JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 31 Januari 2015

JANUARI bulan UJIAN buat SAYA... Ya Allah sesungguhnya hamba Mu ini Redha...

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik...
Selamat berehat dihujung minggu.. 


Mendapatkan  rawatan awal di Klinik Ajwa .. en suami terbaring  tidak berdaya..
Pada hari Jumaat , lebih kurang pukul 9.00pm en suami sampai dirumah.... masuk kedalam terus terbaring diatas kerusi panjang sambil minta di lap kepala dengan air batu.. saya pun ambil air dalam besen dan letak ais batu dalam besen tu.. terus basahkan badannya.. saya tengok keadaan en suami semakin teruk, terus call adik ipar saya untuk tolong saya bawa en suami ke klinik.. en suami mengadu tak sihat badan dah tiga hari tapi didayakan juga pergi kerja.. 
Sampai klinik Ajwa terus masuk bilik kecemasan.. doktor dtg utk buat rawatan segera.. suhu badan masa tu dah 39.1c, panas sungguh kata doktor, tekanan darah stabil , jadi utk melegakan demam doktor bagi satu injection kepada en suami, doktor mencadangkan en suami dibawa terus ke hospital utk cek darah kerana mesin ujian darah di klinik tersebut rosak. Doktor sediakan surat rujukan ke hospital.
Pukul 11.30pm saya bawa en suami ke Hospital KPJ Shah Alam, smpi sana terus masuk ke wad kecemasan dan tunjukan surat refer doktor.. Doktor di KPJ cek balik suhu badan en suami dan turun 38.6c dan terus ambil darah serta ambil darah utk diuji dimakmal.. Pukul 12.30pm baru dapat keputusan darah en suami dan suspek denggi, pada masa tu platelet  en suami masih normal 245, doktor kata wad penuh jadi boleh datang semula pada hari ahad, menunggu drip air tu habis lebih kurang pukul 1.00 pagi, tunggu bill semua pukul 1.30pagi baru settle.. sampai rumah anak-anak dah tertidur diruang tamu.. cuma kak nabilah jer yg berjaga tunggu kami balik.

Dalam bilik HDU untuk pemantauan selama 2 hari..
Pada malam sabtu 17/1/2015 , selepas solat jenazah arwah abah dan bacaan yasin , en suami kata demam dia semakin teruk, saya kata balik bersama adiknya yg datang menziarah pada malam utk terus dihantar ke Hospital KPJ, kata adik ipar saya sampai di rumahnya .. en suami terus muntah-muntah .. dan terus dibawa ke Hospital KPJ.. cek darah semula telah turun platelet 120.. 

Saya balik ke Shah Alam pada hari Isnin selepas malam tu tahlil arwah abah.. terus saya ke hospital bersama-sama anak-anak.. tanya dengan nurse disitu bagaimana bacaaan platelet hari ini, nurse tu kata turun kepada 90.. risau hati saya tak tau nak cakap.. ptg tu saya terpaksa balik juga kerumah sebab nak menghantar kakak nabilah balik ke asramanya petang itu.. 

Malam tu saya tak dapat datang ke hospital semula sebab nak menggosok baju sekolah nabil dan najeeha esok hari.. buat itu ini semua pukul 11pm baru saya masuk tidur.. sebelum tu tengok wasap dari adik ipar , kata platelet en suami turun ke 23.. aduh bertambah risau saja.. dalam pada saya tertidur , tiba2 handphone saya berbunyi , lebih kurang pukul 1.30 pagi, en suami saya kata sekarang dia dimasukan ke HDU sebab platelet dia dah turun 9.. kena perlu permantuan takut ada pendarahan, Allahu Akhbar.. saya terus tukar baju untuk pergi ke hospital, saya tinggalkan anak2 tidur dirumah, sebelum pergi ke hospital saya singgah dirumah adik ipar , beri kunci rumah katakan saya nak ke hospital sebab abangnya dah dimasukan HDU, dalam kelam kabut macam tu rupanya saya terlupa nak buka lampu kereta, menjeritlah kereta yg berselisih dengan saya suruh buka lampu kereta. Sampai dihospital saya terus menuju ke HDU tengok en suami semakin lemah.. namun begitu kata nurse tu keadaan tekanan darah, jantung dan lain-lain okey.. nurse tu kata puan tak perlu risau sangat .. puan boleh balik, lagi pun tidak boleh menunggu di HDU ni.. 

Lebih kurang pukul 3.30pagi saya balik ke rumah, tapi rupannya adik ipar saya dah bawa anak-anak saya kerumahnya, jadi dia suruh saya tidur sahaja dirumahnya.. pukul 5.30pagi saya pun pulang kerumah sebab nak menghantar mereka kesekolah pulak.. Selepas balik menghantar anak kesekolah saya terus singgah dipasar beli ketam lagi untuk dibuat sup.. selepas siap memasak saya terus ke Hospital KPJ.. saya sampai adik ipar saya dah ada disitu.. saya pujuk en suami makan bubur dan sup ketam serta jus buah kiwi yg saya blander tu...

Hampir 15 botol en suami meminum Jus Pucuk Betik ni sebagai salah satu penawar denggi
Nasib baik saya masih bercuti ehsan lagi selama tiga hari jadi boleh lah saya menjaga en suami di hospital.. tengahari tu pak teh datang melawat en suami di hospital, pak teh bawakan Jus Pucuk Betik ni kata penawar bagi denggi juga.. selepas minum jus pucuk betik ni.. dengan izin Allah s.w.t platelet en suami saya naik dari 9 ke 71 pada esok paginya.... Alhamdulillah syukur saya ke hadrat Ilahi dan doktor kata boleh dipindahkan ke wad biasa, ptg tu pindahlah en suami ke wad selepas 2 hari di HDU.. kata doktor kalau esok naik lagi dah boleh lah discaj..

Anak buah datang melawat pak ngah di wad.. 
Hari khamis tu saya dah mula bekerja, pagi tu saya call en suami, saya kata pada en suami, kalau discaj nanti call saya , boleh saya datang ambil.. sampai pukul 2pm tunggu call dari en suami tak ada, tak puas hati saya call en suami, macam mana platelet darah.. en suami kata turun balik 20... Allahu Akhbar.. tak keruan saya di ofis.. terus minta halfday dengan boss dan minta cuti esok harinya.. sebelum saya ke hospital saya pergi dahulu kerumah agen yg jual jus pucuk betik tu 10 botol sebab en suami kata yg 5 botol tu dah habis diminum.. sampai dihospital saya suruh en suami minum jus pucuk betik.. kata agen tu kena minum 4 jam sekali.. en suami saya ni memang susah sikit nak makan ubat, sup ketam yg saya buat tu.. sampai saya paksa suruh hirup kuahnya dengan straw..

Esok pagi hari Jumaat saya pergi lagi kehospital, pukul 9 pagi doktor kata platelet darah dah naik semula 45.. doktor kata inshaAllah selepas ni akan terus naik sebab memang trend demam denggi macam tu.. jadi hari ini boleh discaj.. menungu billing semua pukul 5.00pm juga baru selesai utk discaj...

Ujian sungguh utk saya dalam tempoh seminggu ini.. kepenatan tubuh badan tak boleh nak cakap.. kekawan siap tegur saya semakin kurus dan mata saya cengkung sebab tidur yg tak menentu..
Semalam pergi buat follow up selepas seminggu MC.. alhamdulillah platelet dah kembali normal 245 dan doktor tambah lagi MC selama 6 hari lagi kerena en suami mengadu badan dan sendinya masih sakit.. doktor kata nak recover utk denggi ni memang lama sekurang-kurangnya 2 bulan baru hilang sakit badan tu..




Jumaat, 30 Januari 2015

RENUNGAN JUMAAT :: BERSYUKURLAH

Assalamualaikum kekawan ...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya...

Perkongsian dari Whatsapp group... semoga bermanfaat..





Jika KEKAYAAN membuat orang BAHAGIA, tentunya ADOLT MERCKLE, orang TERKAYA dari JERMAN, tidak akan menyerahkan badannya ke KERETA API.
Jika KEMAHSYURAN membuat orang BAHAGIA, tentunya MICHAEL JACKSON, penyanyi TERKENAL di USA, tidak akan meminum UBAT TIDUR hingga OVERDOSE.
Jika KEKUASAAN membuat orang BAHAGIA, tentunya G. VARGAS, Presiden BRAZIL, tidak akan menembak JANTUNGNYA.
Jika KECANTIKAN membuat orang BAHAGIA, tentunya MARYLIN MONROE, artis CANTIK dari USA, tidak akan meminum ALKOHOL dan UBAT DEPRESI hingga OVERDOSE.
Jika KESIHATAN bisa membuat orang BAHAGIA, tentunya THIERRY COSTA, Doktor terkenal dari PERANCIS, tidak akan membunuh dirinya akibat acara di TELEVISYEN.
★ Ternyata, BAHAGIA atau tidaknya hidup seseorang itu, BUKANNYA ditentukan oleh seberapa KAYA, FAMOUS, CANTIK, BERKUASA, SIHAT atau BERJAYA hidupnya.
★ Tapi yang membuat seseorang itu BAHAGIA adalah DIRINYA SENDIRI. Mampukah dia MENSYUKURI semua yang sudah dimilikinya dlm segala hal.
"Kalau KEBAHAGIAAN boleh DIBELI, pasti orang² kaya akan MEMBELI KEBAHAGIAAN itu.
Kita tidak akan dapat KEBAHAGIAAN kerana sudah DIBORONG oleh merekα."
"Kalau KEBAHAGIAAN itu ada di suatu TEMPAT, pasti belahan lain di bumi ini akan KOSONG kerana semua orang akan kesana berkumpul dimana KEBAHAGIAAN itu berada."
★ Untungnya KEBAHAGIAAN itu berada DI DALAM HATI setiap manusia.
Jadi kita tidak perlu MEMBELI atau pergi MENCARI KEBAHAGIAAN itu.
"Yang kita perlukan adalah HATI yang BERSIH dan IKHLAS serta FIKIRAN yang JERNIH, maka kita boleh menciptakan rasa BAHAGIA itu bila², dimana² dan dalam apa jua keadaan pun."
★ KEBAHAGiAAN itu hanya dimiliki oleh Orang² yang BERSYUKUR.
"JIKA TIDAK MEMILIKI APA YANG DISUKAI, MAKA SUKAI LAH APA YG DIMILIKI SAAT INI"
BERSYUKUR adalah suatu kemampuan yg boleh DIPELAJARI oleh siapapun.
* Jika Anda FAIL
(gagal) jangan putus asa, sebab FAIL bermaksud First Act In Learning
(Langkah Pertama Dlm Pembelajaran)
* END (Tamat)
bukanlah Pengakhiran malah END bermaksud Effort Never Die
(Usaha Tidak Sesekali Mati/Berhenti)
* Jika
Anda dapat NO (Tidak) sebagai jawapan, ingatlah NO bermakna Next Opportunity
(Peluang Seterusnya)
~ Mudah²an bermanfaat

Rabu, 28 Januari 2015

DEN DAH NAK BALIK.... Sejahterah lah Abah bertemu Pencipta mu .... ~ 1928 - 2015


Assalamualaikum kekawan semua...
Semoga kita semua berada didalam rahmat Ilahi dan diberi kesihatan yg baik..

Pada hari Sabtu 17hb Januari 2015 bersamaan dengan 26 Rabiulawal 1436H pukul 5.50pm.. ayahanda tercinta telah pergi menghadap Yang Maha Pencipta.. Janji yg telah ditetapkan keatas setiap makhluk yg bernyawa.. Semoga roh arwah abah dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan bersama para solehin dan syuhadah..

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ

وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ

وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ

وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ.

Maksudnya:
Ya Allah, berikanlah ampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia, muliakan tempatnya, luaskan tempat masuknya, serta mandikanlah dia dengan air, salju dan embun; bersihkanlah dia dari kesalahan-kesalahan sebagaimana baju putih dibersihkan dari kotoran; berikanlah dia pengganti tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya; masukkanlah dia ke syurga serta lindungilah dia dari azab kubur (atau azab neraka).


Kami membawa abah balik dari hospital Sg Buloh pada hari Rabu 14 Januari 2015, memenuhi permintaan abah utk pulang kerumah, abah begitu gembira apabila balik ke rumah.. Sebelum membawa abah balik kerumah kami adik beradik telah menyediakan kelengkapan perubatan abah.. oksigen,  katil seperti hospital yg boleh diturun naik dan  kerusi roda untuk abah bergerak.. Pada pagi khamis tu saya cuti utk menjaga abah dan abah selesa sangat dan berbual-bual seperti biasa, mak lah yg paling abah cari bila tak kelihatan di sisi abah.. 
Pada pagi jumaat mak berbual-bual dengan abah.. kata mak, abah cakap "den dah nak balik ni" pastu mak cakap" balik lah abah, saya dan anak-anak redha dan memohon Allah meredhai abah juga" pastu mak menyambung balik " abah maafkan saya dan anak-anak ye" abah cakap " ya, den dah maafkan kau dan anak-anak" sambil tersenyum.. Pastu abah kata"hari ini Jumaat kan, den nak mandi dan solat Jumaat" 
Mak kata" abah solat ajer dirumah kerana abah tak sihat" Abah akur, jadi adik dan kakak perempuan saya memenuhi permintaan abah utk mandi, selesai mandi abah solat zohor dan mendengar khutubah Jumaat di depan TV . Selepas tu abah minta masuk dalam bilik utk berehat..
Pada malam sabtu tu Kak Andak saya menjaga abah dibilik, pada pagi Sabtu tu, abah kejut kak andak, "Bangun Dak, dah nak subuh, kau ada bawa telekung, jom kita solat" ajak abah. Kak Andak pun mengambil wuduk utk abah dan abah pun solat subuh bersama kak andak, selepas habis solat abah berdoa kata kak andak, lama abah berdoa, selepas tu Mak masuk bilik dan suruh kak andak berehat sebab semalaman menjaga abah, kata mak masa tu abah sebut lagi "Den dah nak balik ni ye" pastu mak kata " ye abah, semoga Allah merahmati abah", selepas tu abah memejamkan matanya dan berzikir..
 Saya pulang ke Kuang pada 2.00ptg, sebenarnya saya nak balik pagi tapi malam tu saya balik dari Hospital KPJ Shah Alam pukul 2.00 pagi kerana menghantar en suami yg suspek denggi, oleh kerana wad penuh , doktor mencadangkan datang semula check darah pada hari Ahad kerana bacaan platelet 245 masih lagi normal. Selepas tu saya terus pergi mesyuarat Koperasi sebab kena hadir 50 peserta baru koperasi diluluskan.. habis mesyuarat pukul 4.00pm saya terus balik kerumah mak, Sampai rumah mak ada mak lang datang menziarahi abah, selepas bersalam dengan maklang, saya masuk bilik abah, masa tu ada adik saya Uda dan anak buah saya Nurin, saya tengok abah tengah lena tido, kata adik saya abah baru tido tu.. saya pun cium dahi abah.. tak nak ganggu tido abah.. saya keluar utk solat asar dan ajak budak2 tu solat asar sama.. lepas solat asar saya cakap dgn mak, tak dapat tidur sini sebab esok nak hantar en suami pergi hospital utk check darah sebab suspek denggi, mak kata ok lah.. tak apa pergi tengok suami ko tu dulu.. ada adik beradik lain yg jaga, lepas tu saya masuk bilik abah dan cium dahi abah lagi..

Baru saya sampai saya ke Shah Alam, belum smpi dirumah saya, saya terima call dari kak andak saya , mengatakan abah telah tiada.. terkedu saya.. Inna lillahi wa inna ilayhi roji'un (   إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ ) kata saya.. Selepas solat maghrib, saya sekeluarga pulang semula ke Kuang, Sampai rumah mak semua adik beradik , saudara mara telah berkumpul dirumah, mak kata lepas isyak kita mandikan jenazah, Mak kata elok dimandikan awal dan jenazah abah dah bersih dan apa yg kita baca  Yassin dan doa, inshaAllah samoai kepada arwah dan mudahan diterima Allah.. 

Alhamdulillah, cucu-cucu memangku jenazah atuknya utk dimandikan dan tiga orang anak lelaki iaitu abg long saya dan dua orang adik lelaki saya.. selepas tu anak-beranak juga mengkapan jenazah abah.. Selepas tu adik lelaki yg ustaz tu mencadangkan agar adik beradik dan cucu-cucu semua solat jenazah .. Jenazah akan dikebumikan pagi esok ahad dalam pukul 8.00pagi.. pada malam tu kami sekeluarga bergilir-gilir mengaji disisi jenazah abah.. sehingga subuh.. 

Tepat pukul 7.00 pagi van jenazah sampai dan orang kampung datang menziarahi jenazah abah .. kemudian solat jenazah dibuat sekali di rumah sebelum dibawa ke masjid utk di solatkan lagi.. atas permintaan kariah masjid sebab ramai yang telah menunggu dimasjid.. Alhamdulillah.. rezeki abah di solat jenazah sebanyak 3 kali..
Pukul 9.30pagi.. jenazah abah selamat di kebumikan.. Bersemadilah abah di alam barzakh.. semoga kubur mu adalah salah satu taman dari taman-taman syurga.. damailah abah disana.. 

Mak cerita, masa abah menghembuskan nafas yg terakhir dengan tenang  dan mudah..melihat jenazah abah ,wajah abah seolah-olah seperti berada didalam tidur yg mendamaikan dengan senyuman..
Alhamdulillah .. semoga roh abah sejahterah disana..


Alhamdulillah ... Allah kurniakan kelebihan buat arwah abah..


Ambil dari FB Masjid Jamek Al Islahiah Kuang.. titipan takziah dari kariah masjid..

Tempat abah berehat seketika apabila tiba di masjid.. Dihatinya solat dan masjid sahaja..
Pada 1/2/2015 ini abah berumur 87 tahun.. tapi abah telah pergi dahulu.. Baru kini ku tahu erti rindu... Miss abah ...






Jumaat, 16 Januari 2015

RENUNGAN :: PESANAN SEORANG MURABBI..



Assalamualaikuk kekawan..
Semoga kita berada dalam rahmat Ilahi di pagi Jumaat  penghulu segala hari..



Pesanan seorang Murabbi,
"Bila kita selalu sakit, maka rajinlah berpuasa".
"Bila kita berwajah gelap, rajinkanlah diri untuk berqiamulail (tahajjud)".
"Bila kita punya hati yg sempit, maka banyakkan membaca Al-Quran".
"Bila kita terlalu susah untuk bahagia, solatlah tepat pada waktunya".
"Bila emosi kita sering terganggu, rajinkan berwudhuk dan ber-istighfar".
"Bila hati dan jiwa kita gelisah, banyakkan berdoa dan bersukan (beriadah)".
"Bila kita dalam keadaan stress atau tertekan, seringlah membaca 'La haula wala quwwata illa billah".
"Dan apabila kita merasa rezeki kita teramat sempit, maka perbanyakkanlah bersedekah.."

Rabu, 14 Januari 2015

ww :: TIPS SUSUN BUKU SEKOLAH ANAK IKUT JADUAL ^__^

Assalamualaikum kekawan.. 
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberi kesihatan yg baik..
Terima dari whatsapp group.. jadi dikongsi pula disini :)




Selasa, 13 Januari 2015

ROTI GULA CHEESE

Assalamualaikum kekawan... 

Semoga hari ini kita semua berada dalam rahmat Ilahi :)

Seperti biasa resepi dan gambar dari sekodeng dari FB.. tengok macam sodap jer...

teringin pulak nak mencuba .. save dulu kat sini ye..




ROTI GULA CHEESE
Sumber~ kathy kay (utk doh roti)
1 cwn air suam
1 paket yis
4 sdm gula
2 sdm susu pekat
2 sdm planta
~campurkan semua bahan2 ini...kacau...(planta berketul2 xpe...biar je)....perap sampai aduanan yis ni bbuih....(lebih kurang 10 mnit)
1 biji telur
~pecahkn dlm bekas dan kacau...masukan dlm adunan yis yg telah bbuih tadi...kacau sbati
3 1/2 cwn tepung gandum
~ayak tepung
~ambil adunan yis tadi...curahkn ke dlm bekas berisi tepung...curah sedikit demi sdikit sambil di uli...lakukan smpai habis...teruskan m'uli sampai menjadi doh yg lembut...bila dah mjadi doh lembut...rehatkn doh sampai doh mjadi berganda (smasa mrehatkn doh..pastikn bekas brisi doh ditutup dgn kain lembap)...
~bila doh dh bganda...tumbuk2 doh..buang anginye...tumbuk2 dan uli lagi (uli ats dulang)...uli sampai doh jadi cantik...bentukkn mgikut citarasa anda...susun dlm loyang dan telah disapu planta or mnyak...bubuh topping (mgikut citarasa anda sendiri)....rehatkan doh lagi (tutup dgn kain lembab)...tunggu sampai berganda...
~bleh lah dibakar...suhu 150'c...api atas bawah...sampai kuning keperangan...keluarkn dan sejukan atas redai...
TOPPING (versi dapur teresku)
1 biji telur*
Susu cair*
Gula halus*
Cheese (dparut)
Gula pasir
Pumpkin seed
~campurkan semua bahan bertanda * dalam bekas...kacau sbati (pakai garfu je)
~sapukan atas doh (sbelom bakar)...taburkan cheese, gula pasir dan pumpkin seed....rehatkn sampai bganda....bakar
~bila roti dah kuning kperangan (masak)...keluarkn dr oven...dan sapu lagi bahan2 tadi...(nak bagi kulit roti kilat, cantik dan lembut)....siap

Isnin, 12 Januari 2015

BACK TO SCHOOL...

Assalamualaikum kekawan.. salam pagi yg ceria :)

Pagi ni bermula tugas utk menghantar anak-anak ke sekolah.. jalanraya dah mula sesak.. pagi ni keluar awal.. pukul 7.00am sudah berada diatas jalan raya.. smpi sahaja ke jalan besar.. jalan sudah mula jem.. 2 kali lampu merah .. baru saya dapat melepasinya.. sampai kesekolah Nabil dan Najeeha dah pukul 7.20am pada hal kalau ikut biasa hanya lima minit ajer utk kesekolah tu.. Suka hati betul nak kesekolah nabil ni .. smlm petang semua kelengkapan telah dibuatnya..



Malam tu mereka dah request suruh buat sarapan pagi Apam Goreng... pagi2 lagi saya dah mengapam untuk mereka. Nabil siap nak bawa bekal lagi kata boleh bagi kekawan makan sama hehehe.. untuk resepi klik ni



Petang nanti pulak nak menghantar kakak Nabilah ke Maahad Tahfiz Lilbanat Seksyen 13 Shah Alam... Kak Nabilah nak sekolah yg dekat dengan rumah jugak.. sukar nak buat pilihan dengan kakak seorang ni..

Jumaat, 9 Januari 2015

Salam JUMMAAT yang BARAKAH.. kekawan ^__^





Assalamualaikum kekawan..
semoga kita berada dalam rahmat Ilahi dan diberi keberkatan...





Khamis, 8 Januari 2015

Kesian MEREKA nak MUSIM sejuk MELANDA pula..

Assalamualaikum kekawan.. Salam petang...

Semenjak dua minggu ni cuaca semakin sejuk kan kekawan.. rupanya kita akan menghadapi fenomena cuaca sejuk luar biasa dalam tempoh yg terdekat pada bulan Januari ni seperti tahun sebelum ini.. negeri-negeri yg Pantai Timur yg akan mengalami fenomena ni... Kesian mereka baru saja menghadapi bencana banjir terburuk.. semoga mereka tabah dengan ujian ini kan kekawan.. 

CUACA sejuk bakal melanda Malaysia dalam tempoh terdekat sehingga menyebabkan penduduk terpaksa memakai baju sejuk di Kampung Keroh, Kuala Krai pada 25 Januari tahun lalu. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia perlu bersedia menghadapi fenomena cuaca sejuk luar biasa dalam tempoh terdekat seperti yang berlaku di negara ini pada Januari tahun lalu.
Fenomena itu akan dialami oleh penduduk di negeri-negeri Pantai Timur yang baru sahaja menghadapi bencana banjir terburuk dalam sejarah negara pada Disember tahun lalu.
Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad berkata, fenomena itu bakal melanda negara ini disebabkan dunia berdepan dengan perubahan cuaca secara menyeluruh.
“Ketika ini cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara bertekanan udara tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan akan membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sepanjang musim Monsun Timur Laut.
“Justeru, adalah tidak mustahil fenomena cuaca sejuk ini bakal melanda negara sekali lagi dalam jangka waktu tertentu sebelum musim monsun itu berakhir pada Mac nanti,” ujar Shaharuddin ketika dihubungi Kosmo! bagi mengulas mengenai fenomena cuaca sejuk yang bakal melanda Malaysia.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

PANGKAL NAMA HURUF

Assalamualaikum kekawan.. 
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi 
dan diberi kesihatan yang baik :)



HURUF A
Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam 
pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah 
berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan
 perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

HURUF B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan
 dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar,
 yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya
 sangat mudah tersinggung.

HURUF C
Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan
 rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu 
menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

HURUF D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. 
Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita.
 Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

HURUF E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab.
 Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila
 hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

HURUF F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.
Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila 
berbelanja.

HURUF G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. 
Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka 
bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

HURUF H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan 
orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal 
dan bercita-cita terlalu tinggi.

HURUF I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa
curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

HURUF J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri
dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan 
tidak tegas.

HURUF K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia

HURUF L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka 
bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila 
berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.

HURUF M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka 
akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak
 berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.

HURUF N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan 
tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya 
mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

HURUF O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar 
mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong 
dan suka memilih teman.

HURUF P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. 
Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak 
pendendam dan boros.

HURUF Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya 
untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

HURUF R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang 
disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka 
mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

HURUF S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang 
yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain 
sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

HURUF T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. 
Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan
 diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

HURUF U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. 
Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata 
jika berbicara didepan orang ramai.

HURUF V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, 
mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita 
yang memikat. Tidak suka berterus terang.

HURUF W
Ramah dan mudah
simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan 
ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh 
dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

HURUF X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung 
dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

HURUF Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong 
walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani 
mengemukakan pendapat.

HURUF Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa 
terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri..

Rabu, 7 Januari 2015

WW :: AGE Test ... biar BETUL mak ni ... ^___^

Assalamualaikum kekawan.. salam petang yg ceria :)




Nak cuba..cer klik sini 


WW :: Yang DITUNGGU Sudah TIBA ^___^

 Assalamualaikum kekawan.. 

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dibawah lindungan Allah S.W.T hendakya :)



Alhamdulillah.. sampai juga yg ditunggu ni.. semalam blogger MY ALL aka Waheedah tayang dia dah terima cek tu.. ptg tu balik rumah tengok kat pos box tu ada juga utk saya.. tapi saya tidaklah sebanyak Waheedah tu.. blogger top ten kan :)
Namun begitu, Terima kasih kepada Nuffnang... :)
Niat dihati nak disumbangkan kepada mangsa banjir di Kelantan, tengah cari Maahad Tahfiz di Kelantan.. tentu maahad mereka juga mengalami banjir kan.. oleh itu ada tak kekawan yg tahu maahad tahfiz ni.. nanti saya boleh bank in kan di akaun maahad tersebut..
Boleh kekawan PM pada saya di cahaya2569@gmail.com

Selasa, 6 Januari 2015

28th REUNION CLASS OF 1982- 1986 SMBG

Assalamualaikum kekawan... salam petang yg ceria :)


Hari ini lewat bersiaran.. banyak kerja yg perlu dibereskan :)...
Nak juga masuk blog ni kisah Reunion Class Of 1986 SMBG yang diadakan pada 8 November 2014 yg lalu.. aduh dah lama kan baru nak buat entri..

Seronok tak terkira dapat jumpa kekawan sekolah yg telah 28 tahun tak jumpa ni.. Perjumpaan ni bermula pukul 2 petang tapi saya datang lewat pukul 3 pm baru saya sampai..bila kaki melangkah masuk kedewan ni semua mata memandang ada yg bersuara "siapa niiii?" Ada juga yang masih mengenali saya... "Selamat datang Yati" kedengaran suara itu melaungkan.. tersipu-sipu lah masuk sambil memberi salam dan melambai kepada kekawan yg lain..

Sampai di meja.. "Yati ko tetap maintain macam dulu ye.. kurus aje" kawan saya Mastura berbaju merah tu.. yang sebelah saya tudung hijau tu Rahimah namanya..puas mengingatkan dulu disekolah.. ooohh baru teringat Ima yg sangat pendiam..

Ada juga yg datang lewat dari saya.. jadi meja yg saya duduk pun dah hampir penuh..



Bila mak-mak dah berkumpul ni mula lah bertanya.. anak berapa orang.. tinggal kat mana.. kerja ke.. Kawan saya Zarina yg bertudung biru muda tu tak sangka anak 10 orang.. seronoknya.. murah rezeki.. rata-rata kekawan yg ditanya.. anak mereka dalam 3 - 6 orang..


Merayap pulak saya ke meja sebelah berbual pulak dengan kekawan ni.. oleh kerana dah berubah wajah dan bentuk badan , kenalah tanya nama.. Yang baju merah tu Maryam.. dah ada cucu Maryam ni.. anak sulung dia dah kahwin, cucu dia baru 7 bulan katanya, kira nenek vogue ni :), tudung biru sebelah saya Ruzita, yg berdiri tu Kamsiah dan tudung hijau tu Azian.. hehehe dah ingat nama kekawan :D


Merayau lagi ke meja sebelah.. berkenalan pulak nama hahhaha.. nampak sangat saya dah lupa kan.. Aduh Normashitah.. "membesar bagai johan kan aku Yati" katanya.. sebelah saya tudung putih Norlailee dan duduk tersenyum tu Suraya..

Sebahagian kawan sekolah lelaki yg hadir.. hanya sedikit saya kenal haha :D
Apa taknya kepala dah botak, perut dah boroi dan badan pun dah besar2 belaka hahaha.. dorang marah betul dengan saya bila saya cakap macam tu.. ye lah macam mana nak kenal jauh bezanya :D

Masa kekawan perempuan ni bergambar saya dah balik.. ada juga yg dah balik awal dari saya.. admin group whatsapp ni adalah Rahmah yg pakai baju warna gray tu.. 
Kedatangan pada hari itu hampir 40 orang rasanya.. inshaAllah nak buat 2nd Reunion pulak.. kumpulkan kekawan ramai lagi :)






Isnin, 5 Januari 2015

Grand Lexis Part 1 :: MEMENUHI CUTI-CUTI MALAYSIA ANAK-ANAK ^___^

 Assalamualaikum kekawan...Salam ceria selalu kekawan.. ^__^

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan sentiasa dibawah lindungan Allah S.W.T..


Masuk jer dalam bilik terus landing atas katil si Nabil ni hahaha :D
Selepas kakak berdua habis Kem di Madrasah Darul Ulom Lilbanat pada 26 Disember 2014, mereka sibuk bertanya.. mama kita nak pergi cuti kat mana.. kesian pulak saya mendengar.. jadi saya pun merancanglah dengan en suami.. nak pergi mana.. sekarang ni musim hujan kata en suami.. nak pergi mandi manda dilaut dan sungai tak sesuai..kita cari hotel yg ada kolam renang didalamnya.. jadi saya pun google lah.. maka dapat lah Grand Lexis Port Dickson ni.. pastu ada potongan harga hampir 50%.. so booking lah online.. setelah berbincang dengan en suami kami pun pergi lah pada 28-29 Disember 2014 iaitu hari Ahad hingga Isnin  a.k.a 2 hari 1 malam..

Kami keluar rumah pukul 12.00 tengahari .. dari Shah Alam ke Port Dickson ni 1 jam jer kekawan.. pagi saya dah masak lauk pauk dirumah untuk diangkut ke sini.. saya masak tomyam ayam, sambal sotong dan goreng ayam berlada , banyak saya masak, dua bekas setiap satu lauk..lupa pulak nak ambil gambar

Ni katil nabil tau... booking tu :P
Luas bilik ni kekawan.. ada dua katil king size.. puas lah budak bertiga tu bergolek-golek, saya ambil Garden Pool Villa - Room only belah bawah.. ada atas bawah Garden Pool Villa ...ni kekawan.. kalau ambil belah bawah privacy lah sikit.. kalau belah atas pool dia terbuka :) 
Harga masa saya booking RM560.00 .. harga asal RM1,243.00..  diskaun hampir 50% kan kekawan..


Ni tempat mama berjimba-jimba masak tau.. tu anak-anak tengah survey tempat tu..
Yang ini dry kitchen kekawan.. kat sini lah saya main masak2 .. disediakan microvawe, kitchenette dan pinggan mangkuk.. saya siap-siap bawa rice cooker dari rumah dan masak lauk pauk .. saya tahu mereka tentu lapar bila dah berendam dalam pool tu kan.. petiais pun ada kekawan.. jadi saya frozenkan lauk pauk dalam tu..



Ni pulak bilik mandi dan toilet, tempatnya asing-asing kekawan.. enjoy betul mereka disini.. mamanya pun tumpang sama ehe :)

Pool yg dilihat dari dalam bilik...

Luas jugak pool ni kekawan.. kedalamannya 4 kaki.. lebih sikit paras pinggang saya..  kakak nabilah bila diukur paras dadanya.. Najeeha paras bahunya... Nabil pulak terus tenggelam ehe :D






 Dah tak sabar ni mama nak mandi ... apa-apa hal ambil gambar dulu.. mama korang ni kan blogger hahaha :D
Memberi kerjasama terbaik dengan mama mereka ni.. ok kekawan nanti kita sambung entry seterusnya.. :)