JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 26 Jun 2019

SALAM EIDULFITRI 1440H... RAYAKAN SEBULAN ๐Ÿ˜๐Ÿคฉ

Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜˜


Salam Eidulfitri Dunya ๐Ÿ˜ bersabarlah dengan kami pendosa ini..
Ini adalah kapsyen yg ditulis oleh adik saya Ustaz Azharudin.. begitu menyentuh jiwa saya pulak ๐Ÿ˜”

Maaflah kekawan dah 22 syawal baru nak up entry Raya hihihi ๐Ÿคญ
Tapi kata Hainom Okje, rayakan sebulan...๐Ÿ˜‰

Sama pulak Tema baju Raya dgn hainom green mint.. pilihan dua org anak dara Tu mama abah ikut jer lah..


Saya ni semenjak arwah abah dan mak meninggal ... Raya tahunan terus disebelah suami, bak kata adik saya Ustaz Azharudin, sementara Kita ada mertua, Kita raikan bersama mereka. Pak mertua saya ni pun tak berapa sihat Raya ni, terbaring jer katanya sakit2 badan Dan gigi. Solat sunat aidilfitri pun tak dpt pergi. Jadi Hari Raya pertama Tu tak jalan kemana.. duduk rumah jer.. semoga FIL segera sembuh.. Sama dah dgn menantunya, tak sihat juga..

Raya Tahun ini Ada orang baru, anak adik ipar saya yg kahwin Tahun lepas, Nabil yg paling suka sebab dah ada sepupu lelaki, Nama nya Zyan Neayl.. melekat je dekat baby ni ๐Ÿ˜

Maaf pasangan pengantin lama nak enterprem jugak.. jangan termuntah ye ๐Ÿ˜œ
๐Ÿœ๐Ÿœ Semut tumpang lalu ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜

Bersama dua orang anak dara tercinta..๐Ÿ˜ mengapa baju Kain lace ye.. dah mcm pengantin pulak.. sebabnya pada penghujung Bulan Oktober adik ipar saya yg lelaki Tu nak kawin, jadi temanya Kain lace, oleh kerana nak jimat Kita buat dulu baju Raya ๐Ÿ˜

Selamat Hari Raya Eidulfitri Maaf Zahir Batin buat sahabat blogs saya..๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜

Selasa, 4 Jun 2019

ADAB-ADAB MENYAMBUT EIDIL FITRI DAN MENGHIDUPKAN MALAMNYA๐Ÿคฉ๐Ÿ’–๐ŸŒท




ADAB-ADAB MENYAMBUT EIDIL FITRI DAN MENGHIDUPKAN MALAMNYA

                             ุจِุณูۡ…ِ ูฑู„ู„ู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญูۡ…َู€ٰู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…ِ
                         ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Malam Eidilfitri adalah malam ibadat yang menyediakan beberapa kelebihan.

1⃣ MALAM MUSTAJAB DOA

Kata Imam As-Shafie rahimahullah

“ Lima waktu yang tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Eidilfitri dan malam Eidiladha ”

2⃣ DIKURNIAKAN ALLAH HATI YG HIDUP

Sebuah lagi hadis menjelaskan :

ุนَู†ْ ุฃَุจِูŠ ุฃُู…َุงู…َุฉَ : ุนَู†ْ ุงู„ู†َّุจِูŠِّ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ู‚َุงู„َ  " ู…َู†ْ ู‚َุงู…َ ู„َูŠْู„َุชَูŠْ ุงู„ْุนِูŠุฏَูŠْู†ِ ู…ُุญْุชَุณِุจًุง ู„ِู„َّู‡ِ ู„َู…ْ ูŠَู…ُุชْ ู‚َู„ْุจُู‡ُ ูŠَูˆْู…َ ุชَู…ُูˆุชُ ุงู„ْู‚ُู„ُูˆุจُ"

Daripada Abi Umamah daripada Nabi saw, ia bersabda :

 " Sesiapa yang menghidupkan dua malam hari raya (Eidilfitri dan Eidiladha) ikhlas kerana Allah, maka hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati seseorang "
( Ibnu Majah)

▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪

DI ANTARA AMALAN - AMALAN YANG DIANJURKAN PADA MALAM EIDILFITRI

1⃣ Hendaklah memperbanyakkan takbir (membesarkan Allah), tasbih (mensucikan Allah), tahmid (mengucapkan syukur) dan berselawat ke atas junjungan Rasul SAW.

2⃣ Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya.
seperti iktikaf dan melakukan solat-solat sunat seperti tasbih, taubat dan hajat.

3⃣ Melakukan Qiamullail pada akhir malam

▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪

PERINGATAN

1⃣ Memastikan pembayaranan zakat fitrah bagi diri dan tanggungan disempurnakan

2⃣ Menghiasi diri dan tempat tinggal supaya  bersih dan cantik.

3⃣ Mengelakkan pembaziran sambutan raya dengan persiapan yang sederhana.

▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪

PADA 1 SYAWAL

1⃣ Mandi sunat Eidil Fitri pada pagi harinya.

2⃣ Memakai pakaian bersih dan terbaik yang dimiliki.
( Lelaki disunatkan memakai haruman dan wangian )

3⃣ Memohon keampunan dan bermaaf-maafan daripada ibu bapa, suami isteri dan keluarga.

4⃣ Sunat menjamah sedikit makanan seperti tamar sebelum keluar menuju ke masjid.

Diriwayatkan drp imam Bukhari dan imam Ahmad, daripada Anas katanya :

 “ Nabi Muhammad SAW memakan beberapa biji tamar sebelum keluar pada pagi Eidilfitri dan Baginda memakannya dalam bilangan yang ganjil.”

 Makan itu adalah tanda tidak berpuasa dan bersyukur dengan nikmat dianugerahkan Allah SWT.

5⃣ Memperbanyakkan Takbir dan jangan terlalu sibuk dengan aktiviti lain seperti menonton TV dan bermain mercun sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan.

Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Eidul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang masjid supaya dapat bertemu ramai orang dan mengucapkan salam serta tahniah.

6⃣ Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.

๐ŸŒท Menjaga adab sopan ketika ziarah dan memilih waktu yang sesuai berziarah.

๐ŸŒท Membersihkan hati dan memperbaiki hubungan sesama Muslim.

๐ŸŒท Bersabar dan mengikis segala perasaan benci, dendam, dengki dan iri hati.

๐ŸŒท Menanamkan perasaan kasih-mengasihi sesama umat Islam.

๐ŸŒท Bermaaf-maafan dan bina hubungan persaudaraan yang kukuh.

๐ŸŒท Niatkanlah tujuan menziarahi sanak saudara, sahabat handai untuk mendapat keredaan Allah SWT.

7⃣ Bersedekah kepada mereka yang dhoif dan memerlukan.

8⃣ Mengelakkkan perkara-perkara yang ditegah syarak seperti bercampur aduk lelaki perempuan tanpa menjaga batas2 syariat serta tidak mendedahkan aurat dengan berpakaian ketat, singkat dan jarang.

9⃣ Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain.

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah :
                                 ( ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ู†ุง ูˆู…ู†ูƒู… )
“ Taqabbalallahu minna wa minkum ”
ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat kita di bulan Ramadhan) kami dan kamu ”.

Disebut dalam sebuah riwayat :

Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya dan aku katakan pada Baginda,
 “ taqabballahu minna wa minka ”,
Baginda SAW menjawab :
“ Ya, taqabbalallahu minna wa minka.”
 ( Baihaqi)

Sambutlah Eidil Fitri dengan penuh rasa syukur dan kehambaan kepada Allah Subhanahu Wa Taala serta berazam utk terus istiqamah dengan amalan2 soleh yg telah dilakukan sepanjang bulan Ramadhan yg mulia itu.

๐ŸŒท ๐ŸŒท ๐ŸŒท ๐ŸŒท ๐ŸŒท ๐ŸŒท ๐ŸŒท ๐ŸŒท ๐ŸŒท ๐ŸŒท ๐ŸŒท ๐ŸŒท ๐ŸŒท

                               ู…ู† ุงู„ุนุงูŠุฏูŠู†  ุงู„ูุงูŠุฒูŠู†
                               ูˆ ูƒู„ ุนุงู… ูˆุงู†ุชู… ุจุฎูŠุฑ
                               ูˆ ุงู†ุชู… ุฅู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุฃู‚ุฑุจ

Sumber: WhatsApp