Selasa, 30 Jun 2015

RAMADHAN DAY 13 : TERUS MENERUS MENIMBA ILMU

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik


MENCARI ilmu merupakan kewajiban setiap manusia. Tanpa ilmu kita tidak bisa menjalani hidup ini dengan baik. Orang yang tidak memiliki ilmu biasanya akan di manfaatkan oleh orang lain. Bahkan, orang yang tak berilmu itu akan dibodohi oleh orang lain. Oleh karena itu, kita sebagai manusia yang diberi akal dan pikiran carilah ilmu demi kelangsungan hidup yang lebih baik.
Ilmu memiliki banyak keutamaan, diantaranya:
1. Ilmu adalah amalan yang tidak terputus pahalanya sebagaimana dalam hadits: ”jika manusia meninggal maka terputuslah amalnya, kecuali tiga perkara: shodaqoh jariahnya, ilmu yang bermanfaat dan anak yang sholeh yang mendoakan kedua orang tuanya,” (HR Bukhori dan Muslim)
2. Menjadi saksi terhadap kebenaran sebagaimana dalam firman Allah SWT: (Allah menyatakan bahwasanya tidak ada ilah yang berhak disembah kecuali dia. Yang menegakkan keadilan. para malaikat dan orang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu,). (QS. Ali Imran 18)
3. Allah memerintahkan kepada nabinya Muhammad SAW untuk meminta ditambahkan ilmu sebagaimana dalam firman Allah, (… dan katakanlah: Ya Rabb ku, tambahkanlah kepadaku ilmu) (QS.Thahaa 114)
4. Allah mengangkat derajat orang yang berilmu. Sebagaimana firman Allah, (… Allah mengangkat orang beriman dan memiliki ilmu diantara kalian beberapa derajat dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan). (QS. Mujadilah 11)
5. Orang berilmu adalah orang yang takut Allah SWT, sebagaimana dalam firmannya: (…. sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara hambanya hanyalah orang-orangyang berilmu). (QS. Fathir 25).
6. Ilmu adalah anugerah Allah yang sangat besar, sebagaimana firman-Nya: (Allah menganugerahkan al-hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al-Quran dan As-Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah)). ( QS. Al-Baqarah 269)
7. Ilmu merupakan tanda kebaikan Allah kepada seseorang ”Barang siapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah akan membuat dia paham dalam agama,” (HR Bukhari dan Muslim).
8. Menuntut ilmu merupakan jalan menuju surga, ”Barang siapa yang menempuh suatu jalan dalam rangka menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surge,” (HR Muslim)
9. Diperbolehkannya ”hasad” kepada ahli ilmu,”Tidak hasad kecuali dalam dua hal, yaitu terhadap orang yang Allah beri harta dan ia menggunakannya dalam kebenaran dan orang yang Allah beri hikmah lalu ia mengamalkannya dan mengajarkannya,” (HR Bukhari )
10. Malaikat akan membentangkan sayap terhadap penuntut ilmu,”Sesungguhnya para malaikat benar-benar membentangkan sayapnya karena ridho atas apa yang dicarinya,” (HR. Ahmad dan Ibnu majah). 



Isnin, 29 Jun 2015

RAMADHAN DAY 12 : TAMBAH BAIK DIRI

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik..
Perkongsian dari wasap :)




Ahad, 28 Jun 2015

RAMADHAN DAY 11 : BAZAR RAMADAN jangan jadi BAZIR RAMADAN

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi.
Selamat berhujung minggu


Apabila datang Ramadhan yang mulia, banyak tempat akan mengadakan pasar yang menyediakan banyak pilihan makanan dan juadah untuk berbuka puasa.  Pasar ini yang juga lebih dikenali sebagai ‘Bazar Ramadhan’ sangat memberi faedah buat masyarakat terutamanya buat pasangan suami isteri yang bekerja.  Kesuntukan masa dan kepenatan balik dari tempat kerja tidak mengizinkan mereka untuk menyediakan juadah berbuka puasa dengan sendiri.  Justeru, ‘Bazar Ramadhan’ adalah jawapannya.
Adanya ‘Bazar Ramadhan’ bukan sahaja menyediakan kemudahan buat masyarakat, malah peluang seperti ini sangat dinanti-nantikan oleh para peniaga.  Betapa Ramadhan menyediakan peluang buat mereka untuk menggandakan pendapatan.  Syukur alhamdulillah.
Masing-masing tahu akan kebaikan ‘Bazar Ramadhan’.  Jadi, tulisan ini bukanlah mahu membincangkan tentang kebaikannya.  Kerana kebaikannya semua sudah maklum.
Tulisan ini dibuat bagi memberi peringatan kepada pembaca sekalian supaya berhati-hati tatkala menghadiri ke ‘Bazar Ramadhan’.  Kerana sangat jelas pembaziran banyak berlaku kepada setiap orang yang masuk ke sana.  Supaya ‘Bazar Ramadhan’ tidak menjadi ‘Bazir Ramadhan’.

Pembaziran Wang

Sebut sahaja menu apa pun, tentu boleh dijumpai di Bazar Ramadhan. Samada ala-kampung, ala-bandar, ala-arab, ala-cina, ala-barat atau lain-lain ala, boleh dikatakan ada tersedia di Bazar Ramadhan.  Lelaki atau perempuan yang selama ini mengidam sesuatu jenis makanan, menggunakan masa ini untuk menyampaikan hajat masing-masing.
Disebabkan perut sedang lapar dan tekak sedang haus, jadi ramailah yang terlajak tatkala membeli-belah.  Itu nak, ini pun nak.  Kesemua sepuluh jari hampir dipenuhi dengan plastik-plastik bungkusan makanan untuk dibawa pulang berbuka puasa.  Sedangkan yang diperlukan hanya dua atau tiga jenis makanan sahaja untuk berbuka puasa.  Maka berlakulah pembaziran wang.

Pembaziran Makanan

Akibat dari pembelian yang terlebih, kadang-kadang seseorang tidak dapat menghabiskan makanan-makanan yang dibeli.  Kuih lima biji, hanya 2 biji dimakan.  Nasi sebekas, hanya suku diusik.  Juadah-juadah yang lain hanya diusik sepertiga sahaja.  Hasilnya, banyaklah makanan yang terbiar begitu sahaja yang akhirnya ke tong sampah destinasinya.  Menyedihkan.
Dari pembaziran wang, terjadi pula pembaziran makanan.  Alangkah baiknya jika wang yang lebih itu dibeli makanan untuk golongan anak yatim, miskin atau yang susah kehidupannya.  Betapa sayunya hati mereka jika mereka melihat perbuatan sesetengah kita yang membazirkan makanan.  Sedangkan mereka sangat susah untuk mendapat sesuap nasi.
Pembaziran makanan ini bukan sahaja terjadi kepada si pembeli, malah si peniaga juga kadang-kadang terpaksa membuang makanan yang tidak habis dijual ke dalam tong sampah.  Mungkin jika makanan itu masih dalam keadaan baik, boleh dipertimbangkan untuk ia diberikan kepada surau atau masjid untuk dijadikan juadah moreh atau minum malam golongan-golongan yang susah.

Pembaziran Masa

Ramai yang membazir masa di Bazar Ramadhan.  Terutama para remaja yang sekadar ingin berjalan-jalan di pasar tersebut.  Ada yang cuma hendak berjumpa dengan rakan-rakan atau mungkin juga ingin ‘mencuci mata’.  Yang dewasa juga kadang-kadang meluangkan masa sehingga sejam atau dua jam berjalan-jalan di Bazar Ramadhan bagi mencari makanan untuk berbuka puasa.  Kadang-kadang sudah dua pusingan berjalan, masih belum berjumpa lagi dengan juadah yang berkenan di hati.
Masa yang terluang itu dibazirkan begitu sahaja.  Sedangkan lebih baik masa itu diluangkan untuk berada di rumah bersama keluarga.  Diisi dengan ramah mesra dengan ahli keluarga atau sesi tadzkirah bersama keluarga.  Ataupun membaca al-Quran sehelai dua.  Perbuatan sebegini tentunya lebih melahirkan faedah yang banyak buat diri.

Pembaziran Tenaga

Hasil dari pembaziran masa, berlakulah juga pembaziran tenaga.  Disebabkan masa yang diluangkan untuk berjalan-jalan di Bazar Ramadhan terlalu lama, jadi banyak tenaga dibazirkan di situ.  Badan mudah menjadi letih dan ini dikhuatiri akan memberi kesan kepada ibadah yang bakal yang dilakukan pada sebelah malam.  Sedangkan banyak lagi aktiviti yang lebih bermanfaat yang boleh dilakukan dari menggunakan tenaga yang ada untuk terlalu lama berada di Bazar Ramadhan.

Pembaziran Pahala

Seperti yang kita ketahui, Bazar Ramadhan selalu dihadiri oleh berbagai lapisan masyarakat dan kaum.  Mengikut pengalaman yang lepas, apabila hadir ke Bazar Ramadhan, cabaran untuk menjaga pandangan mata amat tinggi, terutama buat lelaki muslim.  Memang lumrah dan fitrah lelaki suka melihat wajah dan susuk wanita.  Jika gagal menjaga pandangan mata, maka terbazirlah pahala-pahala puasa Ramadhan begitu sahaja.
Ramainya orang di sana juga menyebabkan lidah juga kadang-kadang tidak terkawal.  Minda juga berfikir yang bukan-bukan.  Ditambah pula aktiviti berlanggar bahu antara lelaki dan perempuan yang kadang-kadang tidak dapat dielakkan.  Bukan itu sahaja, malah persentuhan kulit antara penjual dan pembeli yang bukan mahram juga selalu terjadi.  Pahala yang penat lelah sudah dikutip sejak pagi jatuh satu persatu diganti dengan dosa.
Si peniaga pula kadang-kadang untuk melariskan jualan, mulalah ‘menanam tebu di pinggir bibir’.  Cakap itu dan ini.  Sebahagiannya ada yang tidak benar.  Maka, terbazirlah pahala puasa si peniaga.
Justeru, para pembeli dan peniaga mesti hati-hati sungguh dalam bab ini.  Jika ingin ke Bazar Ramadhan untuk membeli keperluan untuk berbuka puasa, ya silakan.  Tetapi mesti ditundukkan pandangan mata, dijaga lidah dan lain-lain pancaindera.  Apabila semua keperluan sudah dipenuhi, keluarlah dari Bazar Ramadhan dengan segera supaya tidak berlaku pembaziran pahala.

Pembaziran Peluang

Ramadhan datang dalam setahun hanya sekali.  Disebabkan oleh ia datang sekali setahun, maka peluang untuk mengutip semua kebaikan di dalam bulan Ramadhan tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.
Sayang sekali, ramai di kalangan penjual terlepas ibadah-ibadah sunnat yang utama kerana mereka terlalu menumpukan perhatian mereka kepada peluang untuk mendapat keuntungan di Bazar Ramadhan.  Peluang untuk mendapat pahala yang besar di dalam bulan Ramadhan seperti solat fardhu secara berjemaah khususnya pada waktu Asar dan Maghrib dibazirkan dan dilepaskan begitu sahaja.  Malah kadang-kadang amalan seperti membaca al-Quran dan berdzikir juga tidak dilakukan disebabkan oleh persiapan untuk berniaga yang dilakukan sejak dari pagi lagi.
Alangkah bagusnya jika para peniaga dapat mengambil cakna dalam hal ini.  Kita doakan agar mereka semua diberikan hidayah dan taufiq oleh ALLAH agar mempunyai sifat ingin berlumba-lumba untuk mengejar keuntungan di akhirat juga, bukan setakat keuntungan di dunia.

Jangan Membazir

Semoga dengan tulisan ini bisa menjadikan kita semua lebih berhati-hati tatkala berada di Bazar Ramadhan.  Janganlah kebaikan yang terdapat di Bazar Ramadhan itu memberikan keburukan buat diri kita, terutama dalam bab pembaziran.
ALLAH Subhanahu wa Ta`ala berfirman yang maksudnya:  “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”  (Surah Al-Isyra’, ayat ke 27)
Pembaziran adalah perbuatan Syaitan.  Dan orang-orang yang terlibat dengan pembaziran adalah tergolong di dalam kalangan saudara kepada Syaitan.  Moga kita semua dijauhi dari sifat yang buruk ini, amin.
Ambillah peluang Ramadhan yang hanya hadir sekali dalam setahun ini sebaik-baiknya.  Janganlah kita bazirkan wang, makanan, masa, tenaga, pahala dan peluang berada di bulan yang mulia ini dengan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.  Mudah-mudahan kita semua bertaqwa, amin. - Tulisan MUZIR


Sabtu, 27 Jun 2015

RAMADHAN DAY 10 :: BERSUNGGUH DALAM SOLAT KITA..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yg baik..


Bersungguh-sungguhlah memperbaiki solat & memantapkannya SETAKAT MANA kamu ingin mencapai bahagia. Solat adalah sumber bahagia sebenar dan bukannya jawatan dan harta. Seseorang yang benar ingin bahagia, pasti tinggi tumpuan terhadap solatnya.

Jumaat, 26 Jun 2015

RAMADHAN DAY 09 : MENYEMAK SEMULA SENARAI SEMAK HARIAN BULAN RAMADHAN KITA ^__^

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik..


Alhamdulillah dah 9 hari kita berpuasa.. apa kata kita semak semula senarai semak harian di bulan ramadhan kita..


Kita tandakan mana yg kita dah buat tu.. kalau ada yg lompong tak di buat tu .. kita usahakan bagi penuh sehingga akhir ramadan .. inshaAllah berjaya..


Dengan adanya senarai semak ni.. kita dapat mendisplin kan diri kita.. saya pun ada yg lompong tu.. contohnya target utk baca quran tu dan solat malam tu.. nak kena usaha lagi tu supaya terus istiqamah dengan jadual senarai semak saya ni..






Khamis, 25 Jun 2015

RAMADHAN DAY 08 :: SEDEKAH , INFAK DAN BERBUAT KEBAJIKAN.. Amalan mulia..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihtan yang baik hendaknya :)



Sedekah memiliki sejumlah keutamaan dan keistimewaan. Dalam surah at-Taubah ([9]: 103), sedekah bertujuan untuk menyucikan harta dan diri muzaki agar menjadi penenteram batin mereka. Dalam sejumlah hadis, Rasulullah SAW menyatakan, sedekah itu merupakan bukti keimanan seseorang dan mereka yang bersedekah akan memperoleh pahala yang besar di sisi Allah SWT (HR al-Baihaqi).

Di antara keutamaan sedekah, antara lain, pertama, orang bersedekah berhak mendapat rahmat Allah (QS al-A’raf [7]: 56). Sedekah akan menjadi naungan di akhirat saat tidak ada naungan, kecuali naungan Allah. “Sesungguhnya, sedekah itu memadamkan panasnya kubur dan hanyalah seorang Mukmin yang mendapatkan naungan pada hari kiamat nanti dengan sedekahnya.” (HR Thabrani dan Baihaqi).

Kedua, sedekah memadamkan murka Ilahi. “Sedekah rahasia (tersembunyi) itu memadamkan amarah Ilahi.” (HR Thabrani dan Ibnu Asakir). Ketiga, sedekah menolak mati dalam keadaan suul khatimah (akhir yang buruk). “Akhlak buruk adalah kejelekan, kuat ingatan adalah mengembangkan, dan sedekah menolak mati suul khatimah.” (HR al- Baihaqi).

Keempat, sedekah menjadi sebab disembuhkannya penyakit. “Obatilah orang-orang sakit dengan sedekah, bentengilah hartamu dengan zakat, dan sesungguhnya zakat itu menolak peristiwa mengerikan dan penyakit.” (HR Ad-Dailami dari Ibnu Umar).

Kelima, sedekah itu akan mendapatkan keberkahan dalam hidup dan tambahan rezeki, “Barang siapa menafkahkan hartanya maka akan diberi keberkahan darinya.” Dalam hadis lain disebutkan, “Tidaklah sedekah itu mengurangi harta dan tidaklah pemberian maaf itu kecuali ditambah kemuliaan oleh Allah dan tidaklah seseorang tawadhu karena Allah, kecuali Dia akan mengangkat derajatnya.” (HR Muslim).

Ramadhan adalah bulan termulia dan utama. Karena itu, bersedekah di bulan ini akan makin berlipat pahala dan keutamaannya. “Sedekah paling utama adalah sedekah di bulan Ramadhan.” (HR At-Turmudzi dari Anas).

Di antara keutamaan sedekah pada Ramadhan, antara lain, pertama, Allah SWT menebar rahmat dan ampunan-Nya untuk hamba-hamba-Nya. Barang siapa yang dermawan pada fakir miskin maka Allah akan membalasnya dengan kedermawanan-Nya.

Kedua, berkumpulnya puasa dan sedekah akan memperoleh balasan surga. “Sesungguhnya, di surga terdapat ruangan-ruangan yang di dalamnya bisa dilihat dari luar dan luarnya bisa dilihat dari dalam. Ditanyakan kepada beliau, untuk siapakah ruangan-ruangan itu? Rasulullah menjawab, ‘Ruangan itu diperuntukkan bagi orang yang bicaranya baik, memberi makanan, selalu berpuasa, dan shalat malam saat orang-orang tertidur.’” (HR Ibnu Khuzaimah).

Ketiga, puasa dan sedekah adalah ibadah yang paling hebat dalam menghapuskan dosa dan menjauhkan kita dari neraka. “Sedekah itu menghapuskan dosa seperti air memadamkan api.” (HR At-Tirmidzi). Sedangkan, puasa membersihkan dosa dan membakarnya. Keempat, sedekah menambah solidaritas sosial antara anggota masyarakat.

Demikian hebatnya keutamaan Ramadhan. Sudah seharusnya kita mempergunakan momentum mulia ini untuk meningkatkan kepedulian kita kepada fakir miskin dan orang-orang tertindas.

Rabu, 24 Jun 2015

WW :: RAMADHAN DAY 07 : SAYA MINTA MAAF DAN SAYA MAAF KAN .. ^___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik utk menjalani ibadah puasa ini..



Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).

Selasa, 23 Jun 2015

RAMADHAN DAY 06 : DERIA YG LAIN JUGA BERPUASA... kata Nabil..eehh tak boleh tengok..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik utk kita menjalankan ibadah puasa ini..

Picture credit to "Owh So Muslim (OSM)"
Agak sukar kita nak menjaga deria-deria yg ada untuk berpuasa juga kan kekawan.. dah disekeliling kita bukan rata-rata beragama Islam, hendaknya deria mata bagi kaum lelaki.. aduh.. bila macam ni teringat pulak saya kisah Nabil semalam, kakak Najeeha, membelek surat khabar lama, saya pun menegurnya " Jeeha cari apa tu?" "Ni cikgu suruh cari singkatan bagi nama khas dan gelaran mama" menjawab soalan saya, "Contohnya macamni" sambungnya sambil menunjuk buku kerja nya.. terteralah UPSR maksudnya "Ujian Penilaian Sekolah Rendah"... "Ooohh nak cari macam tu" kata saya. 

Kebetulan Nabil ada disebelah kakaknya tu.. "okey mari kita cari sama-sama " kata Nabil sambil mula menyelak helaian akhbar lama tu, "Cikgu nak contoh berapa banyak Jeeha?" tanya saya. "Cikgu nak lima contoh dan lekat dalam buku " jawab Jeeha... "haaah kak Jeeha ni boleh ke?" tanya Nabil, Kami pun sama menengok.. MBSA(Majlis Bandaraya Shah Alam).. "haaa betul lah tu, bak sini kak Jeeha nak gunting " ujur Najeeha dengan gembira. Dalam hati saya berkata, faham juga Nabil ni dengan apa yg dikehendaki... Gembira hatinya dapat menolong kakaknya..

Tiba-tiba Nabil menjerit " aaahhh aduhai.. sesungguhnya saya berpuasa".. ehh kenapa pulak dia cakap macam tu.. kami pun pandang apa yg dilihat Nabil.. rupanya dia terselak ruang hiburan luar negara yg mempaparkan artis wanita barat itu memakai pakaian menjolok mata, saya tengok pun.. *__*

Saya soal dia balik" kenapa berkata macam tu" saja nak tahu apa jawapannya... "Ustaz kata, kita bukan puasa utk menahan lapar dan dahaga, kita juga kena menjaga deria lain untuk berpuasa, nanti boleh mengurang pahala berpuasa kita, kalau mata ni kita kena tengok yg baik-baik sahaja, jangan yg tak baik kata ustaz" jawabnya.. "Betullah kata ustaz tu.. sebab tu mama suruh tadarus atau buat hafazan, jangan tengok cerita tv yg melalaikan.." celah saya..

Saya dirumah TV dibuka pada pukul 7.00pm nak dekat waktu berbuka tu.. dari mereka selesai membersihkan diri, kami duduk bertadarus dari pukul 6 - 7pm.. Alhamdulillah dah sampai juz 4 untuk lima hari berpuasa.. semoga dapat lah kami khatam sebelum habis ramadan ni.. Kekadang nabil ni liat jugak.. asyik nak tengok TV ajer...

Jom baca artikel dari IKIM ni kekawan.. 


ALLAH SWT mencipta manusia dengan sempurna. Allah menyempurnakan kejadian manusia itu lengkap dengan deria iaitu mata, telinga, hidung, lidah, tangan dan anggota lain sebagai rahmat untuk hambaNya.
Allah yang Maha Pengasih menciptakan anggota badan untuk kemudahan dan kesenangan kita melaksanakan segala urusan di dunia ini. Kita diberikan mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, lidah untuk berbicara, tangan untuk memegang, kaki untuk melangkah dan banyak lagi.
Mereka yang dikurniakan kesempurnaan tubuh badan dan anugerah-anugerah deria ini sering terlupa untuk menghargainya sehinggalah adakalanya nikmat itu ditarik dari mereka, barulah dapat kita menilai betapa besarnya nikmat deria yang diberikan oleh Allah SWT. Merenungi kehebatan segala deria yang dikurniakan kepada kita iaitu mata, telinga, lidah, dan hidung akan membuatkan kita menjadi hamba yang bersyukur.
Dalam surah Fussilat (41: 20) Allah SWT berfirman; “sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran, penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan.”
Dalam ayat di atas, Allah SWT menegaskan bagaimana anggota badan manusia sendiri seperti lidah, tangan, kaki, mata, telinga dan kulit akan menjadi saksi di atas perbuatan tuannya sewaktu hidup di dunia.
Menghadapi bulan Ramadan dimana umat Islam menjalani ibadah puasa, kita perlu sentiasa peka bahawasanya puasa tidak hanya menahan diri dari makan, minum dan hubungan suami-isteri tetapi ibadah puasa sewajarnya menjadikan kita berhati-hati dalam menggunakan deria yang dikurniakan Allah kepada hambaNya.
Dari Abu Hurairah RA, katanya, Rasululluh SAW telah bersabda:
” Allah azzawajjalla berfirman :”Setiap amal anak adam adalah untuknya kecuali puasa, puasa itu adalah untukKu dan aku akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu puasa, janganlah kamu rosak puasamu dengan mencela, dan menghina orang. Apabila kamu dihina atau dipukul orang. Katakanlah “aku puasa “. Demi Allah yang jiwa Muhammad di tangannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum disisi Allah pada hari kiamat kelak daripada bau kasturi. Dan bagi orang berpuasa ada dua kegembiraan. Apabila dia berbuka dia gembira dengan bukaannya dan apabila dia menemui tuhannya (meninggal) dia gembira dengan puasanya ” (Sahih Muslim)
Bagi membawakan perkongsian ilmu minggu ini , Ustaz Muhamad Abdullah Al Amin membuka bicara rancangan Pesona D’ Zahra dengan mengajak para pendengar IKIMfm untuk melihat satu persatu deria-deria tersebut dan seterusnya memahami akan cara yang betul memeliharanya dari mengurangkan atau membatalkan ganjaran ibadah puasa.
Deria Mata. Pada bila-bila masa, dan terutamanya pada bulan ramadhan ini, umat Islam disuruh untuk menjaga pandangan mata. Kita dilarang memandang benda haram atau benda-benda makruh atau najis. Sebaliknya kita disuruh untuk  memandang benda-benda yang luas contohnya: langit, bintang-bintang, lautan, alam yang kehijauan, dan juga selain itu melihat wajah ibu dan memandang wajah pasangan dengan pandangan kasih sayang maka Allah akan pula memandang mereka berdua dengan pandangan rahmat.
Turut menjadi penyejuk mata adalah dengan memandang perkara yang membawa ingatan kepada kekuasaan Allah SWT seperti Kaabah dan Al Quraan,
Deria Telinga. Selain menjaga pandangan, umat Islam juga diarah untuk sentiasa menjaga pendengaran. Kita disuruh untuk mendengar benda-benda yang baik contohnya ilmu yang disampaikan dalam majlis-majlis ilmu atau tazkirah, ini amat bermanfaat dan diberi ganjaran yang besar iaitu sebanyak 70 ribu malaikat mendoakan keampunan untuk mereka yang mendatangi majlis ilmu. Juga mendengar bacaan-bacaan Al Quraan adalah antara perkara yang terbaik untuk selalu kita dengari kerana ia akan menyuburkan jiwa menjadi pemilik jiwa  yang tenang.
Kemudian beliau menjelaskan berlawanan dengan perkara yang baik didengari, perkara yang perlu dielakkan dan dilarang mendengarnya ialah kisah-kisah yang tidak berfaedah, perkataan yang melibatkan umpatan, perkara yang mengaibkan orang lain, fitnah serta benda yang melalaikan kerana ia boleh mengeraskan hati
Deria Hidung. Adalah tidak kurang pentingnya penjagaan yang baik bagi deria ini. Umat Islam disaran untuk menghiaskan diri, rumah, masjid dengan wangi-wangian. Ketika menjalani ibadah berpuasa, Ustaz Muhamad mengingatkan kita adalah Makruh hukumnya untuk memberus membasuh mulut selepas Zohor kerana tidak selesa dengan bau mulut, sedangkan bagi Allah ia adalah wangi di sisi-NYA kerana keikhlasan berpuasa kita.
Deria Rasa (Mulut)
Ada dua perkara yang perlu dipelihara ketika berpuasa mahupun ketika hari-hari biasa seorang Muslim dalam penjagaan deria rasa dan mulut ini. Pertama adalah menahan diri dari kebiasaannya untuk menjamah makanan pada siang hari. Dengan terhentinya makan melalui ibadah berpuasa ini, ia memberikan kegembiraan menikmati makanan ketika berbuka puasa. Inilah yang dikatakan tentang dua kegembiraan atau dua kenikmatan sepertimana hadis diatas  iaitu kegembiraan ketika waktu berbuka puasa dan ketika bertemu dengan Allah membawa amalannya nanti.
Turut diingatkan adalah deria merasa sentuhan iaitu apa yang boleh dipegang oleh seseorang. Pastikan kita tidak mengambil atau membuat sesuatu yang dimurkai oleh Allah baik yang jelas haram hukumnya mahupun makruh dan syubhah bagi mendidik diri sentiasa bersikap jujur pada setiap masa.
Memahami salah satu matlamat difardukan puasa Ramadan adalah untuk menjana akhlak yang terpuji dan seterusnya mencapai kemuncak darjat ketakwaan yang sebenar kepada Allah Taala.
Dalam satu hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan semata-mata kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan pahala daripada-Nya, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.”
Dan didalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati”. (Bukhari dan Muslim)
Pentingnya menjaga deria-deria diatas adalah kerana ianya membawa kita kepada matlamat puasa iaitu ketakwaan yang sebenar-benarnya. Melalui ketakwaan kita akan sentiasa mempunyai rasa diperhatikan Allah dalam setiap perbuatan. Maka dengan terpeliharanya anggota badan, yang menjadikan seseorang hamba itu seorang yang tenang hatinya, rasional fikirannya serta berhikmah dalam perlakuannya. Ini adalah pati bagi kejayaan untuk berjaya di dunia dan akhirat.
Semua ini adalah nikmat Allah yang perlu dipelihara dan dijaga daripada terlibat dengan kemungkaran dan maksiat kepada Allah s.w.t. Seandainya anggota ini disalahgunakan untuk melakukan maksiat kepada Allah s.w.t., kita sebenarnya telah gagal untuk bersyukur.

Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 19 Jun 2015

Isnin, 22 Jun 2015

RAMADHAN DAY 05 : Teringat dulu-dulu memanjang sedekah kuih dibulan Ramadan..

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yang baik hendaknya, semoga dapat berpuasa dengan sempurna..



Kekawan dah tukar kuih2 ke dengan jiran tetangga.. saya belum berkesempatan lagi, hari sabtu konon nak mulakan tradisi ni, tapi tak berkesempatan, tengok mak tak sihat lagi, kena bawa hospital, dan semalaman saya menjaga mak di hospital.. tak apa lah mungkin ada hikmahnya..

Okey kita cerita pulak kisah teringat dulu-dulu memanjang kan sedekah kuih ni, saya ingat masa kecik dulu, mak rajin suruh hantar iftar yg masak ke rumah jiran, yakni kawan baik mak lah tu dan juga anak2 mereka kawan baik kami, dah sama sekolahkan. Kalau mak masak pengat pisang misalnya , selalu satu periuk , pastu suruh saya adik beradik hantar rumah jiran.

Bila saya hantar rumah mak cik Edah, pastu mak Edah tukar pinggan kosong tu dengan onde-onde, sukanya saya sebab kuih kegemaran saya, pastu kak lang balik, bawa lepat pisang m.cik Enchum kasi, pastu kak angah lak balik, mak cik Ani kasi bubur pulut hitam, bila kakak andak balik, mak cik Kiah pula kasi kuih koci dan bila kak teh balik, mak cik Upek bagi kuih kaswi.

Jadinya bila menghidangkan iftar hari itu, meriah lah meja kami dengan berbagi jenis kuih muih.. oohhh indahnya moment itu..

Kekawan ada tak kenangan masa kecik dulu-dulu dengan  iftar tukar-tukar kuih muih ni :)


Dahsyatnya Sedekah di Bulan Ramadhan
Salah satu sebab Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberi teladan untuk lebih bersemangat dalam bersedekah di bulan Ramadhan adalah karena bersedekah di bulan ini lebih dahsyat dibanding sedekah di bulan lainnya. Diantara keutamaan sedekah di bulan Ramadhan adalah:
1. Puasa digabungkan dengan sedekah dan shalat malam sama dengan jaminan surga.
Puasa di bulan Ramadhan adalah ibadah yang agung, bahkan pahala puasa tidak terbatas kelipatannya. Sebagaimana dikabarkan dalam sebuah hadits qudsi:
كل عمل ابن آدم له الحسنة بعشر أمثالها إلى سبعمائة ضعف قال عز و جل : إلا الصيام فإنه لي و أنا الذي أجزي به
“Setiap amal manusia akan diganjar kebaikan semisalnya sampai 700 kali lipat. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.'” (HR. Muslim no.1151)
Dan sedekah, telah kita ketahui keutamaannya. Kemudian shalat malam, juga merupakan ibadah yang agung, jika didirikan di bulan Ramadhan dapat menjadi penghapus dosa-dosa yang telah lalu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
من قام رمضان إيماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه
“Orang yang shalat malam karena iman dan mengharap pahala, akan diampuni dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari no.37, 2009, Muslim, no. 759)
Ketiga amalan yang agung ini terkumpul di bulan Ramadhan dan jika semuanya dikerjakan balasannya adalah jaminan surga. Sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
إن في الجنة غرفا يرى ظاهرها من باطنها وباطنها من ظاهرها أعدها الله لمن ألان الكلام وأطعم الطعام وتابع الصيام وصلى بالليل والناس نيام
“Sesungguhnya di surga terdapat ruangan-ruangan yang bagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bagian dalamnya dapat dilihat dari luar. Allah menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah makanan, berpuasa, dan shalat dikala kebanyakan manusia tidur.” (HR. At Tirmidzi no.1984, Ibnu Hibban di Al Majruhin 1/317, dihasankan Ibnu Hajar Al Asqalani di Hidayatur Ruwah, 2/47, dihasankan Al Albani di Shahih At Targhib, 946)
2. Mendapatkan tambahan pahala puasa dari orang lain.
Kita telah mengetahui betapa besarnya pahala puasa Ramadhan. Bayangkan jika kita bisa menambah pahala puasa kita dengan pahala puasa orang lain, maka pahala yang kita raih lebih berlipat lagi. Subhanallah! Dan ini bisa terjadi dengan sedekah, yaitu dengan memberikan hidangan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
من فطر صائما كان له مثل أجره ، غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا
“Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.” (HR. At Tirmidzi no 807, ia berkata: “Hasan shahih”)
Padahal hidangan berbuka puasa sudah cukup dengan tiga butir kurma atau bahkan hanya segelas air, sesuatu yang mudah dan murah untuk diberikan kepada orang lain.
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن حسا حسوات من ماء
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berbuka puasa dengan beberapa ruthab (kurma basah), jika tidak ada maka dengan beberapa tamr (kurma kering), jika tidak ada maka dengan beberapa teguk air.” (HR. At Tirmidzi, Ahmad, Abu Daud, dishahihkan Al Albani di Shahih At Tirmidzi, 696)
Betapa Allah Ta’ala sangat pemurah kepada hamba-Nya dengan membuka kesempatan menuai pahala begitu lebarnya di bulan yang penuh berkah ini.
3. Bersedekah di bulan Ramadhan lebih dimudahkan.
Salah satu keutamaan bersedekah di bulan Ramadhan adalah bahwa di bulan mulia ini, setiap orang lebih dimudahkan untuk berbuat amalan kebaikan, termasuk sedekah. Tidak dapat dipungkiri bahwa pada dasarnya manusia mudah terpedaya godaan setan yang senantiasa mengajak manusia meninggalkan kebaikan, setan berkata:
فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ
“Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus.” (Qs. Al A’raf: 16)
Sehingga manusia enggan dan berat untuk beramal. Namun di bulan Ramadhan ini Allah mudahkan hamba-Nya untuk berbuat kebaikan, sebagaimana dikabarkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة ، وغلقت أبواب النار ، وصفدت الشياطين
“Jika datang bulan Ramadhan, pintu surga dibuka, pintu neraka ditutup dan setan-setan dibelenggu.” (HR. Bukhari no.3277, Muslim no. 1079)
Dan pada realitanya kita melihat sendiri betapa suasana Ramadhan begitu berbedanya dengan bulan lain. Orang-orang bersemangat melakukan amalan kebaikan yang biasanya tidak ia lakukan di bulan-bulan lainnya. Subhanallah.
Adapun mengenai apa yang diyakini oleh sebagian orang, bahwa setiap amalan sunnah kebaikan di bulan Ramadhan diganjar pahala sebagaimana amalan wajib, dan amalan wajib diganjar dengan 70 kali lipat pahala ibadah wajib diluar bulan Ramadhan, keyakinan ini tidaklah benar. Karena yang mendasari keyakinan ini adalah hadits yang lemah, yaitu hadits:
يا أيها الناس قد أظلكم شهر عظيم ، شهر فيه ليلة خير من ألف شهر ، جعل الله صيامه فريضة ، و قيام ليله تطوعا ، و من تقرب فيه بخصلة من الخير كان كمن أدى فريضة فيما سواه ، و من أدى فريضة كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه ، و هو شهر الصبر و الصبر ثوابه الجنة ، و شهر المواساة ، و شهر يزاد فيه رزق المؤمن ، و من فطر فيه صائما كان مغفرة لذنوبه ، و عتق رقبته من النار ، و كان له مثل أجره من غير أن ينتقص من أجره شيء قالوا : يا رسول الله ليس كلنا يجد ما يفطر الصائم ، قال : يعطي الله هذا الثواب من فطر صائما على مذقة لبن ، أو تمرة ، أو شربة من ماء ، و من أشبع صائما سقاه الله من الحوض شربة لايظمأ حتى يدخل الجنة ، و هو شهر أوله رحمة و وسطه مغفرة و آخره عتق من النار ،
“Wahai manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung dan penuh berkah. Di dalamnya terdapat satu malam yang nilai (ibadah) di dalamnya lebih baik dari 1000 bulan. Allah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai sebuah kewajiban, dan menghidupkan malamnya sebagai perbuatan sunnah (tathawwu’). Barangsiapa (pada bulan itu) mendekatkan diri (kepada Allah) dengan satu kebaikan, ia seolah-olah mengerjakan satu ibadah wajib pada bulan yang lain. Barangsiapa yang mengerjakan satu perbuatan wajib, ia seolah-olah mengerjakan 70 kebaikan di bulan yang lain. Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan kesabaran itu balasannya surga. Ia (juga) bulan tolong-menolong, di mana di dalamnya rezki seorang Mukmin bertambah (ditambah). Barangsiapa (pada bulan itu) memberikan buka  kepada seorang yang berpuasa, maka itu menjadi maghfirah (pengampunan) atas dosa-dosanya, penyelamatnya dari api neraka dan ia memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa (itu) sedikitpun.” Kemudian para Sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, tidak semua dari kita memiliki makanan untuk diberikan sebagai buka orang yang berpuasa.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, “Allah memberikan pahala tersebut kepada orang yang memberikan buka dari sebutir kurma, atau satu teguk air atau susu. Ramadhan adalah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya maghfirah (ampunan) dan akhirnya pembebasan dari api neraka.”
Hadits ini diriwayatkan oleh Al Baihaqi, Al Hakim, Ibnu Khuzaimah (no. 1887) dan Al Ash-habani dalam At Targhib (178). Hadits ini didhaifkan oleh para pakar hadits seperti Al Mundziri dalam Targhib Wat Tarhib (2/115), juga oleh Dhiya Al Maqdisi di Sunan Al Hakim (3/400), bahkan dikatakan oleh Al Albani hadits ini Munkar, dalam Silsilah Adh Dhaifah (871).
Ringkasnya, walaupun tidak terdapat kelipatan pahala 70 kali lipat pahala ibadah wajib di luar bulan Ramadhan, pada asalnya setiap amal kebaikan, baik di luar maupun di bulan Ramadhan akan dilipatgandakan oleh Allah 10 sampai 700 kali lipat. Berdasarkan hadits:
‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة
“Sesungguhnya Allah mencatat setiap amal kebaikan dan amal keburukan.” Kemudian Rasulullah menjelaskan: “Orang yang meniatkan sebuah kebaikan, namun tidak mengamalkannya, Allah mencatat baginya satu pahala kebaikan sempurna.  Orang yang meniatkan sebuah kebaikan, lalu mengamalkannya, Allah mencatat pahala baginya 10 sampai 700 kali lipat banyaknya.” (HR. Muslim no.1955)
Oleh karena itu, orang yang bersedekah di bulan Ramadhan akan dilipatgandakan pahalanya 10 sampai 700 kali lipat karena sedekah adalah amal kebaikan, kemudian berdasarkan Al A’raf ayat 16 khusus amalan sedekah dilipatkan-gandakan lagi sesuai kehendak Allah. Kemudian ditambah lagi mendapatkan berbagai keutamaan sedekah. Lalu jika ia mengiringi amalan sedekahnya dengan puasa dengan shalat malam, maka diberi baginya jaminan surga. Kemudian jika ia tidak terlupa untuk bersedekah memberi hidangan berbuka puasa bagi bagi orang yang berpuasa, maka pahala yang sudah dilipatgandakan tadi ditambah lagi dengan pahala orang yang diberi sedekah. Jika orang yang diberi hidangan berbuka puasa lebih dari satu maka pahala yang didapat lebih berlipat lagi.


Ahad, 21 Jun 2015

RAMADHAN DAY 4 :: DIDIK ANAK-ANAK SOLAT TARAWIKH ~ Tips bawa anak kecil ke Masjid..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik..
Bila cuti ni sesuai sangat ut bawa anak2 solat tarawikh , didik mereka dgn akhlak yg baik, supaya tidak mengganggu jemaah lain..




Antara tips2 bagi ibu beranak kecil yang nak bawa anak ke masjid:
1. Pilih masjid yang children-friendly, iaitu masjid yang luas, yang sejuk, yang ada budak2 lain di situ. Biasanya masjid besar-besar seperti Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Masjid Negara, Masjid Wilayah adalah contohh masjid yang children-friendly. Bukan apa, kalau masjid yang kecik-kecik, biasanya crowded, budak2 pun tak selesa. Dari nak intro anak kepada masjid, jadi stress pulak.
2. Fokus kepada memperkenalkan masjid kepada anak, rather than penuhkan solat tarawih. Kebanyakan ibu yang dilanda dilema ialah kerana risaukan bagaimana nak solat dengan budak kecil yang sedang lasak. Kena ingat tarawih tu sunat, tapi kewajipan kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak mencintai masjid. Setahun sekali je, hari2 lain memang jangan harap le nak bawa kan? Kita pun time bulan puasa je ghairah nak buat ibadat sunat .
3. Solat beganti-ganti sekiranya ada pembantu. Dulu saya ada maid, so berganti-ganti solat dengan dia (sebelum beliau balik Indon). Jangan tamak dan selfish, pembantu kita pun nak solat sunat juga. Jadi, berilah peluang yang sama rata. Jika takde pembantu, boleh ganti-ganti dengan husband, atau berganti2 dengan ibu lain yang jemaah bersama.
4. Bawa kelengkapan anak2 seperti botol air (kalau anak dah lebih 6 bulan), bantal kecil, lapik tidur, lampin, mainan dan sebagainya. Kalau anak dah besar sikit bawalah buku ke apa-apa ke, supaya anak tak bosan, dan kalau dia nak tidur, dia boleh tidur. Di sini pentingnya perkara #1.
5. Ibu bawa sebotol air dan minum segelas  supaya tak terasa nak terkencing-kencing pulak. Maklumlah dengan anak kecil ni susah juga kalau asyik nak ke toilet.


6. Niatkan seikhlas hati untuk memulakan langkah mengenalkan anak dengan masjid, dan menggalakkan mereka mencintai masjid. Hapuskan pemikiran lapuk tentang masjid yang hanya tempat solat, tempat orang2 tua je.. sebab masjid sangat luas fungsinya. Walaupun masjid besar2 banyak menempatkan pejabat, sekolah, taska, pusat aktiviti dalam kompleksnya, tapi masjid kecil2 masih sunyi sepi bila tak ada orang nak pegi. Maklumlah anak2 muda lagi suka lepak di supermarket dan berdating daripada ke masjid.

Sabtu, 20 Jun 2015

Ramadhan Day 3 :: Sentiasa BERDOA dan BANYAKAN Doa..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yg sihat utk menjalankan ibadah puasa..


APAKAH DOA YANG PALING UTAMA DI BULAN RAMADAN 

Oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan  Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt;

Surah Al-Baqarah:183

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)

Khususnya dalam kontek kita berpuasa disebutkan sebagai “La‘al lakum tattaqun” maksudnya dengan berpuasa kamu akan memperolehi darjat ketaqwaan kepada Allah swt. Menjadi suatu yang agak lumrah kepada insan, biasa disebut, di hafal dan diingati kalimah ini “La‘al lakum tattaqun”, tetapi pernahkah, sampaikah kita ke tahap “tattaqun” itu bila sampai Ramadan dan berakhir Ramadan?

Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”, iaitu maksudnya “Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya”.


Tidak ada insan yang tidak berdosa melainkan nabi yang maksom. Kita lihat dizaman ini banyak perkara yang terpaksa kita telan dan kita tempuh. Akibatnya kita terpaksa menerima kemurkaan-kemurkaan Allah swt. kepada hamba-hambanya. Kita lihat dari bala bencana, musibah demi musibah, kita lihat dari berbagai-bagai kejadian yang tidak menyenangkan menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah. Allah tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa manusia. Kerana itu datang ramadan, memanglah boleh menghairankan orang yang sempat hidup sampai Ramadan, apabila habis Ramadan dosa dia tidak terampun.

Sebab itu Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah

Doa Paling Afdal Dibulan Ramadan
“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).

Sebenarnya Nabi dah tahu yang Aisyah itu akan masuk syurga ertinya dosanya telah diampunkan oleh Allah tetapi kenapa Nabi masih menyuruh Aisyah untuk memohon kepada Allah agar diampunkan dosa?. Sedangkan Aisyah memang layak untuk tidak dimasukkan ke dalam neraka, hanya layak ke syurga. Soal dosa dan pahala dia dah tak kisah sangat tapi nabi masih menyuruhnya berdoa supaya Allah ampunkan dosa.
Saya nak kaitkan dengan satu kisah iaitu bila Allah bagi tahu kepada nabi Muhammad s.a.w.  iaitu ada insan yang akan lahir dikalangan Tabiin (“Tabiin” maknanya satu kumpulan insan yang tidak sempat berjumpa dengan nabi tetapi hanya sempat berjumpa dengan sahabat nabi sahaja. Kalau orang yang sempat berjumpa dengan nabi, itu dipanggil “Sahabat”. Kalau orang yang lahir kedunia ini setelah nabi wafat tetapi sempat berjumpa dengan Sahabat ia dipanggil Tabiin).

Nabi berpesan kepada Umar dan Ali, “Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir dizaman kamu”.

Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orang yang telah disenaraikan sebagai “al-Mubasyirun bil Jannah” iaitu mereka dah dijamin masuk syurga.

Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, “Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dbesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”

Sama juga macam kisah Siti Aisyah tadi, Umar dan Ali bertanya kepada nabi soalan yang sama iaitu “Apakah yang patut saya mintak daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab “Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian”.

Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan nabi, mintak sesuatu yang baik kepada mereka, nabi menjawab “Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt.” Jadi topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau logiknya ahli syurga macam dah tak perlu kepada ampun dosa kerana mereka dah dijamin masuk syurga, tetapi tidak, nabi masih tekankan supaya mintak Allah ampunkan dosa.

Siti Aisyah telah bertemu dengan malam Qadar, dia telah berdoa sepanjang malam sampai ke subuh dengan doa yang nabi ajarkan iaitu “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).

Memang benarlah firasat seorang nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Memang mereka tunggu dan cari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni.

Dengan pandangan mata luar, tidak mungkin dia orang yang nabi maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang akal tidak sempurna (wire short), sesuatu yang macam tidak betul pada pandangan orang. Tetapi dia ada sesuatu…..

Jumaat, 19 Jun 2015

RAMADAN DAY 02 : JOM TADARUS .. JADIKAN AL QURAN SAHABAT BAIK KITA

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik untuk menjalani ibadah puasa..

Picture credit to "Owh So Muslim (OSM)"

Semalam balik dari kerja pukul 4.30pm tu, keluar jer kejalan besar terus jem melekat.. terensut-ensut jalan macam semut, ye lah semua orang nak balik berbuka dirumahkan.. selalunya smpi sekolah budak berdua ni dalam 15minit jer tapi semalam hampir 45minit baru sampai.. kemudian terus pergi ke Restoran Soto seksyen 8 tu, beli makanan utk berbuka puasa.. 
Seperti yg saya katakan di entri  INI, tahun ni saya akan buat perubahan.. Pertama :: yang mana saya tidak masak dirumah pada weekdays dan hanya masak pada hari cuti jer.. Mission kami anak beranak adalah utk khatam Al Quran dengan tafsirnya.. yang kedua kami akan pergi berbuka puasa di masjid dan terus tarawikh di masjid.
 Oleh kerana saya uzur pulak, jadi ambil mission yg pertama.. beli makanan dan masak nasi dirumah. Semalam sampai rumah dah dekat pukul 6pm.. Terus masak nasi dan anak-anak mandi, konon nak ajak mereka duduk bertadarus bersama, cuma kak Nabilah dan Jeeha jer yg larat.. Nabil dah terbaring, tak pa lah utk permulaan.. kami target nak baca 10 muka surat sehingga berbuka.. Alhamdulillah kakak berdua berjaya.. saya cuma dengar je lah.. tetap duduk bersama..
Semalam Nabil request nak nasi arab, oleh kerana kat restoran tu tak ada jual, saya kata boleh tak nasi berayani.. dia kata okey.. memang habislah dimakannya, oleh kerana kekenyang, dia tak ikut abah pergi solat tarawikh, selepas dia solat isyak terus dia tidur.. alahai penat sangat lah tu..
Masa saya jemput disekolah tu, nabil dah excited nak berbuka di masjid, tapi terpaksa tukar plan sebab mama tak boleh masuk masjid, jadi kena tunggu minggu depan lah nampaknya..


Kekawan buka apa semalam.. tentu kekawan juga ada mission utk ramadan tahun ini kan :)



Khamis, 18 Jun 2015

RAMADHAN DAY 01 :: SET A MISSION