Assalamualaikum kekawan :)
Buat Puding Karamel ni pada hari jumaat lepas, masa tunggu en suami balik kerja untuk balik kekampung, jadi pagi tu lepas kemas rumah dan kemas kain baju untuk balik kampung tu, teringin pulak nak makan Puding Karamel.... nak cuba pulak resepi yg lain pulak... sebelum ni saya ada mencuba tapi tak jadi, hancur berdorai huhuhu macam berdorai airmata saya :(
Alhamdulillah percubaan kali ni menjadi yg amat menggembirakan hati saya ehe :D
gembiralah sangatkan....
Pastu saya layan pulak dengan aiskrim .... alolo lagi perghhh sedapnya.... lagi bertambah kegembiraan saya tu....
Lepas ambil anak-anak pukul 2.00pm tu... ajak mereka layan puding karamel ni... sedapnya mama makan dengan aiskrem ni... apa taknya cuaca diluar panas bukan main lagi.... dapat pulak aiskrim lagi lah... sejuk jer lalu kat tekak tu kan kekawan ye (minta maaf la ye jika ada yg telan air liur tu ye :)
Apa lagi saya mengguna dengan jayanya pemanggang ajaib saya untuk mengukusnya... 15-20 minit siap .... tu yg cepat saya memakannya... ikut resepi chef ni dapat 4 bekas ni.. dalam pemanggang tu boleh masuk dua bekas ni .... jadi dua round lah saya mengukusnya... saya ambil resepi di blog ni http://fakhruru.blogspot.com , terima kasih chef kongsi resepi yg mudah ni dan akhirnya saya berjaya membuat puding karamel ni... izin saya CP resepi disini pulak ye...
RESEPI PUDING KARAMEL
Bahannya :-
·
1 Cawan Gula
·
1/2 Cawan Air - utk karamel
·
1 Cawan Air - utk adunan puding *tak nak letak pun tak apa, effectnya nanti
kurangkan masa kukus yek*
·
5 Biji Telur
·
1 Tin Susu Cair
·
Esen Vanilla
PROSEDUR MEMASAK
·
Tuang gula di dalam kuali/periuk
& hanguskan ia dgn menggunakan api yg SEDERHANA
·
Bila gula dah bertukar
keperang-perangan, baru masukkan 1/2 Cawan Air & kacau laju-laju agar tidak
berketul
·
Padamkan api
·
Tuangkan gula hangus tersebut di
dalam bekas yg uolss sediakan mcm Chef guna tue
·
Jangan lar tuang semua gula dalam 1
bekas.. Ingat nak buat puding gula hangus ker? (-__-)"
·
Pakai jer 1 sudu besar utk 1 bekas
·
Dah siap, biarkan sejuk dalam suhu
bilik & we'olss ke step seterusnya pula
·
Pecahkan 5 biji telur & pukul
ala-ala manja jer.. Asalkan telur kuning pecah & sebati
·
Kemudian uolss panaskan 1 Tin Susu
Cair dgn api yg sederhana
·
Masukkan 3 Sudu Besar Gula + 1 Cawan
Air ke dalam Susu Cair yg dipanaskan tadi
·
Kacau utk melarutkan gula tersebut
& padamkan api
·
Baru tuangkan Susu Cair yg dipanaskan
bersama Gula tadi ke dalam Telur yg uolss pukul manja-manja tue & kacau
bagi sebati
·
Tapiskan adunan tersebut agar tiada
sebarang benda asing
·
Barulah tuangkan adunan Susu + Telur
+ Gula ke dalam bekas gula hangus yg uolss letakkan tadi
·
Ikut sukatan uolss lar berapa banyak
uolss nak letak.. Ada Chef kisah! Ahakz! =P
·
Kukus dalam tempoh 20-30 minit
Cara saya mengukus didalam pemanggang tu :-
- Isikan air kedalam pemanggang separuh paras tu.. tutup tunggu hingga air mendidih.
- Kemudian baru dimasukan bekas puding tu kedalam pemanggang, tutup dan masakan dalam masa 15-20 minit, tengok jika belum masak boleh tambah masa mengukus.
- Selepas tu tunggu sejuk sebentar baru dimasukan kedalam petiais. Apabila elok mengeras puding tu baru diterbalikkan.