JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 26 September 2019

Cara Untuk Meninggalkan Kejahatan ๐Ÿ˜–


Cara untuk meninggalkan kejahatan ialah dengan lebih fokus melakukan kebaikan.

Sering dipesankan, buatlah kebaikan sehingga kita penat untuk melakukan maksiat.

Kejahatan terjadi kerana banyak masa dan tenaga yang tidak digunakan untuk melakukan kebaikan!

Tegasnya, cara meninggalkan kejahatan ialah dengan melakukan kebaikan.

Di situlah letaknya hikmah para Syeikh yang meminta salik (murid) membanyakkan zikrullah dalam proses bermujahadah melawan nafsunya. 

Cara mengurangkan masa menggunakan talipon bimbit  ialah dengan membaca Al Quran. 

Cara meninggalkan mengumpat ialah dengan  berzikir dan berdakwah.

Cara mengusir buruk sangka kepada seseorang ialah dengan mendoakannya.  

Cara menghilangkan rasa benci dan marahkan seseorang ialah dengan memaafkannya.

Cara mengusir kesedihan diri ialah dengan menggembirakan orang lain.

[Ustaz Pahrol Muhamad Juoi]

Selasa, 24 September 2019

Ya Allah Permudahkanlan Nabil Untuk Menjawab Peperiksaan PSRA ๐Ÿคฒ Aamiin

Peperiksaan PSRA tetap dijalankan walaupun pada Hari isnin Masih jerebu , makluman Dari Unit Peperiksaan JAIS, jadi bekalkan mask utk nya oleh guru sekolah.

Melangkah masuk ke Dewan periksa, mama doakan Semoga dipermudahkan Nabil menjawab peperiksaan, hanya doa yg dpt mama iringi.
Selepas masuk dewan periksa, para ibubapa diminta utk kesurau utk bacaan yassin Dan solat hajat.



ZIKIR KETIKA ANAK SEDANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Ya Zohir, Ya Haadi, Ya Nuur, Ya Baari' (3x)

Bicara hati:
Ya Allah, Ya Zohir, nampakkan kepada anakku jawapan bagi soalan -soalan peperiksaannya.

Ya Allah, Ya Haadi, berikan petunjuk jawapan bagi soalannya.

YA Allah, Ya Nur, pancarkan cahayaMu di dalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala persoalan.

Ya Allah,Ya Baari' yang Maha Mengatur, aturkan jari jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaan ini.

Aamiin ya rabbal alamin.

Ahad, 22 September 2019

JANGAN RISAU KATA-KATA ORANG ๐Ÿ˜ข๐Ÿคฌ๐Ÿ™…


JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik.

Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, Kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yg kamu lakukan.

Dan yang membenci mu tidak percaya tentang kebaikan yg masih ada pada dirimu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Hari ini dan semalam adalah hari yg berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.

Kita Bukan Siapa-Siapa Untuk Menilai Siapa Siapa..

Eratkan silaturahim, 
Walau sekadar berdoa untuk semua ahli keluarga..jiran & sahabat 

Ketika kita menanam padi, rumput pun ikut tumbuh..
Tapi ketika kita menanam rumput, tidak pernah padi turut tumbuh....

Dalam kita melakukan “ kebaikan ”, kadang-kadang ada yang buruk turut ikut sama..

Tapi Ketika kita melakukan “ keburukan ”, tidak ada kebaikan turut ikut serta..

Jangan bosan untuk berbuat baik walaupun kadang-kadang kita tidak sempurna.

Jika melawat ke hospital, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat kesihatan.
Jika melawat ke penjara, kita akan menyedari betapa besarnya nikmat kebebasan.
Jika kita ke kubur, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat hidup.

Pesakit akan keluar wad bila sakitnya sembuh. 
Manakala banduan akan keluar penjara bila tamat tempoh hukumannya. 
Tetapi kubur TIADA JALAN KELUAR.

Sentiasa ingat mati dan Buatlah persiapan untuk kematian...sedar lah diri segala yg kt miliki  termasuk diri kt milik ALLAH SWT

-Ustaz Iqbal Zain-

Jumaat, 13 September 2019

Hijrah Daripada Lagha Kepada Soleh๐Ÿ˜

Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜

Sejujurnya sewaktu saya mendengar ceramahnya, membuat saya menitis airmata๐Ÿ˜ข Dan Ada ketikanya saya menangis ๐Ÿ˜ญ semahunya. Sungguh menyentuh jiwa saya. 


Jom lihat Di sini.

https://www.facebook.com/OnlineMajlisIlmu/videos//

Hijrah drpd lalai kpd soleh. Ustaz Hanafiah kata, 1. Hijrah solat iaitu drpd tak solat kpd solat, jika Ada tinggal solat fardhu qadho lah. Ustaz cerita dia drpd umur 9 Tahun tak pernah tinggal solat, tapi ustaz qhado juga solat bila ustaz tahu ustaz sakit. Mcm mana nak qhado solat. Selepas solat fardhu subuh, qhadolah fardhu subuh, begitulah seterusnya.

Muhasabahlah diri Kita yg Ada tertinggal solat fardhu sewaktu muda dahulu. Mula sekali taubat nasuha, janji tidak akan meninggalkan solat fardhu dan bersungguh2 qadho solat yg tinggal itu.

Tontonlah video ini byk yg ustaz kongsi

Isnin, 9 September 2019

Berpuasa Hari Asyura Tanda Kecintaan Kepada Rasul


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berpuasa Hari Asyura Tanda Kecintaan Kepada Rasul

ุนَู†ْ ุงุจْู†ِ ุนَุจَّุงุณٍ ู‚َุงู„َ ู‚َุฏِู…َ ุงู„ู†َّุจِูŠُّ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ุงู„ْู…َุฏِูŠู†َุฉَ ูˆَุงู„ْูŠَู‡ُูˆุฏُ ุชَุตُูˆู…ُ ุนَุงุดُูˆุฑَุงุกَ ูَู‚َุงู„ُูˆุง ู‡َุฐَุง ูŠَูˆْู…ٌ ุธَู‡َุฑَ ูِูŠู‡ِ ู…ُูˆุณَู‰ ุนَู„َู‰ ูِุฑْุนَูˆْู†َ ูَู‚َุงู„َ ุงู„ู†َّุจِูŠُّ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ู„ِุฃَุตْุญَุงุจِู‡ِ ุฃَู†ْุชُู…ْ ุฃَุญَู‚ُّ ุจِู…ُูˆุณَู‰ ู…ِู†ْู‡ُู…ْ ูَุตُูˆู…ُูˆุง

Daripada  Ibnu 'Abbas RA dia berkata; "Ketika Rasulullah SAW  tiba di Madinah, baginda melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura` (10 muharam), mereka berkata; "Lebih tepatnya pada hari Musa mengalahkan Firaun. Maka Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya: "Kalian lebih berhak terhadap Musa daripada mereka, maka berpuasalah." (HR Bukhari No: 4312) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Ibadat Puasa adalah antara syariat yang diwajibkan keatas umat terdahulu. Puasa Hari Asyura (10 muharam) adalah antara syariat Nabi Musa sebagai tanda bersyukur diselamatkan dari Firaun dan tenteranya.

2.  Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura sejak sebelum kewajipan berpuasa Ramadan dan mengajak para sahabat juga berpuasa.

3.  Kita sebagai umat Islam lebih wajar menunjukkan tanda kecintaan kepada para Rasul termasuk Nabi Allah Musa. Antara tanda kecintaan itu dengan berpuasa pada hari Nabi Allah Musa mengalahkan Firaun dan tenteranya yang ditenggelamkan di laut Merah.

Moga Allah sentiasa menjadikan kita orang yang cinta dan kasih kepada para RasulNya. SELAMAT BERPUASA sunat di bulan Muharam.





Rabu, 4 September 2019

SELAMAT MENDUDUKI PERIKSA UPSR NABIL ๐Ÿ˜๐Ÿคฉ๐Ÿ˜˜

Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜๐Ÿ’–


Dulu2 masa kakak dua org nak exam UPSR, Ada tempek kat blog ni, jadi hendaklah juga utk mengabadikan kenangan Nabil Pula mengambil exam UPSR. 

Ada ke anak2 kekawan yg Sama ambil exam UPSR jugak.. 
Semoga anak2 Kita semua dikurniakan ilmu Dan hikmah Dari Allah SWT serta dipermudahkan mereka menjawab nya dgn hati yg tenang ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜


Tengok gambar Dan baca aje kapsyen Dari status wasap saya Tu ye kekawan.. dah menebal sangat huruf M saya nak menulis hihihi.. maaf saya ye.๐Ÿ˜ฌ