JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 15 April 2024

SALAM EIDUL FITRI 1445H /2024M

 Assalamualaikum semua😍❤️

Sahabat blogger yg dikasihi ❤️❤️❤️ rindunya dgn sahabat blog .. semakin menyepi CH ni kan... 😁 penat membuang sawang diblog kecil ku ini.. πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ˜…


CH seperti tahun² yg lalu, selepas kedua ibubapa meninggal dunia beraya dikampung encik suami di Felda Bukit Jalor Gemencheh Negeri Sembilan.

Alhamdulillah FIL dikurniakan kesihatan yg baik.. umur skrg dah 84tahun.❤️

Inilah keluarga comel CH.. masing dah dewasa.. gmbr diblog pun tak tukar² lagi.😁 kakak Nabilah pun tengah praktikal, Najeeha pula di Kolej Profesional MARA Bandar Penawar Johor Baharu Johor dan Nabil pula di Maahad Tahfiz Solehin Seremban Negeri Sembilan.

Sebahagian keluarga Hj Yahya.. yg tiada kak long Roslah dan Aboy yg berhari raya di Sabah rumah mentua masing².

Sempat ambil gambar berdua di rumah mak andak di Chohong Jasin Melaka..😍❤️πŸ₯°

Petang hari raya pertama tu balik kg Chohong, hanya ada mak andak, adik arwah MIL, dua orang adik arwah MIL meninggal tahun lepas, pak itam dan pak uda. Al Fatihah utk mereka berdua.

Raya ke 3 kami dah pulang ke Shah Alam, sebelum tu singgah di rumah mak mertua adik ipar di Masjid Tanah Melaka. Teruja bergambar dipondok kecil iniπŸ₯°

Kami tak balik terus dirumah Shah Alam, terus ke Kuang, pergi kerumah kak andak.. hanya sempat gambar di rumah pusaka mak abah. 5 beradik perempuan.. Kak Angah, Kak Alang , Kak Andak dan Adik Uda. Kak Ateh beraya di kampung mentua.😍

Itulah kisah hari raya CH.. aduhai lama juga utk menulis hahaha.. kena rajin balik menulis blog ini.πŸ˜…