JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 14 April 2021

CARA MUDAH SOLAT TARAWIH BERSAMA ANAK-ANAK 👳🧕🧕🧕


Assallamualaikum kekawan semua 😍🌹

Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yg baik jua untuk kita menunaikan ibadah puasa dan ibadah yang lain.💪💚

Malam ni dah 3 Kali solat tarawih kita kan.. Hendak ke surau atau ke masjid kena daftar , tempat terhad dan boleh bawa anak umur 15 Tahun ke atas.. 

Jadi apa kata kita solat jemaah je ibu² bersama anak² dirumah..  seronok apa , anak² Kita, kakak atau adik dah boleh jadi bilal , serupa dah macam kat kat surau atau masjid, Kita yg bentuk Kan suasana Tu.. 😍

pastu Lepas 4 rakaat boleh gi minum dulu, kat surau Dan masjid dah tak ada moreh 🤭 kat rumah Ada moreh selepas habis solat 😁 

Boleh print panduan solat tarawih dibawa ni.. 
Selamat solat tarawih kekawan semua 😍 bersama-sama anak²👳🧕🧕🧕














































Sumber : Facebook

Selasa, 13 April 2021

PERBANYAKKAN DOA INI DALAM RAMADAN🤲🙏💚

 Assallamualaikum kekawan semua 😍😘


Ramadan Kareem 💚💚

Semoga Allah SWT permudahkan Kita menjalani ibadah puasa, dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😊💚


Amalkan Doa Ini Dalam Ramadan
===========
1. Ramadan adalah bulan pengampunan. Allah membuka luas pintu ibadah dan memberikan ganjaran keampunan buat dosa-dosa silam kita.

2. Saidatina Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah tentang apakah yang perlu dia lakukan andai dia bertemu dengan malam Lailatul Qadar. Lalu Baginda Nabi mengajarkan kepadanya doa ini:

اللَّهُمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku."

3. Perhatikan pengertian doa ini, ia membawa maksud yang jelas bahawa perkara pertama yang diajarkan oleh Rasulullah kepada Saidatina Aisyah adalah agar memohon keampunan dari Allah.

4. Oleh itu amalkan doa ini sepanjang bulan Ramadan ini. Ia adalah doa yang diucapkan sendiri oleh Baginda Nabi dalam usaha kita memohon keampunan dari Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/myhadithtime


Ahad, 11 April 2021

MEREKA YANG RUGI DALAM RAMADHAN 😱😓

Assallamualaikum kekawan semua 😍❤️

Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya 😊💚

InshaAllah lagi 2 Hari Kita Akan menyambut Ramadhan..

Ramadan Kareem semua .❤️🌹

Dikesempatan ini saya memohon kemaafan jika Ada catatan atau Komen saya menyinggung Serta mengguris perasaan kekawan blog yg dikasihi. 🙏🙏😍🌹


Muhasabah diri sendiri juga..


 Jangan Sia-siakan Ramadhan

=========

1. Ramadan adalah bulan membersihkan diri dari segala dosa. Rasulullah mengingatkan kepada kita bahawa golongan yang rugi adalah golongan yang sempat bertemu dengan Ramadan, namun dosa mereka masih tidak diampunkan.

2. Atas dasar itu sebahagian salafussoleh terdahulu, apabila masuknya Ramadan mereka akan menyambutnya dengan menyebutkan:

"Apabila masuknya Ramadan mereka berkata: Selamat datang bulan yang menyucikan dosa" (Ibn al-Jauzi, Bustan al-Wa'i'zin).

3. Dengan sebab itu kita akan dapati Saidina Abdullah bin Amr memperbanyakkan doa agar disucikan dirinya daripada segala dosa saat ingin berbuka puasa. Ini kerana, waktu berbuka adalah di antara waktu yang mustajab untuk berdoa. Lalu Abdullah sentiasa berdoa saat berbuka dengan doa:

اللهم إني أسألك برحمتك التي وسعت كل شيء أن تغفر لي 

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu dengan segala rahmatMu yang sangat luas agar mengampunkan dosa-dosaku."

4. Persiapkan diri kita dalam menyambut Ramadan. Jangan sampai kita menjadi orang yang rugi seperti yang diungkapkan di dalam hadis Nabi.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Sumber : Facebook