Isnin, 29 September 2014

JOM MENUNGGANG KUDA.. kegembiraan Nabil yg MELETOP.... :)

Assalamualaikum kekawan..
Selamat hari Isnin.. semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya.. sihat serta ceria :)

Pada hari sabtu baru ni saya mengikuti rombongan sekolah Nabil ke Horse Show di Sungai Besi berlangsung dari 27 - 29 September 2014.. jadi pembantu guru pengiring kerana kekurangan guru untuk mengawasi anak2 ni, jadi saya bersama tiga ibu lain sukarela menjadi pembantu.. Horse Show ini dirasmi oleh Sultan Trengganu Sultan Mizan.. Sultan Mizan ni kan peminat sukan berkuda kan.. 


Bersama sahabat baiknya Alif.. 
Kami sampai disini lebih kurang pukul 8.30am pagi.. exited anak2 ni bila ada trip macam ni kan.. Nabil seawal pukul 5am dah bangun.. semangat sungguh..

Bermacam-macam jenis pertunjukan kuda disini kekawan.. tak banyak gambar yg saya ambil.. sebenarnya leka sama menengok pertunjukan itu ehe :)

Saya ada dua anak murid jagaan saya iaitu Adam dan Ehsan jadi campur dengan Nabil dan Nabilah , ada 4 lah anak semua.. Najeeha dengan group guru lain.. luas juga kawasannya... puas lah pergi berjalan dan bermain dengan kuda-kuda ni..

Part ni lah yg menjadi kegembiraan Nabil iaitu menunggang kuda.. suka betul dia dapat tunggang kuda yg besar dan tinggi ni.. bila saya tanya Adam dan Ehsan.. mereka nak naik kuda tak.. mereka kata gayat lah auntie.. :)

Kakak Nabilah pun sama ambil kesempatan utk menunggang kuda tetapi geli apa bila terkena bulu kuda .. boleh menjerit pulak diatas kuda tu.. hahaha semua orang tergelak kan dia :D

Kami semua separuh hari aje disitu.. pukul 1pm kami dah bertolak pulang.. sampai dirumah dah dekat pukul 2pm.. itulah aktiviti kami dihujung minggu baru ni..

Kekawan buat apa pula dihujung minggu lalu :)

Ahad, 28 September 2014

RESEPI IKAN KELI PENYET

Assalamualaikum kekawan..
Selamat berhari minggu.. masak apa lunch ni atau pun makan nasi kenduri.. saya tak kemana pun hari ini.. smlm dah penat melenjan menemani budak bertiga mengikut rombongan sekolah di Horse Shows Sg Besi.. nanti saya up entri ye ;)


Tadi layan FB kejab.. pastu ada pulak yg post resepi ikan keli penyet.. tengok macam sedap je kan.. tapi saya kurang makan ikan keli ni.. rasa nak tukar ikan lain pun sodap ni ;)  

Bahan2 nya pun mudah ajer.. yg penting save resepinya disini dulu.. nanti kita buat pulak.. ;)


RESEPI IKAN KELI PENYET


Bahan2 utk lele/keli penyet

1 gelas air
2 sudu besar tpg beras
1 1/2 sudu tpg ubi
limau niipis/lemon sedikit
2 ulas bawang putih*
2 biji buah keras*
1/2 sudu besar ketumbar*
sedikit kunyit*
sedikit halia*
garam *
sedikit gula 1 biji telor

caranya
1. bersihkan lele/keli kemudian perah sedikit lemon atau limau nipis..biarkan seketika kemudian bersihkan dgn air

2. tumbuk lumat bahan bertanda* halia, bawang putih, kunyit, ketumbar buah keras dan sedikit garam

3. dlm 1 bekas masukkan air dan bahan tumbuk..masukkan ikan keli biarkan seketika dlm 20 minit...

4. keluarkan ikan keli dan toskan ..dlm bekas tadi yang ada bahan tumbuk dan air..masukkan telor dan tepung ubi dan tepung beras..kacau sebati dan isikan sedikit stok ayam..

5.. masukkan semula ikan keli dan goreng dalam minyak panas sehingga masak...

6. lebihan adunan yang ada tu boleh digunakan tuk membuat serdak.. hanya goreng aje adunan dlm minyak yang panas.. kalau adunan banyak boleh goreng 2kali ..goreng hingga garing

Jumaat, 26 September 2014

OPOR PUYUH.... emmm dapnyaa :)

Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yg barakah.. semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya..

Baru sekarang dapat mencuba rempah opor yg di beri oleh blogger Gee.. pada hal masa ramadhan itu hari dah terima.. jadi masa hari ahad tempohari saya pun cuba buatnya.. Gee buat guna ayam.. tetapi dalam peti ais saya ada burung puyuh.. saya cubalah buat menggunakan burung puyuh tu.. Memang sedap kekawan , anak-anak saya pun suka..



Saya regukan dengan nasi impit ni kekawan.. feeling ala-ala hari raya pulak gitu .. tak kan hainomokje saje yg nak feeling raya dengan kuah kacang ayam dengan nasi impit yg ditayang tempoharikan... ehe :)
 tak lama lagi kita akan menyambut aidiladha kan kekawan .. boleh lah kekawan mencuba pulak..

Dengan menggunakan rempah ni memang mudah kekawan.. tapi sayang rempah ni ada di Pahang saja.. Alhamdulillah Gee ada kirim 3 bungkus masa hari tu.. boleh lah pulak saya membuatnya pada hari raya haji nanti.. terima kasih banyak-banyak Gee :)

Jom intai resepi yg diberi oleh Gee tu kekawan tetapi saya ganti dengan burung puyuh..


RESEPI OPOR PUYUH 


Bahannya :-
  • 10 ekor burung puyuh (boleh juga ganti dgn 1 ekor ayam)
  • 1 peket rempah opor 'Ubai Saji' (bancuh dgn secawan air)
  • 1 sudu kerisik
  • 1 mangkuk santan
  • 1 keping asam keping
  • sedikit minyak menumis
  • garam
  • daun limau purut
  • 1 btg serai di ketuk
Carannya :-
  1. Bersihkan burung puyuh, toskan dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumiskan rempah opor yg dibancuh dengan secawan air tadi sehingga wangi.
  3. Masukan puyuh dan gaul rata, biarkan sehingga puyuh kecut.
  4. Kemudian masukan daun limau dan serai.
  5. Tambahkan sedikit air dan biarkan puyuh mesra dengan rempah opor seketika.
  6. Lepas itu masukan santan, garam dan asam keping.
  7. Biarkan sehingga mendidih dan tambah pula kerisik jika suka.
  8. Masak sehingga kuahnya pekat.
  9. Sedia dimakan dengan nasi, pulut, ketupat atau apa saja yg digemari..

Pemberitahuan.. pesanan Gee..
* p/s : untuk makluman, rempah opor yg k.gee guna ini sudah lengkap dengan bahan-bahan bumbu dan rempah ratusnya, jadi tidak perlu lagi bubuh bawang dll.  k.gee guna jenama Ubai Saji... terkenal di Kuantan dan Pekan.


Khamis, 25 September 2014

RESEPI.POTATO FRITTERS ... eeemmm mudahnya

Assalamualaikum kekawan..

Salam petang yg ceria :)

Tadi semasa melayan FB ada kawan sharekan masakan yg mudah dari group "Cara senang buat kek".. apa lagi kerja saya.. save dulu kat sini .. bila ada masa cuba .. tak gitu kekawan :)
Cantik pulak tengok.. nampak sangat sedapnya

Bahannya ni ajer.. tak ke mudah :D

Lepas tu gaul sekata dan goreng... i like u :P



POTATO FRITTERS

Bahannya :-
3 biji kentang (sagat halus)
4 sdm tpung jagung
3 sdm tpung gandum
1 biji telur
Daun bawang
Serbuk Lada sulah
Garam
Ajinamoto (abaikan jika tdak perlu)
Minyak masak (utk mgoreng)
Cara2nya
~ satukan kentang yg telah dsagat dgn tepung jagung, tpung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam, ajinamoto...gaul sebati
~panaskan minyak masak....sudukan dan goreng agak2 leper....balik2 kan...tunggu sampai masak... angkat....siap
Sedap dimakan bersama sos
# resepi asal noraida durani ( tq )

AL FATIHAH :: SEHIDUP SEMATI

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberi kesihatan yg baik hendaknya..


Jenazah selesai di solat di Surau Seksyen 3 Shah Alam
Semalam saya pergi menziarahi arwah mak cik saudara yg mana tiga pupu dengan abah saya. Arwah dan suaminya meninggal akibat kemalangan, kereta yg dipandu arwah suaminya terbabas masuk kedalam longkang di Seksyen 6 Shah Alam, pada hari selasa petang tu saya pergi juga kepasar malam tu.. masuk dalam ketempat parking tengok ada kereta Bomba, Ambulan dan Polis.. jadi kami tak jumpa parking , lepas tu saya tak jadi singgah ke pasar malam tu.. anak-anak saya menjengok dari tingkap dan berkata ada kereta masuk longkang lah mama, lepas tu ada seorang pak cik terbaring disitu... Allah hu Akhbar, tak sangka pula kemalangan itu adalah saudara saya..

Jenazah dibawa dirumah untuk ditengok oleh sanak saudara buat kali terakhir, juga diadakan solat jenazah disitu..
Pagi tu baru saya tahu berita sebenarnya dan memberitahu emak dan abah di Kuang, terperanjat mak dan abah sebab emak kata arwah suami isteri baru datang rumah, beriya dia peluk dan cium mak, dia kata rindu dengan mak dan abah.. sibuk berpesan dengan mak suruh datang rumah dia dan tidur disitu.. rupanya datang utk menziarahi jenazah mereka berdua.. menangis emak dan abah melihat jenazah keduanya..

Dibawah ketanah perkuburan
Jenazah dikebumikan di seksyen 21 Shah Alam, saya hanya solat jenazah di surau sahaja tidak menghantar ketanah perkuburan..


Beginilah keadaan kereta arwah yg terbabas masuk kedalam longkang besar tu..
Kata perniagaan yg menjual disitu, mereka berdua sudah membeli makanan dipasar tersebut, dan nampak arwah pak cik tu di petak parking tumacam tak sihat dan jalan terketar-ketar, selepas tu mereka terdengar bunyi dentuman yg kuat, rupanya mereka telah babas ke dalam longkang tersebut.. 
Mengikut cerita anaknya, mereka dah sorok kunci kereta, tak beri lagi ayahnya memandu tetapi tak tahu bagai mana mereka jumpa kunci tu pula.. Umur arwah keduanya pun dah 77 tahun.. dah tak sihat utk memandu kan..

Semoga roh mereka berdua dicucuri rahmat Ilahi dan di tempatkan bersama-sama orang yg beriman dan beramal soleh. Aamiin..











Rabu, 24 September 2014

WW :: Dah CUBA.... Memang GEBUSSSS.. Kek Pisang Blended ... emmm dapnya

Assalamualaikum kekawan...
Selamat hari Rabu yg ceria :) Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya ...

Kek pisang blended yg mudah.. saya dah cuba :)

Close up sikit kegebussssan nya :)

Tunai janji pada blogger Eye_Nee.. kalau dah cuba up entri ye T :D

Chef Nabil dan Chef Nabilah kata "nak buat ni kena dengan rasa kasih sayang.. baru menjadi dan sedap"... keknya semanis senyuman Nabil :D

Bahan2 saya buat setengah adunan dulu .. nak cuba kan.. ;)

Paling mudah .. masuk dalam blender je... emm i like :)

Letak dalam piping bag, senang nak picit dalam kertas cup kek tu :)

Letak dalam bekas kuih apam tu.. lepas tu kukus..

Jika kekawan nak resepi yg mudah ini.. sila klik sini kek-pisang-blended-jer-emmmm-mudahnya.





Selasa, 23 September 2014

Ulang semula Matematik, Bahasa Tamil bagi UPSR.... aduhai KESIAN ANAK-ANAK KU :(

Assalamualaikum kekawan...

Aduhai semakin kesian pada anak-anak yg terpaksa mengulang semula ni kan.. susah nak naik kan semangat mereka bila dah down ni.. saya sebagai ibu pun terkesan dengan kejadian ini..

Ini lah padahnya apabila intergriti semakin hilang...
kemana sebenarnya mereka ini untuk menongkat kehidupan dunia.. sehingga terlupa kehidupan di akhirat kelak...


Putrajaya: Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 perlu menduduki semula kertas Matematik kod 015/1, 025/1 dan 035/1 serta Bahasa Tamil kod 036 dan 037 pada 9 Oktober ini selepas disahkan berlaku kebocoran kertas soalan berkenaan.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata, berikutan itu, kedua-dua kertas yang diduduki pada 10 September lalu adalah terbatal. 
Menurutnya, pemilihan tarikh 9 Oktober bagi menduduki semula kertas soalan itu selepas mengambil kira cuti umum hari raya Aidiladha dan aspek logistik iaitu percetakan dan pengedaran. 

Kementerian Pendidikan menegaskan peperiksaan ini dilaksanakan semula bagi memastikan pengendalian peperiksaan awam mematuhi Prosedur Operasi Standard yang sudah ditetapkan di samping menjamin integriti dan kredibiliti keputusan UPSR itu.
Foto

"Saya memahami perasaan, keresahan dan kesulitan yang dihadapi semua. Selaku Ketua Pengarah Pelajaran, saya memohon maaf kepada murid, ibu bapa, guru dan semua terbabit ekoran insiden ini.

"Saya sudah pun mengarahkan semua guru besar dan guru untuk mengenal pasti dan memberi khidmat kaunseling kepada murid yang memerlukan," katanya pada sidang media, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Khair berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa tiada lagi kertas peperiksaan UPSR lain yang akan diduduki semula setakat hari ini.

Sebelum ini, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan selepas murid menduduki peperiksaan itu pada Khamis lalu manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada hari berkenaan.

Lembaga Peperiksaan menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baru bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.

Susulan kes kebocoran itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai.

Polis juga menahan reman seramai 14 individu membabitkan guru besar, guru, ejen insurans dan jurutera dan semuanya sudah dibebaskan manakala hasil siasatan sedang dilengkapkan sebelum diserah kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

RESEPI APAM BAKAR KELANTAN

Assalamualaikum kekawan..

Salam petang yg ceria :)

Hehehe baru balik sekodeng FB.. baca cerita kekawan 

di FB pulak.. terjumpa lagi resepi yg menarik dihati..apalagi 

terus save di sini, nanti nak buat senang.. jom kekawan 

kalau nak buat dulu.. silakan :D




Apam Bakar Kelantan
Bahan-bahan
3 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir (ikut manis yg disukai)
1/4 sdt garam
2 sdt yis segera (tak letak pun)
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 ulas bawang merah(di mayang halus)
1/2 inci halia (dimayang halus)
250 ml air
4 biji pisang emas
4 ketul tapai ubikayu di lenyek halus
Kelapa parut putih dan sedikit garam (dikukus)
Cara-cara
Lenyek pisang dan tapai ubi. Masukkan halia dan bawang hiris, garam, gula dan tepung beras. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga sesuai kepekatannya. Masukkan sedikit lada hitam yang ditumbuk.
Rehatkan adunan 4 - 5 jam sehingga ia nampak berbuih dan ringan apabila dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan.
Panaskan non-stick pan, leser dgn sedikit majerin. Ambil satu senduk adunan dan bentukkan satu lempeng. Tutup kuali. Bila kuih berbuih, baru dibalikkan dalam 1 minit sebelum diangkat.
Biarkan atas adunan berbuih di permukaan dan keperangan di bahagian bawah baru di terbalikkan. Biarkan selama seminit baru diangkat. Dihidang bersama kelapa parut.

SEMOGA BERJAYA ANAKKU.... Jawablah dengan TENANG..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga sihat selalu dan berada dalam kemanisan iman hendaknya kekawan..


Hari ini hari kedua Kakak Nabilah menduduki Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) pulak.. semalam dari pagi telah berkumpul di sekolah utk membuat latihan lagi.. petang pukul 2pm baru peperiksaan bermula. Semalam Nabilah kata Sirah dan Akhlak.. Alhamdulillah dia kata senang.. tak tau macam mana senang dia menjawab..
Saya sebagai ibu hanya mampu mendoakan dia dapat menjawab dengan mudah dan tenang.. hari ini dah dua hari saya berpuasa.. makna nya sehingga Jumaat saya berpuasa.. sehingga peperiksaan selesai..



Isnin, 22 September 2014

RESEPI DAGING MASAK HITAM

Assalamualaikum kekawan..

Salam petang yg ceria :)

Tadi layan FB pulak.. tengok cerita kekawan di FB, lepas tu

ada pulak yg tayangkan resepi Daging Masak Hitam ni.,

Tengok sedap pulak tu.. jadi saya save dulu resepinya 

disini.. nanti bila nak buat boleh rujuk blog sendiri ehe :)


DAGING MASAK HITAM
Resepi oleh : Chef Ismail Ahmad
Rujukan : Kuisin Warisan Melayu
Terbitan : Marshall Cavendish
100 ml minyak masak
3 labu bawang besar ~ dikupas dan di hiris
500 gm daging batang pinang ~ di potong dadu atau ikut citarasa
* jika tak ada daging batang pinang guna daging biasa pun boleh. Tapi daging perlu di rebus terlebih dahulu hingga empuk.
* jika tak nak guna daging boleh juga guna ayam, kambing, itik atau lain2 yang dirasakan sesuai
2 batang cili merah ~ di belah 2
2 batang cili hijau ~ di belah 2
* jika suka pedas boleh letak cili padi
Bahan Kisar Halus
2 tangkai daun kari
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 sudu besar pes cili kering * Boleh juga ambil 10 - 15 tangkai cili kering, potong, rendam lembut dan kisar sekali dalam bahan kisar
2 sudu besar rempah kari daging
8 cm kulit kayu manis * yang ni ketuk sikit kalau tak nanti blender rosak
Sos
4 sudu besar kicap pekat
* yang ni kalau tak ada kicap pekat boleh campurkan kicap manis dan kicap masin, tapi lebihkan kicap manis berbanding kicap masin. Lepas tu kena hati-hati di dalam penggunaan gula dan garam. Jika rasanya dah ok tak payah letak gula dan garam lagi
125 ml pati santan ~ di perah daripada 1/2 biji kelapa parut * kalau nak guna santan kotak pun boleh
1 sudu teh asam jawa ~ diramas dalam 50 ml air , ambil air asamnya sahaja
Gula dan garam secukup rasa
1 kiub daging
Cara Penyediannya
Pijarkan minyak dalam kuali
Goreng hirisan bawang besar hingga garing dan kuning keemasan.
Angkat, toskan minyaknya dan ketepikan
Dengan lebihan minyak yang sama, tumiskan bahan-bahan yang di kisar halus tadi, sehingga harum
Masukkan daging dan balik-balikkan atas api sederhana hingga daging empuk
Tambahkan bahan-bahan sos dan kiub daging
Kacau rata sehingga kuahnya pekat
Perasakan dengan garam dan gula
Masukkan cili merah , hijau dan bawang besar goreng tadi
Kacau hingga cili layur
Sedia di hidangkan
Apa lagi.. jom kita makan!

Melangkah ke ALAM DEWASA... dah besar rupanya NABILAH :)

Assalamualaikum kekawan..
Salam pagi Isnin yg ceria :)
Semoga kekawan semua berada dalam rahmat Ilahi dan sihat selalu ye :D
Pada hari Sabtu saya pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara di Plaza Massalam Shah Alam.. Disini buka Sabtu dan Ahad dari pukul 8am-1.00pm.. Jadi pagi-pagi kami dah pergi pukul 8.15am kami dah sampai :)



Masa tu orang tak ramai lagi.. kami adalah orang yg ke-10 ehe..
Dah alang-alang orang tak ramai tu saya pun ambil kesempatan tukar MyKad saya sekali..

Beriye Nabil tengok kakak Nabilah mengambil gambar MyKad tu.. lepas tu dia yg teruja.." bila pula Nabil boleh ambil gambar macam kakak tu mama? tanya Nabil.. "Tunggu Nabil 12 tahun baru boleh buat MyKad macam kakak" jawab saya.. lepas tu Najeeha pulak menyampuk "maknanya Jeeha lagi dua tahun baru boleh ye mama".. "ye lah " balas saya :)

Ini peraturan mengambil gambar dan pakaian yg sesuai.. masa hari tu saya pakai tudung biru, kakak nabilah pun sama.. jadi gambar semua biru sebab MyKad tu kan biru.. jadi saya cadangkan kawan pilih warna merah, ungu ke, hijau, kuning.. baru cantik gambar di MyKad tu..

Dulu ianya di panggil Kad Pengenakan @ IC , diperkenalkan pada tahun 1807.. dah 207 tahun lamanya kan kekawan..

IC seperti kad pula dipekenalkan pada tahun 1948.. masa ni mesti zaman datuk moyang kita kan..

Ini pula diperkenalkan pada tahun 1960, saya merasa menggunakan IC, tahan lama kan kekawan.. diperbuat dari plastik yg lembut.. lepas tu tulisan masih guna tangan.. :)


Pada tahun 1990 dipekenalkan gambar berwarna, saya pun menukarnya, tapi kualiti plastik tak elok, senang terbuka di tepinya dan senang terlipat..




Lepas tu diperkenalkan gambar berwarna berkualiti pada tahun 1997..  tapi  plastiknya keras sikit.. saya tak tukar pun masa ni..

Pada tahun 2001 diperkenalkan pula MyKad.. semua orang diwajibkan tukar kan.. saya menukarnya pada tahun 2004 .. masa tu saya mengandung Najeeha.. sudah gambar kemain gemuk.. membesar bagai johan :D


Pada tahun 2011 di pekenalkan Mykad yg baru, pada tahun ini baru saya dapat menukarnya, itupun nak buat MyKad kan :) , 
 Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan Kad Pengenalan Warganegara Malaysia atau Mykad yang baru. MyKad dengan struktur baru mulai 2012 akan diperbuat daripada bahan “polycarbonate” yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan (Admin rujuk Kamus Dewan: Turis bermaksud Toreh) laser pada permukaan kad. Ia juga akan menggunakan cip baru yang telah diuji ketahanannya di SIRIM dan makmal semikonduktor yang diiktiraf.


Masa nak balik sempat juga Najeeha nak letak nombor tu di kotak senyum tu.. dia kata abang yg proses MyKad kakak tu senyum ajer :)

Adik tu kata esok siap kak.. nanti ambil dikaunter 15 @ 16 ye.. jadi esoknya balik daripada pasar pagi saya singgah sekali lagi dengan bebudak ni untuk ambil MyKad ni..

"Akhirnya saya gembira dapat MyKad " kata Nabilah.. jadinya Nabilah dah masuk Adult lah ni.. kena bayar lebih lepas ni bila nak masuk mana-mana tempat kan, tikit kapal terbang pun dan kira adult ehe :)

Kekawan dah tukar ke MyKad baru tu :)

Ahad, 21 September 2014

Ini Kisah Suami Beristerikan Si Jelita. Anda Pasti Berfikir Panjang Selepas Membaca Kisah Ini.

Assalamualaikum kekawan..
Selamat berhari minggu.. saya baca di FB kisah ni.. jadi saya kongsikan disini :)


Kisah ini kami terima daripada seorang sahabat, semoga kisah ini menjadi satu pedoman kepada bakal suami di luar sana.
Whatsapp dengan kawan lama. Lama tak tanya khabar. Malas sikit nak tegur dia ni sebab dia super kacak. Anti orang kacak ke apa aku ni. Hee
Aku: “Kau apa cerita sekarang?”
Member: “Dah kahwin. Dua tahun dah. Kau?”
Aku: “Aku masih membongak membujang. Koh koh koh.”
Member: “Nikah-nikahlah. Sian anak kau nanti, kau dah tua nak KO dia baru darjah satu. Kurang kasih sayang bapak nanti.”
Aku: “Best ke kahwin?”
Member: “Bergantung pada siapa yang kau pilihlah.”
Aku: “Err..maksud kau?”
Member: “Aku cakap directlah boleh?”
Aku: “Sila, sila..”
Member: “Kau kenal aku. Kau tahu aku macam mana. Orang kata aku playboy. Orang kata aku kasanova sebab rupa aku ni. Ya lah. Aku cerewet. Nak kenal perempuan yang lawa-lawa je. Model tak model, janji dahi licin. Ramai dah aku kenal. And, orang rumah aku pun alhamdulillah cun melecun.
Memang best dapat perempuan cun. Bila bawa keluar dating, banyak mata yang melihat. Bangga. Sampai ada yang snap gambar. Ramai puji aku bertuah dapat bini lawa. Orang kata nanti anak-anak semua comel-comel sebab mak bapak dah ada rupa.
Tapi, mereka tak tahu, tiap bulan aku habis berapa hanya untuk kekalkan kecantikan bini aku tu. Beribu. Dari alat make-up, supplements, skincare dari hujung rambut sampai hujung kaki, pakaian yang up-to-date, vogue dan fashionista bagai semua tu. Bayangkan kalau gaji aku cuma RM2k ke bawah? Teruk jugaklah.
High maintenance. Macam jaga kereta tapi kereta pun tak macam ni.
Jadi, aku cadangkan kau pilih yang solehahlah kalau boleh.”
Aku: “Kenapa? Sebab aku tak gaji besar macam kau ke, so aku tak boleh afford?”
Member: “Bukan sebab kemampuan gaji. Tu memang satu faktor gak. Tapi, yang lebih susah untuk diatasi adalah sikap dan perangai.
Bro, kau kenal aku takdelah alim. Agama so-so je lah. Kau tahu, betapa sukarnya nak suruh isteri sendiri berhenti atau kurangkan post gambar-gambar sendiri di instagram dan facebook? Orang lawa ni dia memang suka expose diri. Aku dah cuba slow-talk tapi mungkin makan masa lama lagilah. Sebab manusia suka dipuji. Aku pun suka bila orang duk puji-puji bini aku cantik. Memang aku tahu dayus macam tu, tapi susahlah nak buang sikap sendiri.
Bini aku pun ada perangainya sendiri. Kadang melawan. Kadang tinggi suara. Kadang marah merajuk melampau-lampau. Kadang-kadang, dia melebihkan penjagaan dirinya melebihi menjaga suami sendiri. Upgrade kecantikan saja tahu. Upgrade skill memasak ke menjahit ke, tak berapa suka. Nanti tangan jadi kasarlah apa lah.
Susah sebab aku kurang ilmu agama, nak didik orang ke arah agama. Baru sekarang aku faham. Dulu, aku ingat, kerja didik isteri ni mudah saja. Perlu tegas saja, perlu tengking saja, ugut nak nikah lagi satu ke. Tapi, meleset beb.
Aku nakkan kecantikan, aku dapat. Tapi, ketenangan dalam hati tu susah sikitlah. Nak tenang macam mana asyik nak cemburu buta je bila lelaki lain usyar bini sendiri.
Nak suruh dia tutup aurat lengan dan kaki pun masih tak berjaya. Apatah lagi nak suruh labuhkan tudung. Bukan mudah rupanya nak didik tutup aurat.”
Aku: “Hmmm..”
Member: “So, kesimpulannya, kau fokus pada yang solehah. Buat apa untung kat dunia macam aku, tapi rugi banyak di akhirat. Cari yang menguntungkan kau dunia dan akhirat.
Fikir dalam-dalam. Sekarang, aku gigih timba ilmu balik. Baca sendiri buku-buku agama. Sebab nak didik isteri. Kau jadikan cerita aku sebagai iktibar. Bukan mudah hidup berkeluarga. Banyak till neraka dari till jannah bila salah cara.”
Aku termenung lama…
Diterbitkan di TheVocket dengan keizinan
Cerita Oleh: Muhammad Rusydi

Sabtu, 20 September 2014

PERATURAN BARU LAMPU KERETA JPJ MULAI 1 OKTOBER 2014


Assalamualaikum kekawan..
Selamat berhujung minggu bersama keluarga.. masa ni lah nak berehat dan mengemas rumah kan kekawan.. tapi kita yg perempuan ni tak ada masa berehat pun bila cuti ni.. cuma rehat dari bekerja di ofis tu kan.. kerja rumah tetap juga kena buat.. :)
Saya kalau memandu malam, paling tak suka kenderaan yg guna lampu warna putih tu.. silau mata di buatnya.. pastu ada pulak yg letak lampu signal sama dengan warna merah lampu break tu.. udah tak tahu dia rupanya nak masuk kekanan atau kekiri.. warna dah seakan samakan..
Jadinya berkuatkuasa 1 oktober 2014 ni JPJ akan membuat peraturan baru untuk lampu kereta. Jom baca saya copy paste dari wall FB ni kekawan..




Peraturan baru lampu kereta oleh JPJ mulai 1 Oktober 2014. Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan tegas terhadap pemandu jalan raya yang melakukan kesalahan menggunakan lampu aksesori tambahan pada kenderaan bermula 1 Oktober 2014. Keputusan itu dibuat selepas mendapati ianya antara salah satu penyumbang kepada kemalangan jalan raya. Pada masa yang sama, pengguna yang ingkar dengan peraturan itu akan dikenakan kompaun saman sebanyak RM300.

Pemasangan lampu aksesori yang tidak dibenarkan JPJ



  • Pemasangan lampu HID secara retrofit.
  • Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
  • Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain warna merah / amber pada bahagian belakang.



Tarikh Berkuatkuasa

Mulai 1 Oktober 2014
Kadar Kompaun Saman

Maksimum RM300 bagi setiap kesalahan