Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan sihat selalu :)
Pada hari Jumaat 28hb November 2014, kakak Ateh saya menghantar anak sulong nya pulak ke Kampung Makam, Kota Tinggi Johor untuk majlis pernikahan dan persandingan anak nya tu.. sekali lagi saya tidak mengikut utk menghantar :(
Majlis pernikahan Khairul berlangsung selepas isyak.. mak cerita selepas je selamat akad nikah tu .. boleh pulak si Khairul menangis .. kesedihan.. pada hal mak kata sekali lafaz jer tu.. berbeza dengan adiknya Anuar tempohari sampai tiga kali lafaz nikah nya.. gabra..
Selepas majlis akad nikah tu .. mereka adakan pulak majlis berinai.. semua gambar2 ni saya ambil dari whatapps group, tu gambar tak berapa clear sangat..
Pada hari sabtu 29 Nov 2014 berlangsung majlis persandingan..
kalau nikah dengan orang Johor terkenal lah dengan acara bayaran TOL ni hehehe.. pening kepala pengapit melayan anak-anak utk mendapat duit TOL ni.. begitu juga dengan Mak Andam.. duit TOL pun kena ada.. kalau tidak tak merasalah pengantin lelaki nak duduk diatas pelamin tu.. ^___^
Selepas tu, apa lagi bergambar lah masing-masing bersama pasangan pengantin ni :)
Menunggu pengantin bersanding tu sempat lagi mereka berkaraoke tu.. pengapit pun sempat menyumbangkan lagu utk sepupunya.. kakak saya kata siap ada kambing golek lagi tu.. meriah sungguh majlis perkahwinan disana tu..
Besar juga tempat penginapan yg disewa oleh kak ateh ni.. pastu murah pulak hanya RM300++ semalam.. kak teh sewa dua malam sehingga ahad walaupun kenduri berakhir hari sabtu.. boleh rehat satu malam lagi kata kak ateh..
InsyaAllah pada 6hb Disember 2014 hari sabtu ni akan diadakan menyambut menantu di rumah kak ateh pulak.. dua menantu sekali disambutnya..
Kepada pasangan pengantin semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke jannah. Amiin