JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 14 Februari 2020

EID MILAD SAYYIDAH FATIMAH AZ ZARAH BINTI RASULULLAH SAW ❤️😍



20 Jamadil Akhir adalah hari kelahiran wanita penghulu syurga, penghulu semua wanita jagat raya, bidadari dunia yang suci, selalu menjaga pandangannya. Ath-Thohirah, Al Batuull, Al-Mardhiya, Ya Fatimah Bintu Rosulillah 🌸

Diceritakan suatu kisah, Sayedah Fatimah Az Zahra mempunyai rasa malu yang sangat tinggi menjelang ketika hidupnya, juga ketika kewafatannya. Tatkala hidupnya beliau berkata,

"Yang baik pada seorang perempuan itu ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang lelaki".

Tiba masa menjelang wafatnya, beliau sempat mewasiatkan 3 perkara,

1- Supaya Saidina Ali mengkafankannya.
2- Dikebumikan waktu malam.
3- Supaya jasadnya diletakkan didalam keranda (yakni dilindungi daripada dilihat orang kerana beliau sangat malu jika dilihat tubuhnya yang dibaluti kemas oleh kain kafan).

Kitab Innaha Fatimah AzZahra πŸ’•

Fatimah AzZahra mewarisi lisan Nabi Muhammad ﷺ, Isyfa'lana Ya Habibati, Madad! 🌹

Sumber : WhatsApp

Isnin, 10 Februari 2020

Habis PANTANG 40 Hari Dengan Nabil 🀭😁🀩

Assallamualaikum kekawan semua πŸ˜πŸ’–

Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘😍

Rindu dgn anak2 syurga mama ni 😍😘
Pada hari Jumaat 7.2.2020 maka berakhirlah tempoh berpantang selama 40 hari dgn Nabil 🀭😁
Jadi pagi Jumaat Tu saya dapat call dari Nabil.

"Hello, assallamualaikum mama, nanti esok sabtu jangan lupa dtg jumpa Nabil ye" katanya ditalian.
"Waalaikumussalam, Mama dtg ambil petang ni Lepas asar " balas saya.
"Ehhh.. boleh outing je mama? Katanya terperanjat.
"Mama dah wasap mudir, minta pelepasan balik minggu ni, mudir kata pilih tarikh nak balik, nanti 28.2.2020 mama boleh outing dgn Nabil, nanti Kita story jumpa ye" jelas saya padanya.

Sebenarnya ada adengan airmata dgn Nabil Tu 😭 nanti saya story ye.

Cadangan kak nabilah Minta dinner Di Mozers,
Kami sekeluarga suka mkn nasi Arab.. lama tak mkn sekeluarga mcm ni, bila dpt berkumpul bersama, seronoknya 🀩

Mula2 pergi ambil Najeeha Di Samttaj, dia keluar pukul 3.00 pm, Lepas Tu terus pergi ambil Nabilah, dia keluar pukul 4.00pm, kemudian baru jemput Nabil, dia kena ambil lepas solat asar sbb Nabil Ada wazifah dulu, 

jadi Kami solat asar Di masjid jamek kg saya. Bila masuk masjid Tu tentu teringat arwah abah saya 😒. Anak2 pun teringat arwah atuknya, arwah atuk selalu duduk menyandar Di tiang ni Kan.. semua orang rindukan arwah abah😒

Budak Samttaj ni bukan senang nak ambil gambar. Hari Tu suka pulak bergambar.😍😘

Anak mama Nabil ni , rindu sungguh dgn mama, menempel je gambar bersama😍❤️😍

Yang sorang ni jangan cakaplah.. mmg suka bergambar🀭😁


Ini makanan pertama yg sampai, kebab ayam Dan curos coklat aiskrim, itu jer yg sempat ambil gambar, nasi Arab kambing Dan ayam , tak Dan nak ambil, semua dah kebuluran nak makan πŸ€­πŸ˜‹
Kak nabilah smpi minta nasi tambah lagi🀭😁 mmg lapor sungguh ko ni kakak..

Masa makan Tu tekunlah mendengar sembang dorang, masing2 menceritakan aktiviti masing2.. tiba2 Nabil bersuara.. Nabil Ada cerita serammm🀒😧😰 tunggu nanti Nabil cerita..

Kekawan pun tunggu ye nanti saya cerita....✋


Isnin, 3 Februari 2020

Kertas Kerja Bahasa Melayu... Nabilah Di AITAF 😍🀩

Assallamualaikum kekawan semua 😍😘
Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😘😍❤️

Pada Hari jumaat petang Tu, dapat call dari kakak Nabilah, " Mama Hari Ahad ni kakak Ada buat gotong royong sambil buat kertas Kerja Bahasa Melayu" katanya dengan nada teruja🀩

"Ohh.. iya ke?.. buat elok2 ye " pesan saya 😊

Ya lah apa tak terujanya.. 5 Tahun tinggal Di madrasah menghafaz Al Quran, tiada kemana-mana melainkan pergi ke majlis tilawah  Al Quran..

Bersama guru pembimbing mereka.. ni group perempuan..


Ni program yang dirancang utk Hari Ahad. Objektif :

- Tugasan essei bagi subjek Bahasa Melayu berkaitan Sungai, pemuliharaan, kelestarian, isu pencemaran dan sebagainya.
- Aktiviti memupuk cakna dan prihatin trhdap kerja2   volunteer melibatkan kebersihan sungai.
- Lawatan ke pusat takungan air utama di kawasan laluan sungai selangor.
- Riadah kayak dgn kerjasama Persatuan Kanu Selangor
- BBQ

Semoga memberi impak baik kpd pljr2.



Ini bersiap sedia utk gotong royong membersihkan persekitaran.

Budak2 lelaki lah yg menanam pokok.

Perempuan tolong bersihkan ..

Aktiviti berkayak Pula pd ptg Tu..


Rajin budak2 lelaki ni membakar ayam.. tentu dah kelaparan.πŸ˜‹πŸ˜


Akhirnya acara penyampaian hadiah pada pemenang..
Terima Kasih banyak-banyak pada cikgu yg share gambar pada group wasap AITAF.. gembira Rasa hati ibu bapa😍😊

Mama doakan kalian semuanya berjaya dengan cemerlang didalam peperiksaan SPM kelakπŸ’ͺ😘😍

Simpan kenangan kakak Nabilah Di AITAF ni..😍

Jumaat, 31 Januari 2020

DOA DIBEBASKAN DARI API NERAKA..

Salam jumaat 😍❤️


Barang siapa yg membaca doa ini ;

"Ya Allah, sesungguhnya Aku bersaksi kepada-Mu, Aku bersaksi keatas para malaikat-Mu, keatas para malaikat pemikul 'Arsy-Mu, Dan aku bersaksi keatas segala sesuatu yg ada dilangit Dan dibumi Bahawa sesungguhnya Engkau adalah Allah, tiada Tuhan kecuali Engkau, Yg Maha Esa, yg tidak Ada sekutu bagi-Mu Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Mu"

Sesiapa yg baca 1 kali, Allah bebaskan 1/3 drpd api neraka, siapa baca 2 kali dibebaskan 2/3 drpd api neraka, siapa baca 3 kali dibebaskan seluruh tubuhnya.

Rabu, 22 Januari 2020

KERESAHAN

KERESAHAN

Allah SWT telah menegaskan dalam firman-Nya bahawa manusia tercipta dengan penuh keluh kesah.

Keluh kesah yang dihadapi setiap individu juga berbeza2 satu sama lain.

Mungkin keluh kesahnya seorang pelajar sekolah ialah ketika ia harus mengerjakan homework yang harus dikumpulkan esok hari

Mungkin keluh kesahnya seorang hamba tatkala mencari pekerjaan,
seorang itu namun tak kunjung mendapatkan pekerjaan yang layak.

Mungkin keluh kesahnya seorang yang telah memiliki pekerjaan ialah ketika umur terus berlanjut namun tidak juga mendapatkan jodoh yang didambakan.

Mungkin keluh kesahnya seorang yang telah menikah ialah menantikan kelahiran buah hati, terlebih saat melihat tinggalan usia pernikahan lebih dari lima tahun namun belum juga dikurniakan anak

Mungkin keluh kesahnya seorang yang telah memiliki anak ialah saat harus mendidik dan membesarkan anak  memerlukan biaya tak sedikit

Mungkin keluh kesahnya seorang yang sudah lanjut usia ialah disaat anggota tubuh dan daya ingat yang sudah tidak bekerja maksimum sehingga segala memerlukan bantuan orang lain,

Demikianlah keadaan manusia saat hidup didunia yang selalu diliputi keluh kesah, namun ketahuilah bahwa keluh kesah didunia ada ubat penawarnya, lain cerita jika keluh kesahnya di akhirat yang ada hanyalah keresahan yang terus bertambah keresahan. Salah satu ubat penawar yang mampu menghilangkan keresahan ialah dengan berzikir. Sebagaimana Allah SWT berfirman “Ingatlah hanya dengan berzikir menyebutkan nama Allah SWT hati menjadi tenteram” zikir pun
banyak ragam dan macamnya,intinya zikir ialah mengingat Allah SWT.



Selasa, 21 Januari 2020

KISAH JENAZAH YANG DISHALAWATI 70 RIBU MALAIKAT

KISAH JENAZAH YANG DISHALAWATI 70 RIBU MALAIKAT

Kisah ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. :

Pada suatu pagi Rasulullah SAW bersama sahabatnya Anas bin Malik r.a. melihat suatu keanehan. Bagaimana tidak, matahari terlihat begitu redup dan kurang bercahaya seperti biasanya.

Tak lama kemudian Rasulullah SAW dihampiri oleh Malaikat Jibril.

Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Malaikat Jibril : "Wahai Jibril, kenapa Matahari pagi ini terbit dalam keadaan redup? Padahal tidak mendung?"
"Ya Rasulullah, Matahari ini nampak redup karena terlalu banyak sayap para malaikat yang menghalanginya." jawab Malaikat Jibril.

Rasulullah SAW bertanya lagi : "Wahai Jibril, berapa jumlah Malaikat yang menghalangi matahari saat ini?"
"Ya Rasulullah, 70 ribu Malaikat." jawab Malaikat Jibril.
Rasulullah SAW bertanya lagi : "Apa gerangan yang menjadikan Malaikat menutupi Matahari?"

Kemudian Malaikat Jibril menjawab : "Ketahuilah wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah SWT telah mengutus 70 ribu Malaikat agar membacakan shalawat kepada salah satu umatmu."

"Siapakah dia, wahai Jibril?" tanya Rasulullah SAW.
"Dialah Muawiyah...!!!" jawab Malaikat Jibril.
Rasulullah SAW bertanya lagi : "Apa yang telah dilakukan oleh Muawiyah sehingga saat ia meninggal mendapatkan kemuliaan yang sangat luar biasa ini?"
Malaikat Jibril menjawab : "Ketahuilah wahai Rasulullah, sesungguhnya Muawiyah itu semasa hidupnya banyak *membaca Surat Al-Ikhlas di waktu malam, siang, pagi, waktu duduk, waktu berjalan, waktu berdiri, bahkan dalam setiap keadaan selalu membaca Surat Al-Ikhlas."*

Malaikat Jibril melanjutkan penuturannya : "Dari itulah Allah SWT mengutus sebanyak 70 ribu malaikat untuk membacakan shalawat kepada umatmu yang bernama Muawiyah tersebut."

SubhanAllah ..
Walhamdulillah ..
Wala ilaha illallah ..
Wallahu akbar.

Rasulullah SAW bersabda : ''Apakah seorang di antara kalian tidak mampu untuk membaca sepertiga Al-Qur'an dalam semalam?" Mereka menjawab, "Bagaimana mungkin kami bisa membaca sepertigai Al-Qur'an?" Lalu Nabi SAW bersabda, "Qul huwallahu ahad itu sebanding dengan sepertiga Al-Qur'an.'' (H.R. Muslim no. 1922)

Boleh di share biar lebih bermanfaat buat orang banyak, kalo pelit di simpen sendiri juga gak apa apa
Rasulullah S.A.W bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."

(HR. Al-Bukhari)

Sumber : WhatsApp

Isnin, 20 Januari 2020

GOLONGAN YG DIDOAKAN OLEH MALAIKAT

GOLONGAN YANG DIDOAKAN OLEH MALAIKAT:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf barisan depan di dalam solat berjamaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjamaah.

5. Para malaikat mengucapkan ‘Amin’ ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjamaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang berinfak.

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit.

12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

(Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

Sumber: WhatsApp

Ahad, 19 Januari 2020

Orang Yang Paling Lemah adalah Orang Yang Tidak BerdoaπŸ˜“

Orang Yang Paling Lemah adalah Orang Yang Tidak Berdoa

Daripada Abu Hurayrah RA, beliau berkata: Rasulullah ο·Ί bersabda:

“Orang yang paling lemah ialah orang yang lemah untuk berdoa, dan orang yang paling bakhil ialah orang yang bakhil untuk memberi/menjawab salam.”

Di antara tujuan utama berdoa adalah menzahirkan kefaqiran seorang hamba kepada Tuhannya - Allah SWT.

Abdullah Jalil

Sumber : Facebook


Khamis, 2 Januari 2020

Kembali ke asrama SAMTTAJ.. Syaza Najeeha 😘😍❤️

Assallamualaikum kekawan semua 😍😘
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua ditahun baru 2020πŸ˜πŸ’–


Semalam 1/1/2020 menghantar Syaza Najeeha Pula kembali ke sekolah.. Masih Di SAMTTAJ meneruskan pengajian. Lepas solat zohor terus gerak gi sekolah. Pendaftaran asrama bermula pukul 2.00pm.. nak pergi awal katanya utk cop katil bawah🀭 macam2 anak2 ni Kan.. smpi sekolah pelajar tak ramai lagi yg sampai. Alhamdulillah Tahun ni dia dpt asrama bawah , tak perlu Naik tangga katanya.. 

Saya berdua beranak je dlm bilik asrama Tu.. orang pertama masuk bilik Tu Kan 😁 tolong dia kemas bilik Tu Dan susun barang2. Geram rasanya nak menyapu.. sebab byk habuk Dan berpasir juga.. cakap dgn Najeeha.. mana nak dpt penyapu.. katanya tak apa nanti dia Minta kat cleaner.. dia kata mama balik lah nanti dia kemas dgn kekawan.. apa tak nya mama membebel ajerπŸ˜‚


Cikgu sekolah wasap senarai Nama pelajar yg Naik tingkatan 4.  Najeeha dapat kelas perakaunan berdasarkan dgn pencapaian keputusan PT3 tempohari. Cikgunya kata boleh buat rayuan kalau nak masuk kelas lain. Najeeha kata dia nak kelas perakaunan Tu.. tak payah tukar lah mama..

Baiklah mama doakan utk anak2 mama.. Semoga dipermudahkan untuk menuntut Ilmu..

Ya Allah yg Maha pemberi Ilmu Dan Hikmah, kurniakanlah kpd anak2 kami yg Maha Pengurnia. Permudahkan lah mereka semua dlm menuntut ilmu. Aamiin 🀲🏻❤️😊

Sekarang ni tinggallah Kami berdua dirumah.. sunyi dah anak2 semua diasrama.. Alhamdulillah saya pun dah Ada aktiviti harian.. menuntut ilmu akhirat di Masjid Negeri Shah Alam.. syukur ke hadrat Ilahi yg memanjangkan usia saya utk terus memperbaiki amalan saya.