JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 13 September 2019

Hijrah Daripada Lagha Kepada Soleh๐Ÿ˜

Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜

Sejujurnya sewaktu saya mendengar ceramahnya, membuat saya menitis airmata๐Ÿ˜ข Dan Ada ketikanya saya menangis ๐Ÿ˜ญ semahunya. Sungguh menyentuh jiwa saya. 


Jom lihat Di sini.

https://www.facebook.com/OnlineMajlisIlmu/videos//

Hijrah drpd lalai kpd soleh. Ustaz Hanafiah kata, 1. Hijrah solat iaitu drpd tak solat kpd solat, jika Ada tinggal solat fardhu qadho lah. Ustaz cerita dia drpd umur 9 Tahun tak pernah tinggal solat, tapi ustaz qhado juga solat bila ustaz tahu ustaz sakit. Mcm mana nak qhado solat. Selepas solat fardhu subuh, qhadolah fardhu subuh, begitulah seterusnya.

Muhasabahlah diri Kita yg Ada tertinggal solat fardhu sewaktu muda dahulu. Mula sekali taubat nasuha, janji tidak akan meninggalkan solat fardhu dan bersungguh2 qadho solat yg tinggal itu.

Tontonlah video ini byk yg ustaz kongsi

Isnin, 9 September 2019

Berpuasa Hari Asyura Tanda Kecintaan Kepada Rasul


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berpuasa Hari Asyura Tanda Kecintaan Kepada Rasul

ุนَู†ْ ุงุจْู†ِ ุนَุจَّุงุณٍ ู‚َุงู„َ ู‚َุฏِู…َ ุงู„ู†َّุจِูŠُّ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ุงู„ْู…َุฏِูŠู†َุฉَ ูˆَุงู„ْูŠَู‡ُูˆุฏُ ุชَุตُูˆู…ُ ุนَุงุดُูˆุฑَุงุกَ ูَู‚َุงู„ُูˆุง ู‡َุฐَุง ูŠَูˆْู…ٌ ุธَู‡َุฑَ ูِูŠู‡ِ ู…ُูˆุณَู‰ ุนَู„َู‰ ูِุฑْุนَูˆْู†َ ูَู‚َุงู„َ ุงู„ู†َّุจِูŠُّ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ู„ِุฃَุตْุญَุงุจِู‡ِ ุฃَู†ْุชُู…ْ ุฃَุญَู‚ُّ ุจِู…ُูˆุณَู‰ ู…ِู†ْู‡ُู…ْ ูَุตُูˆู…ُูˆุง

Daripada  Ibnu 'Abbas RA dia berkata; "Ketika Rasulullah SAW  tiba di Madinah, baginda melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura` (10 muharam), mereka berkata; "Lebih tepatnya pada hari Musa mengalahkan Firaun. Maka Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya: "Kalian lebih berhak terhadap Musa daripada mereka, maka berpuasalah." (HR Bukhari No: 4312) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Ibadat Puasa adalah antara syariat yang diwajibkan keatas umat terdahulu. Puasa Hari Asyura (10 muharam) adalah antara syariat Nabi Musa sebagai tanda bersyukur diselamatkan dari Firaun dan tenteranya.

2.  Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura sejak sebelum kewajipan berpuasa Ramadan dan mengajak para sahabat juga berpuasa.

3.  Kita sebagai umat Islam lebih wajar menunjukkan tanda kecintaan kepada para Rasul termasuk Nabi Allah Musa. Antara tanda kecintaan itu dengan berpuasa pada hari Nabi Allah Musa mengalahkan Firaun dan tenteranya yang ditenggelamkan di laut Merah.

Moga Allah sentiasa menjadikan kita orang yang cinta dan kasih kepada para RasulNya. SELAMAT BERPUASA sunat di bulan Muharam.





Rabu, 4 September 2019

SELAMAT MENDUDUKI PERIKSA UPSR NABIL ๐Ÿ˜๐Ÿคฉ๐Ÿ˜˜

Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜๐Ÿ’–


Dulu2 masa kakak dua org nak exam UPSR, Ada tempek kat blog ni, jadi hendaklah juga utk mengabadikan kenangan Nabil Pula mengambil exam UPSR. 

Ada ke anak2 kekawan yg Sama ambil exam UPSR jugak.. 
Semoga anak2 Kita semua dikurniakan ilmu Dan hikmah Dari Allah SWT serta dipermudahkan mereka menjawab nya dgn hati yg tenang ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜


Tengok gambar Dan baca aje kapsyen Dari status wasap saya Tu ye kekawan.. dah menebal sangat huruf M saya nak menulis hihihi.. maaf saya ye.๐Ÿ˜ฌ








Rabu, 28 Ogos 2019

Bukan Untuk Perasan KITA BAIK..๐Ÿ˜”




Sesuatu hal yang dibimbangi ialah apabila kita merasakan diri kita adalah insan yang mempunyai keistimewaan melebihi orang lain dan berasa diri lebih baik.

Hati-hati dengan perasaan membunuh ini. Ia adalah pembunuh amalan soleh secara senyap.

Ujub, sifat tercela yang wajib kita jauhkan diri darinya.

Andai ujub itu datang menyapa di hati kita segeralah BERISTIGHFAR memohon ampun kepada Allah, usah dilayan perasaan itu tadi, lupakannya dan sedarkanlah diri kita bahawa keistimewaan yang Allah anugerahkan itu adalah untuk Kita terus menzahirkan rasa syukur kepada-Nya.

Bukan untuk perasan KITA BAIK...


Sumber : Facebook

Sabtu, 24 Ogos 2019

BAGAIMANA KEADAAN KITA BILA BERTEMU TUHAN ?



*Bagaimana keadaan kita bila bertemu Tuhan?*

Ibnu al-Qayyim rahimahullah berkata :

ู„ِู„ْุนَุจْุฏِ ุจَูŠْู†َ ูŠَุฏَูŠْ ุงู„ู„ู‡ِ ู…َูˆْู‚ِูَุงู†ِ، ู…َูˆْู‚ِูٌ ุจَูŠْู†َ ูŠَุฏَูŠْู‡ِ ูِูŠ ุงู„ุตَّู„ุงَุฉِ ูˆَู…َูˆْู‚ِูٌ ุจَูŠْู†َ ูŠَุฏَูŠْู‡ِ ูŠَูˆْู…َ ู„ِู‚َุงุฆِู‡ِ
Seorang hamba akan menghadap Allah pada dua keadaan. Pertama: Ketika dia berhadapan dengan Allah semasa solat, dan Kedua: ketika dia berhadapan denganNya pada hari kiamat.

ูَู…َู†ْ ู‚َุงู…َ ุจِุญَู‚ِّ ุงู„ْู…َูˆْู‚ِูِ ุงู„ุฃَูˆَّู„ِ ู‡ُูˆِّู†َ ุนَู„َูŠْู‡ِ ุงู„ْู…َูˆْู‚ِูُ ุงู„ุขุฎَุฑُ
Sesiapa yang berhadapan dengan Allah dengan cara yang baik pada saat pertama, dia akan dimudahkan ketika berhadapan dengan Allah buat kali kedua.

ูˆَู…َู†ِ ุงุณْุชَู‡َุงู†َ ุจِู‡َุฐَุง ุงู„ْู…َูˆْู‚ِูِ ูˆَู„َู…ْ ูŠُูˆَูِّู‡ِ ุญَู‚َّู‡ُ ุดُุฏِّุฏَ ุนَู„َูŠْู‡ِ ุฐَู„ِูƒَ ุงู„ْู…َูˆْู‚ِูُ
Sesiapa yang memandang remeh ketika menghadap Allah kali pertama dan tidak melakukan sebagaimana yang sepatutnya, maka dia akan disulitkan tatkala berhadapan dengan Allah pada hari kiamat.

ู‚َุงู„َ ุชَุนَุงู„َู‰ : ูˆَู…ِู†َ ุงู„ู„َّูŠْู„ِ ูَุงุณْุฌُุฏْ ู„َู‡ُ ูˆَุณَุจِّุญْู‡ُ ู„َูŠْู„ุง ุทَูˆِูŠู„ุง (ูขูฆ) ุฅِู†َّ ู‡َุคُู„ุงุกِ ูŠُุญِุจُّูˆู†َ ุงู„ْุนَุงุฌِู„َุฉَ ูˆَูŠَุฐَุฑُูˆู†َ ูˆَุฑَุงุกَู‡ُู…ْ ูŠَูˆْู…ًุง ุซَู‚ِูŠู„ุง
"Dan pada sebahagian daripada malam, Maka sujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bahagian yang panjang dimalam hari. Sesungguhnya mereka (orang kafir) menyukai kehidupan dunia dan mereka tidak mempedulikan kesudahan mereka, pada hari yang berat (hari akhirat)" [Al-Insaan : 26-27]" [Al-Fawaid, 291]

MUHASABAH DIRI Ku Jua๐Ÿ˜”

Sumber : WhatsApp

Khamis, 22 Ogos 2019

Jangan Melihat Seseorang.....๐Ÿ™„๐Ÿง


JANGAN MELIHAT SESEORANG DARI MASA SILAMNYA

Jangan melihat seseorang dari masa silamnya kerana seorang wanita pelacur akhirnya diberi taufiq untuk bertaubat kepada Allah disebabkan ihsannya memberi minum kepada seekor anjing.

Jangan melihat seseorang dari masa silamnya kerana ahli sihir Firaun yang berkumpul untuk melawan Nabi Musa, kesemua mereka akhirnya beriman kepadanya.

Jangan melihat seseorang dari masa silamnya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Kerana seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam Rasulullah saw iaitu Saidina Umar Al Khattab.

Jangan melihat seseorang dari masa silamnya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang Allah (Saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.

Jangan melihat seseorang dari masa silamnya kerana ramai ketua perompak dan penyangak berubah menjadi wali Allah seperti Fudhail bin Iyadh dan Bisyir al-Hafi.

Jangan melihat seseorang dari masa silamnya kerana seorang peminum arak berubah menjadi alim yang warak iaitu Malik bin Dinar.

Jangan menilai orang dari rupanya. Kerana Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar-kejar oleh para bidadari syurga.

Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Kerana kasut emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan selipar lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga.

Jangan memandang orang dari darjat kedudukan kerana seorang lelaki dari Yaman yang masyarakat meminggirkannya dengan menganggap dia sebagai orang gila rupanya diberitahu Rasulullah saw bahwa namanya terkenal di langit iaitu Sayyidina Uwais al-Qarni.

SubhanaAllah...

Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayahNya untuk memburu redhaNya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah. Aamiin..



MARI KITA RENUNG-RENUNGKAN

Sumber: Facebook

Rabu, 21 Ogos 2019

Biar Berjalan Apa Padanya..๐Ÿ’–


Alkisah seekor rusa betina sedang hamil tua.
Ketika mendekati detik-detik kelahirannya, rusa ini pergi ke suatu tempat yang jauh di sisi hutan yang berdekatan dengan sungai.

Tiba-tiba sesuatu yang tidak ia bayangkan terjadi !

Terdengar suara gemuruh dari langit dan tiba-tiba tampak kilat yang menyambar kepermukaan bumi. Hutan kering ini terbakar dahsyat karena percikan api dari petir tersebut.

Ketika rusa ini menoleh ke kiri, tampak seorang pemburu telah siap melesatkan anak panah ke arahnya.

Saat menoleh ke kanan, ia pun terkejut melihat seekor singa lapar yang siap menerkamnya.

Maka tiada pilihan bagi rusa ini selain :

1. Mati dimangsa singa.
2. Mati terkena panah.
3. Mati terbakar.
4. Atau mati tenggelam karena melompat ke sungai.

Yang jelas ...
Bahaya mengancam dari berbagai penjuru dan tidak ada lagi kesempatan untuk berlari.

Lalu apa yang harus ia lakukan?
Bersedih dan merintih?

Menangis dan menjerit?
Atau ia harus berlari sementara kondisinya begitu lemah?
Atau menyerah pada keadaan?

Rusa pun pasrah. Dia hanya fokus untuk melahirkan bayinya.

Lalu apa yang terjadi?

Kilat-kilat yang menyambar mengganggu pandangan si pemburu. Akhirnya panah yang dilesatkan pun meleset dan mengenai si singa lapar. Singa malang itu mati seketika.

Tiba-tiba hujan datang begitu deras dan memadamkan kebakaran di hutan tersebut.

Pemburu lari mencari tempat berteduh dan tidak fokus lagi kepada rusa tersebut.

Rusa pun melahirkan dengan selamat !

Sahabatku....

Segala kesulitan menyerbumu dari segala arah. Masalah datang bertubi-tubi seakan tak memberimu kesempatan untuk bernafas lega.

Masalah di tempat bekerja,
Masalah di dalam rumah,
Masalah di jalan,
Masalah dengan anak-anak kita semuanya datang bersamaan.

Seakan kamu tidak bisa lagi berbuat apa-apa..

Lalu apa yang harus dilakukan?
Jadilah seperti Rusa. Biarkan semuanya berjalan apa adanya.

Lakukan sesuatu yang mampu kau lakukan !
Selebihnya serahkan kepada Allah

Karena Allah yang mengatur jalan kehidupanmu..

Saudaraku...
Sungguh Allah  menyayangi hamba-Nya melebihi kasih sayang ibu pada anaknya.

DIA lah yang akan menyelesaikan semua masalahmu dan menyembuhkan luka-lukamu.

Jangan berkata, Ya Allah aku memiliki masalah yang besar…

Tapi katakan, Hei masalah, aku memiliki Allah Yang Maha Besar"

Tetap istiqomah...
Semoga bermanfaat ๐Ÿ˜‰

Sumber : Facebook

Rabu, 14 Ogos 2019

"Ya Rabb Terimalah Qurban Kami, Tanda Cinta Kami Kepada Mu ♥️๐Ÿ’š๐Ÿ’–"

Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜˜❤️

Saya membuat qurban pada hari isnin 11 Zulhijjah 1140h , Di kuang seperti tahun- Tahun Yang lalu๐Ÿ‚๐Ÿ˜˜ Alhamdulillah..

Antara yg berkorban pada Tahun ini..


Baik sungguh lembu ini, elok aje membaring diri sebelum disembelih, sungguh redho , semoga diangkat oleh malaikat qurban Kami ini sebagai tanda cinta kami kepada Mu Ya Allah.♥️๐Ÿ’š๐Ÿ’–

Ini kumpulan menyembelih, mudah aje tiada meronta lembu ni..๐Ÿคฉ๐Ÿ˜

Ini kumpulan melapah pulak.. meriah sungguh mereka๐Ÿคฉ๐Ÿ˜

Ini kumpulan utk membahagikan daging korban. Ada je kak andak dgn kak ateh ni dgn kepala lembu ni ๐Ÿ˜Š

Kami kat dlm dgn kumpulan utk menyediakan juadah. Ni pagi Tu sibuk menganyam ketupat, tak sempat nak ambil gambar yg lain utk group memasak ni.๐Ÿ˜

Ini sebahagian juadah pada kenduri tahlil pd Hari itu.
Menunya sup tulang, rendang daging, ketupat, nasi impit, kuih kuih.

Gambar tgh bacaan tahlil pun tak sempat nak ambil.

Pada Hari itu lah baru sempat jumpa cucu kak andak yg balik berhari Raya, Tahun ini 3 cucu kak andak terima, saya ni menumpang gembira bergambar dgn cucu- cucu ni๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜

Salam Eiduladha buat semua sahabat maya saya๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜๐Ÿคฉ


Sabtu, 10 Ogos 2019

Doa Menghayati Hari Arafah Dengan Merenung Hari Akhirat ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ฅ

DOA MENGHAYATI HARI ARAFAH DENGAN MERENUNG HARI AKHIRAT ๐Ÿ˜ฅ
ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู….
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ูˆุขู„ ู…ุญู…ุฏ..
ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ูˆุญุฏู‡ ู„ุง ุดุฑูŠูƒ ู„ู‡،
ู„ู‡ ุงู„ู…ู„ูƒ ูˆู„ู‡ ุงู„ุญู…ุฏ ูˆู‡ูˆ ุนู„ู‰ ูƒู„ ุดูŠุก ู‚ุฏูŠุฑ..

"Allahumma Ya Malikul Mulk, Sesungguhnya Engkaulah Raja & Penguasa Hari Pembalasan yg Mutlak. Sesungguhnya Mahsyar yg Engkau Hamparkan di Akhirat itu akan dikumpulkan semua hambaMu utk Dihisab dgn Penuh Adil ya Hasib ya Muhsi ya Adl dan diBalas semua apa yg dilakukan saat di dunia.

Ya Allah, dihari yg Mulia ini kami yg kerdil ini dtg Memanjatkan DOA dgn Penuh Pengharapan agar Engkau Lindungi kami dari Huruhara Mahsyar nanti *Ya Hafiz Ya Muhaimin. Letakkanlah kami dibawah Lembayung kasih-Mu *Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud*.

*Ya Hafiz Ya Muhaimin* Lindungilah Anggota² Tubuh kami dari Menjadi Saksi ke atas Kejahatan yg telah kami lakukan sepanjang hidup kami juga Penyaksian Hukuman-Mu ya Hakam ๐Ÿ˜ฃ.

Sucikanlah Ya Allah Segala Dosa² yg telah dilakukan oleh Anggota² tubuh badan kami *Ya Quddus Ya Jalil*. Kami juga Merayu kpd-Mu Ya Allah, Engkau Lindungilah kami *Ya Hafiz Ya Muhaimin* dr Tergelincir tatkala kami Menyeberangi Titian sirat-Mu. Lindungilah kami *Ya Hafiz Ya Muhaimin* dari Pengait² Ahli neraka yg berada dibawah titian siratMu.

Ya Allah kami Merintih kpd-Mu dihari Arafah yg Mulia ini, Engkau Tutupkanlah Pintu² Neraka buat kami dgn Serapat²nya *Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Karim*. Lindungilah kami Ya Allah *Ya Hafiz Ya Muhaimin* dr azab NerakaMu *Ya Dharru Ya Hakam Ya Muntaqim*.

Sesungguhnya Azab NerakaMu tidak Mengenal Pangkat, Darjat & Keturunan, Semuanya akan Menerima Balasan yg Setimpalnya atas Kejahatan & Kezaliman masing² *Ya Adl Ya Hakam*.

*Ya Allah Ya Muntaqim Ya Zohir , Zohirkan keadaan  Neraka pd pandangan Matahati kami agar kami sentiasa Merasa takut pada azabMu dengan Patuh akan Arahan²Mu & Menjauhi larangan²Mu.

Sesungguhnya NerakaMu itu Rumahnya Penuh dgn Ular & Kala jengking berbisa yg akan membaham ahli didalamnya. NerakaMu itu makanannya dari Buah Zaqqum yg Berduri & Minuman dari Air Nanah Mendidih yg Menghancur Luluhkan. Seringan² Siksaan, apabila dipakaikan Selipar nerakaMu maka menggelegaklah Otak² Ahli NerakaMu.

Maka Ya Allah Ya Qohhar, Tundukkanlah Nafsu buruk kami agar Tidak Melakukan Dosa² & Maksiat dimuka Bumi ini. Sesungguhnya kami Tak Mampu utk Menanggung Azab nerakaMu *Ya Muntaqim* Walaupun Sesaat dan kurang dari itu.

Kami Merayu kpd-Mu Ya Allah, Engkau Bersihkanlah kami *Ya Quddus Ya Jalil* sebelum kami Pulang ke Pangkuan-Mu. Sesungguhnya kami ingin kembali kpd-Mu dgn jiwa yg Tenang *Ya Mu'id Ya Mukmin*.

Ya Allah ya Razzak ya Ghoni, Rezekikan kami dibangkitkan bersama Para Rasul-Mu utk Menerima Buku Catitan Amal kami dgn Tangan Kanan kami.

Ya Allah jadikanlah Kubur kami Taman² SyurgaMu, Temanilah kami yg Keseorangan & Kesepian didlm kubur nanti dgn Kasih syg-Mu *Ya Rahman Ya Rahim Ya Rouf Ya Karim*.

Tempatkanlah kami Ya Allah Ya Jaami' dikalangan Orang² yg Soleh & Para Syuhada'Mu. Lindungilah kubur kami *Ya Hafiz Ya Muhaimin* dr Menjadi Kawah NerakaMu *Ya Dharru Ya Hakam Ya Muntaqim* ๐Ÿ˜ฃ

Ya Allah *Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahhab ya Karim,* Bantulah kami agar Dapat Menjalankan Sebaik-baik Tugas Sbg Hamba dan Khalifah-Mu di dunia ini.

Elokkanlah Urusan Dunia kami Ya Barr Ya Naafi' yg padanya tempat kami Memberi Manfaat. Elokkanlah juga Urusan Akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali buat Selama²nya *Ya Mu'id Ya Baaqi*.

Ya Allah, Terimalah Amalan kami. Terimalah Taubat kami *Ya Tawwab* Ampuni kami *Ya Ghaffar Ya Ghoffur*, Amankanlah Kehidupan kami di Dunia ini dan Akhirat nanti yg Kekal Abadi *Ya Mu'id Ya Mukmin Ya Baaqi*.

Ya Allah, Rezekikanlah kami *Ya Rozzaq* akan Syurga FirdausMu yg Maha Luas Nikmatnya &
Bantulah kami Ya Allah utk Kekal Taat kpd-Mu *Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahhab Ya Karim Ya Baaqi*.

Sungguh Kami Tidak Berdaya tanpaMu, Akal dan Amalan kami Lemah untuk Memahami Segala Aturan-Mu yang Maha Sempurna maka Hanya Redha, Rahmat-Mu dan CintaMu Ya Wadud yang Kami Harap-harapkan.

Sebelum kami Mengundur diri, Sembuhkanlah Semua yang Sakit ya Salam ya Fattah khususnya Anak-anak di Wad Kanser. Rezekikanlah Kami semua dan Anak Keturunan kami pandai Baca, Faham, Amal Alquran. Berikan Cahaya HidayahMu ya Nuur ya Hadi ya Haq buat Ummat Akhir zaman ini khusus pada Anak Remaja kami dan LGBT.

Kpd-Mu kami Berserah Diri ya Baari' ya Somad. Makbulkanlah *Ya Sami' Ya Mujib* kami yakin dgn Kekuasaan-Mu *Kun Fayyakun*,
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar & Memakbulkan DOA. Aamiin Ya Robbal'Alamiin.

Waktu mustajab doa @ Waktu Wuquf esok :

Mula Zuhur @Arafah : 12:30pm, *waktu Malaysia 5:30pm*

Akhir Maghrib @Arafah : 7:10pm, *waktu Malaysia 12:10am*

#DoaSenjataMukmin

Khamis, 8 Ogos 2019

INGAT BERINGAT.. JOM PUASA ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜



*Ingat Beringat*
*ESOK DAN LUSA ADA IBADAH YANG SANGAT LUAR BIASA JIKA KITA BOLEH  MENGERJAKANNYA.*

PUASA TARWIYAH (Jumaat, 8 Dzulhijjah / 9 Ogos 2019) ARAFAH (Sabtu , 9 Dzulhijjah / 10 ogos 2019).

Puasa sunah Tarwiyah dan Arafah sangat dianjurkan bagi umat muslim sedunia, agar kita dapat turut merasakan nikmatnya seperti yang dirasakan oleh para jama’ah haji. Namun, bagi jamaah haji sendiri haram hukumnya untuk berpuasa di hari Arafah 9 Dzulhijjah.

Adapun yang dimaksud dengan puasa Arafah adalah (Mengetahui) puasa yang dilaksanakan pada hari Arafah yakni pada tanggal 9 Dzulhijjah yaitu hari pada saat jama’ah haji melakukan wukuf dipadang Arafah.

Dan Puasa Tarwiyah adalah (Merenung atau berpikir) puasa yang dilaksanakan pada hari tarwiyah yakni 8 Dzulhijjah, hari sebelum hari wukuf.

KEUTAMAAN PUASA TARWIYAH DAN AROFAH
Adapun keutamaan puasa sunah Tarwiyah (8 Dzulhijjah) dan Arofah (9 Dzulhijjah) bagi orang yang tidak melaksanakan ibadah haji berdasarkan beberapa hadist Nabi Muhammad SAW adalah:

1. Barang siapa yang menjalankan Puasa Tarwiyah akan dihapus dosa satu tahun yang lalu yang telah terlewati.

2. Sedangkan yang berpuasa di hari Arofah akan dihapus dosa dua tahun (1 tahun yang lalu dan 1 tahun yang akan datang)

3. Dan yang melaksanakan dua puasa ini akan dianugrahi oleh Allah SWT dengan 10 macam kemuliaan, yaitu:

1. Allah akan memberi keberkahan pada kehidupannya.
2. Allah akan menambah harta.
3. Allah akan menjamin kehidupan rumah tangganya.
4. Allah akan membersihkan dirinya dari segala dosa dan kesalahan yang telah lalu.
5. Allah akan melipat gandakan amal dan ibadahnya.
6. Allah akan memudahkan kematiannya.
7. Allah akan menerangi kuburnya selama di alam Barzah.
8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya di Padang Mahsyar.
9. Allah akan menyelamatkannya dari kejatuhan kedudukan di dunia ini.
10.Allah akan menaikkan martabatnya di sisi Allah SWT.

Alangkah banyak keberkahan dan kebahagiaan yang Allah berikan bagi orang yang menjalankan puasa Tarwiyah dan Arofah. Semoga kita termasuk di dalamnya.

NIAT

Do'a Niat Puasa Tarwiyah

*๏ปง๏ปฎ๏ปณ๏บ– ๏บป๏ปฎ๏ปก ๏บ—๏บฎ๏ปญ๏ปณ๏ปช ๏บณ๏ปจ๏บ” ๏ปŸ๏ป ๏ปช ๏บ—๏ปŒ๏บŽ๏ปŸ๏ปฐ*

NAWAITU SAUMA TARWIYAH SUNNATAN LILLAHI TA’ALAH
“ Saya berniat puasa Tarwiyah, sunat karena Allah ta’ala.”

Do'a Niat Puasa Arafah
*๏ปง๏ปฎ๏ปณ๏บ– ๏บป๏ปฎ๏ปก ๏ป‹๏บฎ๏ป“๏บ” ๏บณ๏ปจ๏บ” ๏ปŸ๏ป ๏ปช ๏บ—๏ปŒ๏บŽ๏ปŸ๏ปฐ.*                        
NAWAITU SAUMA ARAFAH SUNNATAN LILLAHI TA’ALAH
“ Sahaja Aku berpuasa pada  hari  Arofah , sunat  karena Allah ta’ala.”

Sampaikanlah kepada Saudara2 kita.... Semuanya

Rabu, 7 Ogos 2019

JIKA TIDAK MAMPU BERQURBAN...๐Ÿ˜ข KORBANKAN YG INI๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜”


Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜

Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜๐Ÿ’š


Sumber :: WhatsApp

Jumaat, 2 Ogos 2019

Jom puasa ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜




*Bismillahirrahmaanirrahiim*

```Assalamualaikum```
Hanya mengingatkan๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ

1 Dzulhijjah = 2 Ogos 2019
2 Dzulhijjah = 3 Ogos 2019
3 Dzulhijjah = 4 Ogos 2019
4 Dzulhijjah = 5 Ogos 2019
5 Dzulhijjah = 6 Ogos 2019
6 Dzulhijjah = 7 Ogos 2019
7 Dzulhijjah = 8 Ogos 2019
8 Dzulhijjah = 9 Ogos 2019
9 Dzulhijjah = 10 Ogos 2019

*HARAM PUASA :*

*10 Dzulhijjah = 11 Ogos 2019*
*11 Dzulhijjah = 12 Ogos 2019*
*12 Dzulhijjah = 13 Ogos 2019*
*13 Dzulhijjah = 14 Ogos 2019*

NB :
~ Tkh 2 Ogos hingga 8 Ogos 2019 disunahkan puasa dan perbanyak amal saleh karena pahalanya akan dilipat gandakan.

~ *Puasa Tarwiyah 8 Dzulhijah = 9 Ogos 2019*
~ *Puasa Arafah 9 Dzulhijah = 10 Ogos 2019*

~ *Aidul Adha 10 Dzulhijjah = 11 Ogoss 2019*

~ _*tarikh 12/13/14 Ogoss 2019 adalah HARI TASRIK = HARAM PUASA*_

Sebarkan informasi ini, karena tiap kali orang yang tau kemudian mengamalkan amal shaleh tersebut maka kita yg memberikan informasi akan mendapatkan sama seperti orang yang mengerjakan amal tersebut.

*Semoga bermanfaat*

Khamis, 1 Ogos 2019

INGATAN MESRA BAGI YANG AKAN BERKORBAN ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ‚๐Ÿ‚☺️

Salam kpd jemaah yang akan berkorban ; Apabila masuk 1 Dzulhijjah (Jumaat, 2 Ogos)  jangan cukur rambut dan memotong kuku hingga korbannya sudah disembelih (Selasa, 13 Ogos).

Hadith  :
ุนู† ุฃู… ุณู„ู…ุฉ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ุง ุฃู† ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… : ุฅِุฐَุง ุฏَุฎَู„َุชِ ุงู„ْุนَุดْุฑُ ูˆุฃَุฑَุงุฏَ ุฃَุญَุฏُูƒُู…ْ ุฃَู†ْ ูŠُุถَุญِّูŠَ ูَู„ูŠู…ุณูƒ ุนู† ุดَุนْุฑِู‡ِ ูˆَุฃุธูุงุฑู‡(ุฑูˆุงู‡ ุฃุญู…ุฏ ูˆู…ุณู„ู…)
ูˆููŠ ู„ูุธ : ูู„ุง ูŠู…ุณ ู…ู† ุดุนุฑู‡ ูˆู„ุง ุจุดุฑู‡ ุดูŠุฆุง ุญุชู‰ ูŠุถุญูŠ.‏

Diingatkan kpd jemaah yang akan berkorban, pastikan pada Khamis,1 Ogos (29 Dzulhijjah) memotong kuku kerana ia merupakan hari terkahir dari bulan Zulkaedah.

Syukran.

Jumaat, 26 Julai 2019

SEBAB APA KENA MUHASABAH DIRI ๐Ÿค”๐Ÿง



MUHASABAH DIRI

Hidup ini tak boleh jauh dari muhasabah diri, sebab apa?

Dengan bermuhasabah kita akan mengetahui apa saja kesalahan, kekurangan, dan perbuatan-perbuatan kita yang telah melampaui batas.

Manusia sangat mudah lalai
Manusia sangat mudah terlena
Manusia tak luput dari dosa

Jadilah hamba-NYA yang tak pernah lelah untuk mengakui dosa-dosa, memohon ampunan pada-NYA, dan berusaha untuk selalu memperbaiki diri.

Jangan sibuk mengingat dosa orang lain...Ingatlah pada dosa sendiri.

Jangan pandang diri kita ini lebih baik dari orang lain. Kerana boleh jadi kita lebih hina dari pada orang lain.

Teruslah bermuhasabah diri kerana
Allah mencintai hamba-NYA yang mengakui kesalahan dan bertaubat.

Allah SWT berfirman:

ูŠٰุٓฃَูŠُّู‡َุง ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุกَุงู…َู†ُูˆุง ู„َุง ุชُู„ْู‡ِูƒُู…ْ ุฃَู…ْูˆٰู„ُูƒُู…ْ ูˆَู„َุงٓ ุฃَูˆْู„ٰุฏُูƒُู…ْ ุนَู†ْ ุฐِูƒْุฑِ ุงู„ู„َّู‡ِ  ۚ ูˆَู…َู†ْ ูŠَูْุนَู„ْ ุฐٰู„ِูƒَ ูَุฃُูˆู„ٰุٓฆِูƒَ ู‡ُู…ُ ุงู„ْุฎٰุณِุฑُูˆู†َ
yaaa ayyuhallaziina aamanuu laa tul-hikum amwaalukum wa laaa aulaadukum 'an zikrillaah, wa may yaf'al zaalika fa ulaaa`ika humul-khoosiruun

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi."
(QS. Al-Munafiqun 63: Ayat 9)

Peringatan untuk diri Ku juga๐Ÿ˜ข


Rabu, 24 Julai 2019

FOKUS DIRI SENDIRI ๐Ÿ˜

Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜

Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜๐Ÿ’–



Ada seorang anak yg setiap hari rajin ke masjid, lalu suatu hari dia berkata kepada ayahnya, "Yah mulai hari ini saya tidak mau ke masjid lagi"

"Kenapa?", sahut ayahnya, "kerana di masjid saya tengok orang2 yg nampak agamawan tapi sebenarnya tidak, ada yg sibuk dgn gadgetnya, sementara yang lain dok cerita keburukan orang lain".

Ayahnya pun berpikir sejenak dan berkata, "baiklah kalau begitu, tapi ada satu syarat yang harus kamu lakukan setelah itu terserah kamu"

"Apa itu?" ,
"ambillah air satu gelas penuh, lalu bawa keliling masjid, ingat jangan sampai ada air yang tumpah"

Si anak pun membawa segelas air keliling masjid dengan hati2, hingga tak ada setitis air pun yang tumpah.

Sesampai di rumah ayahnya bertanya, "Bagaimana sudah kau bawa air itu keliling masjid?", "Sudah".

"Ada yg tumpah?", "Tidak".

"Ada di masjid tadi orang yang sibuk  dengan gadgetnya?".

"Saya tidak tahu kerana pandangan saya hanya tertumpu pada gelas ini", jawab si anak.

"Ada di masjid tadi orang2 yang menceritakan keburukkan orang lain?" tanya ayahnya lagi, " Saya tidak dengar kerana saya hanya  tertumpu untuk menjaga air dalam gelas ini".

Ayahnya pun tersenyum lalu berkata, "Begitulah kehidupan anakku, jika kamu fokus pada tujuan hidupmu, kamu tidak akan punya waktu untuk menilai keburukkan orang lain. Jangan sampai kesibukanmu menilai kualiti orang lain membuatmu lupa akan kualiti dirimu".

Mari kita berhenti bersangka buruk kepada insan lain.fokus pada diri sendiri dalam beribadah, bekerja dan utk terus menerus menjadi positif.

*Semoga kita menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat.*

*Robbana Taqobbal Minna*
*Ya Allah terimalah dari kami (amalan kami), AAMIIIN.....*

*Peringatan utk diriku*๐Ÿ˜ž

Sumber :: WhatsApp

Isnin, 22 Julai 2019

SKEWERS AYAM KEBAB ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜๐Ÿคฉ


Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜

Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜๐Ÿ’–

Sudah lama saya tak cerita masakan dalam blog saya ni kan ๐Ÿ˜‰
Sekarang Bab suka mencuba resepi tumpah kuahnya pada anak sulong saya Sofea Nabilah๐Ÿคฉ☺️

Hari sabtu lepas dia mencuba masaknya skewers Ayam Kebab ni.. ternyata sedap kekawan.. masa ni lah nak suruh Nabil makan sayur, mama tak boleh dah makan brokoli Tu ๐Ÿ™ƒ, sewaktu dulu itulah sayuran kegemaran, jadi sayur Tu bagi pada Nabil Dan Nabilah ๐Ÿคฉ☺️



Bakar Dalam pemagang ajaib ni aje, malas saya nak buka oven Tu, aduhai kesian oven Tu, hampir 5 Tahun tidak digunakan, nanti cuba on Kan semula, jangan merajuk sudah ๐Ÿ™ƒ๐Ÿค—๐Ÿ˜ฌ



Kekawan nak tengok resepi , ambil lah yg saya print screen ni, ternyata menggunakan kemudahan yg ada hahahaha ๐Ÿ˜‚๐Ÿคฃ
Sebenarnya malas nak salin. Memaaf ye kekawan ๐Ÿ˜˜

Ahad, 21 Julai 2019

Penyelesaiaannya adalah SOLAT ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ•Œ

Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜



Saudara-saudariku, solatlah!

Tidak kira apa jua yang terjadi pada hidupmu..
Solatlah!
Tak kira sebesar apapun dosamu..
Solatlah!
Tak ada alasan untuk meninggalkan solat.

Pernah seorang perempuan berkata: “Saudaraku aku belum berhijab!”
Aku katakan padanya: “Solatlah!”

Saudari itu berkata: “Lihatlah, aku belum berpakaian menutup aurat!”
Aku katakan padanya: “Solatlah!”

Saudari itu berkata: “Aku minum alkohol!”
Aku katakan padanya: “Solatlah!”

Saudari itu berkata: “Aku telah berzina dengan kekasihku!”
Aku katakan padanya: “Solatlah!

Apa pun yang terjadi pada hidupmu, Solatlah!”

Saudari itu berkata: “Saudaraku, bagaimana mungkin aku solat sementara aku bermaksiat?
Itu hipokrit dan seperti orang munafik.”

Aku katakan padanya: “Tidak saudariku, sebab itu perlu solat.

Kerana manusia tidak ada yang sempurna, selalu melakukan dosa dan kesalahan. Maka solatlah!”

Allah berfirman:
“Sesungguhnya solat itu mencegah (perbuatan) keji dan mungkar.” (Al-Ankabut:45)

Sebahagian orang ada yang berkata:

“Saya perbaiki diri dulu, bila sudah insaf nanti saya akan solat.”

Aku katakan:

“Saudaraku, engkau tidak akan bisa memperbaiki apapun jika engkau meninggalkan solat. Sebab itulah engkau mesti solat, untuk memperbaiki hidupmu.”

Ketika tak ada siapapun di sisimu…

Solatlah!
Tak peduli apapun yang terjadi dalam hidupmu… Solatlah!
Tak peduli dimanapun kamu berada…
Solatlah!

Terkadang ada yang mencemuh kamu:

“Kamu munafik, sehari-hari tidak berhijab tapi solat.”

Katakan padanya:

“Terima kasih saudaraku telah menyebutku munafik, semoga Allah membalasmu. Tapi solatku ini adalah urusanku dengan Allah, bukan urusan orang lain!”

Rasulullah ๏ทบ bersabda:

"Pemisah antara Muslim dengan kekafiran adalah meninggalkan salat.” (HR.Muslim)

“Sesungguhnya amal hamba yang pertama kali akan dihisab pada hari kiamat adalah shalatnya. Apabila baik shalatnya, dia akan mendapat keberuntungan dan keselamatan. Namun, apabila sholatnya rosak dia akan menyesal dan merugi.” (HR. Abu Daud & Al-Hakim)

Solatlah untuk meraih keampunanNya.

Solatlah untuk mendapat hidayahNya.

[Mohamed Hoblos]

Sumber :: Facebook

Selasa, 16 Julai 2019

Yang Dilihat Belum Tentu Buruk ๐Ÿ˜”


Astaghfirullah...Astaghfirullah...
Astaghfirullah...Tubna ilallah...

‎"Wahai MATA yang pernah melihat maksiat.
Menangislah bersungguh-sungguh hingga mengalir air mata taubat...

Bagi TELINGA yang pernah mendengar perkara lagha dan mengumpat...sucikanlah ia dengan selalu mendengar alunan munajat dan nasihat.

Wahai JIWA yang hitam dan berkarat.
Perbanyakkanlah istighfar memohon 
taubat agar hati sentiasa lebih berkilat...

Wahai DIRI yang tidak ada arah tujuan.
kembalilah ke pangkal jalan...sesungguhnya Allah itu sentiasa membuka pintu taubat kepada hambaNya yang benar-benar ingin bertaubat...

Biarlah PENAT hanya sementara di dunia fana...kerana kemanisannya nanti kita akan rasa apabila Allah memberi peluang kepada kita untuk REHAT dengan tenang di negeri Akhirat."

Ingatan buat diriku

Sumber : Facebook


Khamis, 11 Julai 2019

Selamat Menjadi Duyufurrahman, Mak Uda Kusayang ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜❤️

Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜

Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜


Selamat menjadi Duyufurrahman Mak Uda Kusayang ๐Ÿ•‹
Ini gambar semasa saya pergi beraya Di rumah mak uda pada 30 Jun yg lalu, masa Tu mak uda jemput semua anak2 saudara sambil buat doa selamat untuk pergi Haji.

Penerbangan mak uda Hari ini, KT16B, pukul 2.30pm penerbangannya. Pukul 10.30am mak uda kena daftar diri utk berlepas. Alhamdulillah selesai sudah, sekarang mak uda Dalam kapalterbang ✈️ yg mana terus ke Madinah.. semoga selamat sampai ke destinasi, berkunjung menziarahi Rasulullah SAW ๐Ÿ’š๐Ÿ’š

Keluarga Dan ipar duai mak uda yg pergi menghantar, sedih juga Rasa Hati tak dapat pergi hantar mak uda๐Ÿ˜” ๐Ÿ˜ข. Dengan keadaan kesihatan saya yg tak stabil lagi ni.
Hanya doa yg mampu diiringi permergian mak uda.๐Ÿคฒ๐Ÿ•‹

Saya hanya tinggal dua orang mak saudara, ini adik arwah mak yg ke 4. Semoga mak oong sihat sentiasa.๐Ÿ˜˜

Kepada kawan blogger, hainom Okje yg Akan brrangkat pada 21.7.2019, semoga dipermudahkan segala urusan Haji ๐Ÿ•‹๐Ÿ˜
Sewaktu hainom Okje datang ziarah selepas kursus Haji perdana Di masjid negeri Shah Alam. Doakan CH dikurniakan kesihatan Dan keselamatan ye nom๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ’–

Isnin, 8 Julai 2019

DISEBALIKNYA ITU ADA UJIAN..๐Ÿ˜”๐Ÿ˜ข

Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜

Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜

Diam tak diam dah masuk Bulan zulkaedah yakni Bulan ke sebelas Dalam Bulan Islam.. sudah hampir sebelas Bulan Kita melalui pelbagai ujian Dalam kehidupan ini.. semoga Kita tergolong Dalam insan yg diredhoi Allah ..


Lelaki yang badannya sado, 
Allah uji dengan rasa bangga 
mahu menunjukkan tubuh badan 
sehingga menampakkan aurat.

Perempuan yang rambutnya cantik, 
Allah uji dengan rasa mahu free hair.

Lelaki yang wajahnya hensem, 
Allah uji dengan dikelilingi perempuan² 
yang mahu menggodanya.

Perempuan yang mukanya cantik, 
Allah uji dengan rasa mahu sentiasa 
kelihatan cantik.

Perempuan yang badannya langsing, 
Allah uji dengan rasa mahu pakai baju 
ikut bentuk badan.

Yang ada ilmu, Allah uji dengan rasa 
mahu acah tahu semua perkara sehingga 
abaikan pandangan lain.

Yang kuat agama, Allah uji dengan rasa 
dirinya saja yang betul sampai boleh 
menghukum orang sesuka hati.

Yang kaya dan banyak harta, 
Allah uji dengan sifat tamak, kedekut dan 
tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya 
itu cuma pinjaman.

Yang susah, Allah uji dengan pelbagai 
persoalan menafikan kewujudan Allah.

Yang senang, Allah uji dengan rasa ujub, 
kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya.

Yang sakit, Allah uji dengan rasa putus asa 
dengan hidup sendiri.

Yang banyak masalah, Allah uji dengan rasa 
banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan.

Yang sedang berhijrah, Allah uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu.

Yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati.

Yang belum berhijrah, Allah uji dengan sifat suka bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi.

Tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah. Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza. Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat.

Ingatlah, 
Setiap pilihan yang kita pilih adalah ujian
Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian
Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian
Setiap pencapaian yang Allah beri juga satu ujian

Setiap pujian juga adalah ujian
Setiap kejian juga adalah ujian.

Kesimpulannya, setiap apa yang Allah benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia. Untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah. Letaknya pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanya iman.

# Moga kita bukan semua seperti yang diperkata di atas..

Sumber : Facebook

Isnin, 1 Julai 2019

TRAGEDI 12 SYAWAL 1440H ~ HYPOTHYROIDISM YANG TERUK ๐Ÿค•๐Ÿค’๐Ÿ˜ท

Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜

Gambar yg saya kongsikan Di group TDA Facebook, Hari pertama saya sakit. 

Tarikh 16 Jun 2019 @ 12 Syawal 1440H adalah satu tragedi yg tidak saya lupakan. Saya mengalami hypothyroidism yg teruk. 

Inilah yg terjadi pd saya, bila saya rasa bdn dah terasa lemah, jd saya pergi test darah dihospital, tengok saya punya Harmon dah terlalu Rendah Dan terus warded, rasa separuh nyawa sewaktu itu, pengajaran jua buat saya kena sentiasa peka tubuh badan sendiri Dan jgn lupa mkn ubat ๐Ÿ˜ช sebab sebelum Tu jumpa doktor pakar Di hospital putrajaya kata darah dah normal, jadi doktor turunkan dose mkn 1 biji, sebelum ni 2 biji, Mungkin doktor takut jadi hyper balik , bersangka baik aje kata doktor hospital swasta ni. ๐Ÿ™‚

Selama 6 hari saya ditahan diward utk pemantauan lanjut, dgn pelbagai ubat untuk tambah tenaga saya balik,  10 botol drip air masuk dlm badan saya๐Ÿ˜” . Setiap 4 jam suhu, BP Dan bacaan gula saya diambil. Begitu juga ujian darah. Pada hari ke 3 , doktor stop masuk drip air Dan ingat Kan Hari rabu dah boleh discaj terapi tengahari rabu Tu saya dah lemah balik, Dan terpaksa masuk balik drip air, Dan pagi esok nya doktor ambil darah lagi untuk tengok saya kekurangan hormone apa lagi sebab nya hormone tyroid dah meningkat. 

Jadi doktor cadangkan ambil darah sebanyak 5 Kali setiap setengah jam, bertambah lah saya dengan prosedur tersebut. Line darah baru dibuat sebelah Kiri tangan saya, sebelah kanan line utk masuk drip air.๐Ÿ˜”

Pada tengahari jumaat doktor dtg jumpa, masa Tu saya dah bertenaga sikit, doktor kata ptg ni boleh discaj, berehat dirumah ye. ๐Ÿ˜Œ

Hari Ahad tengahari adik saya Ustaz Azharudin tu dtg ziarah saya, masa Tu saya masih lemah dan kurang tenaga, dia pun telefon kawannya prof Nizham makanan apa yg nurture utk tambah tenaga. Prof tu cadangkan bagi makan butter + gula perang 1 sudi besar keduanya dan ambil kuning telur ayam kampung + 1sudu kecik madu. Alhamdulillah petang tu saya rasa bertenaga, disamping itu adik saya buat rawatan syifa bidara utk buat mandian. Petang tu bila dah boleh bangun utk ke bilik air, anak saya Nabilah memandikan saya. Pak itam dia dah pesan, bagi mama kuning telur ayam kampung +madu setiap pagi, Lepas Tu panaskan garam kasar ini dan tungkukan setiap pagi, masa ptg tu Pak itam dia dah ajar bahagian tapak Kali dulu pastu baru bawa Naik hingga ke kepala, ini bertujuan untuk buang angin dlm badan dan perlancaran semula darah dlm badan.

Alhamdulillah sekarang badan saya semakin bertenaga dan sihat. Berkat doa suami, anak2, kaum keluarga, saudara mara dan sahabat andai saya yg dikasihi ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜

Jazakumullahu khairan khatira atas doa kalian semua ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜ hanya Allah pemberi sebaik-baik ganjaran buat kalian semuanya..


Jazakillah buat anak saya Sofea Nabilah yg menjaga saya seminggu di hospital dan seminggu dirumah, dah pada Hari Ahad saya masuk hospital Tu dia demam selsema, saya suruh dia jumpa doktor Dan ambil ubat dibawah. Kesian dia ๐Ÿ˜” terima kasih atas pengorbanan mu utk mama sayang, dia cakap dulu kakak sakit mama Jaga, skrg giliran dia pulak Jaga mama๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜ dialah yg siapkan makanan, lapkan badan bila suhu meningkat, papah saya ke bilik air, ambilkan wuduk saya utk solat. Mama sayang kakak ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜๐Ÿ’–

Jazakumullahu khairan khatira buat  keluargaku yg datang ziarah dihospital Dan juga dirumah. Sewaktu ni saya dah bertenaga, adalah bergambar dgn mereka๐Ÿ˜, sewaktu saya terlantar tiada gambar yg sempat diambil.๐Ÿ˜”
Juga terima kasih adik ipar duai saya yg dtg menziarahi saya..
Maaf jika ada terkurang layanan sewaktu menziarahi saya ๐Ÿ˜”

Jazakumullahu khairan khatira yg dtg ziarah, buat jiranku Shahila, sahabat sekolahku Nina, ustazah mengaji Ku  Ustazah Syazwani Dan Intan ibu sahabat sekolah anakku.๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜

Jazakumullahu khairan khatira buat kawan blogger Ku Hainom Ok, hainom datang ziarah saya dirumah, kebetulan hainom Ada kursus Haji perdana Di masjid negeri Shah Alam. Jadi dptlah jumpa hainom yg sgt peramah. Juga blogger Yana Yani yg dtg ziarah, Yana juga menghidap sakit Tyroid, byk mengenai tyroid yg dikongsikan diblognya. 


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yg telah memberikan kesembuhan buat saya. Terima kasih Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada hamba-Nya yg pendosa ini. Ampunkan lah dosa-dosaku yg banyak ini, kurniakan kekuatan dan kesabaran dalam daku menghadapi ujian ini, agar daku sentiasa redho atas takdir yg telah ditulis buat diriku. Aamiin ๐Ÿคฒ๐Ÿป ya Rob ๐Ÿ’–