JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 16 Jun 2015

ANAK hendak KARI, yg ABAH pulak Nak ASAM PEDAS... ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya :)


Agak sibuk saya sekarang ni, baru sekarang dapat bersiaran, belum sempat nak BW kekawan lagi, lepas ni saya terjah ye.. ni kisah semalam petang, nak masak lah utk dinner, hari tu saya ada beli kepala ikan merah, bertanyalah pada mereka dalam rumah ni nak masak ikan merah ni.. en suami kata masak asam pedas lah.. anak2 dua orang tu pulak menjerit nak kari, en suami kata tak makan santan2 ni lah.. dah muak.. ok2 nak puas hati semua orang ni, saya bagi sebelah seorang kepala ikan merah ni, sebelah masak asam pedas utk en suami.. 
nak resepi disini

Dan sebelah lagi saya masak kari utk budak 2 orang yg menjerit tu.. mama lah yg kena rajin kan.. masak utk dua jenis lauk dari ikan sama.. tapi bila tengok mereka makan dengan berselera sekali, hilang penat memasak tu kan kekawan.. nak resepi disini

Lepas tu saya goreng sepeket kecil keropok ikan, lagi lah kena regu kari ikan tu kan kekawan.. tak perasan dengan saya sekali bertambah makan.. 
Esok last kita nak makan siang ye kekawan.. lepas ni berkejar lah pulak utk masak berbuka puasa.. tapi rasanya nak tukar cara lah pulak.. itu pun kalau en suami setuju.. tunggu jawapan dari en suami.. nanti saya cerita ye :)

15 ulasan:

  1. Tak buat nanti kita terkilan rasa kan Yati. Dah buat dua-dua pihak suka kita pun lega..
    Kalau kakak bulan ramadhan memang banyak membeli Yati. Kakak cuma masak nasi aje dan buat air panas aje.. lain semua beli. Balik kerja awal lepas solat asar terus kakak duduk tadarus..

    BalasPadam
  2. memang kalau tekak dan selera berbeza-beza ni kita kena cuba dengan sebijak mungkin untuk memenuhi selera kesemuanya agar tiada yang sentap kann kak??? wahhh, tukar cara tu macam mana tu kak?

    BalasPadam
  3. Dua-dua sayangkan, CH. Makanya kenalah rajin. Kalau saya ni saya suruh ohsomlah. Siapa memang saya masak, siapa kalah saya pi beli jerk :) Kalau nak bagi dua-dua kalah, tak payah masak. Kita masak apa kita suka. Oh, melampaunya :)

    Dua-dua sedap kalau dengan ikan merah ni. Tapi kepala ikan ni saya memang surrender. Saya lebih suka bahagian ekor tak pun bahagian isi. Mewah kalau makan, boleh bertambah-tambah nasi :)

    BalasPadam
  4. Masak dua-dua. Bagi kedua-dua 'pihak' bergembira. Sedap kari akak.

    BalasPadam
  5. Untunglh semuanyakn....kita nk mkn sapa plk yg nk msk....hihi

    BalasPadam
  6. Untunglah mereka semua dapat mama yg rajin hihii

    BalasPadam
  7. wah..ini barulah isteri dan ibu penyanyang...sanggup sediakan masakan kesukaan suami dan anak...janji mereka suka...

    BalasPadam
  8. tahun ni nak tukar cara? nak pergi berbuka puasa di masjid ke kak Yati..in sha Allah tahun ni nak berbuka di masjid je

    BalasPadam
  9. Memang rajin yatie..boleh masak dua2.demi keluarga tercinta kan yatie

    BalasPadam
  10. Syabas Yati, contoh isteri misali, anak-anak dan suami diutamakan. Esok hari terakhir kita makan tengahari...

    BalasPadam
  11. hihi..baik nya lah kak... masak untuk dua2 utk anak & suami..terbaeeekk kak...
    kompom sedap :)

    BalasPadam
  12. hehehe. tepaksa masak dua menu sekali ye. takpe untuk anak-anak n suami kan

    BalasPadam
  13. Mmg rajinlah awak ni CH....kalau okje kan masak tuk anak anak jer, paksa ayahnya makan gak hihi...sebab selalunya paknya akan mengalah kalau bab anak anak ni....

    Tau ....buka nak masak mee jer kan...nanti sahur baru masak nasi...betul tak

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)