boleh la cuba ikut resepi ni..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang jer resepi tu Sura.. beli yg ready made punya bebola daging.. cepat siapnya..

      Padam
  10. tak pernah mkn lagi.dengar namanya saja. dah ada resepi ni bolehlah akak menerai nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah sbb guna yg ready made bebola daging kakyon.. tu yg cepat Di makan ehe :p

      Padam
  11. Amboi CH....tengok pun dah tau sedap berapi tu pasti...hehe...2 ketul cili kat tepi pinggan tu buat ratah...

    BalasPadam
  12. arghhhh nak yang akak buat hihihihi. sedapnya lahaiiii meleleh air liur rasanya

    BalasPadam
  13. ya Allah menjejes ailio kite tgk bakso akak ni la.......

    BalasPadam
  14. noe baru setahun dua ni tau pasal Bakso ni...terlampau jarang makan..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)