JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 14 Mei 2021

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (PKP 3.0) 1442 HIJRAH 2021 M .....๐Ÿ’–๐Ÿ•Œ๐Ÿ’š

 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (PKP 3.0)

1442 HIJRAH 2021 M .....๐Ÿ’–๐Ÿ•Œ๐Ÿ’š



Dikesempatan ini saya Norhayati Binti Hj Mohd Isa seisi keluarga ingin memohon  Maaf Zahir Batin  Dunia Akhirat dari lubuk hati saya yg penuh dengan  khilaf ini....๐Ÿ™๐Ÿป

๐Ÿ™๐ŸปMaaf sekiranya pernah menyakiti.

๐Ÿ™๐ŸปMaaf sekiranya pernah terumpat .

๐Ÿ™๐ŸปMaaf sekiranya pernah terlepas kata.

๐Ÿ™๐ŸปMaaf sekiranya pernah terkasar bahasa.

๐Ÿ™๐ŸปMaaf sekiranya pernah menyinggung perasaan. 

๐Ÿ™๐ŸปMaaf sekiranya pernah buat semua terasa hati...

Baik disengajakan mahupun tidak disengajakan..

Baik yg terang terangan mahupun yg disembunyikan .

Sesungguhnya yg buruk dtg dari saya sendiri dan yg baikebaikan itu sentiasa dtgnya dari ALLAH SWT.


Ikhls dari :

Norhayati Binti Hj Mohd Isa

Seisi keluarga ...

๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ

Rabu, 14 April 2021

CARA MUDAH SOLAT TARAWIH BERSAMA ANAK-ANAK ๐Ÿ‘ณ๐Ÿง•๐Ÿง•๐Ÿง•


Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜๐ŸŒน

Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yg baik jua untuk kita menunaikan ibadah puasa dan ibadah yang lain.๐Ÿ’ช๐Ÿ’š

Malam ni dah 3 Kali solat tarawih kita kan.. Hendak ke surau atau ke masjid kena daftar , tempat terhad dan boleh bawa anak umur 15 Tahun ke atas.. 

Jadi apa kata kita solat jemaah je ibu² bersama anak² dirumah..  seronok apa , anak² Kita, kakak atau adik dah boleh jadi bilal , serupa dah macam kat kat surau atau masjid, Kita yg bentuk Kan suasana Tu.. ๐Ÿ˜

pastu Lepas 4 rakaat boleh gi minum dulu, kat surau Dan masjid dah tak ada moreh ๐Ÿคญ kat rumah Ada moreh selepas habis solat ๐Ÿ˜ 

Boleh print panduan solat tarawih dibawa ni.. 
Selamat solat tarawih kekawan semua ๐Ÿ˜ bersama-sama anak²๐Ÿ‘ณ๐Ÿง•๐Ÿง•๐Ÿง•














































Sumber : Facebook

Selasa, 13 April 2021

PERBANYAKKAN DOA INI DALAM RAMADAN๐Ÿคฒ๐Ÿ™๐Ÿ’š

 Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜


Ramadan Kareem ๐Ÿ’š๐Ÿ’š

Semoga Allah SWT permudahkan Kita menjalani ibadah puasa, dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜Š๐Ÿ’š


Amalkan Doa Ini Dalam Ramadan
===========
1. Ramadan adalah bulan pengampunan. Allah membuka luas pintu ibadah dan memberikan ganjaran keampunan buat dosa-dosa silam kita.

2. Saidatina Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah tentang apakah yang perlu dia lakukan andai dia bertemu dengan malam Lailatul Qadar. Lalu Baginda Nabi mengajarkan kepadanya doa ini:

ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฅู†َّูƒَ ุนَูُูˆٌّ ุชُุญِุจُّ ุงู„ุนَูْูˆَ ูَุงุนْูُ ุนَู†ِّูŠ

Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku."

3. Perhatikan pengertian doa ini, ia membawa maksud yang jelas bahawa perkara pertama yang diajarkan oleh Rasulullah kepada Saidatina Aisyah adalah agar memohon keampunan dari Allah.

4. Oleh itu amalkan doa ini sepanjang bulan Ramadan ini. Ia adalah doa yang diucapkan sendiri oleh Baginda Nabi dalam usaha kita memohon keampunan dari Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/myhadithtime


Ahad, 11 April 2021

MEREKA YANG RUGI DALAM RAMADHAN ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜“

Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜❤️

Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜Š๐Ÿ’š

InshaAllah lagi 2 Hari Kita Akan menyambut Ramadhan..

Ramadan Kareem semua .❤️๐ŸŒน

Dikesempatan ini saya memohon kemaafan jika Ada catatan atau Komen saya menyinggung Serta mengguris perasaan kekawan blog yg dikasihi. ๐Ÿ™๐Ÿ™๐Ÿ˜๐ŸŒน


Muhasabah diri sendiri juga..


 Jangan Sia-siakan Ramadhan

=========

1. Ramadan adalah bulan membersihkan diri dari segala dosa. Rasulullah mengingatkan kepada kita bahawa golongan yang rugi adalah golongan yang sempat bertemu dengan Ramadan, namun dosa mereka masih tidak diampunkan.

2. Atas dasar itu sebahagian salafussoleh terdahulu, apabila masuknya Ramadan mereka akan menyambutnya dengan menyebutkan:

"Apabila masuknya Ramadan mereka berkata: Selamat datang bulan yang menyucikan dosa" (Ibn al-Jauzi, Bustan al-Wa'i'zin).

3. Dengan sebab itu kita akan dapati Saidina Abdullah bin Amr memperbanyakkan doa agar disucikan dirinya daripada segala dosa saat ingin berbuka puasa. Ini kerana, waktu berbuka adalah di antara waktu yang mustajab untuk berdoa. Lalu Abdullah sentiasa berdoa saat berbuka dengan doa:

ุงู„ู„ู‡ู… ุฅู†ูŠ ุฃุณุฃู„ูƒ ุจุฑุญู…ุชูƒ ุงู„ุชูŠ ูˆุณุนุช ูƒู„ ุดูŠุก ุฃู† ุชุบูุฑ ู„ูŠ 

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu dengan segala rahmatMu yang sangat luas agar mengampunkan dosa-dosaku."

4. Persiapkan diri kita dalam menyambut Ramadan. Jangan sampai kita menjadi orang yang rugi seperti yang diungkapkan di dalam hadis Nabi.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Sumber : Facebook



Rabu, 24 Mac 2021

SAHABAT YANG BAIK ๐Ÿ˜❤️๐ŸŒน

"SAHABAT YANG BAIK"

Apabila engkau mengunjunginya, ia akan memuliakanmu

Apabila engkau duduk bersamanya, ia akan membuatmu ingat kepada Allah

Apabila engkau berpisah dengannya, ia akan mendoakanmu

Apabila engkau lebih tua darinya, ia akan menghormatimu

Apabila engkau lebih muda darinya, ia akan menyayangimu

Apabila engkau memberitahunya suatu rahsia, ia menjaganya

Apabila ia melihat suatu aib pada dirimu, ia tidak menyebarkannya bahkan menutupinya

Dia tidak memanggilmu, melainkan dengan panggilan yang engkau sukai

Dia tidak berbicara denganmu, melainkan dengan sesuatu yang bermanfaat bagimu

Teman yang baik itu bukanlah mereka yang menjerumuskanmu kepada perbuatan dosa dan menjauhkanmu dari hidayah

Bahkan teman yang baik itu selalu mengajak kepada kebaikan dan mendekatkanmu kepada Allah

Teman yang baik itu bukanlah mereka yang selalu menganggap benar seluruh perbuatanmu

Bahkan teman yang baik itu bagaikan cermin, apabila ia melihat kesalahan pada dirimu, ia meluruskannya

Semoga Allah ta'ala memperbaiki diri kita agar dapat menjadi seorang teman yang baik... dan memberi anugerah kepada kita berupa teman-teman yang baik...

Ketika kamu melihatnya, kamu teringat pada akhirat, dan mendoakannya.

Teman yg baik itu .. Termasuk kamu, 

Genggam lah sebelum hilang ..

Kerana itu semua orang tahu , MEMPERTAHANKAN tidaklah semudah ingin MENDAPATKAN

Alhamdulillah ♥️

Selasa, 23 Mac 2021

Dan Allah SWT Memuji Orang-Orang Yang Menangis ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ญ

 


Dan Allah SWT memuji orang-orang yang menangis :

 "Dan mereka segera sujud sambil menangis."

Maka selayaknya tiap orang memikirkan 5 perkara :

1. Memikirkan dosa-dosanya yang lalu, sebab ia telah berbuat dosa-dosa itu tetapi tidak mengetahui apakah dimaafkan atau tidak.

2. Dia telah berbuat amal kebaikan tetapi belum diketahui diterima atau tidak.

3. Dia telah mengetahui apa yang telah lalu dari masa hidupnya dan belum mengetahui bagaimana kesudahannya.

4. Dia telah mengetahui  bahawa Allah SWT membuat tempat maka ditempat mana dia akan masuk.

5. Dia tidak mengetahui apakah Allah SWT redha kepadanya atau murka.

Maka siapa yang tidak memperhatikan 5 perkara ini di masa hidupnya, ia akan menerima 5 macam sesudah mati :-

1. Menyesal terhadap apa yang ditinggalkan kepada ahli warisnya yang akan menjadi musuhnya.

2. Menyesal kerana menunda-nunda amal kebaikan sehingga sedikit amal kebaikannya.

3. Menyesal kerana melihat dosa-dosa yang amat banyak sehingga meminta izin untuk kembali untuk taubat dan tidak diizinkan.

4. Menyesal kerana banyak yang menuntutnya dan tidak dibayar tuntutan itu kecuali dengan amal.

5. Allah SWT murka kepadanya, dan tidak ada jalan untuk minta redha-Nya.

Sumber : Tanbihul Ghafilin. (Peringatan bagi yang lupa)
Bab 21: Larangan Bergelak Tawa.


Isnin, 22 Februari 2021

DOA UNTUK ANAK-ANAK YG MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM ๐Ÿ’š ~SOFEA NABILAH 2021

 Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜❤️

Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜Š๐Ÿ’š

Semalam pergi jumpa nabilah Di Aitaf Akademik sbb Hari ini dia menduduki peperiksaan SPM. Untuk Mohon maaf Dan restu katanya ๐Ÿ˜ semoga Allah SWT permudahkan segala urusan nya. Aamiin YRA ๐Ÿคฒ๐Ÿป❤️


 *Doa untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SPM*


*ุจِุณْู…ِ  ูฑู„ู„َّู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญْู…َู€ู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…* 

ูฑู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ ุฑَุจِّ ูฑู„ْุนَู€ู„َู…ِูŠู†۞ 

ูฑู„ุฑَّุญْู…َู€ู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…۞ ู…َู€ู„ِูƒِ ูŠَูˆْู…ِ ูฑู„ุฏِّูŠู†۞

ุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุนْุจُุฏُ ูˆَุฅِูŠَّุงูƒ ู†َุณْุชَุนِูŠู†ُ۞ 

ุงู‡ْุฏِู†َุง ูฑู„ุตِّุฑَุทَ ูฑู„ْู…ُุณْุชَู‚ِูŠู…َ۞

ุตِุฑَุงุทَ ูฑู„َّุฐِูŠู†َ ุฃَู†ْุนَู…ْุชَ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ุบَูŠْุฑِ ูฑู„ْู…َุบْุถُูˆุจِ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ูˆَู„ุงَ ูฑู„ุถَّุงูۤ„ِّูŠู†َ۞

ุงู…ูŠู†


*ุจِุณูۡ€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ุงู„ู„َّู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญูۡ€ู…َู€ٰู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ูŠู…ِ*


ุงَู„ْุญَู…ْุฏ ُ ِู„ู„ู‡ِ ุฑَุจِّ ุงู„ْุนَุงู„َู…ِูŠْู†َ

ูˆَุงู„ุตَّู„ุงَุฉُ ูˆَุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„ู‰َ

ุฃَุดْุฑَูِ ุงْู„ุฃَู†ْุจِูŠَุงุก  ูˆَุงู„ْู…ُุฑْุณَู„ِูŠْู†

ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِู‡ِ ูˆَุตَุญْุจِู‡ِ ุฃَุฌْู…َุนูŠู†


๐ŸŽ“ *Ya Allah,*

Minggu  ini adalah minggu anak-anak kami menduduki peperiksaan SPM. Kami mohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi  YA ALLAH.


๐ŸŽ“ *YA ALLAH,*

Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.


๐ŸŽ“ *YA ALLAH,*

Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.


๐ŸŽ“ *YA ALLAH,*

berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada Mu Ya Allah.


๐ŸŽ“ *YA ALLAH,*

Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu, Kau perbaiki akhlak anak-anak kami.


๐ŸŽ“ *Ya ALLAH,*

kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami YA ALLAH.


๐ŸŽ“ Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.

Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu Ya Allah.


๐ŸŽ“ *YA ALLAH,*

Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.


 ๐ŸŽ“ *YA ALLAH,*

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak jiran, rakan dan sahabat kami YA ALLAH.


๐ŸŽ“ Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.


๐ŸŽ“ *YA ALLAH*

Perkenankanlah doa kami ini.


๐ŸŽ“ ุฑَุจَّู†َุง ุธَู„َู…ْู†َุง ุฃَู†ْูُุณَู†َุง ูˆَุงِู†ْ ู„ู…َ ْุชَุบْูِุฑْู„َู†َุง ูˆَุชَุฑْุญَู…ْู†َุง ู„َู†َูƒُูˆْู†َู†َّุง ู…ِู†َ ุงْู„ุฎَุงุณِุฑِูŠْู†َ


๐ŸŽ“ุฑَุจَّู†َุง ุงุบْูِุฑْู„َู†َุง ูˆَِู„ุงِุฎْูˆَุงู†ِู†َุง ุงَّู„ุฐِูŠْู†َ ุณَุจَู‚ُูˆْู†َ ุจِุงْู„ุงِูŠْู…َุงู†ِ ูˆَู„ุงَ ุชَุฌْุนَู„ْ ูِู‰ ู‚ُู„ُูˆْุจِู†َุง ุบِู„ุงًّ ู„ِู„َّุฐِูŠْู†َ ุขู…َู†ُูˆْุง ุฑَุจَّู†َุง ุงِู†َّูƒَ ุฑَุคُูˆْูٌ ุฑَุญِูŠْู…ٌ. 


๐ŸŽ“ุฑَุจَّู†َุง ุขุชِู†َุง ูِู‰ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ุญَุณَู†َุฉً ูˆَูِู‰ ุงู„ุขุฎِุฑَุฉِ ุญَุณَู†َุฉً ูˆَู‚ِู†َุง ุนَุฐَุงْุจَ ุงู„ู†َّุงุฑِِ.


 ๐ŸŽ“ุฑََََุจَّู†َุง ุชَู‚َุจَّู„ْ ู…ِู†َّุง ุงِู†َّูƒَ ุฃَู†ْุชَ ุงู„ุณَّู…ِูŠْุนُ ุงْู„ุนَู„ِูŠْู…ُ ูˆَุชُุจْ ุนَู„َูŠْู†َุง ุงِู†َّูƒَ ุฃَู†ْุชَ ุงู„ุชَّูˆَّุงุจُ ุงู„ุฑَّุญِูŠْู…ُ. 

ูˆَุตَู„َّู‰ ุงู„ู„ู‡ُ ุนَู„ู‰َ ุณَูŠِِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ 

ูˆَุนَู„ู‰َ ุขู„ِู‡ِ ูˆุตَุญْุจِู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ. 

ุณُุจْุญَุงู†َ ุฑَุจِِّูƒَ ุฑَุจِِّ ุงْู„ุนِุฒَّุฉِ ุนَู…َّุง ูŠَุตِูُูˆْู†َ 

ูˆَุณَู„ุงَู…ٌ ุนَู„َู‰ ุงْู„ُู…ุฑْุณَู„ِูŠْู†َ ูˆَุงْู„ุญَู…ْุฏُ ู„ِู„ู‡ِ ุฑَุจِِّ ุงْู„ุนَุงู„َู…ِูŠْู†َ.


 ุขู…ูŠู† ูŠุง ุฑุจ ุงู„ุนุงู„ู…ูŠู†.

Rabu, 17 Februari 2021

#ALLAH JAGA KITA #KITA JAGA KITA #KITA JAGA KELUARGA KITA ๐Ÿ’š๐Ÿ‘จ‍๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿ‘ง‍๐Ÿ‘ง

 Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜

Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜Š๐Ÿ’š





Pada Hari sabtu 16/1/2021 saya mendapat call dari sahabat saya.. lama dia tak call, terperanjat juga ๐Ÿ˜

Yati, rumah ko kat SS U12 Kan..

Ye.. ko kat mana

Aku kat Klinik Azimah ni..

Buat apa kat situ .

Nak buat swab test Covid 19, saudara aku positive Covid 19 lah..

Aku baru smlm discaj hospital sg buloh.. positive Covid 19, Sama dgn Nabil anak Aku...

Oh iya ke๐Ÿ˜ฑ terkejut bunyi suaranya..

Aku sebenarnya dah dua kali buat swab test Covid 19 ini.. ramai juga ahli keluarga yg dijangkiti.. Kami buat mcm ni.. siapa yg positive , tinggal dirumah aku, siapa yg negative tinggal di rumah ayah aku Dan siapa yg kuarantin tinggal dirumah kakak Aku, Alhamdulillah rumah dekat2 ni..

Bagusnya ko buat mcm tu Nazri .. sekurang2 nya ko dah menjaga keluarga ko..

Ye, yati , Aku fikir kesihatan dan keselamatan keluarga aku, bukan takut mati sbb mati itu pasti, lagi pun dah jadi tanggungjawab Kita Kan.. nanti diperhitungkan diakhirat kelak bgmn Kita nak jawab dihadapan Allah SWT kelak..

 Jika semua rakyat Malaysia buat mcm ni, InshaAllah kita boleh menang. 

Ye lah, sahabat saya ini tak berkira pun tentang Wang ringgit, sanggup pergi ke Klinik swasta utk buat swab test Covid 19. Dia 5 beranak, dua kali buat swab test, maknanya dah RM 2,000.00 dia peruntukan utk kesihatan dan keselamatan keluarga nya.

Ini pun Selangor dah dilanjutkan PKP sehingga 4 Mac 2021, ye lah kes dah 1000+++ sehari sehingga menghampiri 100ribu, sungguh menakutkan..๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ

Semoga Allah SWT dilindungi diri Kita semua ๐Ÿ˜.



Isnin, 8 Februari 2021

Alhamdulillah syukur.. sujud syukur mereka bertiga negative Covid 19 ๐Ÿคฒ๐Ÿ‘จ‍๐Ÿ‘ง‍๐Ÿ‘ง❤️

 Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜

Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜


Ini mesej yg ditunggu-tunggu oleh Encik suami Dan dua orang anak saya. Alhamdulillah syukur.. mereka bertiga negative.. Terima Kasih ya Allah mengkabulkan doa kami , hamba Mu yg lalai dan sentiasa perlu diperingatkan๐Ÿ˜”
Ampuni Kami Dan rahmatilah Kami semua ๐Ÿ˜❤️

Jadi pada 20.1.2021, mereka tiga beranak pergi PKPD Kelana Jaya untuk memotong gelang pink mereka.๐Ÿ˜Š Panjang juga nak beratur tu.. ๐Ÿ˜

Yeaahhh gelang pink dah tak Ada mama๐Ÿ˜ hantar wasap mereka pada saya dirumah. Alhamdulillah syukur.. kena lebih berhati-hati lagi , mereka tiga beranak ni. Risau juga , kes Di Selangor ni, semakin meningkat, sehari dah 1000+++๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜“

Dapatlah mereka Surat kuning ini, iaitu Surat pelepasan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian bagi jangkitan Covid 19. 

✌❤
Jadi petang tu, saya Dan suami pergi menghantar kakak nabilah balik ke asrama nya Di Aitaf Akademik, sbb Hari khamis dia telah mula pembelanjaran bersemuka utk SPM 2020 yg tertangguh Tu. Ye lah 22.2.2021 InshaAllah mula lah exam SPM tu. 
Mama doakan semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kakak nabilah Dan berjaya dlm exam SPM. Aamiin YRA ๐Ÿคฒ๐Ÿป❤️