JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 9 Mac 2015

WOW RM 5 AJER TU.... ^___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberi kesihatan yg baik... :)

Entri kali cerita bergambar je lah ye kekawan.. sewaktu kami nak balik dari seksyen 20 tu.. ada promosi di car wash ni.. tengok MPV RM5.00 .. apa lagi en suami singgah masuk..

Memula dia simbah dulu dengan air 

Lepas tu dia sembur pulak sabun.. budak kat dlm teruja... "wah, macam snow lah"

Kemudian dia cuci dan simbah dengan sedikit air..

Lepas tu masuk pulak kedalam mesin pencuci ni.. 

Lagi sekali mereka teruja hahaha... 

Zoom dekat sikit.. mesin tu mencuci..


Pastu lalu pulak ke bagian mengelap tu..


Kemudian pergi ke garaj tu untuk dilap secara manual sebab tak kering sangat mesin tu lap....
Bayar RM5.00 dah selesai.. en suami kata senang kerja tak payah nak terbongkok2 mencuci kereta..
Kalau nak vacuum dalam kena tambah lagi RM5.00 , en suami kata tak payah boleh vacuum sendiri tak kotor sgt kat dalam...
Sudah tiga sebenarnya kami pergi mencuci kereta disini, ada sekali tu pergi petang.. tengok berderet-deret.. jadi sekarang kami pergi waktu pagi lepas balik pasar dalam pukul 10am tu, tak de lah berderet kereta menunggu.. en suami kata selagi dia promosi kita gi sini jerlah cuci kereta .. murah ^___^



Ahad, 8 Mac 2015

SHASHUKA DAGING MASAKAN TIMUR TENGAH

Assalamualaikum kekawan..

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi..
Hujung minggu ni nak masak apa ye.. tengok Shashuka ni nampak menarik kan kekawan.. terliur tengok gambar dia kan.. ehe :)
Hasil sekodeng di FB lah ni kekawan.. save kat sini nanti dicuba.. bila tak tahu hahahha :P








Shashuka.
'Shashuka' Daging.Masakan Timur Tengah. Bon Appetit
Bahan2nya
500gm daging kambing cinchang (minced meat)
2 lobak merah di potong dadu kechil
2 biji tomato dipotong dadu kechil
2 biji bawang besar dipotong dadu
2 chili hijau dipotong hiris
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 batang inch kayu manis
1/2 sudu teh lada hitam
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 inch halia - ditumbuk halus
2 helai daun ketumbar dipotong halus.
4 biji telur
2 sudu besar bawang merah goreng
Garam secukup rasa
2 sudu besar minyak sapi gee/mentega
Minyak masak (Canola/Sayur)
Cara2nya
Daging kambing cinchang digoreng dahulu dengan minyak sapi, rempah kayu manis, serbuk ketumbar, jintan manis, kunyit, sedikit garam dan lada hitam, kemudian ditepikan. Keluarkan kayu manisnya.
Panaskan minyak masak di kuali, masukan bawang besar,bahan yang ditumbuk halus dan kayu manis. Bila bawang mula lembut, masuk daging goreng, lobak merah, cili hijau dihiris, daun ketumbar, bawang merah goreng dan tomato dadu. Gaulkan hingga sebati. Letakan garam secukup rasa. Bila masakannya masak, angkat dan tuangkan dimangkuk pembakar (cassarole) buat 4 lubang kechil. tebal inti daging lebih kurang 1 inch, dibahagian itu di masuk telur kedalamnya. Panaskan oven, grilled atas160C dan bakar selama 10 mins hingga telur nya masak. Sajikan panas, dimakan dengan belbagai roti2. Chapati,Roti Peranchis, Roti putih biasa, Roti Naan.

Sabtu, 7 Mac 2015

HOMEMADE CENDOL

Assalamualaikum kekawan..

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya .
Selamat berhujung minggu kekawan.. tadi tengok FB tiba2 keluar pulak kat wall FB kawan post cara nak buat cendol... perghhh senang rupanya nak buat cendol ni kekawan.. nak cuba juga nanti .. ye sekarang tengah musim panas.. nak sejukan tekak dengan cendol ni, tapi ais tak boleh minum selalu kekawan kan..






HOMEMADE CENDOL
anda hanya perlukan :

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
1 sudu air kapur makan/sireh
2 gelas air daun pandan.
1 besen air batu

caranya:

1. pandan di blender dan airnya digunakan untuk membancuh kedua jenis tepong yang dicampur dengan air kapor.
2. bancuhan itu di jerang atas api yang tidak terlalu besar, sentiasa dikacau sahingga likat.
3. sediakan sebuah besen yang berisi air batu, kalau anda punya peralatan untuk membentuk cndul gunakan, kalau tidak memadai jika masukkan adunan yang dah pekat likat dan kental itu kedalam plastik tahan panas, kemudiamnya gunting hujungnya dan picitkan ke dalam besen air batu tadi.
4. dah pun siap cendul kita- ianya boleh di simpan dalam peti sejuk dan di gunakan ulang berulang selagi ada mengikut bgaimana anda suka..