JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 30 November 2015

SUP AYAM KAMPUNG by NOXXA .. untuk Nabil berpantang khatan.. ^__^

Salam petang yg ceria kekawan :)

Balik dari program berkhatan Nabil tu, saya terus ke dapur utk memasak makan tengahari tu, sebelum keluar pergi program tu saya dah keluarkan ayam dari petiais dan letak di singki. Balik tentu ayam tu dah lembut dan tinggal cuci lebih kurang sebab saya dah cuci sebelum menyimpan tu. Memang dah rancang menu Sup Ayam Kampung ni utk Nabil dan yg kami ni saya masak sambal tumis ikan bilis, sayur kangkung goreng belacan dan asam pedas ikan parang.

Sudah tentu saya menggunakan periuk noxxa ni dengan jayanya.. Ayam kampung kan kena masak lama untuk empok, dengan menggunakan noxxa ni 25 minit dah siap. Si Nabil pulak dah kelaparan sebab masa disana dia makan sikit sahaja. Mungkin tak berselera masa tu, Memikirkan nak berkhatan tu kot.. ehe ~__^
Bertambah-tambah nabil makan sup ayam tu, tambahan disuap oleh mamanya..

Jom intai resepi masak sup ayam kampung guna noxxa ni.. kalau guna ayam biasa tu cuma 15 minit dgn noxxa ni..

RESEPI SUP AYAM KAMPUNG 

Bahannya :-
  • 1 ekor ayam kampung (dipotong 12 bahagian)
  • 3 biji bawang merah kecil*
  • 3 biji bawang putih*
  • 2 inci halia * (*ditumbuk)
  • rempah tumis empat sekawan (bunga lawang,pelaga, cengkih dan kulit kayu manis)
  • 1 bungkus sup bonjut ayam
  • 3 biji kentang dipotong 4.
  • daun sup.
Caranya :-
  1. Tekan butang GORENG dan On, kemudian tuang sedikit minyak, setelah minyak panas tumis bahan tumbuk dan rempah tumis empat sekawan. Tumis sehingga wangi.
  2. Kemudian tekan butang off, masukan ayam, kentang, sup bunjut dan air secukupnya. Lepas tu tutp periuk dan  tekan butang Tekanan Tinggi sehingga 25 kali. Tunggu sehingga bip berbunyi. Release kan wap dan off.
  3. Kemudian pergi menggoreng semula dan on kan, masa ni boleh garam , sedikit serbuk lada hitam. Kemudian kacau sekata, dan rasa garamnya, jika cukup bolehlah di tabur daun bawang dan daun sup. Tekan butang off. 
  4. Siap utk dihidangkan.






NABIL MASUK JAWI... Nabil Tak Nangiskan Mama ^__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya..

Disinilah tempat saya bersunat esok :)
Pada hari Jumaat 27 November 2015 diadakan solat hajat dan doa selamat untuk Program Khatan Perdana Masjid Seksyen 7 pada 28hb November 2015. Pada malam tu Nabil pergi bersama en suami dan kakak-kakaknya. Saya tak ikut kerana kepenatan. Program ni kerjasama MPP Zon 3 dan masjid. Hanya RM50 utk bayaran berkhatan ini.

Muka gembira dua orang sepupu tu, kami teman adik makan sarapan dimasjid tu, disediakan nasi lemak dan kuih muih.
Esok pagi Sabtu , seawal pagi pukul 6.45am kami telah keluar rumah, en suami kata kena daftar awal sebab  ramai budak yang berkhatan, 73 orang, baik kita daftar awal sebab dia ikut nombor utk bersunat tu. Alhamdulillah Nabil dapat nombor 6 dan Denny nombor 7, en suami daftarkan sekali kerana adik saya dalam perjalanan katanya. Lepas daftar pergi sarapan dulu, sebenarnya masjid dah ada sarapan tapi pukul 7.30am nanti. En suami kata jom lah sarapan capati dulu.

Lepas sarapan, masuk semula ke dewan solat utk dengar ucapan dan taklimat berkhatan. Kata imam tu, pengalaman  berkhatan ini hanya sekali jer seumur hidup bagi lelaki. Jadi jangan takut kerana ia satu kenangan yg tak akan dilupakan. Pandai imam ni memujuk anak-anak ni.

Lepas tu doktor pula bagi taklimat, apabila doktor tu menunjukkan alat smartklamp tu .. ternganga budak dua orang tu menengoknya. Doktor tu bagus, kata alat ini memang canggih, dia tak sakit bila berkhatan.. Senyum lega budak2 mendengarnya. Nabil kata "macam punting susu lah mama" tergelak saya mendengarnya.

Habis taklimat mereka diarak menaiki kereta Hilux yg di sponsor oleh Kelab Hilux ini.. Kemain gembira mereka berdua ni. Mereka diarak pusing satu taman perumahan tu. Nabil kata orang yg lihat tepuk tangan mama, lepas tu kita orang pun lambai2 tangan kat mereka. Seronok sangat.


Sementara mereka diarak dengan Hilux tu, pasukan bomba pun bersiap sedia utk acara seterusnya iaitu mandi dari pancutan air bomba ini. Ini yg selalu di tanya oleh Nabil kepada abahnya.. "Ada bomba datang tak abah, pancut air kat kita orang nanti masa berkhatan tu".. "Mestilah ada, abah dulu berendam di sungai aje "Jawab abahnya .. tergelak kakak dua orang tu mendengarnya.

Sekembali mereka dari berarak tu, mereka terus disiram diatas Hilux itu, tak perlu turun dan berkumpul dibawah. Lagi lah mereka suka, meriah sangat saya tengok. Bila air bomba di pancut , mereka melompat-lompat kegembiraan, ditambah lagi air yg bertakung didalam Hilux tu.. Apa lagi sakan mereka berkubang. Adik ipar kata" melompat-lompat lah korang suka nanti kena potong".. ~__^

Selepas membersihkan diri dan menukar pakaian, masuk semula ke tempat menunggu berkhatan tu. Lima orang telah masuk didalam tu, selepas budak pertama keluar , kami semua bertepuk tangan bagi semangat, tak kedengaran pun bunyi menangis. Baguslah anak-anak ni.

Selepas itu nombor Nabil di panggil, kemudian di turuti oleh Denny , tapi mereka tidak sebelah menyebelah pula. Denny berada ditengah , dua katil dari Nabil. Tenang jer Nabil berbaring diatas katil. Saya pula yg gementar. Mulut kumat kamit membaca doa utk Nabil. Sebelum tu dah pesan suruh Nabil selawat dan baca ayat2 yg imam ajar tadi semasa taklimat tu.

En suami mententeram kan Nabil, tapi tengok dia steady je pandang doktor tu.

Masa ni doktor nak bius, en suami dah menunggu diatas kepala pulak, hembus-hembus kepala baca doa kat dia. Tengok tenang jer tu, tapi en suami kata , berkerut juga muka masa dibius tu, lepas bius jalan terus doktor pasang klamp tu dan potong .

Alhamdulillah, selamat Nabil berkhatan, muka blur lagi tu, abah dia dan doktor senyum jer.. good nabil tak nangis..
Saya jadi jurufoto jer lah..


Selepas keluar dari bilik berkhatan tu mereka mendapat goodies , didalamnya ada tuala kecil, bunga telur dan pulut kuning. 

Mendaftar disini pula untuk temujanji dgn doktor untuk membuka klamp tu selepas 5 hari. Iaitu pada hari khamis di Klinik Danial, Taman Cahaya Alam.


Selepas tu Denny pula keluar, masih ada senyum diwajah mereka. Alhamdulillah selamat mereka berkhatan. Selepas ni untuk menjaga mereka pula dalam pantang berkhatan ni. 
Selepas itu, adik saya terus pulang kerumahnya. Muka mereka pun dah kepenatan dan mungkin juga ada rasa sakitnya.


Sampai dirumah terus siapkan tempat rehatnya, semestinya didepan tv, boleh lah dia berehat disitu. En suami menggantung talinya di lampu tengah rumah tu, punya lah panjang talinya..

Kemudian doktor ni bagus, mereka membuat group whatapps utk bersunat itu untuk ibubapa membuat sebarang pertanyaan. Doktor itu ada memberi cara-cara penjagaan khatan Smartklamp ni..
Saya copykan disini.. semoga bermanfaat pada mereka yg ada anaknya bersunat guna kaedah yg sama.



Penjagaan Khitan Smartklamp

1.Makan ubat tahan sakit seperti diarahkan

2.Jangan mandi dlm tempoh 24jam setelah berkhatan

3.setelah melepasi tempoh 24jam mandi seperti biasa & biarkan smartklamp itu terkena air.

4.setelah mandi letakkan krim yg diberi di kawasan luka

5.utk cuci air kencing ambil picagari & sedut air biasa & semburkan melalui corong.cuci hingga bersih.

6.jgn takut utk kencing, mula2 mmg sakit..nanti kencing yg berikutnya insyaallah tak pedih

Alhamdulillah , berjalan lancar program berkhatan yg pertama kali diadakan di masjid ini, serta ibubapa dan anak-anak berpuas hati dengan program ini.

Ahad, 29 November 2015

PENIPUAN DALAM TALIAN




Macam-macam cara orang nak menipu..
Jadi kita semua kena berhati-hati..
Teringat pulak entry JR Panggilan Misteri mengenai penipuan di talian.. Alhamdulillah JR tidak berjaya ditipu.. Bagus teknik JR memperdaya orang nak tipu itu..

Sabtu, 28 November 2015

PETUA RAWAT RABUN MATA DAN MAKANAN BAIK UNTUK MATA

PETUA RAWAT RABUN MATA DAN MAKANAN BAIK UNTUK MATA
Silalah cuba salah satu dari cara-cara dibawah….
1. Wap nasi :
Apabila memasak nasi, halakan mata ke arah wap yang keluar dari periuk nasi. Amalkan setiap kali masak nasi.
2. Sawi :
Rebus secekak sawi dengan 2 gelas air sehingga mendidih dan tutup api. Minum setelah sejuk pada suhu bilik. Amalkan 3 kali seminggu.
3. Lobak merah :
Boleh makan mentah-mentah atau minum air lobak merah. Amalkan selalu InsyaAllah semakin baik nanti. Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.
4. Teh :
Mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ia kan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.
5. Bawang Putih & Bawang Merah :
Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.
6. Kacang Walnut :
Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.
7. Tomato :
Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.
8. Kacang Soya :
Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.
9. Telur :
Sebatian sulfur, protein dan cysteine dalam telur membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata.
10. Brokoli :
Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.
Selamat mengamalkan. Like dan Share

Jumaat, 27 November 2015

TUTUP PETI SUARA di telefon anda..


Kawan saya post di FB..
Saya pun mencubanya..
Buat utk telefon Celcom .. Boleh..
Tapi bila buat untuk DIGI .. tak boleh pulak..
Kenape ye.. mungkin Digi dah tukar nombor kot..
Tau kita nak buat tu hahhahaa

APAM LABU LEMBUT DAN GEBU ..




Buat apam labu ni pada hari Ahad yg lalu.. hehehe dah jadi baja organik baru nak update entri kan.. Ni kakak lah nampak labu yg menguning cantik tu.. ambil 1/4 bahagian jer.. cukup-cukup utk resepi ni. Mula-mula tergoda dengan Kak Rose blogger My Kuali tu tayang.. sudah teringin nak makan..


Ternyata sedap sekali.. lembut.. gebu dan kekal lembut hingga ke petang.. buatnya tidak lah susah sangat..
Mohon share resepi ye Kak Rose :)

RESEPI APAM LABU

Bahan A
  • 3 s/b Tepung gandum (ratakan)
  • 2 s/t   Yis
  • 1 s/t  Gula Kastor
  • 3 s/b Air Suam
Bahan B :
  • 230 gm Labu direbus lembut
  • 150 gm Gula
  • 1 biji telor
  • 150 ml Santan Pekat
Bahan C :
  • 200gm tepung gandum
  • 1 1/2 s/t Baking Powder (Ayak sama tepung)




Caranya membuatnya :-

1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5-10 minit.
2. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dalam pengisar dan kisar halus. Tuangkan dalam mangkuk adunan.
3. Masukan bahan C ke dalam adunan B yg dikisar sedikit demi sedikit dan Kacau rata dan sebati.
4. Masukan pula bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Perap adunan sehingga 1 jam , ditutup mangkuknya.
5. Panaskan kukusan dan tuang adunan tadi kedalam bekas kecil atau loyang yg telah disapu minyak dan kukus sehingga masak (kalau bekas kecil kukus 15-18 minit)
6. Hidangkan bersama kelapa muda parut yg digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.


Makan lewat petang pun masih lembutdan gebu apam labu ni.. tak rugi membuatnya sebab anak-anak pun suka :D

SELAMAT MENCUBA

10 SOLAT YANG DITOLAK

Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yg barakah.. semoga kita semua berada dalam rahmat Allah jua..












p/s Semoga solat kita semua diterima Allah hendaknya..

Khamis, 26 November 2015

RESEPI KACANG BERSALUT MUDAH




KACANG BERSALUT .

Terima kasih kpd yg empunya resipi Kacang Bersalut. Maaf lupa siapa. Resipi kacang bersalut ni memang sedap.
Bahan2:
1. 500 gm kacang tanah.
2. 5 ulas bawang putih..tumbuk
3. 1 sb serbuk cili.
4. 2 sb gula.
5. 2 sk garam
6. 2 biji telur.
7. 5 sb tepung gandum.
8. 1 sb tepung beras.

Cara memasak:
1. Bersihkan kacang tanah (tidak basuh)
2. Campur semua bahan2 no. 2, 3, 4, 5, 6. Gaul sampai rata dan diperingkat ini garam dan gula juga hancur.
3. Masukkan bahan2 no. 7 dan 8. Pastikan tepung membalut kacang tanah.
4. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana.
5. Apabila masak, angkat dan tapis.


P/S dah lama saya cari resepi ni.. bila jumpa di FB cepat2 save kat sini :)

KUANG TANAH TUMPAH DARAH KU ... Bangga pulak keluar kat FB (^__^)

Sekodeng FB sekali tu ada lah pulak kawan post kat wall cerita pasal Kampung Kuang, Ialah kampung tempat tumpah darah sendiri.. Mak kata dulu saya dilahirkan dirumah sebab tak sempat nak pergi hospital sebab masa tu sibuk darurat 13 May 1969..
Dah betullah tempat darah tumpah hehehe ..

Jom baca.. apa ada di Kuang Selangor.

Ini adalah pekan kuang tempat saya dok pergi masa kecik2 utk membeli belah..
 kalau pergi sini dah kira suka sangat.. tapi biasalah pengusahanya mesti china kan..
Kat pekan tu ada Stesyen Keretapi.. dulu buruk jer.. dulu2 pergi Rawang dgn Mak naik keretapi lah..
Sekarang lagi sibuk dengan adanya Komuter.. Stesyen pun semakin cantik..



Kuang ialah bandar di Selangor, Malaysia. Kepentingannya dahulu ialah permulaan cabang landasan kereta api ke Batu Arang dari mainline Keretapi Tanah Melayu.
Menurut cerita, kawasan Kuang mula dibuka pada sekitar tahun 1920-an. Nama ”Kuang” diambil bersempena nama Tengku Awang iaitu wakil Sultan yang selalu berburu di Kampung Orang Asli (kini adalah Ulu Kuang). Beliau sentiasa membersihkan diri di pertengahan anak Sungai Kuang dan Sungai Samak. Beliau kemudian menunaikan solat di Madrasah Kuang. Kini madrasah tersebut telah diubah menjadi Masjid Batu 20 Kuang.
Terdapat juga yang menyatakan Nama Kuang berasal dari sejenis burung bernama burung kuang.

Inilah yg dikatakan Burung Kuang.. kata namanya sempena nama burung ni juga..

Burung kuang adalah ayam hutan. Antara jenis yang paling terkenal ialah burung kuang raya atau Great Argus dalam bahasa Inggeris. Saiz burung tersebut amat besar.
Burung kuang cermin merupakan satu lagi jenis burung kuang yang berekor panjang seperti burung kuang raya. Kedua-duanya telah dimasukkan dalam stem Malaysia dalam siri burung. Sementara itu, terdapat sebuah taman burung kuang berekor panjang di negeri Terengganu.
Dijangkakan burung kuang telah muncul dengan banyaknya di Kuang pada satu ketika dulu sehinggakan tempat ini dinamakan sebagai Kuang. Sebenarnya tempat bernamakan Kuang amat lumrah di Semenanjung Malaysia. Antaranya termasuk Kuala Kuang di Chemor, Perak, serta Jalan Burung Kuang, Taman Maluri di Kuala Lumpur.

Dulu2 saya selalu main kat Sawah Padi walaupun kami tak ada sawah disini
Selalu pergi rumah kawan yg ada sawah ni..
Filem Ranjau Sepanjang Jalan.. arahan Dato' Sarimah membuat
pergambaran disini.. pakat lah kami adik beradik pergi menengoknya..
Selepas tu sawah padi tidak menjadi.. kata orang kampung disitu..
Padi disitu merajuk sebab dirosakan tanamannya sewaktu penggambaran tersebut..

Mengikut sejarah lama pula,
Kuang telah wujud sejak awal abad ke-19.
Kedudukan tanah yang rata menjadikan Kuang salah satu kawasan penanaman padi yang utama di Selangor pada satu ketika. Pada tahun 1907, laporan tahunan Agricultural Bulletin Of The Straits and Federated Malays States, turut melaporkan lawatan pegawai British ke kawasan tanaman padi Kuang.

Tengok tu langit membiru dan air tasik pun sama membiru..
Dekat dgn rumah kak lang saya di Kundang..
Dulu2 masa kecik selalu juga kesini..
Sekarang tempat ni sungguh meriah..
Siap ada pertandingan Jet Ski di Tasik Biru ini..
Ingat lagi datang tengok Jet Ski sebab penyanyi Fauziah Latif tu selalu berlatih disini :)

Kuang mempunyai salah satu padang polo terbesar di Asia. Ia adalah tempat yang sangat penting bagi polo semasa Sukan Komanwel pada tahun 1998. Terdapat juga tasik yang dikenali sebagai Tasik Biru (Blue Lake) , yang terletak di Seri Kundang.

Keadaan Kuang yang aman dan damai menyebabkan ramai penduduk tempatan untuk membina rumah mereka dan pusat rekreasi di sini , iaitu berhampiran Kampung Sungai Serai.

MALAM ANUGERAH PERKHIDMATAN LZS - 7 November 2015

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi jua hendaknya..
Hendak jua mengabadikan kenangan di blog kecik saya ini tentang Anugerah Perkhidmatan  20 tahun di LZS..
Sempena 20 tahun perkhidmatan, tahun ini saya menerima Sijil Simpanan Premium berjumlah RM1,500.00. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yg telah memberi rezeki kepada saya.

Saya ambil gambar ni dari FB Sabri
Sepatutnya saya bersama dua rakan saya ini diatas pentas,malangnya saya tidak dapat menghadirkan diri atas sebab kesihatan yg tidak mengizinkan. Pada tarikh itu saya baru jer discaj dari hospital.. terasa sedih juga sebab tidak dapat meraikan bersama-sama rakan seperjuangan saya. Hanya tinggal kami bertiga dari lebih 30 orang yg berkhidmat pada tahun 1995 itu. Shamshuri (sebelah kanan tepi) yg sama masuk berkhidmat dengan saya pada 2 Jun 1995 dan Mohd Sabri (sebelah kiri tepi) ini masuk awal, rasanya dalam bulan Mac 1995. 

Ini Anugerah Perkhidmatan 15 tahun saya pada tahun  2010. Tahun ini tiada dapat plak kenangan macam ni..

Pada tahun 2010 tu juga saya mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Eksekutif Terbaik dengan Wang Tunai RM1,000.00.
Alhamdulillah syukur kepada Ilahi .. 

Ini pula Anugerah Perkhidmatan 10 Tahun pada tahun 2005 pada masa itu dikenali dengan nama Pusat Zakat Selangor sebelum di tukar kepada Lembaga Zakat Selangor pada tahun 2007.

Ini pula Anugerah Perkhidmatan 5 tahun pada tahun 2000. 
Pada saya , yang penting perkhidmatan saya ini mendapat redha Ilahi.. Mardhotillah..
Teringat saya ceramah Ustaz Pahrol Juoi di Town Hall yg lalu.. Kata beliau 
"Jadikan tempat kerja kamu seperti SEJADAH"
Yakni bila disebut sejadah adalah lapik  kita beribadah untuk bersolat.
Jadi bila kita jadikan tempat kerja itu seperti sejadah , maka kerja kita itu satu ibadah.
Wallahualam...

Rabu, 25 November 2015

BERHATI-HATI SAHABAT di PANTAI TIMUR .. Amaran Hujan Lebat (Peringkat Kuning)

Assalamualaikum kekawan..
Salam Petang...


Kementerian Sains Dan Teknologi telah mengeluarkan surat amaran
"HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)
Untuk Negeri Pahang, Trengganu dan Kelantan..
Bermula dari 26 - 28 November 2015..
Khamis - Sabtu

Harap kita semua juga berjaga-jaga dengan banjir kilat.. ianya sangat bahaya sebab ianya tiba-tiba..

Semoga kita semua dilindungi Allah..


HATI AYAM DAN ORGAN DALAMAN PUNCA MANUSIA BERPENYAKIT ? Cer baca.. kena berhati-hati..



[ HATI AYAM & ORGAN DALAMAN PUNCA MANUSIA BERPENYAKIT?]
Kita diajar kalau nak tambah darah kita kena makan hati lembu dan hati ayam. Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat tinggi . Tetapi Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Mana kita mesti pilih? Nak ikut cara kafir ke nak ikut cara Nabi Muhammad SAW ?
Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita kerana hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dandineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat islam.
Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.
Kandungan racun dalam hati:
- Antibiotik tylosin
- Penisilin
- Oxytetracycline
- Kanamycin.
Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.
Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
- Hati
- Paru-paru
- Perut
- Hempedal
- Buah pinggang
- Jantung
- Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
- Telur ikan
Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi . Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat. Waallahualam
Creditto_norfisah
p/s : Semoga dapat membantu dan semoga bermanfaat, silakan SHARE

PIZZA ROTI MUDAH

Assalamualaikum kekawan..


Tak tahu nak breakfast apa pagi tadi utk mereka dirumah yg sedang bercuti ni.. jadi tengok ada roti gardenia sebungkus yg tidak diusik lagi.. tak kan nak makan dgn kaya dan jem ajer.. tentu bebudak tu dah jemukan.. cari lah sesuatu yg lain dan mudah..
Lepas tu teringat pulak Pizza Roti..


Apa lagi terus keluarkan sosej daging dan monzerella cheese itu hari yg masa buat pizza by noxxa tu ada lagi..  
Saya bakar guna pemanggang ajaib tu ajer..
Senang dan cepat masak..

RESEPI PIZZA ROTI

Bahannya :
  • 1 bungkus Roti Gardenia (bungkus pendek tu jer saya guna)
  • Monzerella cheese
  • Sosej daging (direbus sebentar)
  • Cili sos
  • Planta
Caranya :

  1. Sapukan sos cili diatas roti, kemudian taburkan cheese , lepas tu susun sosej yg telah dipotong, kemudian taburkan lagi sedikit cheese diatasnya.
  2. Sapukan planta pada pan pemanggang ajaib tu, kemudian susun roti diatas pan tu, tutup , bakar dgn api yg perlahan dalam 3 minit.
  3. Kemudian jika suka boleh letak sos cili lagi , siap utk dihidangkan.