Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik...
Selamat berehat dihujung minggu..
Mendapatkan rawatan awal di Klinik Ajwa .. en suami terbaring tidak berdaya.. |
Pada hari Jumaat , lebih kurang pukul 9.00pm en suami sampai dirumah.... masuk kedalam terus terbaring diatas kerusi panjang sambil minta di lap kepala dengan air batu.. saya pun ambil air dalam besen dan letak ais batu dalam besen tu.. terus basahkan badannya.. saya tengok keadaan en suami semakin teruk, terus call adik ipar saya untuk tolong saya bawa en suami ke klinik.. en suami mengadu tak sihat badan dah tiga hari tapi didayakan juga pergi kerja..
Sampai klinik Ajwa terus masuk bilik kecemasan.. doktor dtg utk buat rawatan segera.. suhu badan masa tu dah 39.1c, panas sungguh kata doktor, tekanan darah stabil , jadi utk melegakan demam doktor bagi satu injection kepada en suami, doktor mencadangkan en suami dibawa terus ke hospital utk cek darah kerana mesin ujian darah di klinik tersebut rosak. Doktor sediakan surat rujukan ke hospital.
Pukul 11.30pm saya bawa en suami ke Hospital KPJ Shah Alam, smpi sana terus masuk ke wad kecemasan dan tunjukan surat refer doktor.. Doktor di KPJ cek balik suhu badan en suami dan turun 38.6c dan terus ambil darah serta ambil darah utk diuji dimakmal.. Pukul 12.30pm baru dapat keputusan darah en suami dan suspek denggi, pada masa tu platelet en suami masih normal 245, doktor kata wad penuh jadi boleh datang semula pada hari ahad, menunggu drip air tu habis lebih kurang pukul 1.00 pagi, tunggu bill semua pukul 1.30pagi baru settle.. sampai rumah anak-anak dah tertidur diruang tamu.. cuma kak nabilah jer yg berjaga tunggu kami balik.
Dalam bilik HDU untuk pemantauan selama 2 hari.. |
Pada malam sabtu 17/1/2015 , selepas solat jenazah arwah abah dan bacaan yasin , en suami kata demam dia semakin teruk, saya kata balik bersama adiknya yg datang menziarah pada malam utk terus dihantar ke Hospital KPJ, kata adik ipar saya sampai di rumahnya .. en suami terus muntah-muntah .. dan terus dibawa ke Hospital KPJ.. cek darah semula telah turun platelet 120..
Saya balik ke Shah Alam pada hari Isnin selepas malam tu tahlil arwah abah.. terus saya ke hospital bersama-sama anak-anak.. tanya dengan nurse disitu bagaimana bacaaan platelet hari ini, nurse tu kata turun kepada 90.. risau hati saya tak tau nak cakap.. ptg tu saya terpaksa balik juga kerumah sebab nak menghantar kakak nabilah balik ke asramanya petang itu..
Malam tu saya tak dapat datang ke hospital semula sebab nak menggosok baju sekolah nabil dan najeeha esok hari.. buat itu ini semua pukul 11pm baru saya masuk tidur.. sebelum tu tengok wasap dari adik ipar , kata platelet en suami turun ke 23.. aduh bertambah risau saja.. dalam pada saya tertidur , tiba2 handphone saya berbunyi , lebih kurang pukul 1.30 pagi, en suami saya kata sekarang dia dimasukan ke HDU sebab platelet dia dah turun 9.. kena perlu permantuan takut ada pendarahan, Allahu Akhbar.. saya terus tukar baju untuk pergi ke hospital, saya tinggalkan anak2 tidur dirumah, sebelum pergi ke hospital saya singgah dirumah adik ipar , beri kunci rumah katakan saya nak ke hospital sebab abangnya dah dimasukan HDU, dalam kelam kabut macam tu rupanya saya terlupa nak buka lampu kereta, menjeritlah kereta yg berselisih dengan saya suruh buka lampu kereta. Sampai dihospital saya terus menuju ke HDU tengok en suami semakin lemah.. namun begitu kata nurse tu keadaan tekanan darah, jantung dan lain-lain okey.. nurse tu kata puan tak perlu risau sangat .. puan boleh balik, lagi pun tidak boleh menunggu di HDU ni..
Lebih kurang pukul 3.30pagi saya balik ke rumah, tapi rupannya adik ipar saya dah bawa anak-anak saya kerumahnya, jadi dia suruh saya tidur sahaja dirumahnya.. pukul 5.30pagi saya pun pulang kerumah sebab nak menghantar mereka kesekolah pulak.. Selepas balik menghantar anak kesekolah saya terus singgah dipasar beli ketam lagi untuk dibuat sup.. selepas siap memasak saya terus ke Hospital KPJ.. saya sampai adik ipar saya dah ada disitu.. saya pujuk en suami makan bubur dan sup ketam serta jus buah kiwi yg saya blander tu...
Hampir 15 botol en suami meminum Jus Pucuk Betik ni sebagai salah satu penawar denggi |
Nasib baik saya masih bercuti ehsan lagi selama tiga hari jadi boleh lah saya menjaga en suami di hospital.. tengahari tu pak teh datang melawat en suami di hospital, pak teh bawakan Jus Pucuk Betik ni kata penawar bagi denggi juga.. selepas minum jus pucuk betik ni.. dengan izin Allah s.w.t platelet en suami saya naik dari 9 ke 71 pada esok paginya.... Alhamdulillah syukur saya ke hadrat Ilahi dan doktor kata boleh dipindahkan ke wad biasa, ptg tu pindahlah en suami ke wad selepas 2 hari di HDU.. kata doktor kalau esok naik lagi dah boleh lah discaj..
Anak buah datang melawat pak ngah di wad.. |
Hari khamis tu saya dah mula bekerja, pagi tu saya call en suami, saya kata pada en suami, kalau discaj nanti call saya , boleh saya datang ambil.. sampai pukul 2pm tunggu call dari en suami tak ada, tak puas hati saya call en suami, macam mana platelet darah.. en suami kata turun balik 20... Allahu Akhbar.. tak keruan saya di ofis.. terus minta halfday dengan boss dan minta cuti esok harinya.. sebelum saya ke hospital saya pergi dahulu kerumah agen yg jual jus pucuk betik tu 10 botol sebab en suami kata yg 5 botol tu dah habis diminum.. sampai dihospital saya suruh en suami minum jus pucuk betik.. kata agen tu kena minum 4 jam sekali.. en suami saya ni memang susah sikit nak makan ubat, sup ketam yg saya buat tu.. sampai saya paksa suruh hirup kuahnya dengan straw..
Esok pagi hari Jumaat saya pergi lagi kehospital, pukul 9 pagi doktor kata platelet darah dah naik semula 45.. doktor kata inshaAllah selepas ni akan terus naik sebab memang trend demam denggi macam tu.. jadi hari ini boleh discaj.. menungu billing semua pukul 5.00pm juga baru selesai utk discaj...
Ujian sungguh utk saya dalam tempoh seminggu ini.. kepenatan tubuh badan tak boleh nak cakap.. kekawan siap tegur saya semakin kurus dan mata saya cengkung sebab tidur yg tak menentu..
Semalam pergi buat follow up selepas seminggu MC.. alhamdulillah platelet dah kembali normal 245 dan doktor tambah lagi MC selama 6 hari lagi kerena en suami mengadu badan dan sendinya masih sakit.. doktor kata nak recover utk denggi ni memang lama sekurang-kurangnya 2 bulan baru hilang sakit badan tu..