Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik..
Bila cuti ni sesuai sangat ut bawa anak2 solat tarawikh , didik mereka dgn akhlak yg baik, supaya tidak mengganggu jemaah lain..
Antara tips2 bagi ibu beranak kecil yang nak bawa anak ke
masjid:
1. Pilih masjid yang
children-friendly, iaitu masjid yang luas, yang sejuk, yang ada budak2 lain di
situ. Biasanya masjid besar-besar seperti Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz,
Masjid Negara, Masjid Wilayah adalah contohh masjid yang children-friendly. Bukan
apa, kalau masjid yang kecik-kecik, biasanya crowded, budak2 pun tak selesa.
Dari nak intro anak kepada masjid, jadi stress pulak.
2. Fokus kepada
memperkenalkan masjid kepada anak, rather than penuhkan solat tarawih.
Kebanyakan ibu yang dilanda dilema ialah kerana risaukan bagaimana nak solat
dengan budak kecil yang sedang lasak. Kena ingat tarawih tu sunat, tapi
kewajipan kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak mencintai masjid. Setahun
sekali je, hari2 lain memang jangan harap le nak bawa kan? Kita pun time bulan
puasa je ghairah nak buat ibadat sunat .
3. Solat beganti-ganti
sekiranya ada pembantu. Dulu saya ada maid, so berganti-ganti solat dengan dia
(sebelum beliau balik Indon). Jangan tamak dan selfish, pembantu kita pun nak
solat sunat juga. Jadi, berilah peluang yang sama rata. Jika takde pembantu,
boleh ganti-ganti dengan husband, atau berganti2 dengan ibu lain yang jemaah
bersama.
4. Bawa kelengkapan
anak2 seperti botol air (kalau anak dah lebih 6 bulan), bantal kecil, lapik
tidur, lampin, mainan dan sebagainya. Kalau anak dah besar sikit bawalah buku
ke apa-apa ke, supaya anak tak bosan, dan kalau dia nak tidur, dia boleh tidur.
Di sini pentingnya perkara #1.
5.
Ibu bawa sebotol air dan minum segelas supaya tak terasa nak
terkencing-kencing pulak. Maklumlah dengan anak kecil ni susah juga kalau asyik
nak ke toilet.
6. Niatkan seikhlas hati
untuk memulakan langkah mengenalkan anak dengan masjid, dan menggalakkan mereka
mencintai masjid. Hapuskan pemikiran lapuk tentang masjid yang hanya tempat
solat, tempat orang2 tua je.. sebab masjid sangat luas fungsinya. Walaupun
masjid besar2 banyak menempatkan pejabat, sekolah, taska, pusat aktiviti dalam
kompleksnya, tapi masjid kecil2 masih sunyi sepi bila tak ada orang nak pegi.
Maklumlah anak2 muda lagi suka lepak di supermarket dan berdating daripada ke
masjid.
nice tips..seronoknya tgok anak orang behave je bila dibawa ke masjid untuk solat taraweh..ank sy solat kt rumah pun kadang2 dok kaco kite.
BalasPadamDah try bawa tapi masjid kat kampung je. Kita nak solat pun tak focus.... huhuhu
BalasPadamTerima kasih dengan perkongsian ini, CH. Saya sampai sekarang belum membiasakan diri dengan anak di masjid. Kalau solat di masjid tu biasanya memang Adik Cute kena ikut saya. Kalau tidak, tak tenang hati saya nak solat. Tapi itulah, mengekor aje mana kita pergi. Kena suruh duduk sebelah betul-betul tepi sisi supaya dia tak takut masa kita solat.
BalasPadamYang gelak si Abanglah. Tahun ni hari pertama pergi solat tarawikh, balik terus demam dan alergi. Tak tahan berdiri lama, surah panjang katanya.... 8 rakaat aje pun sebenarnya!