Assalamualaiku dan selamat pagi kekawan semua...
Semoga hari ini kita berada didalam rahmat Ilahi hendaknya :)
Sebenarnya dah lama saya teringin nak makan masak tauchu ini , en suami saya tak suka masak tauchu ini, hanya saya seorang jer yg makan, anak-anak saya hanya tangguk soon tu jer hehehe :) selalu masak tauchu ni popular bila balik rumah mak di Kuang sebab semua adik beradik saya suka masak tauchu ni, lebih-lebih lagi bila mak yg masak kan.... eemmm rindu masakan emak...
Biasalah saya , masa jalan-jalan cari ikan tu terpandanglah ikan gelama yg cantik sangat dan nampak segar, saya sambarlah empat ekor, saiz sederhana jer..
Malam tu ada juga saya masakan lauk lain, Goreng daging kentang berlado dan sayur pak choy telur taufa kegemaran kami sekeluarga ni...
Jom kita tengok camna nak masak tauchu ni... sudah tentu bahan utamanya tauchu kan kekawan... selain ikan gelama, ikan kembung pun sedap buat masak tauchu ni..
RESEPI MASAK TAUCHU SOON IKAN GELAMA
Bahannya :-
- 2 ekor ikan gelama
- 2 sudu besar tauchu
- segengam soon (rendamkan)
- 1 labu bawang besar kunig
- 11/2 cawan air
- 2 biji cili merah
- Garam
Caranya :-
- Kunyit dan garam ikan, kemudian digoreng ikan tersebut hingga masakan, angkat dan ketepikan.
- Kurangkan sedikit minyak goreng ini, lepas tu goreng bawang besar yg dimayang bulat sehingga wangi
- Kemudian masukkan pula tauchu, kacau sebentar lepas tu masukkan air, selepas mendidih masukan soon dan masukan garam,rasa masinnya sebab tauchu tu pun dah masin.
- Selepas tu baru dimasukkan ikan yg digoreng tadi, kacau mesra.
- Angkat , siap dihidangkan bersama nasi putih panas....


















