JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 4 September 2012

NABILAH IS 10 ^__^

Selamat hari lahir buat kakak Nabilah.. pukul 10.39am ni genaplah usia kak Nabilah 10 tahun. Saya melahirkan Nabilah secara pembedahan. Sepatutnya dia lahir pada 16 September tetapi dah khatam al quran awal bak kata orang tua-tua maka keluarlah dia pada 4 Seeptember. Syukur .. Alhamdulillah Nabilah membesar dengan sempurna dan sihat. Masa lahir beratnya hanya 2.82 kg ajer dan sekarang pun Nabilah kurus juga.. susah betul badan Nabilah nak berisi.

Saya doakan semoga Nabilah menjadi anak yang solehah , taat perintah Allah dan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat :D

Selamat Hari Lahir Sofea Nabilah
InsyaAllah pada hari ahad ni saya akan buat majlis hari lahir dan open house raya untuk kawan2 dan keluarga.

Sabtu, 1 September 2012

Ulaman pula :-))

Sudah meronta tekak asyik dihidangkan dgn rumah terbuka punya menu rendang, mee kari, satay dan sewaktu dgn nya. Maka dinner saya ubah selera tekak dgn ulaman pucuk raja, jantung pisang dan pucuk ubi rebus dgn sambal belacan. Tentu tekak saya bernyanyi riang bila rasa menu yg lain kan :D

Jumaat, 31 Ogos 2012

Selamat Hari Merdeka ^__^






Lama cuti ni.. ada 3 hari.. apalagi saya balik ke kuang rumah mak saya... lagi pun en suami masih lagi di Sarawak... Selamat Hari Kemerdekaan buat semua warganegara MALAYSIA semua... sayang malaysia.... :D

Kawan-kawan tentu dah ada plan bercuti kan :D