JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 31 Mac 2012

Sudah Ada Kawan Si Cantek Manis ^___^

Jenuh jugak mencari kawan si cantek manis ni ;) ingat tak entri saya SI CANTEK MANIS PALKADOT . Ini pun kirim dengan kawan minta belikan,  bila tengok dia pakai tudung palkadot. Boleh mereka bergaya  tengahari nanti di rumah pengantin.

Tapi risau jugak kerana tidak sama, takut mereka berdua berebut yang ini cantik... yang itu tak cantik. Kena lah mama fikirkan untuk memujuk dua orang anak dara mama ni.

Dua tudung yang berbeza tapi masih palkadot..

Yang ni untuk Nabilah

Yang ini untuk Najeeha ^__^ 
Harap-harap dua beradik ni berlapang dada lah menerimanya....


Khamis, 29 Mac 2012

UDANG MASAK TEMPOYAK

Dah lama tak masak udang masak lemak tempoyak.. hari tu pergi pasar tengok udang laut cantik sangat berlengkor.. apa lagi sambar lah setengah kilo. Petang semalam buat lah masak lemak udang dengan tempoyak. Sebenar saya suka kalau dicampur dengan pucuk ubi.

Udang masak tempoyak

Cara saya masak mudah aje... resipi mak , main campak-campak jer bahan tur... tak tahu macam mana nak terangkan hahaha ^___^. Saya cuba lah yer..

Bahan-bahan:-

300 grm udang
3 ulas bawang merah (kisar)
1/2 inci kuncit hidup(kisar)
10 biji cili api (padi)(kisar)
1 helai daun kunyit.
250ml santan
1 gelas air
4 sudu besar tempoyak
Garam secukup rasa


Cara-caranya:

1) Kisarkan semua bahan kisar tadi. 
2) Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk bersama segelas air.

3) Masukkan santan serta tempoyak dan kacau hingga sebati pada kuah.
4) Masukkan udang dan biar hingga masak. 
5) Masak sehingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa dan hirisan daun kunyit.
6) Sedia untuk dihidangkan.





Rabu, 28 Mac 2012

Mama tengah pening.... ;((

Lain macam jer tajuk entri tu hehehe..

Bukan pening ada isi tapi pening melayan kan Nabil...

Dah hampir sebulan dok menangis tak nak pergi tadika... ni semua gara-gara ustazahnya memasang CD "azab kubur"...

Aduh kenapa lah ustazah ni tak boleh fikir, dalam usia yang mana seseuai untuk ditontonkan. Ada ke patut budak umur 5 tahun di tontonkan. Penyudahnya budak-budak dah ketakutan nak pergi Tadika.

Memang Nabil trauma yang melampau... sekarang mana pegi nak berteman dan tak boleh tinggalkan seorang diri. Bila saya nak masuk bilik air pun dia nak masuk sama. Dah jadi serba tak kena. Malam tidur tak boleh tutup lampu, pasang lampu tidur pun tak nak.. kena lah tidur dalam terang-terang mula nak tidur.

Bila dia dah tidur tutup lampu tu, dia tersedar sibuk cari kita suruh peluk, "Peluk-peluk Nabil takut",
Sampai demam-demam lah nabil di buatnya.

Saya telefon ustazah tu, apa masalah nabil menyebabkan dia begitu takut sekali dan sampai demam, ustazah dia kata Nabil suka berjalan-jalan ke kelas sebelah dan masa solat main-main sebab tu dia pasang CD tu, tak tau lah macam ni jadinya, ingatkan cuma nak bagi peringatan jer...

Saya kata, tak boleh buat macam tu budak-budak tak boleh nak berfikir lagi.. sekarang bila nak pergi tadika menangis tak pergi...

Saya kata pada ustazah tu" cuba beri yang positif pada kanak-kanak".

Ustazah tu kata" nanti saya pujuk balik Nabil".

Biasa lah budak-budak dia suka bermain. Saya bila nak solat dengan mereka, saya akan beritahu mereka yang positif, "kita kena solat betul-betul, tertib, jangan main-main.. bila kita solat baik-baik, Allah sayang kita, Allah bagi banyak pahala dan boleh masuk syurga"..

"Nabil syurga masuk syurga kan ", kata saya... Dia mengangguk suka..

Bila selasai solat dia akan tersenyum riang dan berkata "Nabil solat baik-baik kan mama",

"Ye, dah banyak pahala nabil dapat, Allah pun sayang", balas saya..

Bagi saya mendidik  anak hendak dengan kata-kata positif bukan mendidik dengan cara menakutkan, nanti mereka hanya dapat takut dan tidak faham apa mesej yang kita nak beri.

Seperti kata Prof. Dr Muhaya,


"Untuk membina keyakinan anak, kita harus membina imej diri positif. Jika mereka ada kelemahan fokus dan sebut kelebihan beliau dalam aspek lain. Kelebihan anak bukan hanya pada kesempurnaan sifat fizikal tetapi akhlak yang baik. Kita sebagai ibu bapa harus mencari kekuatan dalam diri anak anak dan sentiasa sebut. Juga kitanharus menekankan kita ingin melahirkan anak anak yang akan menyebut dan mempraktikkan kalam ” Lailahailahaillallah” . Sama kita audit tujuan kita mempunyai dan mendidik anak. Kalau bukan untuk menjadi pencen kubor kita dan tidak menjadikan mereka anak yang akan kesyurga alangkan sia sianya penat jerih kita."


 Kesian Nabil mama, saya fikir nak saja tukar dia tadika lain. Dia pun dah kata "Nabil nak sekolah tapi nak sekolah lain, tak mahu sekolah ni lagi "

Hari pertama di tadika
Di dalam kelas



Nak pegi sekolah naik basikal lah kata Nabil :)


Nota : Macam mana saya nak selesaikan masalah ini :((

Program Bantuan Banjir Di Hulu Langat

Semalam, satu hari saya tiada di pejabat. Saya pergi ke Hulu Langat bagi program bantuan banjir besar yang melanda. Hampir 900 orang yang menerima bantuan dalam program tersebut. Bantuan ini sekadar meringankan beban mangsa banjir.

Hampir pukul 2 petang baru selesai program. Sebanyak 8 kaunter dibuka bagi melancarkan perjalanan progam.


Ramai penerima bantuan banjir yang hadir



Bersama ketua operasi daerah Hulu Langat. Baru selesai memberi bantuan.


 Berita penuh program boleh dibaca di Sinar Harian  Zakat: Selangor salur RM664,220 bantu mangsa banjir 

Selasa, 27 Mac 2012

Hati-hati dengan minuman kita...

Saya terima email dari seorang kawan mengenai minuman keras yang berbagai istilah. Mencari yang halal adalah fardhu ain. Jadi kita kena berhati-hati dengan minuman kita sekarang.  Tambahan jika diberi minum pada anak-anak, ini membuat gejala sosial semakin berleluasa.

Disini saya kongsikan artikelnya :-

Istilah-istilah bagi alcoholic beverages & bahan ramuan makanan mengandungi alkohol dalam kategori ARAK.
1.  Wine – Hasil fermentasi/ pemeraman/ penapaian buah-buahan khususnya anggur
     2. Beer/Ale – Hasil fermentasi gandum atau barley
3. Wiski – Hasil fermentasi bijian/ gandum/ jagung/ barli
4. Brandy – Sejenis arak yg dihasilkan hasil penyulingan wine
5. Cocktail – Minuman campuran yang salah satu bahannya mestilah mengandungi minuman beralkohol (istilah international).
6. Cider – Hasil fermentasi epal
7. Rum – Hasil fermentasi tebu
8. Tuak – Hasil fermentasi beras atau air kelapa (mengikut kawasan/daerah)
8. Mojito – Cocktail yg dihasilkan daripada campuran rum, gula, pudina, lime dan sparkling water.
10. Spirits – Istilah umum bagi arak/ minuman beralkohol
11. Liquor – Istilah umum bagi arak / minuman beralkohol
12. Pinacolada – Sejenis cocktail berasaskan jus nenas yang mengandungi rum.
13. Gin – Sejenis arak daripada buah ‘juniper berries’
14. Bitters -Minuman beralkohol dengan mempunyai rasa pahit (bitter) daripada herba-herba.
15. Nasih, Baa atau b’a, Nasih, Kinomol, Lihing ,Bahar – merupakan nama lain bagi arak beras atau tuak dalam bahasa Kadazan.
16. Tequila – Minuman beralkohol yg dihasilkan daripada ‘blue agave plant’
17. Margarita – Sejenis cocktail yang mengandungi tequila dengan campuran orange-flavoured liqueur dan lime atau lemon juice, selalunya dihidangkan dengan garam pada ‘glass rim’.
18.Champagne – Adalah Sparkling wine, hasil fermentasi wine pada tahap kedua
19. Sake – Hasil fermentasi beras.
20. Mirin – Sejenis rice wine yang digunakan dalam masakan seperti teriyaki sos.
21. Todi – Arak hasil daripada air kelapa (palm wine)
22. Scotch – Sejenis wisky dihasilkan di Scotland
23. Amaretto – Arak Itali berperisa kacang badam
24. Calvados – Apple brandy
25. Chambord – Black raspberry liqueur
26. Claret -Light red wine atau Bordeaux.
27. Cognac- Aged, double-distilled wine or fermented fruit juice. Cognac is considered the finest brandy.
28. Cointreau – French, arak berperisa oren.
29. Curacao – Liqueur made from bitter Seville oranges.
30. Creme de menthe – Thick and syrupy, sweetened mint liqueur. Berwarna jernih atau hijau.
31. Framboise – French raspberry liqueur.
32. Frangelico – Italian hazelnut liqueur.
33. Galliano – Golden Italian anise liqueur.
34. Grand Marnier – French liqueur, berperisa orange.
35. Grappa – Italian grape brandy.
36. Grenadine – Pomegranate syrup, kadangkala beralkohol.
37. Hard Cider – Fermented, alcoholic cider.
38. Kahlua – Syrupy Mexican liqueur made with coffee and cocoa beans.
39. Kirsch (Kirchwasser) – Colorless liqueur made of cherries.
40. Red Burgundy – Dry French wine.
41. Schnapps – Flavored, colorless liquor.
42. Sherry – Fortified dessert wine, sweet or dry, some with a slightly nutty flavor.
43. Southern Comfort – Bourbon mixed with peach liqueur.
44. Triple Sec – Arak berperisa oren.
45. Vermouth – Wine-based drink infused with herbs, sweet or dry.
46. White Burgundy – Dry French wine.

Berhati-hatilah jika anda ke restoran yang tiada sijil halal Malaysia terutamanya restoran western food kerana kebanyakkannya menyediakan minuman cocktail. Mungkin anda menjadi mangsa hidangan sebegini sekiranya tidak berwaspada.

Isnin, 26 Mac 2012

Berkat umrah di Mekah ~ Irma Hasmie


Berkat umrah di Mekah, Irma Hasmie dikurniakan jodoh. Cantik berserikan Irma ni, semakin manis pula.
Setiap sesuatu yang terjadi tu ada hikmahnya. Penyudahnya Irma dikurniakan jodoh yang baik. Semoga pertunangan ini akan terus ke jinjang pelamin dan berkekalan hingga ke Syurga.... ^__^

Cantikkan baju tunang Irma ni.. bertambah anggun dia ni..


IRMA bersama (dari kiri) bakal ibu mertuanya Datin Azizah Osman, ibunya Ropitah Abdul Hassan, bakal bapa mertuanya Datuk Dr. Mohd. Radzuan Ibrahim dan bapanya Ibrahim Othman pada majlis pertunangannya yang berlangsung penuh meriah itu.

Boleh baca kisah nya di sini Berkat Umrah di Mekah ~ Irma dikurniakan jodoh. Tumpang gembira bila ada artis ni dah berubah kepada kebaikan. Suka tengok Irma di TV Al Hijrah..





Ahad, 25 Mac 2012

SI CANTEK MANIS PALKADOT ^___^

" Bila mama nak jahit baju palkadot pink tu?" tanya kakak Nabilah. Telah acap kali soalan ni keluar dari mulut kakak ni. Tak sabarlah tu nak pakai baju palkadot tu..

"InsyaAllah, kakak sabar dulu, bila mama ada masa nanti mama jahitlah", jawab saya.

Bagi memenuhi permintaan kakak Nabilah ni, hari sabtu dan semalam (ahad) saya luangkan masa untuk memotong dan menjahit baju tersebut.

Pada hari sabtu saya potong dan jahit tepi baju tu. Masa saya memotong baju tu, kak Nabilah tengok dengan senyum melebar hingga kepipi :)...

"Bestlah mama dah potong baju ni", katanya kepada saya yang sedang memotong baju tu..

"Ye lah untuk memenuhi permintaan kakak, mama potong lah". balas saya..

"Pergi turun bawah, tengok dan main dengan adik-adik, buat perkara berfaedah", arah saya.

Saya memotong baju dibilik atas dibilik mereka berdua, lapang sikit, senang nak bergerak..

Pada petang ahad saya pun memulakan projek untuk menjahit baju tersebut. Saya cuba buat baju kurung pahang.

Semasa saya menjahit mereka berdua bertanya.

"Mama jahit baju siapa dulu?" tanya Najeeha

"Entahlah, mama tak perasan baju siapa dulu", balas saya, sememangnya saya tak perasan baju siapa jahit dulu.

"Mama jahitlah baju Jeeha dulu", kata Najeeha.. Biasalah anak yang seorang ni, kalau boleh dia sahaja yang nak dulu.

"Tak kisah lah baju sesiapa dahulu, insyaAllah mama siapkan kedua-duanya hari ini", janji saya pada mereka.

Keduanya tersenyum riang bila mendengar janji saya.

 Hampir 2 jam saya menjahit sehingga siap keseluruhannya... Apa lagi budak dua orang tu kesukaan bila saja saya menunaikan janji saya kepada mereka.

Pink Palkadot yang mereka pilih sendiri

Dah besar anak mama... baju sama besar jer
bila orang lihat selalu tanya, kembar ke?

Boleh bergaya lah lepas ni
Ingat Apam jer palkadot... Baju pun palkadot ^___^
Saya luangkan masa menjahit baju ni kerana pada hari sabtu ni ada kenduri kahwin dua pupu suami, anak busu pah, nanti boleh melaram budak dua orang ni dengan baju palkadot ni ;))


Sabtu, 24 Mac 2012

Pilu Hati : Badan berlipat dua

Hati seorang ibu, bila baca berkaitan dengan kanak-kanak mesti cepat tersentuh. Begitulah yang saya rasakan bila membaca kisah adik Mohd Ilman Sadiq 18 bulan yang terlanggar oleh kereta ibunya apabila kakaknya tertekan brek tangan dan kereta itu mengundur. Bukan apa kita pasti terbayang anak-anak kita yang masih kecil itu kan. Kena banyak berhati-hati dan perlu perhatian yang penuh terhadap mereka yang kecil ini. Kita tak boleh leka pun walaupun sesaat kerana bermacam perkara boleh terjadi.

Ini artikel yang saya baca di Metro tadi :-



JOHOR BAHRU: “Jantung saya hampir terhenti apabila melihat dia terperosok di bawah kereta dan tidak menyahut panggilan saya,” kata Salinda Kamisan, 38, menceritakan kemalangan menimpa anak bongsunya, Mohd Ilman Sadiq Mohd Abdul Hakim, 18 bulan, petang kelmarin.


Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, kanak-kanak yang mesra dengan panggilan Ilman itu terperosok di ruang bawah kereta ibunya selama hampir lima minit sebelum berjaya dikeluarkan, namun cedera parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.


Salinda berkata, pemeriksaan doktor mendapati anak keempatnya itu mengalami kecederaan dalaman yang serius di bahagian paru-paru apabila tubuhnya terlipat dua akibat insiden berkenaan.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila Proton Iswara itu mengundur tanpa disengajakan selepas kakak Ilman, Norizati Nafisah, 14, tertolak brek tangan ketika ingin mengeluarkan makanan daripada dalam kereta. 



Sebelum kejadian, kereta itu diparkir di depan rumah keluarga berkenaan di Jalan Cengal 3, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Kota Tinggi.


Nota : Peringatan untuk saya juga supaya berhati-hati dengan anak-anak



Jumaat, 23 Mac 2012

Yang Mana Satu Idaman Hati Emak ^__^

Saalam..

Ingat tak entri saya yang lepas Emak Keliru, setelah beberapa jam terbelek-belek dan terbongkok-bongkok, inilah hasil yang mak tangkap sebagai idaman hati emak.

Mari kita tengok bunga apa....

Bunga Ros Peach 

Bunga Matahari Kecil


Yang dibawah ni tak tau nama bunganya... lupa nak tanya mak hehehhe ;)






Canteeek kan... geram saya.. rasa nak petikan hehehe ^__^



Mak kata ni lah kawan mak setiap hari, penghibur hati, boleh cakap-cakap dengan bunga ni walaupun tiada jawapan, tapi menghiburkan hati. Ye lah.. mak tinggal 2 orang jer dengan abah... abah biasalah.. lepas solat subuh di masjid... singgah dulu minum dengan kawan-kawan abah... mak kat rumah cakap lah dengan bunga-bunga lepas solat subuh sambil tunggu abah bawa roti canai... mak kata sampai sejuk roti canai baru abah balik hehehhe...

Memang sejuk lah tangan mak dengan bunga-bunganya.. subur, segar bugar dan harum mewangi... heemmm nyaman nya ^__^



Bunga Tanduk Rusa panjang sampai mencecah tanah



Bunga Kenanga... wangi.. hendaknya diwaktu
 malam, harum semerbak...




Berkilatkan daun bunga ni ...


Inilah mak saya ...Ratu Hati Saya....^__^ sayang mak...

Emak dengan bunga tidak boleh di pisahkan.. ^__^
Dan yang ini.......

Saya lah... anak emak.. suka bunga juga ;)


serta yang ini juga.....


Cucu-cucu mak... pun suka bunga

Nota : Anda semua suka bunga .... ^__^

Khamis, 22 Mac 2012

NABIL + DEMAM = BUBUR

Hehehe... mesti pelik dengan tajuk entri diataskan..

Hari isnin tu hari Nabil demam, panas betul badan dia, bawa pergi klinik doktor kata suhu badan dekat 38c.
Balik rumah dia minta suruh buat bubur... ini saja makanan yang boleh masuk tekak dia bila demam. Siap cakap nabil tak nak bubur sup asing :0... Faham tak maksud dia... Ha.. maksud dia jangan masak bubur lain , sup lain, lepas tu masa makan baru campur sup tu...

Nak tahu bubur campur tu...... ni lah dia...

Bubur campur Nabil ;)

Sampai 3 mangkuk tambah... Alhamdulillah sekurang-kurangnya dia nak makan masa demam kan.. dan minum air kosong banyak-banyak...

Lepas tu saya bagi makan ubat dan selepas beberapa jam dia pun........

Tidur  lena orang demam

Lepas bangun tidur, saya bagi dia minum air barli suam, banyak dia minum.. nak kurang panas badan dia sebenarnya... mujarabkan air ni.. lepas minum, nabil berpeluh-peluh...

Malam tu panas dia dah kurang, paginya demam dia dah kebah.... Alhamdulillah .. dah sihat anak mama...
Dah boleh pegi sekolah...


Rabu, 21 Mac 2012

Misteri ‘van putih’ kembali

Bila baca berita kehilangan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi ini membuatkan saya geram sangat. Macam anak-anak ini milik kau penculik.... eeiii geramnya... Rasa keselamatan anak-anak kita di Malaysia ni macam dah tak selamat... membuat hati para ibu berasa gundah gulana bila anak tiada didepan mata. Takut sangat nak membiarkan anak-anak bermain di taman permainan pada petang hari... sebabnya takut kena culik...

Sangat berbeza pada zaman kanak-kanak saya pada 20 tahun yang lalu, bebas bermain bersama-sama kawan kesana kemari... bahkan berani kekampung sebelah untuk mandi sungai, memetik buah-buahan di dusun... semuanya sentiasa berasa selamat... aman damai, tenang dan bahagia..

Kini anak-anak takut diberi kebebasan untuk bermain seperti kita dulu-dulu...

Saya kongsi artikel metro untuk peringatan kita bersama :-







Misteri ‘van putih’ kembali


Oleh Ahmad Isyafiq Mad Desa
am@hmetro.com.my




SHAH ALAM: Misteri ‘van putih’ kini kembali apabila mangsa culik Nazatul Fadiana Mohd Izwan, 14, yang ditemui di Bangkok 11 Mac lalu, dikatakan diculik sekumpulan lelaki tidak dikenali menaiki van berwarna putih sewaktu berada berdekatan sebuah restoran di Seksyen 9, di sini pada hari kejadian 30 Januari lalu.



Perkara itu diceritakan mangsa kepada ibunya dalam perbualan telefon pada 12 Mac lalu selepas diselamatkan polis Thailand sewaktu ditemui di Stesen Kereta api Hualamphong, Bangkok, Thailand.


Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, apa yang diceritakan mangsa kepada ibunya belum cukup untuk polis mengaitkan kejadian berkenaan dengan motif sebenar mangsa dilarikan ke Thailand.




“Ini kerana buat masa ini polis belum mendapat sebarang maklumat daripada mangsa kerana dia masih dalam keadaan trauma dan menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, semalam.



Zahedi berkata, Nazatul Fadiana atau lebih dikenali sebagai Nana akan terus mendapatkan rawatan di PPUM manakala lima warga Myanmar masing-masing tiga lelaki dan dua perempuan yang diselamatkan bersama mangsa kini masih berada di Bangkok, Thailand.



“Semua warga Myanmar terbabit berdaftar di bawah Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR). Mereka dibawa pulang ke Malaysia bagi membantu polis mengumpul bukti dan menjalankan siasatan menyeluruh,” katanya.



Menurutnya, Nana menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok dan tiba di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), di Sepang, dengan diiringi ibunya, selain beberapa pegawai polis dan imigresen Thailand, malam kelmarin.


“Sebaik mendarat, mangsa terus dikejarkan ke PPUM, Petaling Jaya untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya. Akhbar semalam melaporkan, Nazatul Fadiana dilaporkan hilang selepas dihantar ibunya ke perhentian bas di Seksyen 9, di sini bagi mengulang kaji pelajaran bersama rakannya, pada jam 3 petang, 30 Januari lalu.





Namun, sehingga malam hari kejadian, mangsa tidak pulang ke rumah sebelum ibunya membuat laporan polis di IPK Selangor. Selepas dua bulan dilaporkan hilang, mangsa diselamatkan polis Thailand yang menemuinya di Stesen Kereta Api Hua Lampong, Bangkok, bersama lima warga Myanmar, 11 Mac lalu.

















Ahad, 18 Mac 2012

Hari Lahir Bulan Mac

Pada hari sabtu 17 Mac adalah hari lahir mak. Kami adik-beradik bercadang nak buat sambutan besday Mac pada tarikh itu. Pada sebelah malam, kak angah nak buat kenduri kesyukuran. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan meriah. Selamat hari lahir pada mereka yang lahir pada bulan mac. Kita bercerita sambil tengok gambar ye ^__^



Izzat - 1 Mac

Khairul - 6 Mac

Kak Ngah - 6 Mac

Rahmat - 5 Mac

Dannie - 14 Mac

Husna - 16 Mac

Emak - 17 Mac


Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Haji Azharudin..(adik saya yang ke 7, mengajar di MRSM Kuala Kubu Baharu)




Antara menu pada petang itu ......perghhhh




Acara memotong kek pun bermula...








Diserikan lagi dengan anak-anak buah yang ber karaoke....


Pada sebelah malam kami sekeluarga membaca yasin dan tahlil ringkas serta doa kesyukuran, gambar tiada sebab saya sibuk didapur untuk menghidangkan makanan kepada tetamu... lupa pulak nak suruh anak buah ambilkan gambar.

Selepas tu apa lagi acara membuka hadiah...

Hadiah saya untuk mak Al Quran Digital
Abah dapat handphone.. hari lahir abah 2 Feb, buat kecilan masa sebab tak ramai lahir feb :)


Abang banyak dapat hadiah .... dannie ;)


Husna - gambar potong kek tak ada sebab tidur...


Adik saya, ust Azharudin tengah terang cara nak guna pada emak..

Alhamdulillah, selesai sudah majlis ini... semoga mendapat keberkatan dari Ilahi... Ameen