JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 2 Disember 2016

Lawatan Mengejut MENTERI Turki Ke Myanmar Penuh Tangisan

Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yang barokah, semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..





Lawatan mengejut Menteri Turki Klik ini jika kekawan tak berjaya buka yang diatas tu ye..

PM Turki menghantar menterinya untuk membuat lawatan mengejut ke Myanmar melihat keadaan etnik Rohingya Muslim yang diseksa dan dibunuh oleh pemerintah disana..



Disambut dengan tangisan.. saling berpelukkan.. Allahu.. indahnya ukhuwafillah ini.. menyayangi sesama saudara se muslim yg ditimpa musibah.






Begitu perihatinnya PM Turki terhadap saudaranya sesama Muslim, kita yang dekat ini perlu lebih perihatin, teringat ceramah Ustaz Elbit Lew Jumaat yang lalu, jika kita melihat saudara kita sesama muslim di seksa dan dibunuh tetapi kita melihatnya biasa sahaja dan tiada perasaan sedih dan menangis, itu bermakna hati kita kita tiada nur utk merasa belas kasihan.. 
Ya Allah bantu mereka yang ditindas ini .. sesungguhnya mereka tiada berkuasa, Allah jua yang Maha Berkuasa, maka tolong mereka dengan Kekuasaan Mu Ya Allah..



Khamis, 1 Disember 2016

EEHHHH MACAM BETUL JER LIHAT GAMBAR NI ~___^

Salam petang yang ceria kekawan :)

1.Dalam hidup ini, setiap orang memerlukan SAHABAT yang seperti digambar diatas. KETIKA kamu susah, maka aku akan menjadi pembantu, KETIKA aku susah, dia akan menjadi membantu, KETIKA dia susah, kamu akan membantu, Kalau kamu memiliki sahabat seperti ini, hidup tidak akan ada penyesalan.


2.Untuk bekerjasama , kita harus melepaskan keegoan dan saling menghormati. Untuk berkerjasama seumur hidup, maka harus merubah kebiasan buruk dan menjadi dewasa bersama, kalau kamu hanya tahu ego dan tidak boleh saling mempersilakan, maka suatu hari kamu pun akan kalah. Entah dalam pekerjaan, pernikahan, persahabatan, kamu harus belajar menjadi matang bersama.

3. Kadangkal hidup in MUDAH atau SUKAR, bergantung dari jalan yang kamu pilih.

4. Kadangkala mempunyai beberapa sumber daya tidak lah penting , kalau kamu tidak tahu CARA menggunakannya, selamanya kamu tidak akan pernah merasa CUKUP.

5. Kamu selamanya tidak boleh memuaskan hati SEMUA orang.

6. PANTANG MENYERAH KALAH, bertahan sedikit lagi maka kamu akan BERHASIL.

7. Dalam hidup ini, kita harus dapat MENCARI KESUKAAN dalam kesulitan.

8. Kalau arah kamu salah, semakin berjuang semakin TERTEKAN.

9. Belajarlah KREATIF dan INOVATIF.

10.  MUNGKIN suatu hari, kamu merasa itu hari yang susah bagi kamu, tapi itu mungkin saja adalah penghasilan kamu yang TERBESAR.

11. Tanpa kegiatan atu kesibukan, maka malas pun akan tertanam dalam diri kita. Tanpa mimpi, maka kejatuhan akan BERAKAR dalam diri kita. Semakin lama, akarnya akan semakin dalam, sampai suatu hari bahkan mau berdiri pun sudah sangat sukar.

12. KADANGKALA orang yang menghulurkan tangannya pada kamu, belum tentu benar-benar ingin menolong kamu.

Sumber : Facebook


SPAGHETTI IKAN SARDIN... emmm dapnyaaa 😆😊💖

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya :)

Masak spaghetti sardin ni masa buat sardin homemade itu hari kekawan.. idea ni dari KakZakie blogger Titisan Nurani tu.. kak zakie selalu komen kata sardin pun akak selalu buat spaghetti.. tu yg mencuba.. ingatkan anak2 tak suka .. sekali tengok bertambah mereka makan.. en suami saya masak lain.. sebab dia tak makan sardin walaupun homemade.. en suami ni hanya ikan-ikan tertentu jer masuk kat tekaknya hihihi.. tapi saya masak spaghetti togel jer bak kata Kak Ton @ MD tu.. janji anak2 punya tekak suka kan :D


Resepi saya memang mudah jika siapa nak mencuba hihihi.. 15 minit masak pastu terus ngap dalam mulut :P

RESEPI SPAGHETTI IKAN SARDIN

Bahannya :-
- 1/4 peket mee spaghetti direbus
- 1 tin kecil sardin
- 1 tin Sos Pasta Adabi yang ada cendawan tu.
- 1 biji tomato dipotong dadu
- 1/2 biji bawang besar holland di potong dadu
- 2 ulas bawang putih diketuk aje.
- 1 biji karot merah disagat.
- sedikit serbuk oregano
- garam secukup rasanya.

Caranya :-
1. Tumis bawang putih lepas tu masukan sardin, hancur-hancurkan isinya.
2. Kemudian masukan sos pasta cendawan, bawang besar , tomato dan karot yang disagat. Masak sehingga sebati.
3. Lepas tu masukan sebuk oregano dan garam, jika semua telah secukup rasa boleh lah diangkat.
4. Hidangkan bersama mee spaghetti yg telah direbus tadi.

SELAMAT MENCUBA ^__^