JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 4 Februari 2015

BAKAL TENTERA IMAM MAHDI ^___^

Hari Sabtu itu hari Nabil mula masuk Kelab Memanah, kesukaan yg meletoplah Nabil bila dapat masuk memanah ni.. :)

Bila saya pos gambar2 Nabil sedang memanah di wasap group keluarga saya.. Pak itam dia komen "Bakal tentera imam mahdi" maka jadilah idea tajuk entri saya pulak ehe :)


Sebelum latihan memanah dimulakan, mereka semua kena lari 3 pusingan, pastu warm-up dengan pumping dan bermacam lagi yg mereka buat ni..

Tekun mendengar coach memberi taklimat cara-cara nak memasang bow ni dan kelengkapan yg perlu ada semasa hendak memanah, serta apa fungsi setiap satu alatan tu, yg bagus nya, coach tu siap cuba satu persatu pada anak murid nya..

Selepas tu mereka dibawa ke padang sasar untuk memulakan latihan.. bab ni lah yg ditunggu-tunggu oleh semua anak murid ni.. teruja mereka mengambil sorang satu alat pemanah tu.. tengok nabil tu.. bow pun dah sama tinggi dengan Nabil ehe :)

Okey ... bersedia dengan bow yg diletakan diatas kasut dulu..

Bersedia mengangkat bow sambil menunggu coach meniup wisel.

Ok bersedia...Target point busur kepapan panah tu.. tarik.. go..

Kali pertama, Nabil melepaskan busur tu kena pada warna putih  yg mewakili 1 mata aje, kali kedua kena pulak pada warna biru mewakili 4 mata , suka juga hatinya.. walaupun target pointnya adalah warna kuning tu 10 mata.. ehe :)

Jadi bila balik rumah kakak2 dan abah kena dengar cerita dia memanah jer .. senyum sampai ke telinga punya puas hati dapat memanah... 
"Mama, Nabil rasa tak sabar nak tunggu sabtu depan, nak memanah lagi" katanya..
Pastu abahnya menjadikan memanah sebagai bahan kepada Nabil, "Nabil dah buat kerja sekolah, kalau tak buat lagi, sabtu depan tak payah lagi pergi memanah" ehe:)
Sekarang ni apa saja yg disuruh cepat sahaja dia membuatnya :D



Selasa, 3 Februari 2015

JOM SEDEKAH :)

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada didalam rahmat Ilahi hendaknya..
Selamat bercuti kpd sahabat maya yg bercuti.. selamat menjalankan tugas bg yg bekerja ;-)






Isnin, 2 Februari 2015

RUTIN MAMA SETIAP MINGGU BERSAMA KAKAK NABILAH ^___^

Assalamulaikum kekawan semua :)
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik hendaknya ^__^



Menjadi rutin mingguan saya utk menjemput dan menghantar balik ke asrama.. Kak Nabilah meneruskan pengajiannya di Madrasah Hidayahtul  Mutaqqin Lilbanat di Seksyen 13 Shah Alam, madrasah itu adalah permintaan kak nabilah.. Dia kata nak yg dekat dengan Shah Alam jer baru kakak nak pergi pergi mengaji hafazan ni.. Pada mulanya dia minta berulang alik ajer tak mahu tinggal di asrama.. puas saya memujuknya.. saya kata" tak sempat nak hantar akak sebelum 7.30am smpi ke madrasah kakak tu.. mama kena hantar Nabil dan Najeeha sekolah lagi.." Setelah dibuat perjanjian saya bersetuju utk mengambilnya setiap petang jumaat utk balik kerumah. Dipetang Ahad saya kenan menghantarnya semula ke asrama , Alhamdulillah sekolahnya dekat Shah Alam sahaja :)

Pada mulanya, kak nabilah ni homesick jugak, bila dia telefon menangis ajer.. lama-lama baru ok sikit itu pun mama kena telefon dia setiap petang.. aduhai kakak... manjanya yg tak boleh berpisah dengan keluarga.. Abahnya kata "tak apa awak sabar jer dulu, lama-lama nanti dia ok lah tu, ajar sikit dia berdikari" Kita ni hati ibu cepat sangat cair dengan tangisan anak ni :(


Disamping perjanjian mengambil ambil Nabilah tiap Jumaat, ditambah lagi perjanjian yg tak perlu mencuci kain baju, saya suruh kakak nabilah packing dalam beg plastik baju yg kotor dan nanti akan mama basuh dirumah.. pada hal diasramnya guna mesin basuh jugak tapi kak nabilah mengadukan kata kena basuh seminggu sekali dan ada hari yg kakak kena basuh.. kadang bila smpi turn kakak malam baru kakak boleh guna.. maknanya berebutlah nak mengguna mesin basuh tu :)


Hari ahad nak hantar tu, tanya kakak nak bawa bekal nasi tak, kak nabilah request nak buat apam goreng dan sambal sardin.. apam ni pun dia yg buat.. saya cuma masakan sambal sardin ni ajer.. Sebelum tu sempat jugak dia makan dirumah bila tengok ada lauk kegemarannya, udang goreng dengan kentang berlado.. banyak juga dia makan tu.. jadi tanya kak nabilah.. bila pulak nak makan apam goreng ni.. Malam nanti mama bila infiradi.. 


Masa nak menghantar kak nabilah balik ke asrama , adik ipar saya datang rumah, esok dia nak pergi German selama tiga minggu atas urusan kerja, dia datang nak jumpa kakak nabilah sebab dah lama tak jumpa kak nabilah.. sempat lagi dia berelfie berempat beranak tu :)



Jadual harian hafizah yg kakak Nabilah perlu patuhi... padat juga bila tengok jadual harian mereka ni.. Alhamdulillah.. dah hampir sebulan disana kakak Nabilah dah mula serasi..
Mama hanya mampu berdoa sahaja, kakak lah perlu berusaha utk mencapai matlamatnya..
"Ya Allah permudahkanlah anak ku ini dalam mempelajari Kalam Mu yg indah ini, jadikan anak ku ini anak yang solehah, yang mentaati perintah Mu.. untuk kehidupannya diakhirat nanti ya Allah..  jadikan Al Quran itu sentiasa dihatinya Ya Allah..tiada daya dan upaya ku melainkan dengan pertolongan Mu ya Allah..."
Aamiin Ya Rabbal Alamin