JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 28 Februari 2019

APA KHABAR MU CH ... 😊❤️

Assalamualaikum kekawan 😍
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua 😍😘❤️

Tentu kekawan tertanya2 bgmn keadaan saya selepas rawatan RAI Tu Kan..
Badan2 saya sakit2 Dan lemah selemah2nya.. Allah jua yg bagi kekuatan pada saya..
Pada Hari pertama lepas pantang RAI Tu.. saya mula utk mengemas bilik Dan membasuh Kain baju.. saya buat kerja mcm biasa utk memasak.. 
Akhirnya ptg Tu saya down teruk sgt.. lesu selesunya..πŸ˜·πŸ€’

Bila masuk FB group TDA merdeka pun membincang perkara yg Sama selepas rawatan RAI ni..

Mereka suruh rehat dulu.. sbb semuanya mengikut keadaan badan sendiri. Faktor umur pun ye juga.. untuk recover semua ini mahu 1 2 Bulan.

Hari Ahad baru ini, adik saya Pak itam Tu dtg ziarah saya, dia bawa lah gel bidara ni utk sapu kat leher. Alhamdulillah terasa kurang sakit leher ni. Ada Rasa mcm bengkak ni... Sakit Rasa tekak.. jazakumullahu khairan khatira buat adik yg dtg ziarah saya.

Maafkan CH doakan CH ye sahabat 😍❤️


Selasa, 19 Februari 2019

Kuarantin RAI Hari ke 8 ~Last Day insyaAllah.. Alhamdulillah semakin sihat.. syukur Ya Rabb πŸ’š

Assalamualaikum kekawan 😍

Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah jua hendaknya dan dikurniakan kesihatan yg baik jua 😍😘 ❤️


Alhamdulillah.. syukur kehadrat Ilahi kerana memberikan kesihatan yg semakin baik.πŸ’šπŸ˜

Ini hasil tangan nabilah.. untuk makan tengah Hari Sabtu Tu.. masak lemak burung puyuh dengan peria Dan masak asam rebus bendi. Dia tahu utk rawatan RAI ni tekak akan Rasa loya.. kena dah dgn tekak saya.. bertambah saya makan 😍 
Nasi bentuk ❤️ buat saya touchingπŸ˜ͺ
Mama pun sayang kakak nabilah.. jazakillah masakan utk mama.. love u😍❤️🌹

Dia masak banyak utk frozen Kan makan Hari isnin nanti katanya 😘😘


Sarapan pagi nasi goreng.. hasil tangan en suami bossku 😍😘
Sedap sgt secukup rasa.. jazakallah atas pengorbanan mu.. sayang u ❤️🌹


Ini makan tengahari Ahad.. hasil masakan nabilah juga. Sup ayam kg Dan kentang, sayur organic Dan lobak merah. Nabilah kata dia nak mkn dgn bihun.. 
Alhamdulillah semakin pandai anak mama masak. Dia masak lebih juga utk Di frozenkan.

Syukur sungguh saya atas kurniaan Allah .. suami Dan anak2 yg sayang Dan ambil berat keadaan saya yg sakit ini. ❤️😍


Nikmat apa yg hendak saya dustakan.
Ya Allah semuanya atas kurniaan Mu jua.
Tiada daya upaya kami, semuanya atas pertolongan Mu jua.
Syukur alhamdulillah ya RabbπŸ’š



Tak sabar nak jumpa Nabil, selalu dapat Surat aje Dari bawah pintu..😍
Mama pun rindu Nabil. InsyaAllah Kita jumpa esok ye😘😘😘❤️πŸ’š

Isnin, 18 Februari 2019

Kuarantin RAI Hari ke 7 - PERKARA YANG WANITA SELALU TERLEPAS PANDANG πŸ‘€πŸ‘©

Assalamualaikum kekawan 😍
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘




Perkara yang wanita selalu terlepas pandang. Adalah bila haid Kita berhenti dan Ada solat Yang perlu Di qada' kan iaitu solat maghrib Dan isyak.

Ringkasan akhir haid. Penjelasan seperti atas.

Inilah rujukan kitab yang saya pelajar.


Bila pergi belajar feqh wanita Hari Tu baru tahu...πŸ˜”
Pastu ustazah kata qada' lah solat yg 2 waktu Kita tertinggal Tu.
Bila saya kira Dari umur 15-49 Tahun ni. 35 Tahun kena ganti. Sebanyak 70 waktu. Jadi berkiralah dgn kawan sebelah. Katalah Kita ganti satu Hari 2 waktu. Mahu ambil masa 3 Tahun.. Kita nak qada' Kan.
Ya Allah ampuni lah dosa2 Kami..
Berikanlah kekuatan Kami utk menggantinya. Aamiin πŸ’š

Saya masa tu ganti/qada' selepas solat zohor dan maghrib. Jadi dapatlah qada' 2 waktu Tu. Sekarang saya manfaat kan masa kuarantin RAI ni.. banyak-banyak .. insyaAllah.. dipermudahkan Allah jua usaha ini. Aamiin πŸ€²πŸ»πŸ’š

Mohon kekawan sharelah. Semoga mana yg tak tahu dengan ilmu ini dapat di manfaatkan.


Ahad, 17 Februari 2019

Kuarantin RAI Hari ke 6 ~ Masih rutin yg Sama Dan ada perumahan ❤️🌹

Assalamualaikum kekawan 😍

Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah jua hendaknya 😘
Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua 😍

Masih minum air banyak-banyak.. Ada air kangen, air zamzam (stok balik umrah itu Hari) Dan air tapis untuk makan ubat.
Badan Masih terasa panas.. Mandi juga dlm 3 jam sekali.

Hisap gula-gula untuk kilang air liur sentiasa keluar. Tekak Masih terasa pahit Dan Sakit, tapi tak teruk sangat. Alhamdulillah makan Masih selera πŸ˜‹πŸ€©


Rambut dah gugur sikit2 tapi tak lah botak mcm rawatan kimotrapi Tu.

InsyaAllah lagi 2 Hari habis kuarantin RAI.

Ya Allah kurniakan kesembuhan buat diriku πŸ’š
Jadi saya seorang yg redho Dan sabar. Aamiin 😍🀲

Sabtu, 16 Februari 2019

Kuarantin RAI Hari ke 5 ~ Hikmahnya disebalik kuarantin.. Jom baca buku.πŸ“—πŸ“–πŸ“•πŸ€©

Assalamualaikum kekawan 😍
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua 😘

SENTIASA BERSYUKUR DALAM SEGALA KEADAAN🌹

Menurut sebuah riwayat telah pula dikisahkan bahawa Nabi ISA AS telah berjumpa dengan seorang Yang menderita sakit kusta lagi buta sehingga dia hanya mampu berbaring dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Orang itu berkata :

"Aku memuji Allah SWT yang telah melindungi ku daripada kepedihan yang telah melanda sebahagian banyak orang."

Mendengar pertuturannya ini Nabi Isa AS mendekati orang itu kemudian bertanya :

"Musibah apa lagi yang kau maksud?'

Orang itu menjawabnya:

"Wahai Nabi Allah. Sungguh diriku sangatlah jauh lebih baik daripada orang-orang Yang mana di dalam hatinya tidak dianugerahi makrifat sebagaimana yang aku dapati"

Mendengar pertuturannya ini Nabi Isa AS kembali berkata :

"Sesungguhnya apa yang kau katakan adalah benar. Tolong berikan tanganmu." kata Nabi Isa AS seraya memegang tangannya untuk mengubati semua penyakit yang dideritainya.

Sehingga dia menjadi seorang yang baik dan selalu menjadi sahabatnya Nabi Isa AS Dalam kurun waktu yang lama.


Bermotivasi saya membacanya..🀩

Ini lah bukunya.. carilah.. best sangat..😍

Saya suka baca yg ada sirah/kisah pastu Ada huraiannya.😍😘

Jumaat, 15 Februari 2019

HARI KE 4 KUARANTIN RAI ~ MAKAN PANTANG KETIKA NAK RAI

Assalamualaikum kekawan 😍
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘

Saya Masih lagi makan pantang larang rawatan RAI ni.. Dan juga utk bertemu dgn family. Malam pertama siap dapat Surat Dari Nabil 😍 rindu mama.. tulisnya.. boring kat bawah ni.. abah sibuk dgn kawan dia.. mengapa Nabil tak boleh tido Dan dekat mama ?.. panas kat bawah ni.. πŸ˜ͺ siap tulis lagi.. nanti balas, tulis kat belakang ye..

Saya pun balaslah suratnya..  Radiasi ni sangat bahaya pd orang sihat sebab Tu tak boleh dekat Dan sentuhan dgn orang. Kalau panas .. tido bilik kakak .. pasang air-conditioning.. sabar ye.. 8 Hari Kita tak boleh dekat🀨 mama pun rindu Nabil 😘😘

Pastu sembang balik pintu.. saya kata Dah gi tido.. rupanya dia hi tido bawah dgn abahnya 😁

Ini menu saya Hari pertama RAI.. bubur Dan sup sayur ayam. Saya dah masak pagi Tu sebelum gi buat rawatan RAI. Jadi balik panas Kan ajeπŸ˜‰

Ini Hari kedua.. menunaikan rendang ayam lunch Tu. Rendang ni saya frozenkan. Masak awal juga. Jadi dorang pun boleh makan Sama. Pagi en somi bagi bekfes roti dgn air Tamar Koko. Jus durian belanda Dan buah betik Tu , makan sebelum lunch.πŸ˜€

Ini menu Hari ketiga.. ayam kampung masak kurma, Masih lagi berulam pegaga. En somi panaskan ajer masak kurma Tu. Selera pulak makan πŸ˜‹πŸ˜…

Ini menu Hari ini, en suami bossku yg masak, puyuh berlado dan sayur organic goreng. Buah Naga Dan jus delima.πŸ˜‹πŸ˜‹

Terima kasih bossku😍🀩😘

Untuk esok kenalah kak nabilah tolong masakan, en suami kata nak Minta tolong adik dia.. buat frozen utk burung puyuh yg Ada ni.. masak Kari ke, rendang ke atau tambah 2 ekor ayam kampung lagi utk masak ayam masak merah ke. Sehingga saya habis kuarantin PADA 19.2.2019, Hari selasa depan.

Saya Ada juga ambil menu Dari group TDA Tu.. boleh bagi idea menu πŸ˜„




CADANGAN MENU HIDANGAN UTK PESAKIT KANSER TIROID YANG AKAN MENJALANI RAWATAN RADIO OIDINE – dlm grup ni selalu kita sebut sbg RAI

12.04.18  yg lps adlh tarikh RAI sy yg PERTAMA.  Dlm bln Februari, sy mendpt panggilan drp pihak IKN  yg memaklumkan segala tarikh berkaitan pemberhentian pengambilan ubt tiroid dan supplement serta makanan yg perlu dipantang sebelum menjalani RAI.

SANGAT PENTING bg kita mematuhi arahan tersebut agar rawatan tidak ditunda dan kita tidak menyusahkan diri sendiri serta org lain. Mulai dari itu, sy betul2 mencari maklumat dan pantang larang RAI, TAKUT sy jika terlanggar pantang sehingga rwtn dibatalkan.

Saya tahu, bukan senang kan nak pikir menu utk 2 minggu tempoh pantang tu…. Sy sendiri pon mengalami pengalaman smpi tahap tak tahu nak masak apa… jadi utk membantu rkn2 dlm grup ni yg akn menjalani RAI sy sharekan beberapa resepi yg mungkin blh membantu.
Suka sy jelaskan, resepi ini sy adun berdasarkan arahan pantang larang drp IKN….DAN PERLU DIFAHAMI… ARAHAN PANTANG LARANG BLH JD BERBEZA DGN HOSPITAL LAIN

Dlm resepi yg sy buat ni, sy buat utk mkn dr pg smpi petang terus, masak sekali waktu pg shj sebelum pergi kerja.. blk kerja dah penat.. dah tak larat nak masak lg.. Dlm menu,  sy lebih menekankan aroma bau.. sbb kita dah tak blh mengharap pd rasa lg.. kan.. sbbnya garam kena kurangkan.. gula putih  memang sy tak ambil sejak tau kena kanser.. kiranya sgt penting utk menghasilkan bau atau aroma masakan spy  menerbitkan rasa selera utk makan… wlu pon tanpa rasa garam gula…
Mula2 sy nak tunjukkan jenis garam, ini garam yg guna utk masukkan dlm masakan ye..info pasal garam ni pon sy dpt dr grup ni jugak… garam ni kat supermarket spt AEON BIG atau Jaya Grocery ada jual.. ada jugak jenama lain.. yg penting cari yg tak ada iodine !!!Gambarnya ada  dkt last page ye..

Oleh krn setiap resepi,  sy guna  ayam kampong.. isinya agak  keras klo dimasak  sekejap.. maka.. setiap hari pagi2 kol 5.00 saya akan letak ayam dalam kuali sederhana besar, bubuh air byk skit.. buka api perlahan..biarkan atau tinggalkan atas dapur agar rebusan lama dan ayam jd lembut.. tujuan guna kuali sbb bukaannya yg besar dapat elak drp air membuih kluar.. klo guna periuk,  masa air mendidih tu bimbang air akan membuak kluar sdgkan kita tak ada kat dapur masa tu ..  Dgn cara ni, masa ayam tgh direbus dlm kuali.. tu kita blh pegi siapkan diri .. mandi .. solat sunat.. dan slt subuh

TOM YAM AYAM SAYUR ( kuah putih)
4  - 6 ketul ayam ( ayam kg , isinya sikit jd agak2lah nak guna berapa ketul)
1 batang serai ( klo serai tu kurus –guna 2 batang )
1 ulas bwg besar
2 ulas bwg putih
Halia sehiris /dua hiris nipis
Lengkuas sehiris nipis
5-7 helai daun limau purut
1 tangkai daun ketumbar
Garam tanpa iodine – secubit shj atau ikut rasa
Air perahan lemon / air limau nipis dlm 2 sudu besar – klo tahan masam blh letak 2 sudu, yg  ada gastrik kena la beringat..jgn byk2
Tomato / Karot / Kubis @ bunga kubis ( ikut yg kita blh dan suka mknlah ye) – sy mkn tomato & karot shj
Cili 4-5 biji – sy x letak sbb perut tak thn pedas – gastrik

PERINGATAN ; PES TOM YAM SAMA ADA PUTIH ATAU MERAH TAK BOLEH GUNA YE.. PIHAK HOSPITAL DAH PESAN – JGN GUNA PES TOM YAM

CARA MASAK
1. Ayam yg dah sedia direbus dlm kuali tu biar je dlm tu.. nanti kita masukkan shj semua bhn2 ikut aturan …ingat air tu klo byk keluarkan sket.. agak2 lah utk kuah kita nak mkn 3 kali sehari, mungkin blh sukat dlm 3 - 4 cawan air kut
2. Mula2 masukkan bwg besar yg dipotong besar2, lps tu masukkan bwg putih yg diketuk.. tunggu bwg dah masak.. masukkan halia & Lengkuas
3. Lps tu dah blh masukkan semua sayuran, cili padi dan air lemon, perasakan dengan garam sket

P/S ;
Untungnya masak tomyam putih ni ialah kita blh terus wat sarapan sekali, caranya celur mee hoon, lps tu  ambillah kuah tom yam dari kuali… masukkan mee hoon yg siap celur tadi.. klo tak sempat nak sarapan kat rumah.. masuk bekas.. sarapan kat tempat kerja nanti. Utk bekal tgh hari, tom yam tu blh mkn dengan nasi dan tambah juga ulaman.. setiap hari sy pastikan ada ulam samada daun selom, pegaga atau ulam raja..jadi mkn cpt kenyang wlu nasi cuma sket shj. Manakala utk menu mlm, selain tom yam yg dah ada tu.. blhlah goreng telur dadar dgn menggunakan myk zaitun.. o.k menu Day 1 kira selesai.. jgn lupa top up makanan dengan buahan spt oren, epal hijau dan durian belanda

AYAM MASAK LEMAK CILI API

4  - 6 ketul ayam ( ayam kg , isinya sikit jd agak2lah nak guna berapa ketul – rebus dulu spy isinya jd lembut )
1 batang serai
3 ulas bwg merah
4-5 biji cili padi ( sy guna 1 bj jer.. takut pedas, bahaya gastrik)
Kunyit ( sebesar satu ruas jari kelingking / lbh kurang 1cm)
Asam keping 1- yg saiz kecil saja – nak ambil rasa masam sket jer..
Garam tanpa iodine – secubit shj atau ikut rasa
Santan Kotak / santan perah sendiri – satu setengah cawan  ( klo guna santan kotak tu tambahkan air sket utk cairkan kepekatannya)

CARA MASAK
Tumbuk kunyit, bwg merah dan cili padi, serai tu ketuk2 bg pecah sket
Masukkan santan dlm kuali, masukkan bahan tumbuk tu.. masukkan ayam, asam keping dan serai yg diketuk.. perasakan dengan garam.. dah siap.. nanti mkn tgh hr dengan nasi dan ulaman..top juga dengan buahan dlm menu seharian

AYAM MASAK KARI

4  - 6 ketul ayam ( ayam kg , isinya sikit jd agak2lah nak guna berapa ketul)
3 ulas bwg merah
1 ulas bwg putih
Halia sehiris /dua hiris nipis
Serbuk kari satu sudu kecil
Cili Giling satu sudu kecil
Nisey –  1cm atau sebesar ruas jari..  nak ganti gula putih – bhn  ni blh dpt dr Kelantan atau Terengganu
Asam keping 1- yg saiz kecil saja – nak ambil rasa masam sket jer.
Santan 2  cawan
Garam tanpa iodine – secubit shj atau ikut rasa
Kentang kecil 2 ketul – klo tak suka tak perlu masuk

CARA MASAK
Mayang bwg merah dan bwg putih, tumis guna myk zaitun, masukkan cili giling… Nampak cili pecah minyak masukkan serbuk kari, lps serbuk kari pon dah nampak pecah minyak, masukkan halia .. jaga api agar bhn tumis x hangit!! Masukkan asam keping dan nisey..klo Nampak nak hangit..letak la air sket.. lps tu masukkan ayam.. gaul biar sebati dengan bhn tumis.. tutup periuk..perlahankan api, sekali sekala buka, gaul dan balik2kan ayam… bila tengok ayam dah separuh empuk blh masukkan santan.. kacau smpi gelegak dan perisakan dgn garam..dah blh biar dia gelegak sendiri lps tu.. kacau sekali sekala jer pon tak apa dah.. santan takkan berbintil lg..

P/S ;  Klo saya suka letak kentang dlm kari ayam.. jadi masa nak empukkan ayam tu, masa tu blhlah masukkan kentang yg kulitnya dibuang bersih dan dipotong dadu dlm ukuran 2cm atau sebiji belah 4

AYAM MASAK SUP

4  - 6 ketul ayam ( ayam kg , isinya sikit jd agak2lah nak guna berapa ketul)
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
Halia sehiris /dua hiris nipis
1 Rempah Sup Bunjut
Karot 1 btg, Tomato 1 biji
2 biji Kentang
1 Batang Seleri
Daun Sup, Daun Bwg
Air perahan lemon / air limau nipis dlm 1 sudu besar – utk dptkan sket rasa masam

CARA MASAK
1.   4  - 6 ketul ayam ( ayam kg , isinya sikit jd agak2lah nak guna berapa ketul – rebus dulu spy isinya jd lembut )  Bila isi ayam dah ¾ lembut, masukkan kentang yang dipotong dadu dlm ukuran 2cm atau sebiji belah 4
2.   Bwg merah dan bwg putih mayang nipis dan goreng dlm kuali lain (minyak perlu banyak) – masukkan bwg merah dulu masa nak goreng, biar sekejap smbil kacau sket2.. lps tu baru masukkan bwg putih.. dah nampak bwg2 tu nak jadi warna kekuningan masukkan halia dan rempah bunjut. Lps tu angkat.. toskan dan lap segala minyak pd bwg, halia dan rempah bunjut.. dgn menggunakan tisu dapur.. lap betul2 sampi tahap minimum takde minyak lg
3. Potong tomato dan masukkan dalam periuk yg dah rebus ayam tadi..sukatan air dlm tu agak2 dlm 3-4 cawan
4. Tunggu kuah tu menggelak.. masukkan segala bhn tumis yg dah ditos minyaknya
5. Biarkan bhn tumis teradun dengan kuah sekejap sambil menggelegak..masukkan garam.. masukkan karot , batang seleri  dan air lemon ...  lps tu hiris dan taburkan dgn daun bwg dan daun sup

P/S ;
Untungnya masak sup ayam  ni ialah kita blh terus wat sarapan sekali, caranya celur mee hoon, lps tu  ambillah sup ayam dari periuk… masukkan mee hoon yg siap celur tadi.. klo tak sempat nak sarapan kat rumah.. masuk bekas.. sarapan kat tempat kerja nanti. Utk bekal tgh hari, sup dengan nasi putih. Manakala utk menu mlm, selain sup ayam  yg dah ada tu.. blhlah goreng telur dadar dgn menggunakan myk zaitun
Jgn lupa top up makanan seharian dengan buahan spt oren, epal hijau dan durian belanda

AYAM MASAK KUAH SERAI

4  - 6 ketul ayam ( ayam kg , isinya sikit jd agak2lah nak guna berapa ketul)
2 ulas bwg merah
1 ulas bwg putih
Karot 1 btg, Tomato 1 biji
1 Batang Seleri
Asam keping 1- yg saiz kecil saja – nak ambil rasa masam sket jer.
Lada hitam setengah sudu kecil

CARA MASAK
1. 4  - 6 ketul ayam ( ayam kg , isinya sikit jd agak2lah nak guna berapa ketul – rebus dulu spy isinya jd lembut )
2. Tumbuk lada hitam, bwg merah dan bwg putih dlm lesung, serai tu ketuk2 bagi pecah.
3. Masukkan bhn tumbuk dlm periuk yg dah rebus ayam, masukkan asam keping dan serai
4. Apb kuah dah gelegak, masukkan garam.. lps tu masukkan karot, tomato dan btg seleri yg dah dipotong ikut citarasa kita

 P/S ;
Resepi ni yg asli, bhn tumbuk tu tumis sekejap, tp utk jaga kesihatan sy tak tumis.. terus masukkan dlm periuk dan rebus lama sket supaya bwg2 tu benar2 masak

AYAM MASAK PANGGANG SIMPLE

2 - 3 ketul ayam bahagian dada ( resepi ni tak leh pakai ayam kg,  sbb ayam kg  , isinya sikit wlu pon bhgian dada – lagipon isinya keras – susah nak masak – klo masak pon jd liat, susah nak gigit)
2 ulas bwg merah
1 ulas bwg putih
Karot 1 btg
Halia sehiris /dua hiris .
Sedikit lada  hlitam

CARA MASAK
1. Dada ayam potong nipis2, masukkan dlm kuali non stick.. tutup kuali dengan penutup.. api kena perlahan..  biarkan sampai air kering tp jgn smpi kering betul..takut hangit.. jadi pastikan dimasak smpi tinggal air basah2 sket
2. Tumbuk lada hitam, bwg merah ,bwg putih  dan halia dlm lesung.. lps tu lumur dan gaulkan dengan isi ayam yang dah dimasak keringkan airnya tadi.
3. Ayam dlm kuali keluarkan.. masukkan 2 sudu myk zaitun, masukkan ayam yg berlumur bhn tumbuk.. goreng sekejap smpi nampak isi ayam jd warna putih kuning.. masukkan karot yg dipotong nipis panjang.. perisakan dengan garam..

 P/S ;
 Klo saya buat lauk ni pagi, maka saya buat double… sbb isi ayam tu blh susun ats roti, cover dgn  salad dan hirisan tomato utk buat roti sandwich ayam.. blh buat sarapan tuk ank2 sekali.. untuk  anak2 boleh letak sos dan mayonis.. utk kita baik jangan, cukup ayam dan sayuran shj…

SEKIAN, TERIMA KSH – MOGA BERMANFAAT UTK SEMUA

Khamis, 14 Februari 2019

Kuarantin RAI Hari ke 3 : ANTARA KESAN SELEPAS PENGAMBILAN RAI

Assalamualaikum kekawan semua 😍
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah jua hendaknya dan dikurniakan kesihatan yg baik ❤️😘

Sudah Hari ketiga saya kuarantin RAI..
Kesan sampingan RAI ni berbeza pd diri seseorang. Pada diri saya,

1. Hari pertama tu badan panas sangat. Setiap 1 jam saya mandi. 

2. Tekak Rasa sakit , saya kerapkan minum air.. hari tu saya minum 4 liter air.. alhamdulillah ada air zamzam yg pergi umrah dulu. Saya minum Selang2 dgn air kosong biasa.

3. Kepala pening Dan meloya. Jadi saya terpaksa makan panadol. Doktor dah cakap.

4. Tekanan darah Rendah. Encik suami sampaikan beli Kan alat monitor tekanan darah Tu. Serta siap video Cara penggunaan melalui wasap dgn saya. 

5. Alhamdulillah tak demam.. separuh orang demam. Tapi encik suami belikan juga jangka suhu. Sayang suami ketat2😍😘





Kekawan boleh baca info dibawah yg saya ambil Dari FB group TIROID DAN ANDA.. terima kasih PADA blogger kak Saniah yg kenal saya dgn FB ni..



Antara kesan selepas pengambilan Rai:
(bukan semua yg ambik Rai akan alami semua kesan2 tersebut )

- Rasa payau / hilang selera makan / hilang deria rasa sementara / lidah rasa seperti tebal

- ( Metallic taste in your mouth )

- mulut rasa kering

- sakit tekak

- sakit pada leher - (RAI)Radioiodine boleh buatkan leher anda membengkak atau sakit

- loya atau muntah ( tak teruk )

- sembelit atau cirit birit

- keletihan

- tahap Hormon Tiroid yg luarbiasa rendah ( Hypothyroidsm ) / tahap Hormon Tiroid yg luarbiasa tinggi ( Hyperthyroidsm )

Sekiranya anda mengidap ‘Tiroid Mata’ (Thyroid Eye Disease / Grave’s Ophthalmopathy) ia akan menjadi lebih teruk (sementara) selepas ambik (RAI)Radioiodine.


Rabu, 13 Februari 2019

HARI KEDUA KUARANTIN RAI~ APAKAH TERAPI RADIOIODIN I-131

Assalamualaikum kekawan 😍

Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘

Hari ke 2 saya kena kuarintin rawatan RAI.. doktor siap Kasi senarai spa yg perlu saya elak dalam kuarantin RAI ni..

Balik dari IKN tu terus memerap dlm bilik tak keluar bila Ada orang dirumah Dan hendak kemana pun.. apa yg saya hendak kena minta Dari Dalam bilik.. dah jadi permaisuri pulak..

Nak tahu apa dia RAI.. baca artikal dibawah ye😍


Apakah terapi radioiodin I-131 dan bagaimanakah ia digunakan?

Terapi radioaktif iodin-131 adalah rawatan untuk pesakit yang mengalami penyakit “overactive” kelenjar tiroid.Ia dipanggil “hyperthyroidism”. Penyakit ini berpunca dari “Graves disease” yang menghasilkan terlalu banyak hormon tiroid.

Perubatan nuklear adalah salah satu cabang pengimejan yang menggunakan bahan radioktif yang sedikit untuk mendiagnos atau mengubati pelbagai penyakit termasuklah pelbagai jenis kanser, penyakit jantung dan sebahagian ketidakabnormalan di dalam tubuh badan manusia. Kelenjar tiroid di leher menghasilkan dua hormon yang memproseskan keseluruhan metabolisme badan melalui proses kimia yang menukarkan makanan kepada tenaga. Apabila kelenjar tiroid terlebih aktif, ia akan merembeskan lebih banyak hormon mempercepatkan kadar metabolisme badan.

Bahan radioaktif iodin-131 adalah isotop radioaktif yang menghasilkan sinaran radioaktif untuk tujuan perubatan. Apabila sedikit bahan radioaktif Iodin-131 dimasukkan ke dalam badan (secara minum / telan), badan akan menyerap bahan tersebut melalui kapilari darah sepanjang saluran perkumuhan yang bertumpu kearah kelenjar tiroid dan berfungsi memusnahkan sel sel kelenjar tersebut. Ia juga digunakan agen pemusnah sel kanser.

Siapakah yang terlibat didalam prosedur ini?

Pakar Perubatan Nuklear adalah doktor yang telah melalui latihan kepakaran di dalam bidang perubatan nuklear termasuklah kepakaran endokrin, onkologi, pembedahan tiroid dan perlindungan sinaran.

Adakah ia melibatkan sebarang peralatan perubatan?

Tiada peralatan perubatan yang digunakan semasa rawatan terapi radioaktif iodin.

Memandangkan tiada peralatan perubatan yang digunakan, pesakit hendaklah meminum / menelan dos bahan radioaktif yang disediakan.

Definisi :

Iodin 131 adalah bahan radioaktif  terbuka dengan separuh hayat 8.04 hari. Ia menyinarkan jenis sinar radioaktif gamma dan beta. Jenis sinar yang menyumbang dos serapan bagi organ yang menyerap iodin adalah sinar beta.

Arahan Kepada Pesakit ?

Berhenti mengambil tiroxin (T4) dalam tempoh 20 hari sebelum diwadkan.

Untuk pesakit yang mengambil T3, mereka mesti memberhentikan pengambilan ubat 10 hari sebelum dimasukkan ke dalam wad.

Pesakit akan diberi suntikan hormon secara berulang, setiap 3 hari dengan tujuan untuk meningkatkan “ intake” I-131. Ianya sepatutnya dilakukan dalam tempoh 3 hari sebelum diwadkan.

Langkah Berjaga-jaga Semasa Rawatan

Sebelum diwadkan, sebarang simptom cirit birit atau sembelit mesti diambil kira. Simptom ini boleh menjadi “hazard” kerana jika sisanya tidak dikendalikan dengan betul, ianya boleh mencemarkan kawasan rawatan.

Sekiranya pesakit muntah atau membuang air kecil 3 hari selepas mengambil bahan radioaktif ini, ia hendaklah dibersihkan dengan kerjasama Pegawai Perlindungan Sinaran yang bertugas di hospital anda. Sesiapa yang tinggal bersama dengan pesakit ini, mungkin dicemari oleh bahan sisa pesakit dan tahap kontaminasi hendaklah diukur.

Jika pesakit di dalam keadaan nazak, pegawai bertugas hendaklah tidak melengah lengahkan usaha menyelamatkan nyawa pesakit berkenaan. Contohnya, sekiranya berlakunya kebakaran, kosongkan rumah kediaman yang didiami pesakit., Hubungi Pegawai Perlindungan Sinaran untuk memastikan keselamatan radiasi pesakit, kakitangan, orang awam dan pesekitaran.
Apabila pesakit Iodin-131 meninggal, Pegawai Perlindungan Sinaran hendaklah dihubungi untuk memastikan dedahan radiasi dari mayat pesakit adalah rendah. Pegawai Perlindungan Sinaran hendaklah menjalankan pemonitoran kawalan aktiviti dedahan tubuh mayat pesakit sebelum dimandikan dan dikafankan.
Apabila Merasa Sakit Atau Sembelit

Jika mengalami masalah perut yang sembelit, pesakit dinasihatkan mengambil ubat lawas seperti Gravol.
Sekiranya anda mengalami tanda tanda ketiadaan pergerakan usus dalam 24 jam selepas rawatan Iodin, anda dinasihatkan mengambil susu atau magnesia.
Hubungi doktor anda jika masalah ini berlarutan.
Memperbanyakkan Minum Air Dan Menghisap Gula Gula

Untuk mengurangkan paras iodin-131 didalam tubuh pesakit, adalah disarankan pesakit minum banyak air selepas rawatan selama 2 hari dengan harapan sisa radioaktif yang tersimpan di dalam pundi-pundi kencing akan dapat dikeluarkan dengan cepat.
Anda juga dinasihatkan agar menghisap gula gula selepas rawatan agar bahan Iodin tersebut dieluarkan melalui air liur anda.
Panduan ini semuanya bergantung kepada sejarah kesihatan diri anda.Biasakan berbincang dengan doktor pakar perubatan yang merawat anda sebelum :
menghisap gula-gula
minum air dalam kadar yang banyak
Contoh Kebenaran Sebelum Rawatan



Tips Penting Semasa Di Rumah

Pertama sekali, beberapa faktor yang perlu diambil kira oleh pesakit iaitu jarak ,masa dan kebersihan.

Jarak
Semakin jauh jarak anda dengan keluarga anda, semakin berkurangan kadar dedahan sinaran radioaktif yang diterima oleh ahli keluarga..

Seperti Contoh :-

Menjauhkan diri anda dengan orang lain akan mengurangkan dos radioaktif anda sebanyak ¼ dari dedahan dos anda terima.

Apa yang patut anda lakukan :-

Tidur berseorangan.
Duduk berseorangan di sofa atau didalam kereta.
Duduk sejauh yang mungkin dengan pemandu kereta anda.
Dilarang menggunakan kenderaan awam.
Dilarang menonton wayang atau menghadiri majlis keramaian.
Anda boleh meluangkan masa bersama ahli keluarga sekurang kurangnya 4 meter.

Masa
Elakkan berada lebih 2 jam disamping wanita yang berkeupayaan mengandung atau kanak-kanak. Elakkan bersama lebih masa dengan ahli keluarga kerana ianya akan meningkatkan lebih dos kepada mereka. Faktor ini amat penting terhadap kanak kanak dan perempuan mengandung  terutamanya dalam tempoh  7 hari selepas pesakit mendapat rawatan.

Semasa anda berada disekeliling orang ramai, kurangkan masa seperti berikut :

45 minit sehari sejauh 1 meter
2 jam sehari sejauh 2 meter
7 jam sehari sejauh 3 meter
 Kebersihan
Menjaga kebersihan juga boleh meminimumkan kadar kontaminasi yang ditinggalkan dari badan pesakit. Memandangkan bahan ini dikeluarkan melalui proses perkumuhan , tandas yang digunakan hendaklah dibersihkan segera dan tangan yang dibasuh juga perlu dibersihkan di satu tempat dan dilap menggunakan tisu untuk mengelakkan kontaminasi berlaku.

Khaskan satu bilik air  untuk kegunaan anda seorang . Perkara ini adalah amat penting bagi mengelakkan perkongsian barangan peribadi seperti berus gigi, ubat gigi, tuala dan sebagainya di dalam tandas anda.
Basuh tangan anda dengan sabun dan air yang banyak setiap kali anda menggunakan tandas.
Mandi sekurang kurangnya sekali sehari.
Bersihkan tandas anda selepas digunakan.
Kepada pesakit lelaki adalah dinasihatkan kencing sambil duduk kerana mengelakkan air kencing mereka bertaburan.
Pamkan tandas anda sebanyak tiga kali setiap kali selepas digunakan.
Bersihkan sinki tandas, shower dan takungan mandi setiap kali digunakan.
Selepas memberus gigi , anda dinasihatkan meludah ke dalam mangkuk tandas, dan pamkannya sebanyak 2 kali.
Pamkan semua tisu muka ke dalam mangkuk tandas.
Dilarang memakan gula gula getah.
Dengan mematuhi panduan ringkas ini untuk 5-6 hari secara berterusan selepas rawatan radioiodin I-131, anda tidak merbahayakan orang awam dan juga ahli keluarga anda.

Selasa, 12 Februari 2019

HARI RAWATAN RAI HYPERTYROID 12.2.2019 ~PANTANG MAKAN UNTUK RAI HYPERTHYROID .

Assalamualaikum kekawan
Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua..

Hari ini saya akan membuat rawatan RAI Di institute kanser negara.. doakan saya maafkan saya ye 😘😍.
Semoga dipermudahkan segala urusan saya disini.
Berdebar, semua ada, bermula Dari mlm tadi..

Dalam sebulan ni saya sudah mula berpantang segalanya..
Ini tengah menunggu giliran utk pendaftaran.. ramai juga org menunggu.. bertabah lah ye.. jadi marilah Kita baca buku dulu. 😍😁


PANTANG MAKAN UTK RAI KANSER :
(RAI Hypertiroid pun boleh ikut jugak)

- SEBARANG MAKANAN YANG MENGANDUNGI GARAM LAUT YANG MEMPUNYAI IODINE ( garam yang tidak mengandungi iodine boleh digunakan )

- PRODUK TENUSU (susu,keju,krim,yogurt,mentega,marjerin, ais kerim,coklat dan sebagainya)

- KUNING TELUR (putih telur dibenarkan)

- MEE KUNING

- MAKANAN LAUT ( ikan ,kerang,rumpai laut,udang,ketam)

- MAKANAN YG MENGANDUNGI BAHAN PENGAWET  YG BERASASKAN MAKANAN LAUT ( jelly,agar-agar,karagenan,algin)

- MAKANAN YANG DIAWET DENGAN GARAM LAUT TAIRU ( susu masam ) dan MAKANAN RINGAN.

- MAKANAN SEGERA (ham-is a pork, lox- fillet of brined salmon, sosej,daging kornet- corned beef, cip kentang.)

- PRODUK ROTI KOMMERSIAL yang mengandungi doh iodate (donut,semua jenis roti dan kek)

- MOLASSES -gula merah,madu,gula perang atau gula melaka.

- PRODUK SOYA ( kicap soya,susu soya,taufu)

- KEKACANG ( kacang tanah,kacang merah,kacang hijau dan sebagainya.

- KOPI.

- SAYUR-SAYUR HIJAU.

- KULIT KENTANG ( kentang yg telah dikupas kulit dibenarkan)

- KOBIS,SAYUR SADERI,BUNGA KOBIS.

- UBAT MULTIVITAMIN ( dibenarkan mengambil vit D dan pil kalsium sahaja)

- UBAT BATUK.

- UBAT HERBA TRADISIONAL ATAU UBAT-UBATAN HERBA. (Jika ada)

Sumber: Risalah Hospital

Jumaat, 8 Februari 2019

BILA ALLAH MENJEMPUT PULANG πŸ’š

BILA ALLAH MENJEMPUT PULANG

Sepahit apapun kejadian, suatu hari nanti ia akan menjadi kenangan. Seindah apapun kehidupan, suatu hari nanti ia akan kita tinggalkan.

Dunia kita kumpul untuk diTINGGALkan...tetapi akhirat kita siapkan bekal untuk diDATANGI kerana kita akan pulang ke sana...

Bila kita kumpul dunia banyak, hati akan jadi berat ingin meninggalkan dunia...sebab cinta dunia menjadi kuat. Tambahan pula bila nampak yang kita kumpul itu menimbun...blh menjadi faktor takutkan kematian...

Tapi bila kita menambah bekal akhirat banyak², tak sabar pula ingin pulang ke akhirat sebab harta dah dihantar banyak ke sana...tu yang mati tersenyum gembira.

Sama seperti kita kerja di perantauan tapi upah/gaji kita hantar ke kampung...rasa tak sabar ingin pulang ke kampung kerana upah/gaji yang telah di hantar ke sana dan telah digunakan untuk membangun rumah, beli tanah dan harta di sana..

Begitulah Akhirat..

Kalau telah di hantar amalan dan harta pulang ke sana...Mahligai pun telah tersedia...rasa tak sabar ingin pulang ke Akhirat...

Dunia bukan tempat tinggal tapi tempat meninggal...

Akhirat tempat tinggal dan di sanalah kita akan kekal...

Maka pilihlah untuk meninggalkan dunia sebelum kita meninggal dunia dan pilihlah untuk menyelamatkan akhirat sebelum kita pergi ke akhirat dalam keadaan yang tidak selamat.

 PERINDU SYURGA


Sumner : Facebook

Selasa, 5 Februari 2019

KHASIAT SETIAP SATU ASMA UL HUSNAπŸ’š

Assalamualaikum. Berikut ialah khasiat bagi setiap satu asma ul husna yang mana jika kita amalkan, setiap satu darinya mempunyai khasiat yang berbeza-beza mengikut apakah hajat yang kita inginkan. Insya Allah...

1. YA RAHMAAN
Yang Maha Pengasih.

Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan menjadi hilang dengan izin Allah.

2. YA RAHIIM
Yang Maha Penyayang.

Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari, Insyaallah kita kan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

3. YA MALIK
Raja Yang Maha Berkuasa.

Apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi atau setelah gelincirnya matahari, segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat dan kekayaan yang diredhai Allah.

4. YA QUDDUS
Yang Maha Suci

Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hati, dengki & lain-lain.

5. YA SALAAM
Yang Maha Sejahtera.

Apabila dizikirkan sebanyak 136x, insyaallah jasmani & rohani kita akan terhindar daripada segala penyakit sehingga badan menjadi segar, sihat & sejahtera.

6. YA MU'MIN
Ya Maha Mengamankan.

Apabila dizikirkan sebanyak 236x, insyaallah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

7. YA MUHAIMIN
Yang Maha Memelihara.

Apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat fardu Isyak, insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

8. YA 'AZIZ
Yang Maha Perkasa.

Apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat Subuh, insyaallah kita akan menjadi orang yang mulia disegani orang kerana penuh kewibawaan.

9. YA JABBAR
Yang Kehendaknya Tidak Dapat Diingkari.

Apabila dizikirkan sebanyak  226x pagi & petang semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

10. YA MUTAKABBIR
Yang Memiliki Kebesaran.

Apabila dizikirkan sebanyak 662x maka dengan kebijaksanaan bertindak kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia.

11. YA KHALIQ
Yang Maha Pencipta.

Dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, insyaallah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran, amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat faham.

12. YA BARI'
Yang Maha Merancang.

Sekiranya kita berada di dalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100x selama 7 hari berturut-turut, insyaallah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh daripenyakit tersebut.

13. YA MUSAWWIR
Yang Maha Pembentuk.

Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini selama 10x, insyaallah akan dikurniakan anak yang soleh.

14. YA GHAFFAR
Yang Maha Pengampun.

Sambil Beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, insyaallah akan diampun dosa-dosa kita.

15. YA QAHHAR
Yang Maha Perkasa.

Dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakan & kemewahan dunia dan insyaallah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

16. YA WAHHAB
Yang Maha Memberi Kurnia.

Dizikir sebanyak 100x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu di dalam kesempian, insyaallah segala kesulitan atau kesempitan daam soal apa pun akan hilang.

17. YA RAZZAQ
Yang Maha Pemberi Rezeki.

Dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat Subuh, insyaallah akan dipermudahkan rezeki yan halal & membawa berkat.

18. YA FATTAH
Yang Maha Pembuka.

Dizikir sebanyak 71x sesudah selesai solat Subuh, insyaallah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

19. YA 'ALIM
Yang Maha Mengetahui.

Dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai solat Maktubah, insyaallah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

20. YA QABID
Yang Maha Menyempitkan.

Dizikirkan 100x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

21. YA BASIT
Yang Maha Melapangkan.

Perbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaallah rezeki akan menjadi murah.

22. YA KHAFID
Yang Maha Merendahkan.

Dizikirkan sebanyak 500x setiap hari dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, insyaallah segala maksud yang baik akan ditunaikan Allah. Jika mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

23. YA RAFI'
Yang Maha Mengangkat.

Dizikirkan setiap hari, siang dan malam sebanyak 70x, insyaallah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

24. YA MU'IZ
Yang Maha Membeningkan.

Dizikirkan sebanyak 140x setiap hari, insyaallah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutamanya bagi ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

25. YA MUZIL
Yang Maha Menyesatkan.

Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang yang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, insyaallah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

26. YA SAMI'
Yang Maha Mendengar.

Sekiranya ingin doa kita makbul dan pendengaran kita tajam, amalkan zikir ini setiap hari mengikut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solat Dhuha, insyaallah doa akan mustajab.

27. YA BASIR
Yang Maha Melihat.

Dizikirkan sebanyak 100x sebelum solat Jumaat, insyaallah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

28. YA HAKAM
Yang Maha Melapangkan.

Dizikirkan sebanyak 68x pada tengah malam dalam keadaan suci, insyaallah dapat membuka hati seseorang itu untuk mudah menerima ilmu-ilmu agama.

29. YA 'ADL
Yang Maha Adil

Dizikirkan sebanak 104x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, insyaallah diri kita selalu dapat berlaku adil.

30. YA LATIF
Yang Maha Lembut

Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, insyaallah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris dan maju.

31. YA KHABIR
Yang Maha Berwaspada

Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaallah akan dapat bertemu dengan teman atau anak yang terpisah sekian lama.

32. YA HALIM
Yang Maha Penyantun.

Dizikirkan sebanyak 88x selepas solat 5 waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan, insyaallah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar.

33. YA 'AZIM
Yang Maha Agung.

Dizikirkan sebanyak 12x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderita sakit, insyaallah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin & sebagainya.

34. YA GHAFFUR
Yang Maha Pengampun

Bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengampuni dosa-dosanya dan beriktikad untuk tidak mengulanginya. Insyaallah akan diterima taubatnya oleh Allah.

35. YA SYAKUR
Yang Maha Mensyukuri.

Dizikirkan sebanyak 40x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, insyaalah semua hajat kitaakan dimakbulkan Allah.

36. YA 'ALI
Yang Maha Tinggi

Tulislah zikir ini sebanyak 110x di dalam bahasa Arab, lalu direndam pada air yang dingin dan diminum, insyaallah air tadi mujarab untuk kecerdasan minda seseorang.

37. YA KABIR
Yang Maha Besar

Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1000x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajjud atau hajat)

38. YA HAFIZ
Yang Maha Penjaga

Dizikir sebanyak 99x, insyaallah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

39. YA MUQIT
Yang Maha Pemberi Kekuatan.

Sekiranya kita berada di dalam kelaparan dan sukar untuk mendapatkan makanan, maka perbanyakkanlah zikir ini. Insyaallah badan kita akan menjadi kuat dan segar kerana rasa lapar akan hilang.

40. YA HASIB
Yang Maha Pembuat Perhintungan

Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777x sebelum matahari terbit & selepassolat Maghrib, insyaallah kedudukan kita akan kukuh tanpa sebarang gangguan.

41. YA JALIL
Yang Maha Mempunyai Keagungan

Amalkan zikir ini pada 1/3 malam, insyaallah perniagaan akan bertambah maju, kedudukan akan lebih tinggi dan terhormat.

42. YA KARIM
Yang Maha Mulia.

Untuk Mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

43. YA RAQIB
Yang Maha Mengawasi

Berzikirlah sebanyak 50x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatiri akan hilang kerana berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah.

44. YA MUJIB
Yang Maha Mengabulkan.

Amalkan zikir ini sebanyak 55x sesudah solat Subuh. Insyaallah doa kita akan dimakbulkan Nya.

45. YA WASI'
Yang Maha Luas

Apabila di dalam kesulitan maka amalkanlah zikir ini sebanyak 128x setiap pagi & petang. Insyaallah segala kesulitan akan hilang. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, insyaallah kita akan dijaga dari hasad dengki sesama makhluk.

46. YA HAKIM
Yang Maha Bijaksana.

Bagi sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaallah akalnya akan manjadi cergas & lancar dalam menghafal dan mengikuti pelajaran. Amalkan sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

47. YA WADUD
Yang Maha Penyiram Kesejukan.

Amalkan zikir ini sebayak 1000x pada setiap malam. Insyaallah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumah tangga kita akan berada dalam keadaan harmoni.

48. YA MAJID
Yang Maha Penyandang Kemegahan

Untuk ketenteraman keluarga, amalkan zikir ini sebanyak 99x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. Insyaallah semua anggota keluarga kita akan meyayangi& menghormati kita sebagao ketua keluarga.

49. YA BA'ITH
Yang Maha Membangkitkan

Zikirkan sebanyak 100x dengan meletakkan kedua tangan ke dada. Insyaallah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

50. YA SYAHID
Yang Maha Menyaksikan

Apabila ada diantara kedua keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & mengubah sikapnya.

51. YA HAQ
Yang Maha Besar

Perbanyakkan zikir ini, insyaallah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

52. YA WAKIL
Yang Maha Pemegang Amanah

Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, insyaallah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sedia kala.

53. YA QAWI
Yang Maha Kuat

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berhadapan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

54. YA MATIN
Yang Maha Kukuh

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

55. YA WALI
Yang Maha Melindungi

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izin Nya, kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang yang bersifat dengki.

56. YA HAMID
Yang Maha Terpuji

Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

57. YA MUHSI
Yang Maha Penghitung.

Sekiranya kita menginginkan diri kita digolongkan dalam pertolongn yang selalu dekat dengan Allah, maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

58. YA MUBDI
Yang Maha Memulakan

Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470x setiap hari. Insyaallah.

59. YA MU'ID
Yang Maha Mengembalikan

Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri & sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124x setiap hari sesudah solat. Insyaallah akan dipertunjukkan hasilnya.

60. YA MUHYI
Yang Maha Menghidupkan

Amalkan zikir ini 58x setiap hari, insyaallah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

61. YA MUMIT
Yang Maha Mematikan.

Barangsiapa yang memperbanyakkan zikir ini, insyaallah akan dipermudahkan dalam perniagaan,politik & sebagainya.

62. YA HAYYU
Yang Maha Hidup.

Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah dalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

63. YA QAYYUM
Yang Maha Menegakkan.

Amalkan zikir ini sebanyak 1000x setiapmalam atau siang, insyaallah akan memperolehi harta yang banyak lagi berkat, dikasihi oleh setiap manusia, berwibawa, ditakuti musuh & menjadi insan yang terhormat.

64. YA WAJID
Yang Maha Menemukan

Andai keinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

65. YA MAJID
Yang Maha Mulia.

Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

66. YA WAHID
Yang Maha Tunggal

Bagi pasangan yang belum mempunyai cahaya mata, amalkanlah zikir ini sebanyak 190x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama sebulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis. Insyaallah.

67. YA AHAD
Yang Maha Esa

Zikir Asma Allah ini sebanyak-banyaknya, insyaallah kita akan melupakan sifat-sifat yang dinisbahkan kepada diri kita atau orang lain.

68. YA SAMAD
Yang Maha Diperlukan.

Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. Insyaallah diri ini akan berasa kembali segar.

69. YA QADIR
Yang Maha Menentukan

Apabila kita berhajatkan sesuatu namun selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305x setiap hari. Insyaallah segala hajat akan berhasil.

70. YA MUQTADIR
Yang Maha Berkuasa

Amalkan zikir ini sebanyak-banyaknya sehingga apa sahaja ikhtiar kita berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71. YA MUQADDIM
Yang Maha Mendahulukan

Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, "barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184x setiap hari, insyaallah segala usahanya akan berhasil.

72. YA MUAKHKHIR
Yang Maha Mengakhirkan

Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkan zikir ini.

73. YA AWWAL
Yang Maha Awal

Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37x setiap hari, insyaallah segala apa yang dihajati akan diperkenan Allah.

74. YA AKHIR
Yang Maha Akhir

Amalkan zikir ini sebanyak 200x sesudah solat 5 waktu selama 1 bulan insyaallah akan dibukakan pintu rezeki yang halal.

75. YA ZAHIR
Yang Maha Nyata

Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106x selesai solat ditempat yang sunyi, nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia serta diberi kefahaman ilmu.

76. YA BATIN
Yang Maha Ghaib

Amalkanlah zikir ini sebanyak 30x sesudah solat fardu, nescaya Allahakan membuka hijab padanya dari segala rahsia serta diberi kefahaman ilmu.

77. YA WALI
Yang Maha Memberikan

Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang, insyaallah kita akan dibukakan pintu ma'rifat.

78. YA MUTA'ALI
Yang Maha Meninggikan

Sekiranya kita hendak berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi, bacalah zikir ini sebanyak mungkin. Insyaallah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting akan berhasil.

79. YA BARR
Yang Maha Dermawan

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, insyaallah segala apa yang dihajati akan terlaksana dengan mudah.

80. YA TAWWAB
Yang Maha Penerima Taubat

Perbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. YA MUNTAQIM
Yang Maha Penyiksa

Perbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah dalam berhadapan dengan orang yang zalim.

82. YA 'AFU
Yang Maha Pemaaf

Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83. YA RAUF
Yang Maha Pengasih

Bagi sesiapa sahaja yang inginkan dirinya disayangi oleh sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu pada waktu siang mahupun malam.

84. YA MALIKUL MULK
Yang Maha Menguasai Segala Kerajaan

Seseorang ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa gangguan, amalkan zikir ini sebanyak 212x sesudah solat waktu & 212x pada setiap malam.

85. YA ZUL JALALI WAL IKRAM
Yang Maha Memiliki Kebebasan & Kemuliaan

Amalkan zikir ini sebanyak 65x setiap hari, insyaallah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86. YA MUQSIT
Yang Maha Menyeimbangkan.

Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, insyaallah Allah akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87. YA JAMI'
Yang Maha Pengumpul

Sekiranya ada ahli keluarga kita yang lari daripada rumah amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. YA GHANI
Yang Maha Kaya.

Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, insyaallah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

89. YA MUGNI
Yang Maha Pemberi Kekayaan

Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, insyaallah segala hajat kita akan tercapai.

90. YA MANI'
Yang Maha Mencegah

Amalkan zikir ini sebanyak 161x pada waktu menjelang solat Subuh setiap hari, insyaallah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

91. YA DARR
Yang Maha Pemberi Derita

Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001x pada setiap hari, insyaallah dengan ikhtiar ini penyakit yang telah lama dihidapi akan cepat sembuh.

92. YA NAFI'
Yang Maha Pemberi Manfaat

Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir inisetiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93. YA NUR
Yang Maha Bercahaya

Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barang siapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun akhirat, maka selalulah berzikir dengan Asma Allah ini setiap pagi & petang.

94. YA HADI
Yang Maha Pemberi Petunjuk

Bagi sesiapa yang tersesat dalam perjalanan, zikirlah Asma Allah, insyaallah akan diberia pertolongan dan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95. YA BADI'
Yang Maha Pencipta Keindahan

Andai kita mempunyai rancangan yang besar,maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500x selepas solat fardhu. Insyaallah rancangan kita akan berjaya & berjalan lancar.

96. YA BAQI
Yang Maha Kekal

Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada bila-bila masa, insyaallah dengan ikhtiar ini semua pekerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas dan perniagaan akan terus maju.

97. YA WARIS
Yang Maha Pewaris

Amalkan Asma Allah ini sebanyak yang mungkin, insyaallah kita akan dikurniakan umur yang panjang & hidup yang berhasil.

98. YA RASHID
Yang Maha Bijaksana

Berzikirlah dengan Asma Allah ini sebanyak 1000x di antara waktu Maghrib dan Isyak, insyaallah kita akan beroleh minda yang cerdas.

99. YA SABUR
Yang Maha Sabar

Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir Asma Allah ini. Dengan sifat sabar dan penuh pengharapan kepada Allah, insyaallah segala usaha kita akan mencapai kejayaan.

Sekianlah khasiat 99 Asma ul Husna. Amalkanlah. Semoga beroleh kebaikan.

Aamiin...

Kredit: pesan bonda

Isnin, 4 Februari 2019

KASIH SAYANG ALLAH πŸ’š

MUHASABAH

BiNTANG dan CAHAYA indah di langit yang  nampak banyak itu jika nak dibandingkan dengan kasih sayang ALLAH PADA kita memang tiada BANDINGANya...

MALAM akan gelap tanpa hadirnya 
BINTANG dan CAHAYA...



Begitulah GELAPNYA hidup kita INI 
TANPA kasih sayang dari ALLAH...

Demikianlah antara Kita zaman ini
Saling perlu dalam mengingatkan
Usah bersedih kalau tiada kawan, 
tapi bersedihlah bila ada ramai kawan
tapi tak ada seorang pun yang sudi 
ingatkan kita PADA ALLAH SWT.


Duhai sahabatku
Ingatkanlah aku andai aku terlupa
Ajarlah aku andai aku tersilap
Bimbinglah aku andai aku tersesat.
Perbetulkan aku andai aku tersasar
MAAfkan aku andainyai aku tersalah...


Sumner : Facebook