Assalamualaikum kekawan ... :)
Goreng ikan selar ni masa hari isnin tu hari , dah jadi baja organik pun ehe :) Selalu makan kat restoran sebelah ofis ni.. saya suka ambil ikan goreng sambal serai... lepas tu saya buat sambal ni kat rumah ... ternyata tekak anak beranak tu suka juga... Nabilah siap buat bekal pagi esoknya, sedap mama sambal dia... duit belanja boleh simpan tabung ni... Najeeha pulak dah siap makan dirumah pagi tu... saya goreng 6 ekor semuanya.. adalah baki 2 ekor pagi tu, tu lah dorang buat bekal... Bak kata Blogger Eye-Nee kalau dah tekak minang tu tu... memang suka lah yg goreng berlado podeh ni... licin pinggan dibuatnya ehe :D
RESEPI GORENG IKAN SELAR SAMBAL SERAI
Bahannya :-
- 6 ekor ikan selar sederhana besar
- 3 biji cili merah*
- 15 biji cili api*
- 2 batang serai(Dihiris dulu)*
- 1 inci halia*
- 1 labu bawang besar *
- 3 biji bawang merah* (*dikisar)
- garam dan kunyit untuk goreng ikan
Caranya:-
- Kunyit kan ikan bersama garam, kemudian goreng ikan sehingga habis, letak ketepi.
- Tumis kan bahan yg dikisar dan letakan garam, goreng sehingga wangi.
- Kemudian masukan ikan ke dalam kuali gaul mesra bersama sambal tadi.
- Angkat dan siap dihidang bersama nasi putih panas....