Ahad, 21 Jun 2015

RAMADHAN DAY 4 :: DIDIK ANAK-ANAK SOLAT TARAWIKH ~ Tips bawa anak kecil ke Masjid..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik..
Bila cuti ni sesuai sangat ut bawa anak2 solat tarawikh , didik mereka dgn akhlak yg baik, supaya tidak mengganggu jemaah lain..




Antara tips2 bagi ibu beranak kecil yang nak bawa anak ke masjid:
1. Pilih masjid yang children-friendly, iaitu masjid yang luas, yang sejuk, yang ada budak2 lain di situ. Biasanya masjid besar-besar seperti Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Masjid Negara, Masjid Wilayah adalah contohh masjid yang children-friendly. Bukan apa, kalau masjid yang kecik-kecik, biasanya crowded, budak2 pun tak selesa. Dari nak intro anak kepada masjid, jadi stress pulak.
2. Fokus kepada memperkenalkan masjid kepada anak, rather than penuhkan solat tarawih. Kebanyakan ibu yang dilanda dilema ialah kerana risaukan bagaimana nak solat dengan budak kecil yang sedang lasak. Kena ingat tarawih tu sunat, tapi kewajipan kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak mencintai masjid. Setahun sekali je, hari2 lain memang jangan harap le nak bawa kan? Kita pun time bulan puasa je ghairah nak buat ibadat sunat .
3. Solat beganti-ganti sekiranya ada pembantu. Dulu saya ada maid, so berganti-ganti solat dengan dia (sebelum beliau balik Indon). Jangan tamak dan selfish, pembantu kita pun nak solat sunat juga. Jadi, berilah peluang yang sama rata. Jika takde pembantu, boleh ganti-ganti dengan husband, atau berganti2 dengan ibu lain yang jemaah bersama.
4. Bawa kelengkapan anak2 seperti botol air (kalau anak dah lebih 6 bulan), bantal kecil, lapik tidur, lampin, mainan dan sebagainya. Kalau anak dah besar sikit bawalah buku ke apa-apa ke, supaya anak tak bosan, dan kalau dia nak tidur, dia boleh tidur. Di sini pentingnya perkara #1.
5. Ibu bawa sebotol air dan minum segelas  supaya tak terasa nak terkencing-kencing pulak. Maklumlah dengan anak kecil ni susah juga kalau asyik nak ke toilet.


6. Niatkan seikhlas hati untuk memulakan langkah mengenalkan anak dengan masjid, dan menggalakkan mereka mencintai masjid. Hapuskan pemikiran lapuk tentang masjid yang hanya tempat solat, tempat orang2 tua je.. sebab masjid sangat luas fungsinya. Walaupun masjid besar2 banyak menempatkan pejabat, sekolah, taska, pusat aktiviti dalam kompleksnya, tapi masjid kecil2 masih sunyi sepi bila tak ada orang nak pegi. Maklumlah anak2 muda lagi suka lepak di supermarket dan berdating daripada ke masjid.

3 ulasan:

  1. nice tips..seronoknya tgok anak orang behave je bila dibawa ke masjid untuk solat taraweh..ank sy solat kt rumah pun kadang2 dok kaco kite.

    BalasPadam
  2. Dah try bawa tapi masjid kat kampung je. Kita nak solat pun tak focus.... huhuhu

    BalasPadam
  3. Terima kasih dengan perkongsian ini, CH. Saya sampai sekarang belum membiasakan diri dengan anak di masjid. Kalau solat di masjid tu biasanya memang Adik Cute kena ikut saya. Kalau tidak, tak tenang hati saya nak solat. Tapi itulah, mengekor aje mana kita pergi. Kena suruh duduk sebelah betul-betul tepi sisi supaya dia tak takut masa kita solat.

    Yang gelak si Abanglah. Tahun ni hari pertama pergi solat tarawikh, balik terus demam dan alergi. Tak tahan berdiri lama, surah panjang katanya.... 8 rakaat aje pun sebenarnya!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)