JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 13 Februari 2017

PETUA MEMBERSIHKAN HATI DARI SUDUT ISLAM ❤❤

Salam petang yang ceria kekawan :)
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.












Sumber : Facebook

Jumaat, 10 Februari 2017

SAYANG SAHABAT SEMUA 😍😙😚😎 ^__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Sayang sahabat alam maya saya ini :)
Walaupun tak pernah bersua muka tapi banyak memberi manfaat kepada saya, banyak nasihat dan keceriaan yg diberi..
Saya minta maaf ye dalam seminggu ni tak sempat nak BW kekawan, sibuk dengan anak-anak dan juga kesihatan yg tidak mengizinkan.. insyaAllah saya cuba BW kekawan ye..





🌹🌹✳✳✳SAHABAT✳✳✳

💖*Ada sahabat...* dia macam garam. Nampak kecik. Harga pun murabh je macam takde nilai sangat. Tapi, bila garam takde, masak apa pun jadi huru hara. (tak sedap, tawar) Sahabat macam ni wajib ada dalam kitaran harian._

💖*Ada sahabat...* dia macam gula. Sedap sangat bila ada. Tapi kalau terlebih, boleh pening kepala. Kencing manis naik. Tapi... tetap tak boleh, kalau tak ada. Nanti ketar badan pulakk. Biasanya sahabat kita yang nakal-nakal suka buat orang kancing gigi.😁😁😁_

💖*Ada sahabat...* dia macam beras. Wajib ada, kalau takde, tak puas makan. Macam tak kenyang. Mesti kena ada jugak dalam sehari tu walau sikit. Biasanya dialah penasihat kita, peguam, cikgu, doktor, tukang masak, tukang sapu._

💖*Ada sahabat...* dia macam desert. Tak perlu selalu ada, tapi selalu kita akan teringin-ingin. *Tercraving-craving...* terleleh-leleh air liur gitu. Muncul sesekali tapi impact bermakna._

💖*Ada sahabat...* dia macam sayur. Kita tak berapa suka nak makan. Tapi kita tau, sayur tu elokkkkkk sangat untuk kesihatan kita yang ni biasanya yang Ustaz atau Ustazah ☺_

💞💞💞 Walau kategori mana pun anda berada. Semuanya saling melengkapi hidup ni. *Semuanya pentinggggg*. Kalau salah satu takde, tak happening harian hidup ini tau._

😍😍😍Saya sayang semua sahabat-sahabat saya😙😙😙

Sumber : WhatsApp

Selasa, 7 Februari 2017

Alhamdulillah... RAYUAN ANAK KU .. Diterima...😍😙😎😊 ^__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..
Pada hari Jumaat 3 Februari 2017, saya menerima WA dari guru sekolah SAMTAJ yg mengatakan rayuan untuk masuk sekolah itu telah diterima, jadi minta datang hari ini untuk ambil surat tawaran tersebut dan menandatangan setuju terima pada hari ini juga.. mujur sekolah tersebut dekat dengan ofis saya .. saya minta izin untuk keluar sekejap untuk pergi ambil surat tawaran dan menandatangan surat tersebut bagi pihak anak. Selepas tu saya pergi pula ke Madrasah Najeeha utk minta surat berhenti sekolah.. beritahu yg Najeeha dapat tawaran SAMTAJ nanti ptg saya datang ambil dan bawa balik barang-barangnya.. petang saya ambil najeeha tu, mata dah merah.. menangis lah tu.. ustazah dia pun menangis.. sayang sangat dengan najeeha.. Ustazah dia kata.. saya dah target dia puan.. dia terang hati.. mudah sangat menghafaz quran ni.. kekawan kat situ pun sedih.. ye lah dah sebulan tinggal bersama, najeeha pada yang sama suka dapat tawaran SAMTAJ tu.. siap buat solat hajat agar rayuannya diterima..

Pada hari jumaat tu juga dah ambil senarai yg perlu disediakan bagi pelajar yg tinggal di asrama, jadi hari sabtu dan ahad memang sibuklah mencari barang2 nya.. Baldi dan selipar memang tak boleh dipisahkan dgn budak asrama kan :)

Cari juga kasut sekolah sebab sebelum ni tak beli pun.. satu kasut asrama kanvas hitam dan kasut sekolah biasa warna hitam juga..

Hari isnin 6 Februari 2017 pendaftaran sekolahnya, saya ambil cuti untuk menguruskannya.. en suami sibuk dgn kerja urgent jadi saya seorang yg menguruskan.. supermom.. ~__^
Ini masa dalam dewan utk taklimat .. sempat juga selfie.. muka mama nampak separuh jer.. asalkan heroin nya penuh ok lah ~__^

Tekun sungguh mendengar taklimat yang diberikan hahhaha.. budak baru kata kan.. takut juga dengar syarat2 tu oleh cikgu Hal Ehwal Pelajar (HEP)..

Lepas tu saya pergi uruskan dorm nya dan najeeha pergi masuk kelas.. dapat katil belah atas pulak.. dah tu penghadangnya dah tak ada.. HEP bagi tahu nanti malam bawa turun tilam utk tidur dibawah takut jatuh.. sebab dah ada kes budak jatuh katil.. udah patah tangannya.. risau juga saya mendengarnya.. berulang kali saya pesan suruh tidur bawah ye.. masa dia telefon saya ptg pukul 6pm tu pun pesan lagi suruh tidur kat bawah.. bawa tilam kebawah.. ruang banyak kosong pun..

Lepas tolong dia susun baju dalam almari pulak.. dah mak-mak ni memang over sikit.. bukan anak tak reti nak buat kan.. hihih :P

Bergambar bersama sahabat baiknya Farah.. suka mereka berdua dapat bersekolah situ.. Muaz adik farah ni pun bukan main suka juga..

Doa mama untuk anak mama Syaza Najeeha ini.. semoga berjaya dunia dan akhirat.. tuntutlah ilmu kerana Allah.. Ilmu Allah sungguh luas..