JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 9 Julai 2012

Berita : Islam adalah sebuah pilihan ~ Thierry Henry






Islam adalah sebuah pilihan, demikian kata pemain bola sepak Thierry Henry. Kerana itu ketika memutuskan keyakinan dan menjadi mualaf, dia merasa bahawa berasa sangat dekat dengan Islam

.“Saya menganggap Islam sebagai pilihan terbaik untuk saya jika saya ingin percaya kepada sebuah agama,” kata penyerang New York Red Bulls.


Menurut Henry, menjadi seorang Muslim itu tidak boleh setengah-setengah. “Aku mengikuti semua apa yang diajarkan oleh Al Quran. Ini sebabnya saya anggap Islam yang paling dekat dengan hati saya.”


Legenda Arsenal ini menyatakan, Islam mengajar umatnya bahawa seseorang harus percaya dulu terhadap Al Quran. Ini sebabnya dia belum menyatakan Islam sebagai agamanya, tapi Henry mengerti agama ini lebih daripada agama lain.


“Dan itu benar-benar menyedihkan bahawa banyak orang tidak meluangkan masa untuk cuba memahami Islam.”


Penyerang Les Bleus Perancis yang berjaya meraih Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 2000 ini menekankan, jika seseorang benar-benar percaya kepada Allah, maka sudah seharusnya setiap Muslim harus menjadi orang yang taat. “Kalau percaya ajaran Islam, seseorang harus percaya pada Al Quran dan Rasul terakhir,” kata Henry.


Sumber: Halim Islam Online

Nota : Benar seperti yang dikatakan olehnya mengapa semakin ramai yang melupakan Al Quran..







Khamis, 5 Julai 2012

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARANG

Bila en suami ada di rumah, jadi kena lah memasak bagai, oleh kerana en suami suka sangat masak asam pedas, saya buatlah masakan itu, tambahan en suami tak sihat lagi bila masak yang masam-masam ni apa lagi bertambah-tambahlah makannya. Betul sungguh anak jati Melaka en suami saya ni, asam pedas memang sinonim gitu :D

Ikan parang ni memang sedap di masak asam pedas tapi tu la tak tahan dengan tulangnya, orang rajin jer yang makan ikan parang ni.. sebab rajin bekerja semasa makan kerana nak berhati-hati buang tulang tu kan..
Resepi ni saya belajar dari arwah mak mertua saya, ye la anak menantu kena lah ikut tekak suami, jadi saya minta lah arwah mak mertua ajarkan masak asam pedas melaka ni..

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARANG 











Bahan-bahannya:
600 g ikan parang

1 batang serai, dititik
4-5 tangkai daun kesum 

2 tangkai bunga kantan
1½ sudu besar asam jawa } campur utk
400 ml air } air asam
300 g kacang bendi – dihiris pangkal
60 ml minyak
 garam secukup rasa


Bahan Kisar:
15-20 tangkai cili kering – direndam
1 cm kiub belacan, dibakar
½ sudu teh jintan manis } disangai & ditumbuk dulu
½ sudu teh jintan putih }

5 biji lada hitam - ditumbuk
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih


Cara membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai hingga wangi dan terbit minyak.

2. Kemudian masukkan bendi supaya bendi tidak lembik nanti hendaklah kita tumis sekali
3. Masukkan air asam jawa dan ikan. Masukan daun kesum dan bunga kantan. Masak hingga mendidih.
4. Bubuh  garam . Kacau sekali-sekala.
5. Bila  ikan sudah masak, angkat dan hidangkan.


Rabu, 4 Julai 2012

Rindu Si Teruna :D

Semasa saya hendak tidur malam semalam, Nabil meluahkan apa yang terpendam dihatinya..
"Mama, Nabil rindulah dengan abah", luahannya.
Saya lihat ke dalam matanya yang sarat dengan kerinduan.
"Nabil tak suka kalau abah pergi kerja jauh" sambungnya lagi.
Maksudnya tidak suka abahnya pergi outstation lah tu.. saya kira dah lima hari en suami berada di Johor Baharu. Semenjak en suami kerja baru ni memang selalu outstation, kerja lamanya dulu office hour, petang jer dah di rumah. Bila maghrib pergi solat ke surau bersama nabil, itulah rutin hariannya dulu tapi sekarang dah jarang sekali.
"Esok abah balik lah", jawab saya kepada Nabil, dia tunduk mendiam diri, rindu sungguh nabil ni, bisik saya didalam hati.
"Nabil tak rindu mama ke?" sengaja saya nak melihat apa jawapannya nanti..
"Nabil rindu mama kalau mama pergi jauh.. macam pergi Mekah itu hari", balas nabil. Memang pun semasa saya menunaikan umrah tahun lalu hampir setiap hari saya menelefonnya kalau tidak pasti dia suruh abahnya telefonkan.
Rindu si teruna..

Bangun pagi saya rasa badan Nabil panas sedikit, selepas sarapan saya bagi ubat demam dan hantar dia ke tadika seperti biasa. Tak sangka pula saya demamnya berlanjutan hingga ke petang. Sewaktu saya mengambil Nabil petang tu, badan dia semakin panas dan dia termuntah di depan pintu keluar tadika itu. Jadi saya terus bawa dia ke klinik, sampai ke klinik dia masih lagi muntah-muntah, hingga nombor giliran dipanggil saya berada di tandas sebab Nabil nak muntah lagi. Di klinik jer dah 3 kali Nabil muntah itu yang saya katakan kepada doktor, bila check suhu badannya hampir 38c panasnya. Demam rindu lah tu..

Biasalah Nabil bila demam buburlah yang diminta, bagi saya tak pe janji dia nak makan kan.. saya masakan bubur itu. Sedang saya menyuapkan bubur pada Nabil, en suami pun balik, dekat pukul 7pm masa tu... dengar saya abahnya bagi salam, terus Nabil meluru kepada abahnya... siap kata "Abah, Nabil demam, rindu betul dengan abah", saratnya rindu di hati teruna saya ni kan.. dan tak disangka abahnya pun demam, suara pun dah serak-serak. Dinner kami malam tu adalah bubur anak beranak.. ehe.. orang tak demam pun kena makan bubur.
Bila demam ini lah makanan yang Nabil minta
habis 2 mangkuk dimakannya
Malam tu nak tidur, Nabil kata pada saya, "Mama boleh tak Nabil nak tidur sama abah", sayu jer saya dengar katanya. "Boleh , lagi pun mama kena temankan kakak Jeeha tidur dibiliknya sebab kakak Nabilah ada kem bermalam di Bukit Kerayong", jawab saya. Kebetulan kak Nabilah ada TKRS dan bermalam disana selama 3 hari 2 malam. Kakak Nabilah ni pun satu, dah kalut-kalut pagi tu, langsung terlupa bawa ayam goreng untuk makannya disana. Nak saya hantar tak tahu tempatnya... Alhamdulillah saya ada bekal Nestum 3 in 1 dan Vico 3 in 1 juga.

Inilah dinamakan kehidupan...