Isnin, 31 Ogos 2015
Ahad, 30 Ogos 2015
JUS SERAI
Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..
Jom kita cuba buat jus serai ni kekawan.. saya dapat dari wall FB lah mana lagi.. saya kongsi kan pula disini.. semoga memberi manfaat pada kita semua.. ~__^
Tapi ramai yang tidak tahu serai mempunyai "Citral" yang mampu membunuh sel Kanser dlm tubuh badan kerana minyaknya punyai beta-carotene yg punyai ciri-ciri anti-oksidan yang boleh mengelak dari penyakit kronik kanser.
Serai juga punyai Detoxification yang boleh membantu lawaskan pembuangan air kecil dengan mencuci buah pinggang, hati dan juga pundi-pundi kencing.
Serai boleh mengurangkan tekanan darah , kolestrol, asid urik yang berlebihan, toxic dan lemak ditubuh badan.
RESIPI : PENYEDIAAN MINUMAN SERAI:
Bahan-Bahan Diperlukan:
- 6 batang serai.
- 6 sudu besar gula batu / atau cukup rasa manis.
- 8 cawan air - 2 liter.
- 6 helai daun pandan.
- sedikit jus lemon.
- 6 batang serai.
- 6 sudu besar gula batu / atau cukup rasa manis.
- 8 cawan air - 2 liter.
- 6 helai daun pandan.
- sedikit jus lemon.
Cara-cara Penyediaan:
1. Ketuk perdu serai - potong kasar dan masukan dalam periok yang berisi 2 liter air.Masukkan daun pandan bersimpul.
2. Bila air mula didih..kecilkan api dapur bawa kepada "reneh". Reneh selama 30 - 60 minit. Air akan bertukar kehijaun sikit.
3. Masukkan gula batu, bila gula dah hancur dan sebati, matikan api dapur.
4. Masukkan jus lemon dan minuman anda sudah sedia dihidangkan sejuk atau panas.

Sabtu, 29 Ogos 2015
KEK COKLAT MOCHA PUTIH TELUR
Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..
Sesiapa yg buat kuih tart tu selalunya guna kuning telur ajer kan.. jadi elok cuba resepi kak wan ni.. guna utk buat kek yg sedap ni.. tengok gebu jer..
Coklat Mocha Putih Telur
Bahan A
525ml putih telur
400gm gula pasir
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
Bahan B
250gm tepung gandum
50gm santan serbuk
Bahan C
100ml santan pekat (KARA)
1 sudu teh esen vanila / coffee
90gm mentega cair
2 sudu besar susu pekat manis
Bahan D
1 sudu besar coklat emulco
1/2 sudu besar mocca emulco
Loyang 8 atau 9 in (di alas dan di gris)
Cara-cara :
1. Bahan A : Putar putih telur dengan speed sederhana hingga berbuih. Masukkan gula, garam,ovalette dan baking powder, putar dengan kelajuan tinggi hingga menjadi putih dan kental.
2. Masukkan bahan B, kaup balik hingga rata. Kemudian masukkan bahan C, kaup balik hingga rata.
3. Bahagikan kepada 3 mangkuk yang sama banyak. Satu bahagian coklat, satu bahagian mocca dan satu lagi adunan asal.
4. Panaskan pengukus dahulu. Tuang adunan coklat dan kukus selama 10 minit. Tuang adunan mocca kukus selama 10 minit dan akhir sekali tuang adunan asal, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit hingga masak. *** Putar adunan putih telur dalam mangkuk pengadun yang besar.
*** Sentiasa lap tutup pengukus untuk mengelak air menitis.

Jumaat, 28 Ogos 2015
RENUNGAN :: 6 PERKARA YANG ALLAH SEMBUNYIKAN..
Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik..
Perkongsian dari wasap group semoga memberi manfaat buat kita semua..
6 perkara Allah sembunyikan~~
''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca .
6 perkara Allah sembunyikan
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah...
Khamis, 27 Ogos 2015
PETUA HILANGKAN NASI BAU HANGIT
Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yang ceria :)
Saya dapat dari wall FB saya.. dikongsikan disini semoga bermanfaat :D
PETUA HILANGKAN NASI BERBAU HANGIT
Boleh guna mana-mana cara berikut :
1. Cili kering :
Cili kering yang telah dibasuh dalam dua tiga tangkai dimasukkan terus ke dalam nasi tersebut dan biarkan seketika.
2. Garam :
Jika bau hangitnya tidak terlalu kuat, letakkan garam di atas tudung periuk dan InsyaAllah, takder bau hangit tu.
3. Daun pisang :
Daun pisang, letakkannya menutupi permukaan atas nasi dan biarkan seketika.
KUIH DANGAI GUNA SANDWICH TOASTER.. ^___^
Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik..
Lagi sekali saya teruja bila melihat.. kawan postkan di FB kata nak buat kuih Dangai guna toaster sandwich jer.. Kat rumah saya ada pulak toaster jenis macam ni.. boleh lah saya mencubanya nanti.. :D
Kuih Dangai Sandwich Toaster
Bahan-bahan:
3 cawan kelapa parut muda
1 cawan tepung pulut
⅓ cawan gula
Sedikit garam halus
3 cawan kelapa parut muda
1 cawan tepung pulut
⅓ cawan gula
Sedikit garam halus
Cara-caranya:
•Gaul kelapa parut bersama tepung
pulut dan garam.Gaul sebati dan
pastikan kelapa tidak
berketul2.Kemudian asingkan sedikit
kelapa yg siap digaul.
•Baki kelapa tadi dicampurkan dgn
gula.Gaul sekata.
•Dlm sendwich toaster, ambil sedikit
kelapa tanpa gula.Ratakan nipis shj
kemudian ambil kelapa yg bergula
ratakan di atasnya dan lapiskan lagi
sekali kelapa tanpa gula td.Bakar spi
masak.
•Ulang cara yg sama spi habis.
•Gaul kelapa parut bersama tepung
pulut dan garam.Gaul sebati dan
pastikan kelapa tidak
berketul2.Kemudian asingkan sedikit
kelapa yg siap digaul.
•Baki kelapa tadi dicampurkan dgn
gula.Gaul sekata.
•Dlm sendwich toaster, ambil sedikit
kelapa tanpa gula.Ratakan nipis shj
kemudian ambil kelapa yg bergula
ratakan di atasnya dan lapiskan lagi
sekali kelapa tanpa gula td.Bakar spi
masak.
•Ulang cara yg sama spi habis.
Rabu, 26 Ogos 2015
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS DENGAN JERING..
Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik..
Selalunya orang masak sambal tempoyak ikan bilis dgn petai.. tapi kali ni saya regu pulak dengan jering.. perghhh sedap jugak kekawan.. jering ni beli dari Tijah tu lah kan.. seperti entri saya semalam tu...
Tempoyak pula saya dapat dari Hawa..
Hawa yg baju hitam tudung pink tu.. tengok tangan masing2 dapat tempoyak dari Hawa.. |
Hasil pergi open house juga kerumah Hawa.. seronok kekawan yg tinggal di kampung ni kan.. keliling semua buah-buahan tempatan dan sayauran tempatan.. Tempoyak tu hawa buat dari buah duriannya sendiri.. ye lah masa musim tu kan puasa .. jadi kebanyakan buat tempoyak je lah kata Hawa.. Sedap tempoyak hawa buat ni.. terasa duriannya.. |
Saya rebus jering dalam rice cooker.. jimat sikit gas masak saya tu kan kekawan.. sekarang harga gas ni pun dah naik kan.. siap hantar rumah dan RM26 setong tu.. eehhh dah cerita gas masak pulak..
Jom lah kekawan intai resepi mudah saya ni :)
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS DGN JERING
Bahannya :-
- 200gm ikan bilis
- 10 biji jering (direbus hingga empuk, kemudian tumbuk seperti gambar diatas, potong 4)
- 7 biji cili padi*
- 2 biji cili merah*
- 1/2 inci kunyit hidup *(*dikisar)
- 4 Sudu besar tempoyak
- Sehelai daun kunyit
- Garam
- Sedikit air
Caranya :-
- Goreng sebentar ikan bilis, jangan garing sangat, lepas tu angkat dan ketepikan.
- Tumiskan pula cili kisar tadi sehingga wangi selepas tu masukan tempoyak, gaul bagi mesra.
- Kemudian masukan pulak air ikut suka ye nak pekat letak sikit jer air tu... lepas tu masukan ikan bilis, jering yg telah direbus dan garam.
- Apabila dah mendidih masukan daun kunyit yg dihiris dan rasakan garamnya.
- Siap untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA ^__^
Selasa, 25 Ogos 2015
GORENG SAMBAL TERUNG TELUNJUK IKAN TAMBAN
Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..
Goreng terung telunjuk ni dah lama kekawan.. baru sekarang nak up entri hehehe.. saya regukan dengan ikan tamban.. aduh teringat pula emak.. ini lauk kegemaran mak.. kita ni bila masakan emak.. tulah jua yg kita masak utk anak2 merasakan masakan tu.. anak2 saya cukup suka juga ikan tamban goreng berlada dgn terung ni kekawan..
Tijah yg kecil molek ini.. suka tersenyum orangnya :) |
Ini hasil kebun kawan sekolah saya yg berjaya ini kekawan.. Tijah
Bila dah ada wasap group sekolah ni.. semua tau kekawan buat apa sekarangkan.. Jadi masa open house rumah wahidah.. suruh Tijah bawa sayuran dari kebunnya..
Ini lah yg sempat saya beli dari Tijah tu.. dah ramai kan masa rumah wahidah tu.. saya dah pesan pada Tijah supaya pack dlm beg plastik senang nak ambil.. saya ambil yg dah lama saya tak makan lah .. jering tua dan terung telunjuk ni.. juga serai tu..
Sebelum tu saya dah masak gulai terung telunjuk dgn ikan masin .. resepi DISINI , dua kali masak dengan terung telunjuk ni.. puas makan kami anak beranak..
Hendak resepi goreng sambal pula dibawah
Jom intai resepi saya yg mudah ni kekawan.. :D
RESEPI GORENG SAMBAL TERUNG TELUNJUK IKAN TAMBAN
Bahan-bahannya :-
10 batang terung telunjuk (saya belah 2 aje)
3 biji cili merah*
5 biji cili padi*
3 biji bawang merah*
Semangkuk kecil ikan tamban
garam secukup rasa
Cara-caranya :
1) Panaskan minyak dan goreng terung hingga masak(agak-agak ye jangan lembik sangat) Lepas masak tu angkat.
2) Goreng pula ikan tamban hingga garing. Lepas masak angkat
3) Kemudian tumiskan pula bahan kisar hingga naik bau wangi dan letak garam secukup rasa.
4) Apabila sambal yang tumis dah masak, tutup api, kemudian masukan terung dan ikan bilis yang siap digoreng.
5) Gaulkan sambal hingga mesra
6) Siap untuk dihidang.
Makan pula bersama nasi putih yang masih berasap tu.. peghhh terasa keenakannya :D
Isnin, 24 Ogos 2015
MAYONISE HOMEMADE... senang rupanya nak BUAT ^__^
Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya...
Tersangat senang rupanya nak buat mayonise ni rupanya kekawan.. bila kawan saya post kan di wall FB saya.. terkejut juga tengok punya senangnya bahan2 nya tu.. Nak cuba jugaklah ni.. dah tau halal dan bersihkan kekawan.. Nanti bila saya dah cuba saya update entri ye..
MAYONISE HOMEMADE
Bahannya :
2biji telur
2sb cuka makan
1st garam
2st gula
1cwn minyak masak
2biji telur
2sb cuka makan
1st garam
2st gula
1cwn minyak masak
Caranya:-
Blend semua bahan dalam 15 minit, masak kejap bila dah berketul2 tutup api,tapiskan minyaknya,biarkan sejuk kejap pastu blender hingga halus..siap!
Blend semua bahan dalam 15 minit, masak kejap bila dah berketul2 tutup api,tapiskan minyaknya,biarkan sejuk kejap pastu blender hingga halus..siap!
KEK MINYAK VERSI RICE COOKER
Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yang baik..
Bila tengok kawan post di FB masak kek guna rice cooker.. terus teruja.. tu yg save kat sini.. mana tau time terdesak boleh cuba.. ye rice cooker memang ada dimana-mana.. kat kampung pun ada kan.. Kreatif betul kak Jun ni kan..
Kek minyak versi rice cooker by Jun Din
Resepi masakan ringkas
Bhn2:
2 cwn tpg gandum
1/2 cwn gula
1cwn susu pekat
5 biji telur
1 sk vanila
1 sb b.powder
1 sb ovellate
1 cwn minyak
Pewarna ikut suka
Cara:
Putar telur + gula + ovellate - kembang.
Masukan susu pekat & esen vanila. Masukan tpg sikit2 hingga habis..masukan minyak gaul sebati.. Bahagi2kn & warnakn...periuk nasi sapu majerin rata2...masukan adunan kedlm periuk nasi..buat sorak ikut suka. Sy x lapis cuma tompok2kn sahaja..Dh siap, masak mcm msk nasi...just tekan butang periuk..dlm msa sekejap sahaja butang tu akan naik...xpe biar je, dlm 10 ke 15 minit tekan semula butang tu...buat lah begitu sehingga kek masak..

Ahad, 23 Ogos 2015
LAKSAM KELANTAN
Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yang baik.
Selamat berhujung minggu.. Kalau rajin boleh cuba laksam ni. Ehe biasa lah saya ni save dulu dalam blog nanti cuba.. dapat dari mana lagi kalau bukan dari FB, kawan post kita tengok dah terliur.. :)
LAKSAM
1. Laksam (10 org makan)
Bahan-Bahan
- 1 pek tepung beras (500 grm)
- 1 jag air
- 1 pek tepung beras (500 grm)
- 1 jag air
Cara-Cara
- Campur tepung beras dgn air dan kacau hingga betul2 sebati. (Celup sedikit dgn jari...kalau adunan melekat sikit2 kat jari ok la tu.. Jgn terlampau cair dan terlampau pekat.. Agak2 sendiri lah yer )
- Panaskan air dlm pengukus hingga mendidih.
- Letak tudung periuk/dulang yg disapu dgn sedikit minyak.
- Masukkan adunan dan ratakan.
- Tutup pengukus dan masak dalam 5-7 minit.
- Bila dah masak (gelembung) angkat, dan biarkan sejuk seketika.
- Gulungkan dengan cermat.
- Teruskan memasak adunan sehingga habis.

2. Kuah Laksam
Bahan-Bahan
- Isi ikan sardin/selayang yg telah direbus (10-15 ekor)
- Santan 1kg
- 5 ulas bawang merah besar
- 1 inci halia
- 1 ulas bawang putih ( kalau masak sedikit, tak masukkan pun x apa)
- 2 keping asam keping
- sedikit lada hitam

- Kisar isi ikan dgn santan hingga betul2 hancur
- kisar bawang merah, bawang putih dan halia
- Campurkan bahan yg dikisar dalam periuk dan masakkan
- masukkan asam keping dan lada hitam yg ditumbuk
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Teruskan kacau hingga mendidih dalam 5-10 minit dan tutup api.

3. KERABU
- Hiris halus2 daun serai kayu, timun batang, kacang panjang, kubis dan bunga kantan.
- Gaulkan.
- Hiris halus2 daun serai kayu, timun batang, kacang panjang, kubis dan bunga kantan.
- Gaulkan.
4. SAMBAL LADA
- Kisar cili api dgn garam, gula dgn sedikit cuka dan sedikit air.
- Kisar cili api dgn garam, gula dgn sedikit cuka dan sedikit air.
CARA HIDANGAN
Potong laksam kecil2... Masukkan kuah, kerabu dan sambal lada... Dan selamat menjamu selera .
Potong laksam kecil2... Masukkan kuah, kerabu dan sambal lada... Dan selamat menjamu selera .
Sabtu, 22 Ogos 2015
CHOCOLATE INDULGENCE CAKE
Assalamualaikum kekawan..
Semoga kta semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..
Cuti hujung minggu ni buat apa kekawan.. saya teringin pula nak buat kek ni..
Nampak sedap sangat.. Apa lagi sekodeng FB lah , kawan post di wall nya.. saya pun save disini.. :)
CHOCOLATE INDULGENCE CAKE
Bahan Kek
2 cwn gula
1 3/4 cwn tepung
1 cwn serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur
1 cwn susu cair
1/2 cwn minyak
2 sudu teh esen vanilla
1 cwn air
Cara
1.Campurkan bahan kering,gaul sebati.
2.Putar telur dan gula hingga kembang.
3.Masukkan susu,air,minyak dan esen vanilla,putar sebati.
4.Masukkan bahan kering tadi gaul sebati.
5.Alas loyang dengan kertas minyak.
6.Sediakan 4 loyang dan tuang adunan sama banyak.
7.Bakar 170'c selama 20 minit setiap loyang.( ikut oven msng2 )
8.Biarkan 10 minit sejuk baru keluarkan dari loyang.
Bahan Mousse Putih
1 sudu teh gelatin
1 sudu besar air panas
1 cwn coklat putih
1 1/2 cwn whipping cream
Cara
1.Larutkan gelatin bersama air panas,biarkan 5 minit.
2.Cairkan coklat cara double boiler.
3.Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.
4.Putar whipping cream hingga lembut.
5.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.
Bahan Black Mousse
1 sudu teh gelatin
1 sudu besar air panas
1 cwn coklat
1 1/2 cwn whipping cream
Cara
1.Larutkan gelatin bersama air,biarkan 5 minit.
2.Cairkan coklat cara double boiler.
3.Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.
4.Putar whipping cream hingga lembut.
5.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.
Bahan Coklat Ganache
1 cwn coklat masakan
1 cwn whipping cream
Cara
1.Cairkan coklat cara double boiler.
2.Putar whipping cream hingga lembut.
3.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.
Cara Melapis
1.Ambil 1 keping kek tuang sedikit white mousse,ratakan.
2.Ambil 1 keping kek lagi tuang pula black mousse,ratakan.
3.Ulang langkah yg same hingga siap.
4.Bila dah siap tuang black mousse pada seluruh badan kek.
5.Akhir sekali curah coklat ganache pada seluruh badan kek.
6.Simpan dalam peti sejuk 15minit.
Jumaat, 21 Ogos 2015
Khamis, 20 Ogos 2015
Berhati-hati kita dengan anak2 dengan benda ni.. SHISHA STICK
Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik..
Rata-rata di FB dan wasap group heboh mengatakan benda ni kan..
Kita kena periksa beg sekolah anak kita.. takut mereka juga terpengaruh.. Macam2 cara nak rosakan anak2 muda remaja sekarang..
Kita kena periksa beg sekolah anak kita.. takut mereka juga terpengaruh.. Macam2 cara nak rosakan anak2 muda remaja sekarang..
'Shisha stick' atau 'Hookah Pen', sejenis rokok yang hampir menyerupai rokok elektronik kini dikatakan bebas dibawa oleh anak-anak bawah umur ke sekolah kerana bentukknya seperti alat tulis di mana mereka hanya perlu menyimpannya di dalam bekas alat tulis.
Rabu, 19 Ogos 2015
Selasa, 18 Ogos 2015
RENDANG DAGING MINANG... emmm dapnyaa
Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..
Masak rendang daging ini adalah minggu lepas, apabila Kak Nabilah kata ," mama Madrasah akak ada buat open house, jadi kakak kena bawa rendang"
"Bila open house madrasah tu" tanya saya semula
"Hari Isnin mama, boleh lah ye mama,kakak kata kat ustazah, mama masak rendang sedap" pujuknya..
Aduh kak Nabilah .. sabar je lah.. bukan mama tak nak buat , tapi weekend kan giliran saya kena jaga mak di Kuang.. Jadi terkejar2 lah saya menyediakan rendang minang ni..
Hari ahad pagi tu saya pun pergi ke pasar stadium membeli daging, kak nabilah kata cukup 1 kilo jer mama.. ustazah kata ada makanan sampingan, tapi saya beli 1 1/2 kilo.. Rendang minang ni kena sabar sebab nak menunggu keringnya tu.. Saya sediakan semua bahan-bahannya dan tumis , yang mengacau rendang ni saya suruh kak nabilah, suka dia bila tengok rendang tu masak dengan jayanya dan penat mengacau pun tak terasa oleh kak nabilah :)
Nabil memang suka makan rendang dengan nasi impit, jadi saya rebus nasi impit hari ahad tu.. Lauk tengahari lain pulak.. saya masak terung telunjuk goreng ikan tamban dan asam pedas siakap untuk en suami..
Hari selasa tu saya telefon nabilah.. "cukup tak rendang tu kakak" tanya saya.. "Cukup mama, ramai yg suka mama, sedap kata ustazah dan kawan2.. rendang mama yg dulu habis makan dengan nasi impit, nanti mama boleh masak lagi ni" balasnya.
Jom intai resepi rendang minang saya yg cukup mudah ni..
RENDANG DAGING MINANG
Bahannya :-
- 1 1/2 kilo daging
- 4 biji kelapa (asing santan pekat semanggkuk)
- 10 biji bawang merah kecil*
- 5 biji bawang putih*
- 1 inci kunyit hidup*
- 2 inci lengkuas*
- 2 inci halia*
- 5 batang serai* (dikisar *)
- Daun limau purut
- Daun kunyit
- Kerisik
- 2 batang serai di ketuk
- 300 grm Cili kering kisar (ikut kepedasan yg anda suka)
- Garam secukup rasa
Caranya:-
- Tumis bahan kisar dan cili hingga wangi masukan santan yg perah kedua dan ketiga, lepas tu masukan daging . (masukan biji kurma utk melembutkan daging)
- Apabila santan mendidih masukan garam, serai,rasa masinnya.
- Kacau sehingga terbit minyak, kemudian masukan santan pekat, kerisik, daun kunyit dan daun limau purut.
- Siap untuk dihidang bersama lemang atau ketupat dan nasi impit :)
Isnin, 17 Ogos 2015
Tersangat SENANG rupanya nak BUAT SHAWL DUA MUKA NI... step by step
Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..
Tadi masa sekodeng FB , ada kawan share di wall cara nak buat shawl dua muka..
Jom kita cuba.. terima kasih yg share di FB ni Aimi Shukri..
- Bentang halfmoon dalam keadaan bahagian depan halfmoon menghadap ats.Maksud aimi, kainkan ada depan & belakang. Bahagian depannya menghadap ke atas dan yg belakang menghadap ke bawah
- Lipat sblh kiri sekitar 15inch ke 16inch
- Ukur dlm 11inch ke 12inch pada lipatan td dan tanda pd ukuran tersebut
- Ukur mcm ni
- Letak jarum dan jahit sedikit pada bahagian yg sudah ditanda tadi. Jahit memanjang ke bawah dlm 1inch sahaja. Jahit sikit je jangan panjang2
- Lipat halfmoon sebelah kanan pula sekitar 13inch. Ulang perkara yang sama macam langkah yg sebelum ini.
Cuma beza dr segi ukuran.
Bahagian ni lg pendek dr yang belah kiri tadi.
Dari ukuran 13inch tadi, ukur pula bahagian muka uol pd bahagian ni. Ukuran aimi 9.5inch. Da ukur, tanda dan jahit terus mcm langkah tadi cuma yg ini kene jahit habis sampai bawah yg kita ukur 13inch tadi - Mcm ni rupanya bila da lipat dua-dua belah halfmoon td
- Inilah rupanya bile da siap. Senangkan.
Ni belum di terbalikkan. Bila da terbalikkan, bahagian yang pendek akan jadi sebelah kiri dan yang panjang jadi sebelah kanan. Paham tak ni? Haha. Tak reti aimi nak explain macam mana. Maaf la ye kalu uol kompius - Dah siap bole la pakai terus. Yang tak tau nak pakai tu, meh sini nak tunjuk. Sarung bahagian yang kiri dulu, bahagian yang pendek dan dijahit habis tadi
- Kemudian sarung bahagian kanan pula. Buat mcm dlm gambar tuh
- Da siap sarung, adjust sikit kasi lawa, cantik, comei gitu
- Dah siap. Senangkan.
P/S Kalau kekawan nak labuh , boleh besarkan ukuran dan panjang shawl tu..
SELAMAT MENCUBA ^__^