JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 4 Oktober 2012

CTS - Carpal Tunnel Syndrome

Bila membaca di blog kak Rose , My kuali, yang mana mengalami CTS, mengingatkan saya pada tahun lepas saya juga menghadapi  CTS - carpal tunnel syndrome yang mana pesakit merasa kebas di hujung jari, selalunya jari telunjuk dan tengah. Masa tu saya bukan setakat di hujung jari saja tapi hampir seluruh lengan kanan saya rasa kebas dan berat sangat nak angkat serta rasa lenguh yang amat sangat.

Doktor mencadangkan saya untuk membuat pembedahan kecil tetapi saya menolak pada waktu dan meminta untuk di buat fisioterapi, dimana seluruh jari hingga ke pangkal lengan akan di rendam bersama ubat yang seperti kanji.. dan ianya akan mengeras seperti lilin.. Disamping itu doktor menyuruh saya memakai alat sokongan ini untuk menggunakan mouse dan keyin data di komputer. Ialah kerja dari 8am - 5pm itulah kerja saya dengan komputer, tambahan sudah hampir 17 tahun bekerja tentu ada kesan sampingan yang saya hadapi. 





Inilah alat sokongan pergelangan lengan yang saya guna 
selama 3 bulan

Ada adik dipejabat saya telah melakukan pembedahan tersebut. Apabila saya bertanya keadaan beliau selepas pembedahan itu. Adik tu kata " tiada apa perubahan kak, saya nasihatkan akak tak perlu lah buat pembedahan itu, pembedahan tu dah mahal, hampir RM3000" Itu yang membuat saya mencari rawatan alternatif. Alhamdulillah bila en suami berjumpa dengan cream auralife ini dan saya menggunakannya sampai sekarang. Alhamdulillah rasa kebas tu dah hilang. (Kak rose cream ni memang untuk kecantikan Aura Shaping & Beauty Lotion) tetapi di sebabkan ramuan yang sesuai dan rasa panas itulah yang membuat kebas itu hilang. Gunanya letak di pergelangan tangan itu, selawat syifa 3 kali kemudian gosok sebanyak 7 kali mengikut pusing tawaf iaitu dari kanan ke kiri, selepas itu hidu aura itu sebanyak 3 kali. Insyallah..




Disamping itu saya mengamalkan minum madu khaula ni.. kalau kita nak makan macam tu ambil satu sudu besar (guna sudu plastik) setiap pagi. Saya pula campurkan dalam air 500ml dengan satu sudu besar madu khaula tu...



Ihsan google

SEDIKIT INFO

Carpal Turnel Syndrome

Penyakit yang dikatakan penyakit yang sentiasa menyerang Blogger,Multimedia designer, ataupun pengguna komputer tegar, akibat dari salah cara penggunaan Mouse secara berterusan atau seumpamanya.  


Gambar bagaimana menggunakan mouse dan komputer yang betul. Harap kita menggunakan posisi yang betul ye kawan-kawan :D


Sumber gambar info : Blog biru malam

p/s Kak Rose tinggal di Shah Alam dimana ? Saya tinggal di Desa Alam, SS U12 Shah Alam. Kalau kak rose nak cream ni saya boleh beri... nanti kak rose email no handphone kak rose pada saya di cahaya2569@gmail.com   :-))

Selasa, 2 Oktober 2012

Goreng Cempedak.. puas hati Nabil

Kegemaran si Nabil ni bila dapat goreng cempedak... sangat yummy katanya.. tambahlah dia suka makan macam tu tak payah goreng... saya takut kembung perut jer makan mentah macam tu kan.

Jemput minum petang :D
Isi sangat cantik.. tiada yang busuk, saya beli pada kawan satu kerja. Baru harga RM8 sebiji.. saya beli 2 biji sebab nak memenuhi kehendak budak 3 orang ni yang suka makan macam tu jer ...

Penuh isi nya

besar dan bulat tu.. :)

Sangat yummy... :)

Yang kecik tu

Yang besar buat goreng

yang kecik buat makan macam tu..

Ambil resepi cempedak goreng rangup dari Dapur Ku Sayang.. memang ranguplah.. cubalah kawan-kawan.. sedap sangat

CEMPEDAK GORENG RANGUP

 Resepi : Dayang Jack










Bahan-bahannya :
·         buah cempedak ranum secukupnya 
batter :
·         1 cawan tepung gandum
·         1 sudu besar marjerin
·         1 sudu besar gula
·         1 cawan air sejuk (dari peti ais)
·         sedikit garam dan pewarna kuning
Cara-cara :
  1. Blend semua bahan batter hingga sebati. 
  2. Sediakan minyak secukupnya untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, celupkan buah cempedak ke dalam adunan dan gorenglah hingga keemasan. Toskan setelah digoreng. 

Isnin, 1 Oktober 2012

Hari Bersejarah Kali Ke Dua ^___^


بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Baraka Allahu Laku wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.FBarakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kumnjja fii khair.


5 kali lafaz baru berjaya ;-)
Hampir 2 tahun mak mertua saya meninggal.. baru sekarang bapa mertua saya bertemu jodoh kali kedua... ialah buat peneman di rumahkan. Tambahan anak-anak duduk jauh dari abah.. sekurang-kurangnya ada yang menyediakan makan minumnya, menjaga sakit peningnya dan kawan untuk berbual.. tidak terasa sunyinya...


Serah mas kahwin :D

Sarung cincin pula ;-)

Gambar kami sekeluarga bersama pak teh, Mak teh, mak angah,pak cik dan mak cik. Semuanya 6 buah kereta pergi menghantar. Majlis bermula selepas solat jumaat, pukul 3 petang tapi pak imam pula tertidur dirumah.. :D penyudahnya pukul 4 petang baru mula ;-))

Keluarga kami :D
Keluarga belah perempuan :)


Ni hantaran dari kami ...
Sirih junjung tu pukul 9 pagi baru saya mula menggubah :D

Dulang biru hantaran dari pihak perempuan ;-))

Kek dari anak pengantin perempuan ... yummy
Pada hari sabtu sebelum zohor diadakan majlis sambut orang baru ni di rumah bapa mertua saya di Felda Bukit Jalor, Gemenceh, Negeri Sembilan... gambar tiada sebab saya sibuk sangat di dapur dan menghidang makanan, lupa pula nak bagi kamera pada kak Nabilah suruh ambil gambar :D

Saya doakan semoga perkahwinan ini membawa kebahagian di dunia dan akhirat. Ameen