JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 31 Disember 2015

Boleh Ke... Nak REVIEW Blog Sendiri *__*

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik jua..

Entah macam mana teringin pulak review blog kecik saya ni.. setelah hampir 4 tahun saya berblog ni.. sayang sangat dgn blog ni.. macam diari pulak mencatat kenangan manis,suka,duka dan pahit saya ni ;)

Sahabat kesayangan saya seramai 480 yg sudi mengikuti blog kecik saya ni.. sayang sangat dgn kalian.. tanpa kalian siapalah saya ni (^__^)

Blog saya ni bukan lah blog masakan sangat.. malu saya dgn blogger pakar masak tu..tapi bila di lihat catatan popular tu.. semua resepi tu @__@


Purata orang datang berdatang sehari ke blog saya ni sekitar 2,000++..
Untuk sebulan adalah 87,000++
Untuk 4 tahun ni 2.7 juta yg dtg berkunjung.. terima kasih ye berkunjung ke teratak kecil saya ni..

Catatan sepanjang tahun yg paling tertinggi didalam carta adalah"RESEPI KEK COKLAT MOIST ANIS" ramai yg dtg melihatnya 387472 dan komen 102.. ramai orang suka makan kek kan ;)

Dari pelbagai negara yg datang bertandang ye.. jemput2 masuk.. jgn segan dan malu ye ehe ;)

 Komen  14,626.. ni lah kekawan yg suka sembang dgn saya..
Catatan entri saya keseluruhannya 1,282..
2012 - 209
2013 - 254
2014 - 369
2015 - 405

Apa yg saya harapkan pada blog kecik saya ini.. semoga memberi manfaat kepada mereka yg bertandang kesini.. 

Kita pun dah sampai ke penghujung tahun 2015..
Wellcome 2016..
Semoga saya rajin update entri hendaknya :D


Rabu, 30 Disember 2015

CUCU-CUCUKU ... ^__^ dah 4 orang cucu saudara ... semakin tua dah saya ni :)

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya..


Pada pagi 27/12/2015 sesuai solat subuh, masuk dalam wasap keluarga minta doakan agar Nana selamat melahirkan anak sulongnya itu, Sekarang berada di Hospital Sungai Buloh kata kakak andak.. Alhamdulillah pukul 8.00++ lahir lah baby boy yg comel ini.. bertambahlah cucu kak andak saya ni 3 orang.. Arwah hanya sempat jumpa 2 orang jer cicitnya dan arwah abah jumpa seorang jer.. Kemain suka cicit yg seorang ni dgn  nek uyang dan tok uyang nya..

Pada 3 Oktober 2015 yg lalu kak Ateh pun mendapat cucu sulongnya.. lelaki juga.. Ini anak JDT sebab menantu kak Ateh orang Johor.. masa nak bersalin tu balik Johor dan terus bepantang di sana , itu majlis Tahnik cucunya pada 28 November 2015.
Semoga mereka diberi kebahagian dan menjadi anak-anak yg soleh.

Selasa, 29 Disember 2015

GULAI CENDAWAN KUKUR DENGAN PUCUK UBI ... lauk nostalgia buat diri saya ..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah jua..

Tajuk entri bukan kemain lagi.. nostalgia sungguh lah ye.. apa tak nya.. saya membesar dgn lauk ni.. bila dapat cendawan kukur ni.. satu nikmat yg Allah beri yg di syukuri.. arwah mak membesarkan kami dgn menoreh getah bagi membantu arwah abah.. bila ikut mak menoreh getah dan musim cendawan kukur ni tumbuh.. lajunya kami mengutip dari pokok getah yg tumbang.. selalunya tumbuh musim hujan mcm ni.. 2 hari hujan 1 hari panas.. pastu hujan balik.. maka tumbuh lah cendawan.. dah lama saya mencari cendawan ni.. bila jejalan dipasar pagi stadium Shah Alam tu.. terus jer saya beli.. boleh tahan juga harganya.. 100gm dah RM6.00.. kalau sekilo dah RM60.00.. perghh dah sama harga dengan udang galah yg besar tu.. mula2 suruh adik tu timbang 100gm .. tengok alahai ciputnya.. tambahlah dik jadi 200gm ujar saya.. ye lah bila dah dibersihkan nanti tinggallah semangkuk..

Saya regukan dengan pucuk ubi... emmmm mangkin nostalgia lah mengetuk pintu hati.. dulu2 semua sayuran ni petik jer sekeliling rumah.. sekarang semuanya berbeli..
Sewaktu saya suruh kak nabilah membersihkannya.. punyalah bercinta ya amat.. bila nak habis ni mama.. saya bantu juga dia.. setelah saya menyediakan bahan-bahan lain utk memasak cendawan kukur ni..
Teruja anak-anak hendak memakannya.. hendaknya kak Nabilah.. dulu-dulu mama makan cendawan ni .. cendawan ni cantik macam bunga katanya.. cuba akak nabilah perhatikan.. bentuk macam kukur kelapa.. orang dulu-dulu nak buat gulai atau apa jua masakan guna santan.. kena kukur.. hujung besi tu utk mengukurnya.. mama pernah guna dulu tolong arwah uwan.. dulu-dulu mana ada  lagi mesin kelapa tu.. sekarang dah senang ujar saya..

Apa yg kita makan dan dimasak oleh mak kita dulu-dulu.. lepas tu kita buat pulak utk anak2 kita.. terasa indahnya..

Resepi saya mudah jer kekawan.. jom intai :)

RESEPI GULAI CENDAWAN KUKUR PUCUK UBI

Bahannya :-
  • 200gm Cendawan Kukur (bersihkan kemudian rendam dengan air garam utk buang pepasir yg melekat di cendawan tu)
  • 2biji bawang merah kecil *
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 biji cili merah *
  • 5 biji cili api* (ikut pedas yg kekawan hendak ye) *ditumbuk lumat.
  • 1 ikat pucuk ubi - direbus/dicelur sedikit.
  • 1 batang serai dititik
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 mangkuk santan cair
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 1/2 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
Caranya :-
  1. Cuci cendawan kukur yg telah direndam tadi sehingga bersih. Toskan, ketepikan.
  2. Masukan santan cair dan bahan tumbuk, kemudian masukan cendewan kukur, masak hingga lembut, gunakan api yg perlahan, sebab nanti cendawan ni liat kalau tak masak betul.
  3. Apabila cendawan kukur dah lembut masukan santan pekat, pucuk ubi yg direbus tadi, asam keping, serai, daun kunyit dan garam secukup rasa.
  4. Apabila semuanya telah secukup rasa, tutup api, angkat dan bolehlah dihidangkan bersama nasi putih.
Lepas tu saya post kat wasap group keluarga.. dah dapek makan gulai cendawan kukur.. kata saya..

Lepas tu adik saya yg Itam tu balas "Lomak tu" maknanya sedap..
Saya kata dulu kita kutip kat kebun atas bukit tu..

Lepas tu adik saya kata nak cari lah atas bukit tu..
Kak Alang  saya kata.. "Carilah Itam kalau jumpo.. cendawan telinga gajah banyaklah" hahaha..
Kak Andak (kita orang panggil Indok) pun teruja .. suruh cari dia boleh tolong masakan..
Nampak sangat cendewan kukur ini begitu dekat dihati kami adik beradik.. aduhai rindu sangat dengn moment tu.. dengan makanan arwah mak mengikat ukhuwah kami adik beradik..



Isnin, 28 Disember 2015

RAIKAN CINTA DAN JEJALAN PANTAI REMIS

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik jua..

Pada cuti yg lalu saya hanya memenuhi jemputan undangan perkahwinan, bermula hari khamis tu pergi kenduri anak kawan sekolah.. satu persatu kekawan sekolah terima menantu.. Tahniah Fatonah .. semoga perkahwinan anak kekal bahagia hingga ke jannah.. menu utama adalah kambing bakar.. dah lah Fatonah ni taukeh lembu dan kambing lagi lah meriah lauk pauknya.. Fatonah ni dapat pengiktirafan Penternak Berjaya Kebangsaan pada tahun lepas.

Lepas balik dari kenduri tu singgah di Pantai Remis Kuala Selangor tu.. memang masa lalu nak pergi kenduri tu dah plan.. nanti singgah.. dah meriah sungguh Pantai Remis ni.. lama saya tak kesini.. byk aktiviti yg ada.. memancing pun ramai.. menjala pun ada.. budak2 ni main di gigi air aje.. laut ni tak berapa sesuai utk mandi manda sebab berlumpur.. Nabil tu dah geram jer tengok air tu.. maklumlah tahun ni kami tak bercuti ke mana pun.. kesian pun ada dgn mereka ni ..

Disitu ada dibuka gerai menjual hasil tangkapan laut tu.. saya tak ketinggalan utk membeli ikan2 yg fresh ini..  masa tu byk juga yg jual belangkas.. musim kata adik tu.. saya tak reti nak masak belangkas ni.. mana yg reti memasaknya .. byk lah diborong belangkas tu..

Budak2 berdua ni dah berkenan pulak dgn buih sabun yg besar ni.. layan jer lah dorang ni janji mereka gembira disitu ;)

Nabil pula teruja bila tengok ada kanak2 disitu bermain lelayang.. tak senang saya nak memilih ikan.. selagi tak dibeli lelayang tu.. Nabil nak lelayang burung Helang tu mama.. Abahnya yg melayan dia main lelayang.. dah tepi pantai angin pun banyak.. sekejap jer lelayang Nabil tu naik tinggi.. bukan gembira hatinya dpt menaikan lelayang tu.. bestlah mama lelayang Nabil naik tinggi tu.. nanti kita dtg sini lagi ye.. aduhai anak.. lelayang ni boleh ajer main kat padang , janji ada banyak angin ;)

Saya pulak duduk tepi tu sambil makan buah berangan tu.. aduh sedapnya.. tambah dah lama tak makan.. beli lah rm10.. puas saya mkn.. ^__^

Tiba2 tengah syok mkn buah berangan tu .. kakak Nabilah menjerit.. "mama.. mama ada ikan lah... ikan tu ada kaki.. nak handphone mama.. kakak nak ambil gambar" hahaha tergelak saya mendengarnya.. "itu ikan belacak lah kakak, ikan tu duduk dua alam.. tak boleh makan, sebab tu org tak tangkap" jelas saya.. 

Dah alang2 disitu kita makan malam ajer disini.. puas makan seafood yg fresh ni.. kami oder Kupang masak sweetsour, tomyam campur, kailan ikan masin, ikan pari bakar air asam. Nabil kemain suka kupang ni.. masa tu kupang tu dulu smpi.. dia mula meratah.. sedapnya mama... 

Selepas solat magrib kami pun beredar pulang.. sempat juga bergambar dgn sunset yg cantik itu.. Subahanallah indah sungguh ciptaan Allah..

Ahad, 27 Disember 2015

JOM BUAT DAN HAFAL SIFIR DENGAN MUDAH

Assalamualaikum kekawan..
Selamat bercuti pada yg masih gi holiday dgn keluarga..
Hari ini saya dan Najeeha menghadiri Seminar Pecutan Awal UPSR 2016 dgn format baru KSSR.. nanti saya update entri ye ;)






Sabtu, 26 Disember 2015

POKOK D HIZARD.. berhati-hati dgn tumbuhan ini.

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi..

Saya kongsikan dari wasap group.. moga kita lebih berhati-hati

Anak perempuan Besan saya (umur 31 thn) baru meninggal semalam sebab oleh leukimia. Arwah dpt leukimia ni semasa buat Master in botanical kat USM semasa mengkaji sejenis tumbuhan ni. Rakan se research beliau dah meninggal tahun lepas atas hidap penyakit yg sama. Arwah dpt bertahan hingga semalam. Memang telah disahkan oleh pihak USM dan pihak Kem Kesihatan yg punca mereka dpt leukimia tu adalah dari tumbuhan yg kedua2 pelajar Master ni buat research on .... Jadi ceriter pasal pokok yg D Hizzad sebut tu mungkin ada kebenarannye.
 Bole myebabkn cancer
Cina dh tau ttang bahya pokok ni..tpi dia share d surtkbar Cina aje. Yg melayu..rmai x tau..wat perhiasn pokok ni d rumh..

Perhatian. Jika anda ada tanaman ini dirumah, sila musnahkannya dengan membakarnya sebelum ia berbunga. Debuan pada bunganya menyebabkan kanser pada keluarga.
Copy group sebelah

Jumaat, 25 Disember 2015

KEK COKLAT TANPA TELUR

Assalamualaikum kekawan..
Selamat bercuti  yg panjang.. seronok dapat bercuti gi tempat jauh kan..
Tapi saya balik kampung kuang jer.. sebab malam ni pergi rumah kak ateh untuk kenduri tahlil arwah mak.. inshaAllah sabtu ni dan 100 hari mak pergi meninggalkan kami.. Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman..
Sedang mencari kek yg tak perlu letak telur.. kesian kat Nabil tu.. takut juga belum sembuhnya.. nanti bernanah pulak kan.. pastu elok pulak post kat wall resepi ni.. cepat save kat sini.. kejap lagi nak buat..





Resepi Kek Coklat Tanpa Telur

Facebook Page : Resepi Kek & Puding
Website Resepi Kami : Daridapur.com
Telegram Chanel : telegram.me/daridapur 
Bahan-bahan :

1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam ( secukupnya )
3/4 cawan gula
2 sudu besar coklat cip
1 cawan air ( 250 ml ) atau secukupnya – better guna air sejuk dlm fridge
1/2 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar jus lemon
1/4 cawan minyak

Cara Membuat:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah celcius.

2. Masukkan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, serbuk koko yang diayak dalam bekas dan gaulkan sebati.

3. Kemudian, masukkan pula air sejuk, gula,esen vanila, jus lemon,garam serta minyak dan pukul hingga sebati.

4. Setelah itu, masukkan cip coklat dan pukul lagi sehinggalah semuanya sebati dan tidak berketul.

6. Sediakan loyang segiempat dan sapukan mentega pada dasar loyang tersebut. Tuangkan adunan kek coklat ke dalam loyang dan ratakan.

7. Bakar dalam ketuhar selama 35-40 minit sehingga masak. Boleh uji kek dengan lidi untuk pastikan kek masak atau tidak. Cucuk pada kek, kalau bahan melekat pada lidi maknanya kek belum masak.

Toping: Masukkan coklat masakan, sedikit susu segar dan 1 sudu kecil madu dalam bekas dan guna kaedah doule boiler. Biarkan cair dan sapukan topping atas kek coklat, taburkan juga coklat urai sebagai hiasan.

Khamis, 24 Disember 2015

SELAMAT MENYAMBUT MAULID RASUL... JOM IKUT SUNNAH CARA MANDI RASULULLAH..

Assalamualaikum kekawan..
Selamat menyambut Maulidur Rasul kekawan..
Semoga kita dikalangan umatnya yg mendapat syafaat Nabi s.a.w di akhirat kelak.. Jom banyakan selawat dan mengikut sunnahnya..




🚿CARA MANDI RASULULLAH SAW

Cara mandi yang diajarkan oleh
Rasulullah SAW:

1. Bermula dari segayung siramkan
di telapak kaki.

2. Segayung di betis.

3. Segayung di paha.

4. Segayung di perut.

5. Segayung di bahu.

6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.

👉Kita akan merasakan seperti wap/
angin yang keluar dari ubun-ubun
bahkan meremang, setelah itu
lanjutkan dengan mandi seperti
biasa.

✅Hikmahnya: Seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi
dengan air sejuk. Apa yang terjadi?
Gelas akan retak ⚡!!!

🚿Jika tubuh kita .... apa yang retak?
Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah.

🚿Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi tiba-tiba kena 'stroke'. Boleh jadi kita sering masuk angin kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi yang salah.

🚿Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah.
In shaa Allah..

🚫Jangan kedekut ilmu. Sila kongsi
untuk manfaat bersama....
🔹copy and paste🔹

Salam Maulidur Rasul ... Jom Telusuri Biodata Kekasih Kita S.A.W

Assalammualaikum wbt.shbt2.


Sempena hari lahir kekasih kita, jom telusuri biodatanya..

Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab

Nama-nama lain :
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran :
• Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa :
• Arab Quraisy

Agama :
• Islam

Tarikh Lahir :
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi :
• Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir :
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik :
• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu :
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan :
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh :
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri :
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara :
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa :
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :
• Hamzah, Al-A’bbas.
• Sufiah, Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki :
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat :
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam :
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit :
• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal :
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang :
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus :
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

Pendidikan :
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan :
• Gembala Kambing.
• Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul
 • Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama :
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama :
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan :
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi :
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم

Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit :
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan :
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

Hijrah ke Madinah
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam :
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.

Sahabat-sahabat Kanan
:
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan :
• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan :
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan :
• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan :
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati :
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia :
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi :
• ‘Aisyah [ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup]

Anak Yang Paling Disayangi :
• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi :
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi :
• Abu Bakar.

Nasihat Nabi :
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

Wasiat Nabi :
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi :
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat :
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.

Rabu, 23 Disember 2015

Selasa, 22 Disember 2015

MASAK KICAP SOTONG MUNGE ~__^

Salam petang yg ceria kekawan... :)

Balik dari kerja petang tu.. memikir pulak untuk makan malam.. pada hal pagi tu dah kelentang kelentung memasak utk makan tengahari bagi anak2 yg tinggal dirumah tu, sekarang berani sikit nak tinggal mereka tu sebab kakak nabilah dah bercuti.. boleh tengokan adik-adiknya.. bila tinggal dirumah makan jer lah kerja dorang.. jadi kena isi stok yg ada.. dah pesan dengan mereka jgn sesekali cuba memasak.. bahaya.. sebab tu mama dah masak pagi2 utk mereka makan tengahari..
Petang tu sebelum balik kerja dapat mesej dari kakak Nabilah "Mama lauk habis, ada sikit jer sambal, sayur pun sikit ajer, nasi tinggal sikit juga, mama nak suruh kakak masak nasik tak" tertera mesejnya..
Saya reply " kata tak payah masak nasi nanti balik mama masak, cuma keluarkan ikan yg ada dalam petiais tu"
Sampai rumah tengok dikeluarkan ikan sebelah dan sotong, sayur bayam, tanya mereka sotong nak masak sambal ke.. Najeeha request nak sotong masak kicap..


Tadaaa... jadi lah sotong masak kicap saya petang tu.. berseleralah mereka makan adik beradik.. pagi tadi Nabilah bertanya.. Petang ni mama singgah pasar malam tak.. kalau singgah beli kakak Mee Hoon Sup.. ofkos mama pergi.. hari yg ada pasarlah mama nak rehat memasak petang hahhaa ~__^ 
Nanti petang nak mesej budak berdua tu pulak nak makan apa.. dan juga en suami :)

Nak juga resepi masak kicap sotong munge saya yg mudah ini :)
Jom intai

RESEPI SOTONG MASAK KICAP

Bahannya :-
  • 300grm sotong sederhana besar - dipotong ikut suka kekawan ye.. :)
  • sedikit cili kisar
  • 1 biji Bawang besar - dihiris
  • 1 ulas bawang putih - dihiris
  • 4 sudu kicap lemak manis - ikut kicap byk mana suka ye..
  • sedikit air
  • Garam secukup rasa
Caranya :

  1. Tumis bawang hiris dan sedikit cili kisar, sehingga wangi.
  2. Kemudian masukan kicap dan air ikut banyak mana suka, bila dah menddidih masukan sotong dan garam.
  3. Kacau sebentar dan tengok sotong elok masaknya bolehlah diangkat.. tapi sotong ni tak boleh masak lama nanti liat.. agak2 lah ye kekawan.
  4. Siap utk dihidang.


CARA SOLAT SELEPAS BERKHATAN ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..


Kisah nabil berkhatan datang lagi :) Alhamdulillah dah sihat pun dia tu, cuma nak cerita macam mana dia menunaikan solat selepas berkhatan itu hari, masa mula-mula tu dia solat duduk atas kerusi, gambar yg diatas selepas seminggu lebih dah boleh solat seperti biasa.. cuma nak tunjuk macamana dia pakai kain pelikat ketika solat tu.. Abah dia kata ikat kain pelikat tu kat tengkuk nabil nanti mudah nak solat dan kain tu tak kena kat anu nya yg di cut tu ~__^.
Diatas pandangan dari belakang..


Sekarang gambar Nabil solat dari pandangan sisi (seperti gambar diatas), bila di tengok kain pelikat tu jadi mengelembong, jadi tak lah tergesel , bila pergerakan solat dilakukan.. tengok pun macam mudah jer nabil solat tu.. Alhamdulillah semoga dia menjadi anak yg soleh dan sentiasa menjaga solatnya.. anak-anak ni walaupun dah tahu solat tapi kita kena bimbing juga.. selalunya selepas solat maghrib ada penilaian solat dan bacaan dalam solat.. teringat kata-kata ustaz saya dulu, pisau kalau selalu digunakan tumpul juga kan.. begitu juga bacaan kita.. kekadang ada kesalahan yg kita tidak perasan.. InshaAllah nanti saya kongsikan buku penilaian solat dan tertibnya.. 

Isnin, 21 Disember 2015

Hampir terlupa.. MEMANG TAK TERINGAT PUN.. sehinggalah...

Salam petang yg ceria kekawan..

Memang saya terlupa betul kedatangan ulang tahun perkahwinan saya pada hari ini sehinggalah saya membaca entry Siti Rohaida "Suprisekan Insan Tersayang Dengan Dulce Suprise"  bila dah baca tu baru teringat nak suprise utk anniversary nanti.. sekali tengok tarikh kat kalender... tengok-tengok .. lah hari ni lah... ooooiii macam mana boleh lupa..aduh memang dah kilauan emas sungguh saya ni.. makanya tak ada lah nak suprise bagaikan hahhaha..
Wasap jer lah encik suami wish happy anniversary ni..
Pada hal ada baca entri Hani yg mengatakan ulang tahun perkahwinan nya yg ke 13 tahun.. saya pun komen dalam entri hani tu.. tapi masa tu masih tak ingat.. jadi samalah anniversari kita ye.. hari dan bulannya tapi tahun lain..

Apa pun didoakan semoga perkahwinan saya mendapat keberkatan dari Allah dan berkekalan hingga ke syurga. Aamiin..

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG MADRASAH TAHFIZ AL QURAN HIDAYATUL MUTTAQIN

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..
Pada hari sabtu 19 Disember 2015 Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang di Maahad Tahfiz Al Quran Hidayahtul Mutaqin berlangsung di dewan seksyen 13 Shah Alam. Saya pergi berempat beranak aje.. sebab en suami bekerja, kalau sempat dia datang.. tapi tak sempat pun huhuhu..
Tapi tak apa kerja mencari rezeki utk kami sekeluarga perlu diutamakan..
Maka baru minggu ni kakak Nabilah mula bercuti sehingga 3 Januari 2016.

Ucapan dari Pengasas MTAQ Hidayatul Mutaqin ialah Tuan Haji Abdul Aziz.. pada mula ditubuhka tahun 1987 masa itu dikenali dengan nama Madrasah Nahdatul Islamiyah adalah utk anak-anaknya yg seramai 8 orang iaitu 7 lelaki dan seorang perempuan, dari cerita beliau anak2 tidak pernah bersekolah rendah dan menengah.. semua anak2 diajar oleh ustaz utk hafaz al quran dan pengajian Islam.. sehingga kekawannya menegurnya .. dan tanya kemana hala tuju anak2 hafiz ini.. namun berkat usaha dan keyakinan.. anak2 berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti di Yaman dan beberapa negara lain. Seorang yg sangat lemah lembut dan berkasih sayang, dengan itu beliau menasihati mualim dan mualimah yg mengajar di madrasah supaya mengajar anak2 tahfiz dengan kasih sayang kerana itu lah sunnah nabi dalam mendidik anak2.. 


Ini adalah anak Mudir tersebut tak ingat pula anak yg keberapa.. beliau memberi ceremah ringkas mengenai cintai Al Quran dan bercerita tentang dirinya.. katanya seperti yg diceritakan oleh ayahnya sebentar memang dia tidak pernah menjejaki sekolah biasa dan mengambil peperiksaan persekolahan.. kebanyakan seharian hidupnya hanya menghafaz Al Quran.. apabila dia pergi temuga untuk Imam di Masjid Al Ikhlas Seksyen 13 beliau di minta menunjukan sijil SPM tetapi beliau berkata tiada ambil peperiksaan tersebut.. hanya ada sijil dan Ijazah ini sahaja.. Alhamdulillah .. akhir berjaya dalam temuduga jawatan tersebut.

Ustaz Umar Bin Abdul Aziz merupakan Imam 2 Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13 Shah Alam. Mendapat pendidikan pertama dalam bidang hafazan dan syahadah di Madrasah Nahdatul Islamiah Seksyen 3, Shah Alam, Selangor dari tahun 1994 sehingga 1997. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Islamic Studies, Universiti Darul Uloom Zakariyya,South Africa (2000-2006) dan Pengajian talaqqi Fiqh, Tasawuf & bahasa Arab di Darul Mustafa & Ribat Tarim,Hadramaut, Yaman.(2012-2014).Pernah menjadi tenaga pengajar & Penolong Setiausaha Madrasah Hidayatul Muttaqin, Shah Alam sekitar tahun 2008 sehingga 2012. Selain itu, Ustaz Umar adalah pendakwah bebas yang merupakan pemegang tauliah mengajar agama di Selangor. Ustaz Umar juga mengendalikan Slot Usrah Nurani di radio Ikim.



Sebelum ucapan pengasas MTAQHM tadi , dimulakan dengan bacaan Al Quran secara hafazan dari pelajar lilbanin.. tak sempat pulak mengambil gambarnya.. selepas ceramah tu kami dihiburkan dengan qasidah anak-anak tahfiz ini.. 

Selepas itu kami diberi sedikit maklumat bagi anak2 tahfiz untuk melanjutkan pelajaran oleh Pengurus Kolej Yayasan Restu Shah Alam, iaitu Ustaz Azman Bin Abdullah, beliau ada menceritakan sedikit latar belakang sebelum beliau memeluk agama Islam, beliau sebelum ini adalah pendakwah kristian, beliau berkata didalam kitab Injil ada juga menyebut hukum hudud , apabila seseorang itu mencuri hendaklah dipotong tangannya, dari situ beliau terus mengaji Al Quran dan terus memeluk agama Islam lebih 10 tahun yg lalu..
Tambahan beliau MTAQHM dan Kolej Yayasan Restu ada program kerjasama  untuk anak-anak tahfiz melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik peringkat diploma dan ijazah, banyak program pembelajaran yg disediakan seperti Diploma Seni Mushaf, Diploma Perbankan Islam, Diploma Kejuruteraan Automotif , Diploma Asas Perniagaan, Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Islamik dan Sarjana Muda Syariah (Kepujian). Beliau juga ada mengatakan boleh ambil diploma disini dan menyambung peringkat ijazah di Mesir dan Jordan yang mana kolej ada kerjasama pendidikan di universiti disana.

Selepas itu majlis penyampaian hadiah pun bermula, antaranya Hadiah Pelajar Hafizah dan Alimah yg berjaya menghafaz mengikut tahaf yg ditetapkan, Hadiah Khatam Al Quran Dan Penyampaian Sijil Syahadah. Tak banyak gambar yg saya ambil, untuk kak Nabilah belum lagi mencapai tahap , sepatutnya kak nabilah kena hafaz 5 juz tahun pertama tapi hanya mampu menghafaz 2 juz kerana dia perlu mengulang Nazirah dahulu. Tak apa kak, tahun depan kakak cuba lagi ye..  lagi pula yg belajar didalam tu pelbagai peringkat umur, madrasah ini ada juga menerima pelajar dari negara luar, ada dua pelajar dari Filipina.. dalam tahun pertama telah berjaya menghafaz 12 juz dan beliau berazam utk menamatkan hafazannya pada tahun hadapan dan seterus menyambung pelajaran untuk peringkat Diploma, bercita-cita menjadi daie dan membuka madrasah sendiri di negaranya.. semoga usahanya dipermudahkan Allah..

Selepas itu Anugerah sijil syahadah yg mana telah telah tamat menghafaz 30 juzuk Al Quran keseluruhan, tahun ini bagi pelajar libanat seramai 5 pelajar telah syahadah.. apabila mereka telah syahadah akan dipakaikan selendang berwarna biru tu serta hadiah iringan yg lain.

Tiga kembar ini telah syahadah bersama-sama , Alhamdulillah, mengalir air mata ibunya diatas pentas tu (telindung pula ibunya tu, saya ambil gambar pun di tempat duduk sahaja, segan pulak nak beriye-iye kedepan) Dalam pada anak-anak dan ibu lain gembira dengan kecemerlangan anak meraih PT3 , anak2 nya berjaya menghafaz 30 juzuk, bapanya tidak hadir kerana bekerja, ucapan terima kasih diberi oleh anak lelakinya yg juga pelajar madrasah juga. Semoga mereka terus cemerlang dunia dan akhirat.


Dua orang lagi pelajar syahadah, apabila bapanya mengucapkan terima kasih, bapanya menceritakan kesemua anak-anak dihantar belajar di madrasah ini, dua anak lelakinya telah syahadah di sini pada tahun 2006 dan 2009 tak silap saya, sekarang sedang melanjutkan pengajian di universiti tempatan. Alhamdulillah beliau cukup berterima kasih kepada pengasas madrasah ini.

Kak Nabilah cukup teruja untuk bergambar dengan kakak2 kembar ni, sebabnya dia satu asrama dengan kakak2 kembar ni dan dia kata kakak2 ni selalu bantu dia, semalam dia minta saya belikan hadiah utk kakak ni sebagai tanda kenangan, sebab selepas ini kakak2 kembar ni akan menyambung pengajian Alimah dan tidak bersama dia lagi..

Sebelum balik sempat lagi dia bergambar dengan kawan-kawannya, saya bila mereka ramai-ramai macam ni, memang tak kenal lah mana satu kakak Nabilah.. bila dekat baru boleh kenal, selalunya nabil yg cepat kenal mana kakaknya :)

Pada masa ucapan pengasas atau mudir madrasah ni ada meminta pihak ibubapa memberitahu jika ada ibubapa yg hendak menghantar anaknya ke madrasah ini boleh lah hubungi beliau, ini kerana satu madrasah yg dibina oleh seorang penderma dgn kos pembinaan madrasah itu hampir 1 juta di Hulu Langat yg lengkap semua prasarananya, jadi pelajar baru amat dialu-alukan. Oleh itu bolehlah menghubungi Mudir Hj Abdul Aziz Bin Haji Ramli - 0196414893 dan Mudirah Hajah Siti Zaleha Bt Abdul Malek - 0176774548 atau melayari web madrasah untuk mengetahui syarat-syaratnya http://madrasahhidayatulmuttaqin.blogspot.my


Dahulu ada keluar surat khabar kisah doktor al hafiz ni kan..


"Hospital Tuanku Jaafar, Seremban kini memiliki sekurang-kurangnya tiga orang Huffaz yang sedang berkhidmat sebagai Doktor Perubatan di sana. Mereka telah berjaya menghafaz Al-Quran pada usia 16 tahun. Kesemua mereka adalah lepasan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira', Jeram, Kuala Selangor.

 Juga antara mereka, ada yang pernah berjaya melakukan 'Shahadah' iaitu memperdengarkan bacaan Al-Quran penuh dari Surah Al-Baqarah hingga ke Surah An-Nas tanpa melihat Al-Quran secara langsung kepada Ustaz. Perkara ini mengambil masa dari selepas Solat Subuh dan tamat beberapa masa sebelum Maghrib. Hanya berhenti untuk solat fardhu, makan sedikit dan membuang hajat (jika perlu).
 Alangkah cerah masa depan kualiti perkhidmatan kesihatan di negara kita, jika ramai lagi doktor berkualiti dapat dilahirkan yang bukan sahaja cemerlang dengan teori dan kemahiran klinikal bahkan turut memiliki ruh Al-Quran di dada mereka. Tepatlah sifat Al-Quran itu sebagai penyembuh dan perawat segala penyakit. "