Jumaat, 28 Februari 2014

GORENG IKAN SELAR SAMBAL SERAI .... eemmm dapnya :)



Assalamualaikum kekawan ... :)


Goreng ikan selar ni masa hari isnin tu hari , dah jadi baja organik pun ehe :) Selalu makan kat restoran sebelah ofis ni.. saya suka ambil ikan goreng sambal serai... lepas tu saya buat sambal ni kat rumah ... ternyata tekak anak beranak tu suka juga... Nabilah siap buat bekal pagi esoknya, sedap mama sambal dia... duit belanja boleh simpan tabung ni... Najeeha pulak dah siap makan dirumah pagi tu... saya goreng 6 ekor semuanya.. adalah baki 2 ekor pagi tu, tu lah dorang buat bekal... Bak kata Blogger Eye-Nee kalau dah tekak minang tu tu... memang suka lah yg goreng berlado podeh ni... licin pinggan dibuatnya ehe :D

RESEPI GORENG IKAN SELAR SAMBAL SERAI

Bahannya :-
  • 6 ekor ikan selar sederhana besar
  • 3 biji cili merah*
  • 15 biji cili api*
  • 2 batang serai(Dihiris dulu)*
  • 1 inci halia*
  • 1 labu bawang besar *
  • 3 biji bawang merah* (*dikisar)
  • garam dan kunyit untuk goreng ikan
Caranya:-
  1. Kunyit kan ikan bersama garam, kemudian goreng ikan sehingga habis, letak ketepi.
  2. Tumis kan bahan yg dikisar  dan letakan garam, goreng sehingga wangi.
  3. Kemudian masukan ikan ke dalam kuali gaul mesra bersama sambal tadi.
  4. Angkat dan siap dihidang bersama nasi putih panas....

SAMBAL SARDIN VS APAM GORENG BERTINGKEK-TINGKEK ^____^


Assalamualaikum kekawan .... Alhamdulillah bersua kita lagi... moga ceria & sihat selalu :)
Petang semalam sewaktu balik menjemput mereka pulang dari sekolah.. Nabilah bertanya "mama kita makan apa malam ni"... "entahlah kita tengok apa ada dlm petiais nanti kita masaklah ye" jawab saya... "apa kata kita masak sambal sardin, lagi pun tadi abah mesej, abah tak balik malam ni, pegi ipoh" saran nabilah pada saya... apa lagi belok kereta ke kedai pergi beli sardin pulak sebab kat rumah memang tak ada stok sardin sebab en suami tak suka makanan dalam tin ni.... 
Balik terus saya memasaknya sebab cili kering dah blend siap-siap .. kak Nabilah usai mandi dah bertanya "dah masak ke mama, wanginya bau.. lapar kakak" "dah masak tu, nasi pun dah masak, pergi lah ajak adik makan," jawab saya..
Malam tu , itulah dinner kami anak beranak-beranak bertambah-tambah mereka makan... sedikit jer baki nasi.. tak cukup nak buat nasi goreng... 
Jadi saya plan buat apam goreng untuk sarapan pagi esok...

Malam tu saya dah siap semua bahan dan paginya tinggal menggoreng jer lah ... saya buat banyak boleh makan dengan kekawan kat ofis kan...

Maka jadilah apam bertingkek-tingkek
Makan pula bersama sambal sardin
Letak dlm tupperware bertingkek-tingkek
Kita makan sampai licin... :)


Nak resepi boleh ambil disini APAM GORENG
Resepi sambal sardin mudah saya pulak macam ni ...

SAMBAL SARDIN

Bahannya:-
  • 1 tin sardin besar
  • 4 sudu besar cili kering kisar (saya kisar tak letak bawang)
  • 3 ulas bawan putih*
  • 3 biji bawang merah *ditumbuk
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat besar 
  • 1 keping asam keping
  • garam
Caranya :-
  1. Goreng  sebentar bawang besar,  kemudian angkat, ketepikan, tumis pula cili kisar bersama bahan ditumbuk sehingga wangi.
  2. Kemudian masuk sardin ,gaul mesra, lepas tu masuk satu cawan air, kacau lagi.
  3. Masukan pula asam keping dan garam, tunggu sehingga mendidih atau masak, rasa masin masam nya.
  4. Siap dihidang bersama nasi putih panas atau apam goreng.


Khamis, 27 Februari 2014

KUIH BAKAR LIMAU PURUT

Assalamualaikum kekawan ... ceria hingga kepetang :)

Sedapnya dapat minum petang ni dengan kuih bakar ni ye kekawan, kena pulak dengan secawan kopi 0 atau teh tarik
.... emmm enaknya :) 
Nak tempek resepi yg makcik berikan masa buat kenduri arwah tempoh hari... aroma daun limau purut tu membangkitkan selera saya sewaktu memakannya... selalunya buat kuih bakar ni letak air daun pandan jer... bila makcik Nab kata letak daun limau purut sedap, maka makcik pun letaklah, memang sedap kekawan ... berulang saya memakannya...

RESEPI KUIH BAKAR LIMAU PURUT

Bahannya :-
  • 2 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan pekat 
  • 6 helai daun pandan*
  • 5 helai daun limau purut*(* diblend bersama 1 cawan  air, ditapis)
  • 2 sudu besar minyak sapi dicairkan
  • 1  cawan gula
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • sedikit pewarna hijau
  • 3 sudu besar bijan 
Caranya :-
  1. Mula-mula blend telur, gula,minyak sapi,jus pandan limau purut dan santan.
  2. Kemudian baru diblendkan tepung sedikit demi sedikit, bila dah sebati letak pewarna hijau dan garam, blend lagi hingga sebati.
  3. Kemudian tapis bahan tersebut dan masukan kedalam acuan yg telah digris dengan mentega atau minyak.
  4. Taburkan bijan diatas nya.
  5. Kemudian masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 180c selama 1 jam atau sampai masak, gunakan api atas bawah, letakan dibahagian tengah.


HAA ini baru betul.... KAU DIDALAM.... kami pulak diluar ehe :)

Assalamualaikum kekawan.... Alhamdulillah ... Moga Sihat & Ceria :)

 Ini baru betulkan kekawan .... kita diluar .. dia didalam sangkar... masih lagi cerita Afamosa ni... luas kekawan kat sini... Walk Thru Area.. disini kita boleh bagi binatang ni makan-makan, belai-belai binatang ni... jinak betul binatang kat sini, tengok gelagat tiga bercucu ini.. mak saya layan seekor , anak dara saya dua orang ni layan seekor..

Unta ni pun jinak jer kekawan, bila kita dah bagi makan, dia masih mengekori kita minta lagi...

Si Poneey yg peramah... siap keluarkan kepalanya lagi.. macam nak borak-borak gitew :)

Tak banyak sangat saya ambil gambar disini sebab leka sangat beramah mesra dengan binatang-binatang yg jinak ini..

Flamingo yg bebas diluar... elok jer dia bermain disitu jer... Nabil rasa macam nak gi tangkap jer seekor bawa balik hahaha...
Dah habis cerita di Afamosa ni kekawan.... Berbaloi rasa nya berada disana selama 2 hari 1 malam dengan belanja pakej seorang RM90.00 penginapan, makan tengahari, tiga pakej ke Water Park, Safari and Animal Land dan  Cowboy shows ... 



Rabu, 26 Februari 2014

SUP KEPALA IKAN MERAH...... eemmm yummy :)


Assalamualaikum kekawan.....
Petang ni balik nak masak apa ye.... itulah yg selalu difikirkan oleh ibu yg bekerjakan... selalunya saya masak kari kepala ikan merah ni tapi dah lama tak makan sup, saya masaklah  sup kepala ikan merah ni pada hari isnin tu hari... cepat dan mudah saya nak menyediakannya... pastu makan dengan sambal kicap cili api ... aduh sedapnya...

RESEPI SUP KEPALA IKAN MERAH


Bahannya :-
  • 2 belah kepala ikan merah 
  • 4 cawan air
  • 1 bungkus sup bunjut
  • minyak untuk menumis
  • sedikit serbuk lada hitam
  • Daun sup/daun bawang dan bawang goreng-utk taburan
Bahan tumbuk
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah (tumbuk semua bahan hingga lumat)
Bahan Tumis 
  • 1 btng kayu manis, 1 kntm bunga lawang, 2 biji buah pelaga
  • 1 ulas bwng putih-hiris
  • 2 biji bwng merah-hiris
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis.
  2. Masukkan bahan2 tumbuk tadi dan tumis sehingga bau wangi.
  3. Masukkan air, biarkan mendidih,masukkan ikan dan kacau rata.
  4. Tambah air lagi jika perlu. Masukkan garam dan perasakan. Letakan sedikit serbuk lada hitam.
  5. Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan angkat. 
  6. Letak dlm mangkuk dan taburkan bwng goreng dan daun sup/bawang. 


ASAM COLEK SENGKUANG VS ASAM KETUK...... emmmm dapnyaaa :)


Assalamualaikum kekawan.... :)

Sedapnya tengahari dapat makan asam colek sengkuang.... emmm dapnya meleleh air gitu...


Saya layan sengkuang ni dengan asam ketuk sebenarnya... saya beli masa balik kg en suami hari tu kan... sebenarnya asam colek sengkuang ni lain... kata ada jual kat pasar Chowkit.. ingat minta kakak belikan lah sebab dia rajin kepasar Chowkit tu... rindu pulak nak makan asam colek sengkuang tu masa sekolah dulu-dulu....

Inilah rupanya asam ketuk kekawan.... saya beli 3 bekas ni RM10... asam ketuk ni juga mengingatkan saya zaman kecik dulu-dulu ... bila makan bibir jadi merah... Jeha kata "Mama kalau kita colek terbalik kena kat kuku... tentu merah jugak kan" :)

Asam ketuk ni dibuat dari buah Kandis ni kata adik yg jual asam ketuk tu... saya pun google... Oooo ini buahnya.. warna merahnya... patutlah asam ketuk tu warna merah kan... :)

WW # WHATS YOUR NAME ....? i like your name.... ^___^

Assalamualaikum kekawan.... Alhamdulillah wa syukurillah dengan kurniaan kita bersua lagi... Moga sihat dan ceria :)
Whats your pet name?
My pet name is SHARK....
What Shark....
I like your name cozzzz kau terbaeekkkk....
Hahaha monolog Nabil, saya suka intai hero sorang ni bermain,
pastu cakap sorang-sorang so sweet... buat saya senyum sorang-sorang :D

 Leka sungguh bermain dengan pet nya yg bernama Shark...
dalam banyak-banyak nama itu yg dia suka...
Sebab apa dia suka nama shark sebab dia tengok satu cerita animasi.. saya tak ingat apa cerita tu, mengenai seekor shark tu...

Dia suka main lumba-lumba turtle dia shark ni dengan turtle kak jeeha yg namanya yg feminin gitew Sally auww ehe :)
Semestinya shark dia yg menang ... lari laju pastu badan dah besar dari sally kak jeehha tu...

Puas bermain simpan balik dalam bekasnya...
Duduk diam-diam dalam ni ye...
Nanti kita main lagi...
Nak gi baca buku pulak...
Suka sangat cakap dengan shark dia tu...
Bila tiada geng nak main... kakak gi tuisyen hehehe


Selasa, 25 Februari 2014

KUIH KASWI MUDAH .....emmm dapnya


Assalamualaikum kekawan :)



Petang ni share resepi kuih kaswi yg saya buat dengan makcik sewaktu kenduri arwah tempohari... saya memang mencari resepi kuih kaswi yg rasa kenyal-kenyal bila di makan .... saya siap tapau bawa balik tapi tak sempat sampai dirumah, dah habis kami makan anak beranak didalam kereta sewaktu perjalanan balik tu....

Resepinya cukup mudah kekawan... saya belum cuba lagi tapi nak simpan dulu resepi ni disini dulu nanti lupa pulak kan...

RESEPI KUIH KASWI

Bahannya :-
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung sagu
  • 2 cawan gula merah
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 4-5 cawan air
  • 1/4 sudu teh kapur di bancuh dengan sedikit air
Bahan Hiasan
  • Kelapa parut diambil putih dan sedikit garam halus untuk hiasan/dimakan bersama kuih
Caranya :-
  1. Campurkan kesemua bahan kedalam bekas kecuali dan air kapur.
  2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil kacau perahan-lahan hing sebati dengan pemukul telur tu. Masukan air kapur, kacau lagi.
  3. Tapis bancuhan tadi kedalam loyang yg telah disapu sedikit minyak.
  4. Kukus selama 45 minit - 1 jam, boleh tengok jika belum masak boleh tambah waktu mengukusnya.
  5. Sejukan kuih sepenuh sebelum di potong. (Tips memotong kuih ni celup pisau dalam air sewaktu nak potong kuih ni, nanti kuih tak melekat pada pisau)
  6. Hidang bersama kelapa parut tadi, boleh ditabur diatasnya atau digaul. Ikut suka kekawan lah ye.

TERIMA KASIH CHEQ SUE..... FM YANG CANTIK TU ^___^

Assalamualaikum kekawan :)
Alhamdulillah... semalam petang tengok dalam peti surat, ada kiriman dari blogger Cheq Sue CERITA TENTANG SEGALANYA  , terima kasih cheq shue bagi hadiah FM ni, ini hadiah atas komen terbanyak di blog beliau... tak sangka banyak pulak komen saya disitu... saya suka pergi blog cheq sue ni kerana beliau suka tulis cerpen, novel pastu masak-masak korean lah... Bila tunggu anak balik sekolah suka layan baca novel cheq sue ni... sekarang tengah dok layan "Cinta @ Aloyah Cafe" penulisan yg penuh santai jer...

Tu dia FM Cameron Highlands dan Vietnam... memang cantik, dah lekat pun di peti ais saya... cheq sue sekarang mengajar di Cameron Highlands... tu suka baca entri di sana...
Terima kasih banyak ye che sue :)

MUSHROOM SOUP N GARLIC BREAD... breakfast nabil today.... emmm dapnya..


Assalamualaikum kekawan.... Alhamdulillah.. Moga sihat & ceria :)

Pagi ini mengulangi sarapan pada hari sabtu lalu .... Anak2 memang semua suka bersarapan dengan mushroom soup ni... Nabil jer bertambah dua kali... Nabilah jangan cakaplah kegemaran dia ni.. tiga kali bertambah... cuma anak dara saya yg nombor dua ni.. tekak melayu sikit .. jadi makannya sedikit jer...



Guna roti benggali pulak... teringatlah pulak zaman kecik2 dulu, selalu tunggu depan rumah untuk beli roti ni buat sarapan pagi sebelum pergi sekolah, suka sangat dengan kaya nya yg sedap tu...

Kekawan sarapan apa pagi ni :)

Mushroom Soup


Bahannya :-
  • 1 tin mushroom cream
  • 2 cawan air
  • daun bawang & daun sup dihiris
Caranya :-
  1. Panaskan air didalam periuk , kemudian masukan mushroom cream kacau sekata. Masukan sedikit garam , rasa masinnya, kekadang mushroom cream dah masin, bila dah mendidih taburkan hirisan daun bawang dan daun sup tu..
  2. Siap dihidang bersama roti garlic atau makan begitu sahaja.

Roti Garlic

Bahannya :-
  • 6 keping roti
  • Planta Garlic
Caranya :-
  1. Sapu planta garlic pada roti, kemudian bakar didalam pembakar roti. 
  2. Ulang untuk roti sseterusnya. Hidang bersama mushroom soup 





Isnin, 24 Februari 2014

MASAK TEMPOYAK IKAN KEMBUNG

Assalamualaikum kekawan... :)
Masak asam tempoyak ikan kembung ni saya buat minggu lepas masa saya tekak pahit yg nak makan yang masam-masam jer gitew... Kalau dapat patin masak tempoyak pun sedap jugak kan ... teringat pulak makan ikan patin ni di Restoran Temerloh Seksyen 15 Shah Alam tu ... eemmm dapnnyaa..

Patin tempoyak di Restoran Temerloh...
Jadi nak lepas tekak untuk masak asam tempoyak ni.. saya masak jer ikan yg ada dalam peti ais saya ni... emmm sedap jugak menghirup kuah asam tempoyak ni... Jom intai resepi mudah saya ni ..

RESEPI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG

Bahannya :-
  • 2 ekor ikan kembung
  • 10 biji cili api* (tengok kepedasan masing2 ye )
  • 1/2 inci kunyit hidup*(*dikisar)
  • 3 sudu besar tempoyak
  • 2 cawan air
  • daun kunyit
  • 1 batang serai
  • daun kesum
  • garam
Caranyg :-
  1. Gaulkan bahan kisar, tempoyak dan ikan didalam periuk, kemudian masukan air, kacau sekejap.
  2. Lepas tu masuk daun kesum, serai, daun kunyit dan garam secukup rasa.
  3. Apabila mendidih, rasa garam dan masamnya jika suka masam, boleh diletak asam keping, saya letak sebelah asam keping.
  4. Bila bahan dah sebati boleh ditutup apinya.
  5. Siap dihidang bersama nasi putih





JALAN-JALAN CARI MAKAN # TWO~ONE GRILL (21 GRILL)

Assalamualaikum kekawan... Alhamdulillah kita bersua lagi ... moga sihat dan ceria :)


Hari sabtu saya balik kerumah mak di Kuang... so malam tu kita pun pergilah jalan-jalan cari makan.. kebetulan Kak Ateh saya pun balik, berjalan lah kami tiga keluarga , Adik saya Ude mencadangkan makan ni 21 Grill ni dekat jer dengan rumah mak saya , dia dah pernah makan disini, sedap katanya...
Sementara menunggu makanan sampai semestinya berposing dulu lah kan... Nabil dengan sepupunya dah lapar sangat tu... muka termenung jer tunggu makanan sampai... :)

Ini makanan yg di oder malam tu... Lamb Grill dan Chiken Chop dan air buah-buahan pilihan tersendiri.. Mak saya cakap memang sedap terasa rempahnya... semua mengatakan sedap sangat... Pastu saya berkenan sangat dengan air yg disediakan didalam botol tu... saya oder air carot susu tu...

Kakak Nabilah semesti lah odernyaLamb Grill tu... saya tumpang rasa dgn Nabilah tu, memang sedap dagingnya lembut saja, segala rempah ratus terasa... eemmm dapnya...

Gambar blur sikit yg diambil oleh Kak Teh saya... suka sangat dia tengok Nabil makan dengan penuh selera... habis satu pinggan Chiken Chop tu dia makan.... sedapnya mama... nanti kita pergi lagi ye...
Kekawan Jalan jalan cari makan ke mana ye hujung minggu semalam :)

Jumaat, 21 Februari 2014

NAK CERITA KISAH SEDIH SAYA TENGAHARI TADI HUHUHU :(

Ambil dari Google
Macam mana ya nak cerita kisah sedih saya ni huhuhu... rasa nak nangis tapi tak nangis lagi ..Hari ni jumaat kan rehat lama.. so saya cadang nak tukar tamplate blog saya kepada yg baru... saya pun gigih lah search template yg cantik cantik... dalam kepala saya dah set nak tamplate gambar bunga... so google lah tamplate flower.... sekali tu kan jumpalah yg berkenan kat hati dan mata saya... gambar bunga kuning spring thema gitu ada daun maple lagi... saya suka saya suka... pastu ikut lah cara NAK PERIBADIKAN KE BLOG.... GET CODE HERE... saya pun ambillah code tersebut... pastu saya cuba paste kan kat tambah alat tu... tak menjadi... jadi satu tukar pulak pergi kat template di dashboard saya tu... delete yg lama ganti lah yg baru... YEAAHH JADI LAH...SUKA HATI TU...pergi lah lihat blog... SENYUM-SENYUM DEPAN PC TU... sekali tu saya pun nak buatlah catatan baru, konon nak guna lah tamplate baru tu... JENG JENG JENG tengok kat header tu tak ada line yang ada "CATATAN BARU, REKA LETAK, LOG KELUAR"  aduh macam mana nak buat ni... kata saya... saya pun mula godek sana godek sini tak jadi jugak.... termenung sudah depan PC tu... lepas tu saya klik lah sebelah star tu... ada history.. saya tekan history tu adalah pulak Dashboard Blogger... saya tekan disitu... Alhamdulillah keluar dashboard saya tu... lepas tu dengan segera saya tukar template kepada yg lama.... Alhamdulillah wujud lah balik header yg ada tu....

TETAPI YG MENYEDIHKAN SAYA SEMUA DI SIDE BAR SAYA DAH TOGEL HUHUHUAAA...
Cer kekawan tengok sebelah... dah togelkan... NUFFNANG... KENANGAN TERINDAH, COUNTER BIRTHDAY.... semuanya dah YILEKKKKK... huaaaaaa....

NAMUN BEGITU ALHAMDULILLAH.... CATATAN SAYA TAK HILANG... kalau tidak habislah semua catatan selama nak masuk 2 tahun tu ....

Ini gara-gara tengok kekawam blog banyak dah tukar baju baru blog... so teringin lah tetapi awak tu buta IT Yati oiiiiii.... siapa ye nak tolong saya tukar baju baru blog saya ye...

Kekawan pernah tak kena macam saya ni..... tak kannnnnn ... saya jer huaaaaa :(

KEKAYAAN YANG DIPENUHI RASA TAKABUR......

Assalamualaikum kekawan :)



Jadilah kita hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan memberi pada yang berhak . Saya kongsi pembacaan saya di FB untuk renungan kita bersama ;)





Membaca kisah Nabi Musa a.s dan Qarun, hati penulis tersentuh. Qarun adalah seorang insan yang baik, rajin beribadah dan pandai membaca Taurat dan pengikut setia Nabi Musa a.s.

Qarun ingin menjadi kaya dan berjanji akan menggunakan kekayaan untuk perjuangan agama...Ya, Allah mengurniakan Qarun kekayaan dan kemewahan...

Namun, apabila Qarun menjadi amat kaya dan hidup mewah, dia menjadi lupa dan takkabur. Dia tidak akan berjalan melainkan dengan menunggang seekor kuda putih yang tempat duduknya disaluti emas.

Melihat kekayaan QARUN YANG SUNGGUH BANYAK, maka Nabi Musa meminta Qarun menunaikan zakatnya. Tidak banyak...setiap 1000 dinar, zakatnya satu dinar dan setiap 1,000 dirham zakatnya hanyalah 1 dirham.

Dengan penuh bangga Qarun mengumpulkan zakatnya. Bila dikumpulkan keseluruhan zakatnya dilonggokan menjadi sebuah bukit. "Wah banyakkan zakat aku", timbul rasa tamak dan bersangka buruk terhadap Nabi Musa as.

Qarun mencari-cari alasan agar dapat memfitnah Nabi Musa dan tidak perlu menunaikan zakatnya. Diupahnya pelacur untuk mengaku berzina dengan Nabi Musa a.s dan mengaku mengandungkan anak Nabi.

Terkejut Nabi Musa mendengar fitnah yang dilemparkan kepadanya dihadapan ramai manusia. Terus Baginda bersumpah dengan nama Allah, bahawa baginda sama sekali tidak pernah melakukan perkara terkutuk seperti didakwa Qarun.

Sesunggunhnya, Allah maha kaya, si pelacur merasa serba salah...terus bersumpah dan mengaku "Demi sesungguhnya, Engkau tidak berdosa wahai Nabi Musa, Engkau tidak berzina denganku sama sekali. Sebenarnya Qarun telah mengupahku 1,000 dinar, agar aku mengaku berzina dengan engkau".

Mendengar itu, Nabi Musa a.s terus sujud syukur kerana fitnah itu amat lah besar dan nabi Musa a.s berdoa pada Allah agar menjadikan bumi di sekeliling Qarun menelannya.

Kuasa Allah, bumi menelan Qarun hingga ke paras lutun, menelan lagi hingga ke paras pinggang. Kemudian menelan lagi hingga ke paras leher dan akhirnya habis Qarun dan pengikutnya lenyap ditelan bumi.

Yang tinggalnya hanyalah seluruh harta kekayaan Qarun. Dalam diam terdengar bisikan sesama kaum Bani Israel, "Seronoklah Nabi Musa lepas ini, sebab seluruh kekayaan Qarun mennjadi miliknya."

Mendengar itu, Nabi Musa berdoa sekali lagi agar bumi menelan seluruh harta kekayaan Qarun. Seluruh Istananya, harta bendanya, ladang-ladanganya dan seluruh kekayaan Qarun di telan oleh bumi dalam sekelip mata dan akhirnya menjadi tasik yang amat luas dan dalam. Menelan semua harta Qarun yang terlalu banyak sehingga menjadi tasik yang amat luas dan dalam yang dikenali sebagai Tasik Qarun terletak di Mesir di daerah Al Fayum.

Inilah antara kisah sombongnya Qarun dengan kekayaannya. Tetapi walau sekaya dan sehebat mana kita, Allak SWT itu lebih berkuasa. Janji Allah SWT itu adalah benar dan siapalah kita untuk menafikannya...

LAWAK NABIL #1 DIPAGI JUMAAT ^_____^

Assalamualaikum kekawan... Alhamdulillah berjumpa lagi di hari Jumaat yg barakah.... moga sihat & ceria selalu :)


Di pagi jumaat Nabil dah buat orang ketawa dengan lawaknya...

Mama : Nabil pergi cepat pakai baju , boleh solat subuh,apa lagi terbogel-bogel ni. malulah sikit pada malaikat kat kiri kanan Nabil tu ...
Nabil : Tak ape mama, nanti Malaikat tutup mata...
Mama : ????###!!!!! hahaha( ada je jawapan ko Nabil)

Setiap jumaat Maahad Tahfiz Al Quran Wa Qariat ni pakai jubah sebab nak pergi sembahyang jumaat tapi Nabil tak boleh ikut lagi sebab tak sunat lagi hehehe.... Pastu sibuk nak berkhatan... saya janji dengannya cuti sekolah bulan tiga nanti kita sunat ye... :)


Khamis, 20 Februari 2014

AYAM MASAK KICAP SUHUN ..... eemmm dapnya :)

Assalamualaikum kekawan :)

Layan selera budak tiga orang ni... asyik masak ayam goreng berlado jer kan.. jadi boring jugak dorang ni... Bila saya masak ayam kicap suhun ni .... melonjak kegembiraan mereka semua... saya letak lebih suhun ni.... Nabil panggil suhun ni mimi... "mama letak mimi tu banyak2 dalam pinggan Nabil tau".... kakak pulak jeles" penuh pinggan kau jer Nabil, kakak pun nak jugak" udah berebut suhun ni pulak... penyudahnya saya letak 3 genggam suhun ni kekawan.... hah pueh hati korang ye... :)

RESEPI AYAM MASAK KICAP SUHUN

Bahannya :-
  • 3 ketul peha dan 3 kepak ayam (ni jer bahagian kesukaan anak-anak kan)
  • 1 biji bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih(dimayang)
  • 2 biji cili hijau
  • 3 genggam soon(rendam dulu)
  • 1 biji bunga lawang, pelaga, dan 1 cm kulit kayu manis
  • kicap
  • garam
  • air
Caranya :-
  1. Goreng ayam hingga masak, angkat dan letakan ketepikan
  2. Tumis bawang merah,putih, cili hijau dan rempah sekawan tu sehingga wangi.
  3. Kemudian letakan kicap dan air, kacau sekata, lepas tu masukan soon, rasa garamnya.
  4. Selepas tu baru dimasukan goreng ayam tadi. Gaulkan sedikit.
  5. Siap untuk dihidang...

WILD WILD WEST SHOW ~ COWBOY SHOW




Assalamualaikum kekawan.... Alhamdulillah, moga sihat & ceria :)

Setiap kali kami balik kampung en suami, laluannya tentu menempoh Afamosa tu... bila sampai situ mesti Nabil akan berkata "Bestkan mama kita kat Afamosa ni.... Nabil paling suka Cowboys Show tu.. best tembak-tembak tu" ceria jer muka bercerita mengingat momentum indahnya itu...

Ini pintu masuk nak ke dalam wild wild west show tu... kakak Nabilah jer yg sporting nak bergambar... Nabil dah tak sabar nak masuk dalam tu... bila masuk dalam tu duduk depan sekali... begitu teruja nabil ni.... :P

Keluar dari rumah tu ... mamat tu terus lepaskan tembakan... terperanjat monkey semua orang ... dah tu tembak berdas-das pulak tu... budak lelaki memang suka lah ... nabil sampai berdiri tepuk tangan... aduh tu baru pembukaan.... belum cerita penuh....

Biasanya cerita cowboy kan mesti ada orang jahat dan baik... hero dan heroin pulak hensem dan cun pulak tu... pastu versi omputih pulak... faham-faham sendiri jer lah hehehe...
Masa bank ni terbakar... najeeha terkejut... "mama api betul lah tu.... camni nanti terbakar semua" hihihi takut betul anak dara seorang ni....

Saya tak banyak ambil gambar pun sebab mereka bergerak-gerakan... adik saya ada rakam strory ni sampai habis... banyak betul adengan tembak menembak ni kekawan... sambil tu ada juga lucunya... tu yang bestnya... En suami saya pun kata, show ni yg memikat hatinya... best katanya.. macam real jer... lama juga show ni lebih kurang 1 jam...


Nabil paling suka bila Red Indian ni datang berkuda ... siap bunyi-bunyi tu lagi... pastu tembak-tembak lawan dengan cowboy tu..

 Bila dah habis semua pelakon tu datang berbaris dihadapan dan kita boleh bergambar dengan mereka tapi kami tak pergi pun bergambar.. terasa rugi pulak kan... 
Sekian lah kisah Wild Wild West Show yg menjadi kenangan Nabil tu :D

Rabu, 19 Februari 2014

BILA TEKAK SI ANAK RASA TERINGIN..... :)

Assalamualaikum kekawan... senyum sikit :)


Sewaktu jejalan di pasar tani Shah Alam tu, tiba-tiba Jeeha ternampaklah kepah ni... "mama, kita beli kepah tu, dah lama tak makan"... mama pun membelek sebungkus kepah tu , lantas bertanya... "Berapa harga sebungkus ni dik"... "RM10.00 kak"... Gulrppp kecik ajer bungkusan tu, adalah dalam 500grm kot tapi atas rasa anak yg teringin , sedaya mungkin ditunaikan.. Cuba tengok isi kepah tu kekawan, kesian tengoknya, lebih besar isi kerang,  sekali hadap jer kepah tumis serai tengahari tu selesai... masakan itu yg di minta oleh Najeeha.... mama layankan jerlah...

Kekawan ada rasa macam tu, bila anak-anak teringin ... :)

KEPAH TUMIS SERAI

Bahannya :-
  • 1 bungkus kepah
  • 1 inci halia *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 biji bawang merah * (*dihiris)
  • 1 batang serai di ketuk
  • 1 helai daun kunyit
  • garam
  • sedikit air
Caranya :-
  1. Tumis bahan hiris hingga wangi, tuang air ke dalam kuali kemudian baru dimasukan kepah.
  2. Lepas tu masukan serai, daun kunyit, garam dan gaul sehingga mesra.
  3. Rasa garamnya, sedap dimakan bersama sos cili ... ratah pun sodap....

HARI LAHIR NUR KHAYRAH AMANDA ^__^

Assalamualaikum kekawan... 
Alhamdulillah ... semoga sihat dan ceria hari ini :)

Malam tadi memenuhi undangan untuk hari lahir Nur Khayrah Amanda yg setahun 18/2/2014... anak buah kepada biras saya, majlis bermula patutnya mula 8.30pm tapi menunggu tetamu yg datang, penyudahnya pukul 9.30pm baru mula... budak tiga orang tu dah mula mengantuk.... biasalah tido awalkan :)

Sementara menunggu tetamu datang kak Nabilah sempatlah posing dan ambil gambar pastu sibuk di photogrid kan gambarnya.... budak2 sekarang lebih bijak menggunakan gajet canggih ni kan...

Berkenan sungguh dengan apam Hello Kitty ni kan... kek pun tema Hello Kitty... Cantikan :)

Semestinya bergambar ramai-ramai sambil nyanyi lagu happy birthday untuk birthday girl tu... senang betul dengan budak Khayrah ni tak meragam langsung walaupun mata dah merah nak tidur.. Pukul 10.00pm kami balik, Nabil pun dah berapa kali menguap.... Itulah aktiviti kami malam tadi...

Selasa, 18 Februari 2014

ASAM REBUS IKAN KEMBUNG

Assalamualaikum kekawan.... ceria selalu :)

Bila tekak dah rasa pahit.... pastu hingus pun sob sob sob... aduh apa lagi tangkap kepala... pening... pada hal keluar tengahari tu pergi beli makan jer tu pun dah terasa teriknya kan .... Bila balik rumah mandi petang tu mesti basuh rambut bagi sejuk... itu yg sob sob sob makin menjadi kan... Asam rebus ni lah pembuka selera saya makan malam tadi... Kakak Nabilah pun suka asam rebus ni... budak dua orang tu saya buat ayam goreng berlado... itulah lauk kegemaran mereka... makan pulak dengan kicap.. pastu gaul dengan sambal tu.... tengok jeeha bertambah makan nya...

Asam rebus ni saya masak dua ekor jer... resepi yg mudah sangat bagi saya... pastu cepat pulak... ikan kembung ni en suami tak makan.. jadi saya berdua jer makan dengan Nabilah...

Kekawan bila rasa tekak pahit ni selalu masak apa ye....
Saya yg masam-masan jer yg lalu di tekak ni...
Ada tak kekawan resepi yg masam-masam ni...

RESEPI ASAM REBUS IKAN KEMBUNG

Bahannya :-
  • 2 ekor ikan kembung
  • 1 biji cili merah *
  • 5 biji cili padi *
  • sedikit kunyit hidup*
  • 2 biji bawang merah * (*dikisar)
  • 1 keping asam keping
  • 1 helai daun kunyit 
  • 1 batang serai - diketuk
  • 2 cawan air
  • garam
Caranya :-
  1. Bersihkan ikan kemudian, masukan cili kisar bersama air dan kacau, lepas tu baru di masukan ikan.
  2. Selepas tu masukan asam keping, daun kunyit, serai, garam, tunggu sehingga mendidih, rasa masam dan masinnya.
  3. Siap dihidang bersama nasi putih yg panas....




JOM AMALKAN 10 TIP UNTUK KELUARGA ~

Assalamualaikum kekawan.... Alhamdulillah Syukurillah kita masih lagi diberi nafas untuk terus beribadah kepada Nya... Moga kekawan sihat dan ceria :)



Artikel ni saya ambil dari FB... Tahniah kepada ustaz Don Daniyal atas kelahiran Don Mustofa... Jom kita amalkan tips Prof. Dr Muhaya yg sangat lemah lembut orang nya... saya suka tonton rancangan Minda Positif tu....



Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama2 kite amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait den
gan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

~ Dipetik dari Prof. Dr. Muhaya
#silakan share untuk manfaat kita bersama.. Inshaa Allah