JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 31 Mei 2016

6 HARI LAGI....

Salam petang yg ceria kekawan :)



*6 HARI LAGI*

✅6 hari lagi *NAFAS* menjadi *TASBIH...*
✅6 hari lagi *TIDUR* menjadi *IBADAH...*
✅6 hari lagi *DO'A* di  *IJABAH*.
✅6  hari lagi *PAHALA* dilipat gandakan...        

*Tetapi..........*

✅Itu semua tidak akan terjadi tanpa maaf tulus dan ikhlas dari hati saudara-saudara dan sahabatku...

Izinkan dari lubuk hatiku yang paling dalam memohon maaf untuk...
▶Lisan yang tidak berkenan...
▶Janji yang terabaikan...
▶Hati yang berprasangka,
▶Perilaku yang menjengkelkan, dan
▶Semua sikap yang menyakitkan hati dan rasa...  

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا
كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ                  

Mohon maaf atas segala kekhilafan ini.

Semoga kita diberi umur panjang dan berkat sehingga dapat dipertemukan bulan suci Ramadhan... Aamiiin yaa robbal 'alamin

Marilh kita bersama mengucapkan MARHABAN YAA RAMADHAN

Sumber : WhatsApp

RESEPI SAGO KELAPA

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya.


Jom sarapan sago kelapa auntie semua ^___^
Kuih ini kegemaran si hero ni.. 
Semalam petang sempat juga membuatnya... cuti sekolah dah bermula, maka nafsu makan ni kemain lagi lah budak2 ni..
Kalau bab menolong didapur suka lagi.. semalam saya cuti CTR yg pergi retreat tu hari.. tu masak yg bermacam atas permintaan mereka..




Resepi ambil dari blog Sajian Dapur Bonda.. sebab nya guna sukat cawan hehe...tapi saya adjust sikit ikut anak beranak tekak dan bahan yg ada ajer..
Sebenarnya beli sago ni untuk projek buat kuih ramadan nanti.. dah anak2 nak juga buat kuih ni kita ikut kan ajer ~__^

Saya beli yg siap warna tu.. satu warna merah dan satu warna hijau.. lebih kurang satu cawan setiap peket tu.. senang kerja mama korang ni kan..

Jom intai resepi  yg mudah ini..

RESEPI SAGO MERAH KELAPA

Bahan-bahannya:
1 cawan sagu - saya guna biji sagu warna merah yang dibeli di pasar raya
1/2  cawan gula
1 1/2  cawan air
Pewarna merah - saya  guna pewarna sirap ros
Daun pandan - disimpul
Kelapa parut (gaul dengan sedikit garam)

Cara-cara:
1. Rendam sagu selama 10 minit dan toskan.
2. Masukkan air, gula, pewarna, dan daun pandan di dalam periuk,  Masak sehingga air mendidih.
3. Masukkan sagu dan kacau sehingga kembang
4. Apabila sagu telah kembang , angkat dan masukkan kedalam acuan, 
saya masukan dalam bekas kecil seri ayu tu dan bekas bunga tu..
5. Sejuk kan dalam petiais, apabila sejuk bolehlah dikeluarkan dan taburkan kelapa diatasnya.
6. Sedia untuk dihidangkan

* untuk sago hijau pun buat seperti diatas juga..

Petang tu sakan lah anak beranak minum petang sago kelapa.. feling-feling nak puasa pun ada juga ni..
tahun ni ramadan saya yatim piatu :(
Tiada lagi insan tersayang..
Rasa sayu juga dihati..
Bila berkumpul adik beradik masa kenduri tu..
Hanya bercerita nostalgia bersama arwah mak dan abah ajer..
Semoga damailah roh mereka berdua disana.. Aamin.



Isnin, 30 Mei 2016

RENDANG ANGSA.... Menu rare 😊😆

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam eahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Hari sabtu balik kuang.. nak buat majlis tahlil bulanan dan menyambut ramadan.. adik saya cadangkan sembelih ajer angsa yg tinggal seekor tu.. sebab yg 2 ekor tu mati dimakan musang..
Jadi semalam kami merendang angsa.. sedap daging angsa ni kekawan.. manis.. 

Ni sebahagian makanan hari itu.. menu utama mee kari.. rendang angsa tu makan dgn nasi impit.. 
Makanan lain tak sempat ambil gambar sebab dah sibuk makan hahaha..


Jemputan hanya adik beradik ajer.. ni sebahagian gambar yg sempat diambil..

Lepas tu buat juga sambutan hari jadi untuk bulan Mei..
Berkumpul lah siapa yg lahir bulan mei tu..
Hanya ini lah entri saya hari ini.. 

Ahad, 29 Mei 2016

NAFSU YG TERSEMBUNYI... Adakah Dalam Diri Aku..😢😓

NAFSU TERSEMBUNYI

Beberapa pakar sejarah Islam meriwayatkan sebuah kisah menarik, kisah Imam Ahmad bin Miskin, seorang ulama abad ke-3  dari kota Basrah, Iraq.

Beliau bercerita:
Aku pernah diuji dengan kemiskinan pada tahun 219 Hijriyah.
Waktu itu, aku sama sekali tidak memiliki apa-apapun, sementara aku harus menafkahkan seorang isteri dan seorang anak.
Himpitan hebat rasa lapar terbiasa mengiringi hari-hari kami.
Maka aku bertekad untuk menjual rumah dan pindah ke tempat lain. Akupun berjalan mencari orang yang bersedia membeli rumahku.

Bertemulah aku dengan sahabatku Abu Nashr dan kuceritakan keadaanku. Lantas, dia malah memberiku 2 lembar roti isi manisan dan berkata: “Berikan makanan ini kepada keluargamu.”
Di tengah perjalanan pulang,
aku berselisihan dengan seorang wanita faqir bersama anaknya. Tatapannya jatuh di kedua lembar rotiku.
Dengan nada yang sayu dia memohon:
“Wahai Tuan, anak yatim ini belum makan, tidak terdaya kerana terlalu lama menahan rasa lapar yang menghimpit diri.
Tolong berikan dia sesuatu yang boleh dia makan.
Semoga Allah Ta'ala merahmati Tuan.”
Sementara itu, si anak menatapku tekun dengan tatapan yang tidak akan kulupakan sepanjang hayat.

Tatapan matanya menghanyutkan fikiranku dalam khayalan ukhrawi, seolah-olah syurga turun ke bumi, menawarkan dirinya kepada siapapun yang ingin meminangnya, dengan mahar mengenyangkan anak yatim miskin dan ibunya ini.
Tanpa ragu sedetikpun, kuserahkan semua yang ada ditanganku. “Ambillah, beri dia makan”, kataku pada si ibu.
Demi Allah, padahal waktu itu tidak sesen pun dinar atau dirham yang aku miliki. Sementara di rumah, keluargaku sangat memerlukan makanan itu.

Spontan, si ibu tidak dapat membendung air matanya(menangis) dan si kecilpun tersenyum indah bak purnama.
Kutinggalkan mereka berdua dan kulanjutkan langkah kakiku,
sementara beban hidup terus bergelutan difikiranku.
Sejenak, kusandarkan tubuh ini pada sebuah dinding, sambil terus memikirkan perancanganku untuk menjual rumah.
Dalam keadaanku seperti itu, tiba-tiba Abu Nashr dengan kegirangan mendatangiku.
“Hei, Abu Muhammad...!
Kenapa kau duduk-duduk di sini sementara limpahan harta sedang memenuhi rumahmu?”, tanyanya.

"Masyaallah....!”,
jawabku terkejut.
“Dari mana datangnya?”
“Tadi ada seorang lelaki datang dari Khurasan.
Dia bertanya-tanya tentang ayahmu atau siapapun yang mempunyai hubungan kerabat dengannya.
Dia membawa berduyun-duyun kenderaan barang penuh berisi harta,” ujarnya.
“Jadi?”, tanyaku kehairanan.
“Dia itu dahulu saudagar kaya di Basrah ini. Kawan ayahmu, dulu ayahmu pernah memberikan kepadanya harta yang telah
ia kumpulkan selama 30 tahun.
Lantas dia rugi besar dan bangkrap.
Semua hartanya musnah, termasuk harta ayahmu. Lalu dia lari meninggalkan kota ini menuju Khurasan.
Di sana, keadaan ekonominya beransur-ansur baik.

Bisnesnya meningkat dan berjaya.
Kesulitan hidupnya perlahan-lahan pergi,
berganti dengan limpahan kekayaan.
Lantas dia kembali ke kota ini, ingin meminta maaf dan memohon keikhlasan ayahmu atau keluarganya atas kesalahannya yang lalu.
Maka sekarang, dia datang membawa seluruh harta hasil keuntungan perniagaannya yang telah dia kumpulkan selama 30 tahun berniaga dan ingin berikan semuanya kepadamu,
berharap ayahmu dan keluarganya berkenan memaafkannya.”

Ahmad bin Miskin melanjutkan ceritanya:
“Kalimah puji dan syukur kepada Allah Ta'ala  meluncur dari lisanku.
Sebagai bentuk syukur.
Segera kucari wanita faqir dan anaknya tadi.
Aku menyantuni dan menanggung hidup mereka seumur hidup.
Aku pun terjun di dunia perniagaan seraya menyibukkan diri dengan kegiatan sosial, sedekah, memberi bantuan dan berbagai bentuk amal soleh.

Adapun hartaku, terus bertambah melimpah ruah tanpa berkurang.
Tanpa sedar, aku merasa TAKJUB dengan amal solehku.

Aku MERASA, telah MENGUKIR lembaran catatan malaikat dengan hiasan AMAL KEBAIKAN. Ada semacam HARAPAN PASTI dalam diri, bahawa namaku mungkin telah TERTULIS di sisi Allah Ta'ala dalam daftar orang-orang yang SOLEH.

Suatu malam, aku tidur dan bermimpi.
Aku lihat, diriku tengah berhadapan dengan h
ari kiamat.
Aku juga lihat, manusia bagaikan berombak lautan.

Aku juga lihat, badan mereka membesar.
Dosa-dosa pada hari itu berwujud dan berupa, dan setiap orang memikul dosa-dosa itu masing-masing di punggungnya.
Bahkan aku melihat, ada seorang pendosa yang memikul di punggungnya beban besar seukuran kota Basrah,
isinya hanyalah dosa-dosa dan hal-hal yang menghinakan.
Kemudian, timbangan amal pun ditegakkan, dan tiba giliranku untuk perhitungan amal.

Seluruh amal burukku diletakkan di salah satu sisi timbangan,
sedangkan amal baikku di sisi timbangan yang lain.

Ternyata, amal burukku jauh lebih berat daripada amal baikku..!
Tapi ternyata, perhitungan belum selesai.
Mereka mulai meletakkan satu persatu berbagai jenis amal baik yang pernah kulakukan.
Namun alangkah ruginya aku.
Ternyata dibalik semua amal itu terdapat "NAFSU TERSEMBUNYI".

Nafsu tersembunyi itu adalah riya', ingin dipuji, merasa bangga dengan amal solehku.
Semua itu membuat amalku tak berharga. Lebih buruk lagi, ternyata tidak ada satupun amalku yang terlepas dari nafsu-nafsu itu.
Aku putus asa.
Aku yakin aku akan binasa.
Aku tidak punya alasan lagi untuk selamat dari seksa neraka.

Tiba-tiba, aku terdengar suara,
“Masihkah orang ini mempunyai amal baik?”
“Masih...”, jawab suara lain. “Masih berbaki yang ini.”
Aku pun menjadi tidak tentu, amal baik apakah gerangan yang masih berbaki?
Aku berusaha melihatnya.
Ternyata, itu HANYALAH dua LEMBAR ROTI isi manisan yang pernah kusedekahkan kepada wanita fakir dan anaknya.
Habis sudah harapanku...

Sekarang aku benar benar yakin akan binasa sebinasanya.
Bagaimana mungkin dua lembar roti ini menyelamatkanku,
sedangkan dulu aku pernah bersedekah 100 dinar sekali sedekah dan itu tidak berguna sedikit pun.
Aku merasa benar-benar tertipu habis-habisan.
Segera 2 lembar roti itu diletakkan di timbanganku.
Tak kusangka, ternyata timbangan kebaikanku bergerak
turun sedikit demi sedikit, dan terus bergerak turun sehingga lebih berat sedikit dibandingkan timbangan keburukanku.
Tidak sampai disitu, tenyata masih ada lagi amal baikku.

Iaitu berupa AIR MATA wanita faqir itu yang mengalir saat aku berikan sedekah.
Air mata tak terbendung yang mengalir kala tersentuh akan kebaikanku. Aku, yang kala itu lebih mementingkan dia dan anaknya dibanding keluargaku.
Sungguh tak terbayang, saat air mata itu diletakkan, ternyata timbangan baikku semakin turun dan terus memberat.
Hingga akhirnya aku mendengar suatu suara berkata,
“Orang ini selamat dari seksa neraka...!

Masih adakah terselit dalam hati kita nafsu ingin dilihat hebat oleh orang lain pada ibadah dan amal-amal kita..????!!!

Allahuakbar!!! aku bermohon kehadrat Allah Tuhan Pemilik Hari Pembalasan agar diriku, keturunanku juga sahabat²ku semua dijauhkan dari sifat dan juga amal dari Nafsu Yang Tersembunyi.
Sumber : WhatsApp

Jumaat, 27 Mei 2016

JOM KITA SENYUM PETANG 😆😆 :)

Salam petang yg ceria :)

Ada ke yg buat macam ni :D





Renungan :: Masih Tak BERIMANKAH KITA KEPADA KITAB..

Assalamualaikum w.w.


Kejadian ini berlaku di Mesir. Sebuah apartment 5 tingkat mulai terbakar hampir lewat malam malam.

Semua penghuni bangunan tersebut sangat terkejut bergegas menyelamatkan diri masing-masing meninggalkan barangan dalam rumah, sehelai sepinggang, dan menyaksikan api dgn maraknya menjilat hampir semua rumah dibangun tersebut.


Apabila terbit matahari, bangunan itu masih lagi  terbakar, (lihat gambar).

Masing-masing melihat kediaman mereka dan barangan di dalamnya hangus dijilat api. Mereka tak sempat berbuat apa-apa.

Tetapi, dgn kuasa Allah.. !! Subhanallah...
Rumah no 13, seolah-olah tidak disentuh api.. Sedangkan rumah di atas dan bawahnya juga terbakar dijilat api.

Apabila api sudah reda dan berjaya dipadamkan, masing-masing masuk melihat keadaan rumah mereka yg sudah hangus.

Tetapi Mohamed and Munir yang tinggal di rumah no. 13, amat terkejut..      
         
Keadaan dalam rumah mereka tidak disentuh !!
Ramai sahabat dan jiran  datang utk menyaksikan kejadian yg yang sukar dipercayai. Sungguh ajaib..

Apa yg mereka dapati, rumah mereka selamat, dan Al-Quran yang sedang tersusun di kabinet kekal seperti ditinggalkan..

Mohamed dan Munir adalah penghafal Al Quran, dan mereka berusaha mengulang hafal paling kurang satu surah sehari.  

   Sebuah Al-Quran masih lagi terbuka di atas meja di hadapan mereka yang digunakan utk mengajar anaknya malam tadi dan terpaksa ditinggalkan sewaktu bergegas meninggalkankan apartment mereka. Malah mereka juga terkejut dgn barangan dlm rumah dan Al-Quran tersebut yg tidak lansung di sentuh api.

Allah Maha Berkuasa   !!          
Allah menyelamatkan Al Quran dan harta mereka bila ia digunakan utk  sepatutnya.

Mukjizat Al-Quran sebagai kalimah Allah yg sangat penting ini masih berdiri dan sering dilupakan dicelah-celah rak buku di rumah kita 😔

Di dunia lagi Allah telah menunjukkan interaksi kita dgn Al Quran menyelamatkan kita dari kebakaran ...

Semuga Allah mengampun dan merahmati kita.

Yuh bangun 💪🏼
Sumber : WhatApps

p/s peringatan untuk diri saya juga ini.. jadikan alquran sebagai kawan.. kalam Allah yg melindungi kita di dunia dan akhirat..

Khamis, 26 Mei 2016

Apa Program Kat Cameron Highland.... ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Mari lah kita cerita apa yg saya buat kat sana ye.. lepas solat kami habiskan soalan diatas secara berkumpulan.. hadiah pemenang keseluruhannya mewah kekawan.. duit tunai RM600.00 .. tu yg buat semangat nak menang hahhaha..

Ini kumpulan kami , kumpulan B, pastu boleh bagi nama kumpulan Baby hahhaha.. sesuai ke utk saya yg kilauan emas ni @__@

Jadi salah satu soalan kena berselfie ni stoberi ni.. semua kumpulan salah sebab ikut soalan kena bergambar penuh.. jadi kaki tak nampak.. salah lah gambar tu.. jenuh jugak nak menghabiskan 10 soalan tu.. dari 10 soalan tu kami betul 4 ajer hahahha..

Malam tu ada dinner dan juga sambutan hari lahir bagi bulan Mac, April dan Mei.. masa sambut ni pun saya belum lahir baru 2hb Mei kan. Sebenarnya banyak programnya tapi saya tak ambil gambar pun.. sebab sibuk makan steamboat tu hahahha..
Pemenang keseluruhan adalah kumpulan D @ Darling.. jadi mereka yg berjaya dapat RM600 tu.. Kumpulan kami dapat tempat ke 2 dapatlah RM300 .. Alhamdulillah.. boleh tambah belanja soping hakak ni kan.. ~__^

Bergambar tu dah wajibkan.. ini sektor khidmat pelanggan.. sektor hakak ni ramai perempuan.. seorang lelaka itu pun tak hadir sebab warded kat sepital kena jangkitan kuman di paru-paru.. masa hari nak pergi sini pulak wardednya. Alhamdulillah dah sihat . 

Lepas tu bergambar untuk satu Pejabat pulak.. tema malam tu ialah black and gold.. ada juga hadiah dress ..bagi lelaki dan perempuan..

Tak sangka ... tak sangka.. tak sangka..
tengah dok melayan WA dengan anak dirumah boleh pulak hakak di umum kan pemenang dress terbaik.. masa catwalk tu bukan buat benar pun.. ucapan terima kasih jer.. hahaha..
Dah nama rezeki hakak kan dapat lah hadiah kain pasang diatas tu.. boleh buat tambah baju raya kihkihkih..
Ok lah itu lah program retreat di sana ..


Rabu, 25 Mei 2016

Ucapan... SANAH HELWAH... ~___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Pada hari isnin tu en suami call.. beli lah kek untuk nabil.. sebenarnya saya hendak buat sekali pada hari sabtu.. kakak nabilah ada.. tapi bila en suami kata nanti sabtu kita makan2 ajer..
Jadi saya belikan kek.. buat sekali bertiga.. en suami 8/5 , Nabil 23/5 dan saya 25/5.. saya yg masa tu belum lahir hahahha.. masih lagi dalam perut.. @__@
Najeeha kata, dia dengan kakak jer lain bulan.. kalau sama bulan kan best.. hahhaha kes tak puas hati..

Ok marilah kita potong, tiup sama-sama ;)


Suka tengok picture ni..
Abah suap Nabil..
Nabil suap Mama..
Mama suap Abah ..
~___^ 

Kan Nabil nak hadiah jam tangan..
Jadi saya beli jam tangan yg dwi kegunaan nya..
Satu ada jarum penunjuk..
beserta digital..
dan ada juga tarikh..
jadi dia boleh belajar keduanya..
Saya tahu dia suka warna biru..
tersenyum malu mengucapkan terima kasih..

Begitu ucapan yg diterima dari sahabat dan keluarga serta grup WA.. untuk saya pada pagi ni..
Terima kasih semua atas ucapan dan doa..

Sesungguhnya semakin bertambah umur .. semakin dekat saya dengan kematian.. ada getar didalam hati.. hadis rasul menjadi pendoman.. bila usia telah meningkat 40 tahun keatas.. "TUMPUKAN KEPADA HIDUP AKHIRAT"
Semoga Allah terus memberi hidayah kepada saya untuk meningkatkan amalan ibadah kepada Nya..

Selasa, 24 Mei 2016

Rombongan KE MANA Tu ? 😆😊 ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya :)

Amboiiiii.. rombongan cik yati ni gi mana ye ~__^
Pada 21/5/2016 ada retreat ofis ke Cameroon Highland.. jadi dah planning nak bertolak awal.. pukul 6.30am dah berkumpul di ofis dan pukul 6.45am bergerak. Pagi tu dah hujan mengiringi.. kesejukan yg amat.. sedaplah menyambung tidoooo ni :D

Lebih kurang perjalanan 1 jam masuk dari tol simpang pulai tu kami pun berjumpalah keadaan jem.. aduhai.. ramai rupanya orang ke CH ni juga ye.. kami ingat macam tu lah..berensut-ensutlah bas kami bergerak..

Rupanya... inilah penyumbang utama jalan tu jem.. sebab masa hari tu Wesak Day.. selalunya yg bawa ni bila Thaipusam jer kan..
sebabnya wesak day utk berugama Budhah kan kekawan.. entahlah.. oleh kerana mengikut ini lah yg kami lewat tiba ke CH tu.. hampir 2 jam lebih kami terperangkap..

Yeahhhh .. kami dah sampai.. pukul 1.30pm kita orang tiba.. patut ikut jadualnya pukul 11.00am.. perancangan Allah yg terbaik..

Bergambar lagi didepan bas ni hehehehe.. sebenar punggung dah kematu duduk dalam bas tu punya lama..

Rasa nak landing jer atas katil ni tau .. nak menghilangkan penat tapi tak boleh kena bersiap solat jamak zohor asar sebelum memulakan program.. sebelum masuk bilik ni dah makan tengahari.. lagi lah kekenyangan.. sedaplah nak tido lagi kan :D

Besar sungguh biliknya ni tau.. Kami menginap di Nova Highlands Resort & Residence Cameroon Highlands... memang puas hatilah menginap disini untuk satu hari RM290.00 ada 1 katil queen dan 1 katil single , saya bertiga tinggal dalam ni.. lengkap dengan tempat santai bersofa tengok TV, lupa pulak nak ambil gambar dapurnya yg lengkap dengan peti ais, microwave dan pinggan mangkuk..

Akhir sekali kita jadi.. hainom okje ye... berselfie di beranda bilik tu.. mak jgn jeles ye hahahaa.. apa nak jeles ye mak.. mak lagi sweet bila berselfie dari pada CH ni kan hahahaha...

Ok nanti kita sambung entri.. apa CH buat 2 hari 1 malam di Cameroon Highland tu ye :D

Isnin, 23 Mei 2016

NABIL TURN 9... Selamat Hari Lahir My Lovely Nabil ;)

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..


Alhamdulillah.. 23/5/2007 - 23/5/2016 sudah 9 tahun umur Muhammad Nabil Syahmi.. rasa macam baru semalam jer melahirkan nya .. sekarang dah semakin bujang dan berbagai keletahnya.. satunya hero sebagai hulubalang saya dan penyeri kehidupan saya sekeluarga dan sekarang masih lagi seorang cucu lelaki dalam keluarga en suami saya.. itulah yg menjadi cucu yg manja oleh datuk nya di Jalor .. rindu cucunya yg seorang ni lama tak balik..
Masa saya bersiap untuk pergi retreat tempat kerja masa hari jumaat tu.. dia pesan mama hari isnin hari jadi Nabil, tahun lepas tak ada pun sambut hari jadi nabil.. bukan nabil seorang jer sayang.. semua orang pun sama.. sebab tahun lepas saya sibuk dengan arwah mak yg tak sihat selepas kena major stroke tu.. Pastu dia kata tahun ni sambutlah hari lahirnya dan saya tanya Nabil nak hadiah apa.. Dia kata nak hadiah JAM TANGAN.. hari ini saya terpaksalah gi beli hadiah untuk dan beli kek hari lahir.. atau pun sambut hari lahir sama dengan mama pada 25/5 .. rabu ni hahaha.. Hari lahir abah pada 8/5 tu hari pun kita tak raikan.. jadi baik kita raikan sekali jer.. hahahhaha.. jimat mama ko ni..

Akhirnya mama ucapkan ~
"Sanah Helwa wahai anak ku Muhammad Nabil Syahmi..
Semoga menjadi anak yg soleh untuk dunia dan akhirat..
Diberi kejayaan didunia dan akhirat.."

Saya suka dengan lagu "Hai Anak"  nyanyia Halim Ahmad yg ditujukan kepada anaknya.. yang paling hebat lirik dan lagu di siapkan dalam masa 10 minit..

Hai Anak

Penyejuk Mata

Penawar Hati

Yang Duka Lara
Teringatkanmu
Menghibur ayah
Juga Mama

Hai Anak
Kau Di Antara
Berjuta Nikmat
Yang Dikurnia
Amanah Buat
Ayah dan Mama
Jariah Kami
Dalam Menuju Ke Syurga

Chorus:
Hai Anak
Kau Dibesarkan
Dengan Kasih Sayang
Dengan Harapan
Menjadi Insan
Yang Beriman
Memberi Manfaat
Buat Seluruh Umat

Hai Anak
Kami Tak Minta
Untuk Hidup Mewah
Cukup Sekadar
Dengan Melihat Dirimu
Engkau Mencintai Allah

*Ulang dari awal

*Bridge

*Ulang Chorus

Hai Anak
Penyejuk Mata
Penawar Hati
Yang Duka Lara
Teringatkanmu
Menghibur ayah
Juga Mama

Engkau permata keluarga
Engkaulah penyejuk mata
Engkaulah penawar hati
Sungguh dikau istimewa

Jom kita jamu halwa telinga di sini ..