JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 13 Julai 2018

Salam Aidilfitri.. Akhir Syawal..πŸ’–


Hari ini dah akhir syawal ye kekawan.. saya pun hari ini baru raya puasa 6..πŸ˜‰
Alhamdulillah dpt juga menghabiskannya.. 
Banyak sebenarnya cerita raya yg hendak dicoretkan.. tapi tu la.. bila angin malas tu dtg maka kian sepi lah jua blog ku ini.. kesian ko blog πŸ˜•
Agaknya bila dah masuk tempoh 6 ke 7 tahun berblog ni .. angin nak berceloteh diblog ni pun merundum ke kawan2😊atau saya aje yg mcm tu πŸ˜‚πŸ˜‚.
Blog org lain ok je saya tengok.. ada yg dah berpuluh dan belas tahun kan.. yati ko tak sayang ke blog ko ni hihihi..
Cuba kekawan bagi tips dan motivasi kpd saya utk terus berblog 😊

Ahad, 8 Julai 2018

MERENDAH DIRI 😌



MERENDAH DIRI...

Belajarlah merendah diri kerna itu sifat terpuji, Allah memuji hambanya yang selalu merendah diri.

Jadikanlah ia sebagai sifatmu, kerna kau tidak mempunyai apa-apa untuk dibanggakan.

Bukankah semua yang kau ada itu milik Allah?

Sepatutnya kau malu dan sentiasa bersyukur bukannya meninggi diri sambil mendabik dada dan menjeling mata.

Buanglah sifat kejimu, sedarlah dirimu, kita semua sama, cuma beza pada amal dan takwa padaNya.

Janganlah memandang hina pada orang yang dibawahmu kadang-kala ia lebih mulia darimu.

Usahlah bangga dengan pencapaianmu, ianya tidak kau dapat jika bukan kerna ihsan Tuhanmu.

Mungkin doa merekalah yang menyebabkan kau berpangkat dan berharta,  cerminlah dirimu, malulah pada makhluk Allah yang melihatmu dilangit sana,

Malulah kau pada tuhanMu yang sentiasa melihat gerak-geri dan tahu isi hatimu.

Buat apa nak meninggi diri, hidup pun cuma seketika, akhirat kelak kan berjumpa.

Buangkanlah kebodohanmu itu,
Mari bersama menikmati hidup ini,
Celikanlah hatimu,
Hiduplah sebagaimana yang tuhan perintahkan...

Belajarlah merendah diri...

Ya Allah ampuni dosa-dosa kami..

Sumber : Facebook

Rabu, 4 Julai 2018

Raya-raya Bersama Keluargaku Yg Tercinta😍😘

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendak nya..

Hendak juga mengabadikan gambar raya bersama adik beradik pula diblog kesayangan saya ni. Pada hari selasa yakni raya ke lima.. saya dan adik saya mula round rayaπŸ˜‰
Mula2 pergi rumah abang along..

Kami dijamu dgn hidangan satay yg beraneka jenis.. satay ayam.. daging dan perut.. emm yummy😊

Lepas tu gerak pergi rumah kak andak.. rumahnya makan spaghetti bolognese.. kesukaan anak2 lah tu.. gambar mkn tak ada.. sedap sangat menikmati hidangan
.πŸ˜‰

Lepas tu gerak pergi rumah kak alang pulak.. ramai yg ikut gi.. kak andak dgn anaknya along idah.. baru dpt bercuti raya.. hari raya itu hari kerja.. jomlah ikut mak acit jalan2 rayaπŸ˜†

Muka kegembiraan kenyang makan..😁

Ini hidangan kak lang.. gulai ayam.. sambal tumis udang.. sayur goreng pucuk paku.. sambal belacan.. yg paling membuka selera kami adalah sambal goreng jering tu.. memang wink πŸ˜‰


Cucu kak lang .. Nur Zahirah Makkiyyah yg nak ikut jln raya..😊

Lepas tu rumah terakhir .. rumah kak ateh.. gambar makan tak ada sebab menikmati rendang ayam dan ketupat.. serta jumpa lagi spagheti.. kali ni spagheti carbonara.. sapu bersih juga oleh anak2.. mak2 dan pak2 nya sama juga .. lupa diri makan πŸ˜‰
Semoga ikhwah kami adik beradik berkekalan hingga ke syurga. Aamiin