JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 4 September 2013

WW # TERUJA NABIL JUMPA LAMBOGHINI ^_____^

Jom bergambar dulu mama



Nabil tengah pandang tuan punya kereta ni ... siap offer Nabil naik kereta ni lagi...
"Adik nak masuk ke" Ajak adik tu... Nabil malu lah pulak...

p/s Adik ni singgah solat di surau kami selalu tunggu kakak Najeeha habis kelas, warak jer, muka bersih...murah senyuman.. sampai nabil kata "Besar nanti Nabil nak beli kereta ni, macam abang tu.." pastu saya jawab" Nabil pun kena jadi abang tu warak jer... muka putih bersih" 

Selasa, 3 September 2013

LASAGNA AYAM ^___^

Pada hari ahad tu hari sempatlah singgah ke Mydin Subang Jaya, masa tu nak pergi open house di rumah Sabrina di Subang jaya... dalam dok mencari air jus Jambu yg en suami nak, Kak Nabilah ternampak Lasagna segera ni... beriye dia suruh beli, sebenarnya dah banyak kali dia request pada saya suruh buat lasagna ni tapi mama tak berkesempatan nak buat so layan jer lah ....

 Brand Thalia dan yg pengting ada tanda halal tu :)

 Ini besar isi dalam tu boleh lah merasa sikit sorang...

 Dah siap di masak dalam microwive selama lapan minit...

Clouseup sikit, rasanya boleh lah tahan

Bila dah rasa ni teinginlah nak buat sendiri, hari tu kak noor blog BICARA KAK NOOR ada buat lasagna ni, jadi saya copy paste dari blog kak noor... mohon izinkan ye kak noor... harap ada kerajinan saya membuatnya...

LASAGNA AYAM
Bahannya :-
1 bungkus lasagna kering 225 gm
1 s/b marjerin/mentega
½ s/k garam Air secukupnya , untuk merebus (kalau beli lasagna instant pun, lebih baik rebus dulu walaupun ditulis 'no precook required'..tp kalau tak nak rebus jugak, sos lasagna kenalah cair. tak boleh pekat) 
125 gm mozarella cheese ~ diparut halus



Bahan2 Sos Daging2 s/b marjerin/mentega 
2 biji Bawang Putih, cincang halus
1 biji Bawang Bombay, cincang halus
500 gm ayam cincang 

250 gm Tomato, kupas, parut (Tqah guna 3 biji ~ just potong2 & terus blend dlm blender basah tanpa air.. tak parut pun, boleh juga guna "diced tomato" dalam tin)
300 gm Sos Tomato dlm botol 

100 cc Air (tqah guna setengah cawan)
3 blok kiub maggi ayam
1 s/k Oregano serbuk (tqah tak letak pun)
½ s/k Garam,
½ s/b Gula pasir

Akak tak guna tomato sos tapi menggunakan cili sos heee derhaka sikit 


Bahan2 Sos Putih50 gm marjerin/mentega (tak timbang pun.. bubuh dlm 3 sudu besar)
50 gm Tepung gandum ~ bancuh jadikan pes likat dengan sedikit air (dalam 3 sudu besar jugak)
400 cc Susu Cair Evaporated (Tqah guna 1 tin susu cair)
100 cc Air (tqah guna 100 ml, dalam setengah cawan)
125 gm Keju Cheddar parut (Tqah guna mozarella cheese)
1 blok kiub maggi ayam
¼ s/k serbuk lada putih 

¼ s/k serbuk buah pala (Tqah tak letak pun)sama jugak akak tak letak sbb takde



Cara Menyediakan Kulit Lasagna 
1. Panaskan air hingga mendidih, tambahkan marjerin dan garam.
Masukkan kulit lasagna satu persatu ke dalam air mendidih dan masak hingga kulit lasagna lembut. (Jgn terlalu lembut sgt.. nanti terkoyak)
Toskan dan masukkan dlm sebesen air biasa.



Cara Masak Sos Daging
1. Panaskan marjerin, tumis bawang putih dan bawang bombay hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata hingga daging berubah warna & masak. 
2. Tambahkan tomato parut (tomato blend) dan sos tomato dan air. Masukkan kiub ayam, oregano serbuk, garam dan gula pasir. Masak hingga mendidih & sos agak kering.



Cara Masak Sos Putih1. Panaskan marjerin, masukkan pes tepong gandum & kacau rata.
Tuang susu cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
Tambahkan keju parut, kiub pati ayam MAGGI,
serbok lada putih & serbok pala.2. Masak hingga mendidih dan mengental. 


Penyediaan Terakhir
1. Sapu loyang atau caserole empat segi dengan marjerin di sekeliling,
2. Susun lasagna. kemudian letakkan dan ratakan sos merah, kemudian tindankan sos putih dan ratakan.
3. Ulangi proses sama seperti tadi diakhiri dengan sos putih di bahagian atas.
4. Taburkan cheese parut atasnya.
5. Bakar dengan suhu oven 180°C (atas bwh) hingga kuning kecoklatan (± 40 minit). (suhu bergantung oven masing2)
6. Angkat. Sajikan panas. 

Isnin, 2 September 2013

TERUJA BERAYA DI RUMAH AGAM... ^____^

 Pada hujung baru ni memang memenuhi undangan rumah terbuka dan kenduri kahwin, dua hari saya gantung kuali dan periuk sebab undangan hingga kemalam... entry ni saya nak cerita bertapa terujanya kami anak beranak pergi beraya di rumah bapa mertua kawan en suami saya iaitu Dato' Mohd Bandiri bin Tukiman @ Dr Man pengasas "Rawatan Warisan Islam", Beliau sendiri yg menyambut tetamu yg datang, sungguh freindly dan humrble jer dato' ni, sangat tawaaduk sungguh dan sentiasa tersenyum menyambut tetamu... Jom kita bercerita sambil tengok gambar...
 Kedatangan kami disambut dengan kereta FERARI merah ni... akak Nabilah teruja nak bergambar... en suami kata jom pi makan dulu balik nanti gambar... ye tak ye saya ambil gambar dia dulu

 Sementara menunggu makanan yg di oder kakak...

En suami beriye memilih kambing, tak tau lah berapa ekor kambing panggang tu... puas kami makan..

Tengok kios makanan yg begitu banyak seumpama pasar malam dah saya tengok...

Tempat duduk di depan pentas... depan sekali budak 3 orang ni duduk


Leka mereka mendengan lagu hari raya dari kumpulan Bali-Bali ni..

Khemah sudah dipenuhi tetamu... so kami duduk disinilah sambil makan dan berhibur..

Banyak rumah-rumah kecil di sekliling rumah agam ni tak larat nak jalan, ni rumah kucing, cantik sangat ...

Ramai juga yg duduk makan di wakaf... rasanya seluruh kampung di jemput... meriah sangat...

Kata kakak Nabilah dalam rumah tu kolam renang mama ye ke... kak nabilah yg rajin explore semasa kami disana..

Pintu masuk kerumah Agam tu tapi pintu berkuncilah....

Penuh rumah di sekelilingnya... akak nabilah yg sporting untuk bergambar...

Ni sebelah kanan... luas kawasan 10 hektar kata en suami...

En suami bergambar dengan menantu tuan rumah Zul yg bersongkok mendukung anak tu... pun simple jer budaknya... yg lain kawan kerja en suami..

Akhir sekali Nabilah di luar pintu masuk rumah Agam tu... Nabil kata macam istanalah mama...

Banyak aktiviti yg diadakan di majlis rumah terbuka tu, ada cabutan nombor bertuah... nombor kami 911 ... masa cabutan berperingkat-peringkat, round pertama nombor kami tak naik pun...Hadiah pun best Peti Ais, Mesin Basuh, Basikal, Rice Cooker , kebanyakan barangan elektrik. Pukul 10 malam kami dah balik... majlis bermula pukul 8-12 mlm dan diakhiri dengan bunga api... kami tak tunggu lah... penat beraya dari siang hingga kemalam...

Inilah sambutan hari raya kami yg  membuat kami teruja...